Saturday, March 22, 2008

Pak Lah Jangan Letak Jawatan.


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


“ANAI-ANAI adalah termasuk jenis serangga perosak. Kalau kita gunakan racun yang sama untuk memusnahkannya setiap masa, ada kemungkinan ia tidak akan hapus habis. Kerana ada anai-anai yang masih ketinggalan tidak hapus seluruhnya, tetapi kena guna campuran racun jenis lain pula.” Kata Mohd Shubhi Abdul, Vice President Bahagian Komunikasi PCAM atau Persatuan Kawalan Serangga Perosak Malaysia.

(Sebenarnya serangga jenis nyamuk & lalat, bukan anai-anai seperti yang disebutkan dan dibuat pembetulan oleh Mohd Subhi di ruang komen di bawah..)
Beliau dijemput berucap dalam suatu majlis pertemuan dengan Group Universiti Ulu Klang di sebuah restoran di Setiawangsa malam tadi. Sambung Mohd Shubhi lagi, “Begitu juga dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi PM kita, apabila rakyat telah berubah menolak BN di beberapa negeri dalam PRU 12 baru-baru ini, dan ramai calon-calonnya tumbang, bermakna yang tinggal adalah kuat, tahan uji, atau terbaik antara mereka. Maka tidak ada sebab beliau perlu berundur atau letak jawatan.”

Menurutnya, kenyataan Tun Daim Zainuddin di luar negara sebelum PRU 12 amat tepat, semasa ditanya mengenai negeri-negeri yang ‘panas’ bertarung, antaranya termasuk Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, dimana akhirnya dirampas pembangkang.

“Jadi, apa yang patut Pak Lah buat?” Seorang dari kami bertanya.

“Sepatutnya BN perlu sedar lebih awal, kerana antara penyebab besar penolakan rakyat adalah kerana kenaikan harga barang, dan tidak yakin kerajaan BN mampu menanganinya dengan baik. Oleh itu dalam masa beberapa tahun ini dengan jentera baru yang bersih dan solid kononnya, Datuk Seri Abdullah perlu tunjukkan kepada rakyat, beliau mampu mengawal harga barang dan cuba kekalkan atau turunkan harga minyak seperti yang dijanjikan oleh pihak pembangkang terhadap rakyat.”

Jawab Mohd Shubhi lagi, “Dengan penyusunan semula tersebut, beliau perlu siapkan benteng dan terus lawan, mengapa perlu menyerah kalah kalau benar-benar berada di pihak yang benar?”

“Nampaknya kalau pembangkang nak menang lagi, kena guna racun campuran yang lain pula, supaya serangga-serangga perosak itu lenyap dari bumi ini!” Seorang lain menyampuk.

Disamput oleh tepukan oleh hadirin.

Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 22-03-08. KL.

Friday, March 21, 2008

Tubuh Cawangan PAS Tak Sampai 24 Jam, Strategi Baru?







Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


“HANG kata hang nak bantu tubuh cawangan PAS di sini, aku yakin.” Kata seorang kawan kepada saya. “Hang ingat tak, kita sama-sama tubuh PAS Kawasan Kuala Lumpur Bandar awal 80an dulu. Hang dilantik jadi Ketua Pemuda PAS KL Bandar yang pertama (Sekarang, PAS Kawasan Bukit Bintang). Hang juga terlibat dalam penubuhan Koperasi Al-Hilal Berhad, pernah jadi Lembaga Pengarah (1988-1992), Exco, AJK Projek dan Pengerusi Lajnah Latihan Seranta. Hang yang mulakan projek jual sabun serbuk Al-Hilal… Lepas tu cecair cuci pinggan mangkuk Al-Hilal..”

“Ya. Tapi pengalaman tubuh cawangan PAS ini, lebih banyak saya dapat di kampung saya, di Balik Pulau, Pulau Pinang. Puluhan cawangan ditubuhkam dalam masa yang singkat. Maklumlah kawasan baru. Saya jadi YDP Kawasan Parlimen Balik Pulau sejak mula didaftarkan (1986) kira-kira 10 tahun. Begitu juga penubuhan PAS cawangan Islamic City dalam kawasan Titiwangsa sekarang.” Saya jelaskan.

Teringat saya pengalaman menarik waktu menubuh satu cawangan PAS di Pondok Upeh Balik Pulau. Kami minum pagi disebuah kedai di kampung itu. Dapat berita gempar malam sebelumnya, pihak polis telah beroperasi ‘sarang ganja’ anak-anak muda kampung itu, kebetulan di sebuah pondok kecil berada di tepi sungai, dengan menolak jatuh pondok itu ke dalam sungai.

“Ha! Ini peluang baik. Kita buat perjumpaan dengan orang kampung, jelaskan isu ini dari sudut perundangan, agama dan lain-lain, malam ini juga.” Cadang saya. Akhirnya kami sebarkan surat jemputan ke majlis dialog di rumah seorang anak mukim situ. Kami hantar surat dari rumah ke rumah yang kira-kira 100 rumah di sebelah tengahari hingga petang. Malamnya terus diadakan majlis di kalangan penduduk, kira-kira 15 orang sahaja hadir.

“Tujuan perjumpaan malam ini ialah untuk menangani masalah-masalah orang kampung. Walaupun kami dari PAS belum dipilih jadi wakil rakyat dalam pilihan raya, dan belum dapat perintah negara ini tetapi adalah menjadi tugas sebagai orang Islam, apalagi dari parti Islam untuk sama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah umat. Tiada siapa yang mahu anak-anak kita jadi penagih dadah. Marilah kita sama-sama tangani masalah remaja kita, kami ada peguam, kami ada ustaz, marilah kita sama-sama cari jalan selesai…” Antara isi ceramah saya sebagai YDP PAS Kawasan ketika itu.

Setelah bersoal jawab, maka dapat keputusan untuk melantik beberapa wakil dari kampung itu bersama-sama PAS berurusan dengan pihak-pihak berkaitan. Wakil-wakil itulah akhirnya jadi jawatankuasa penaja penubuhan cawangan PAS di situ. Begitulah caranya kami menubuhkan cawangan-cawangan PAS di seluruh Baratdaya Pulau Pinang dalam masa tidak sampai 24 jam tiap cawangan.

Antara perkara yang perlu disediakan dalam ‘Operasi Tubuh Cawangan 24 jam’ itu ialah:

i. Beberapa mujahid yang sanggup mengorbankan masanya satu hari, dari 7 pagi hingga 12 malam. Tugasnya ialah mencari isu tempatan, bagi menarik orang kampung hadir dalam majlis dialog yang akan diadakan malamnya. Boleh mengutipnya melalui sembang-sembang kedai kopi, sambil jogging pagi-pagi atau berbagai cara lagi.

ii. Cari tempat buat majlis, yang penting kalau boleh di rumah orang berpengaruh kampung itu juga. Kami pernah buat majlis dialog di tempat terbuka contohnya di bawah pokok rendang di Sungai Pinang Balik Pulau dan di tepi pantai Teluk Bahang, kerana waktu itu nak dapat rumah pun sukar kerana berbagai halangan dari musuh-musuh PAS.

iii. Tugas mujahid-mujahid itu ialah berdepan dengan orang ramai, dari rumah ke rumah, pasar-pasar dan sebagainya, menjemput mereka hadir ke program dialog malamnya.

iv. Perlu ada sedikit wang untuk menggerakkan jentera tersebut.

Hal ini berlaku dalam negeri yang diperintah BN, tetapi kalau di negeri-negeri yang diperintah PAS, PKR dan DAP, saya ingat lebih mudah lagi, apalagi bila terdapat ramai wakil-wakil rakyat dari kalangan parti gabungan alternatif.

Menurut Allahyarham Ustaz Amaluddin Darus dalam bukunya “Kenapa Saya Tinggalkan PAS’ (1977) orang pertama membawa masuk PAS ke Kelantan, beliau menggunakan taktik dan strategi dakwah yang sesuai dengan kehendak masyarakat kampung waktu itu. Pernah dalam mesyuarat AJK Pasir Mas pertama ditubuhkan di Kelantan, beliau menggariskan slogan-slogan kerja yang perlu dilaksanakan, antaranya:

i. ‘Menghidupkan kembali ajaran Islam yang sekecil-kecilnya seperti yang diajarkan oleh Rasulullah, nescaya ditolongNya menghidupkan ajaran yang besar-besar.’
ii. ‘Hidupkan ajaran Islam ke dalam masyarakat’.
iii. ‘Jika kita menolong agama Allah, nanti Allah menolong kita.’

Antara kerja-kerja awal kader-kader kepada sasaran dakwah politiknya, untuk terjun ke tengah masyarakat ialah:

“Memberi salam kepada Muslim yang dikenali atau yang tidak dikenali. Mengatakan ‘Yarhamukallah’ kepada seorang Muslim yang bersin. Memberi nasihat kepada seorang Muslim apabila dia meminta nasihat. Melawat seorang Muslim yang sakit, dan melawat seorang Muslim yang meninggal dunia, membawa sedikit hadiah bantuan sebagai tanda simpati terhadap keluarga yang sedang berdukacita. Kemudian memandi jenazahnya, sembahyangkan jenazahnya dan iring jenazahnya ke kubur.”

Hal-hal seperti ini juga perlu diperhatikan dalam penubuhan cawangan PAS.

“Insya Allah, marilah kita sama-sama tubuh cawangan PAS sebagai pengisian kepada kemenangan kita dalam PRU 12 baru-baru ini.” Kata kawan saya tadi.

Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 20-03-08. KL.

Thursday, March 20, 2008

Dolah & Deris, Kekalnya Baik Bagi PAS & Barisan Rakyat.




MUKHRIZ Mahathir dan beberapa kerat ahli dan pemimpin UMNO cuba memberi tekanan kepada PM Abdullah Badawi agar berundur dari memegang tampuk pemerintahan negara. Mereka mempunyai alasan tersendiri yang signifikan. Mereka melihat kekalahan besar UMNO-BN adalah natijah kelemahan Abdullah Badawi. Justeru, Abdullah Badawi wajar bertanggungjawab agar BN-UMNO dapat dipulihkan.

Di Terengganu, suara desakan agar Idris Jusoh tidak dipilih memegang jawatan MB tidak jelas akibat ketakutan ADUN-ADUN UMNO - tikus tidak berani mengusik kucing bukan kerana dia suka akan kucing tetapi ketakutannya lebih difaktorkan oleh sifat ganas kucing yang nanti mungkin akan mencakar kulitnya. Justeru itu, suara tentangan terhadap Idris Jusoh tidak seghairah dan seberani puak Mohd Isa Sabu di Perlis.

Dalam kedua-dua kes di atas, sokongan agar PM dan MB Terengganu terus memegang jawatan masing-masing lebih lantang. Ini berlaku di dalam BN-UMNO. Apa pula sikap Barisan Rakyat?

Saya nampak para pemimpin Barisan Rakyat ( BR) lebih suka Abdullah Badawi dan Idris Jusoh berundur. Sebagai ahli politik, sudah pasti sikap mereka ini bertolak dari satu premis yang berhujah kukuh. Saya dapat menduga apa yang ada dalam pandangan mereka. Tetapi, apabila saya timbang dan sukat, saya dapat satu jawapan yang boleh difikirkan bersama. Bagi saya, baik Abdullah Badawi dan Idris Jusoh dikekalkan oleh juak-juak UMNO. Kalau mereka berdua kekal sebagai PM Malaysia dan MB Terengganu, sebenarnya PAS dan BR beruntung untuk menghadapi PRU 13 akan datang.

Mengapa? Saya rasa para pembaca yang berpengalaman dan bermaklumat dalam politik dapat menangkap apa yang saya fikirkan. Berikut adalah dua hujah saya secara ringkas sahaja.

1. PM dan MB Tererengganu ada kecacatan tersendiri dalam pentadbiran dan politik. Antara kecacatan itulah pentabiran yang lemah, berkepentingan peribadi, suka mencantas sesama sendiri dan membawa pecah-belah dalam UMNO. Mereka mula dibenci oleh rakyat dan sebahagian ahli UMNO. Kalau mereka kekal, perpecahan dalam UMNO dan kebencian rakyat akan lebih menajam seperti tajamnya kebencian rakyat terhadap Mahathir pada akhir penguasaannya.

2. PM dan MB baru akan membuka harapan baru kepada rakyat. Contohnya, apabila Abdullah Badawi baru naik jadi PM, PAS kalah teruk. Tidak mustahil jika Najib Razak naik jadi PM, rakyat akan beri harapan baru dan sokongan semula kepada UMNO-BN. Begitu juga di Terengganu, perpecahan dalam UMNO Terengganu dapat diubati jika MB baru menerajui UMNO dan negeri. Ini tidak membantu PAS dan BR.

Cukuplah dua hujah tersebut untuk direnungkan.

Ikan Dukang
Kemaman

GPMS: Perjelaskan Pada Rakyat.




KINI masa untuk kita muhasabah diri...memikir, merenung dan menilai kembali yang mana satukah arah perjuangan Umno yang sebenar....Adakah kerana 'Bangsa' atau kerana 'Agama'?

Saya minta maaf, sebenarnya hingga ke saat ini saya sendiri belum jelas masih kabur yang mana satukah arah perjuangan Umno yang sebenar. Apabila kita berada di persimpangan, maka kita tiada pilihan kita terpaksa membuat hanya satu pilihan yang terbaik. Kita mesti memilih yang mana satu arah perjalanan kita yang sebenar adakah kerana bangsa atau agama?

Itu sebab bila saya membangkitkan perkataan 'Mamak' maka janganlah menyalahkan diri saya. Ini kerana selama ini saya dan semua rakyat didendangkan dengan slogan....Kerana Bangsa...Kerana Melayu.

Seperti yang saya telah bangkitkan sebelum ini, jika Umno itu Parti Melayu...jika Umno itu parti Bangsa Melayu tetapi kenapa orang yang bukan bangsa Melayu yang sebenarnya telah diterima menjadi ahli Umno? Tolong jelaskan kepada saya dan rakyat !

Pemimpin-pemimpin Umno tolong jawab soalan saya ini: Siapa Presiden GPMS sekarang ini? Kenapa jadi begitu...? Sebelum ini Datuk Suhaimi Ibrahim telah dikritik, dihentam habis-habisan akhirnya disingkir oleh siapa? Kenapa orang Melayu tidak sedar perkara ini . Bila keadaan menjadi haru biru dan tersepit, maka dijemput semula hamba Allah itu duduk disebelah Presiden dan ditunjukkan melalui saluran TV kepada seluruh rakyat seolah-olah mereka tidak pernah berkrisis sebelum ini. Memang betulah bila bekas 'Presiden Umno 22 Tahun) mengatakan 'Melayu Mudah Lupa'. Memang tepat sekali kata-kata 'Maha...' itu. Mungkin beliau telah lama mengkaji kelemahan orang-orang bangsa Melayu ini sebelum ini.

Kenapa tidak tukarkan saja nama singkatan GPMS itu kepada GPIS? Buangkan M yang membawa maksud bangsa, dan gantikan I yang membawa maksud Islam.

Saya sekali-kali tidak akan mempertikaikan soal bangsa atau agama ini jika Umno sudah berada dilandasan yang betul dan benar. Tetapi saya terpaksa pertikaikannya bila saya melihat arah tujuannya 'tidak pasti' ?

Itu sebab saya telah terangkan apabila perjuangan kita tidak jelas maka sudah pastinya akan timbulah masalah diakhirnya. Jika kita tahu pegangan kita maka barulah kita tahu arah tujuan kita. Bila kita tahu arah tujuan kita maka barulah kita tahu apa yang sepatutnya ada pada hati dan jiwa kita.

Johan Jafry

Wednesday, March 19, 2008

2 Ahli Parlimen Sokong, Anwar Yakin Kuasai Parlimen..


Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:


MALAM tadi kebetulan saya singgah di suatu majlis menyambut kemenangan Keadilan/PAS di AU3 Ulu Klang. Saya terlewat, tetapi sempat dengar ceramah tarakhir oleh YB Mohamed Azmin Ali (PKR) yang menang di P 098 (Parlimen) Gombak dan di N.19 (DUN) Bukit Antarabangsa dalam kawasan P 099 (Parlimen) Ampang.

Dikatakan juga YB Saari Sungib (PAS) ADUN N.18 Hulu Kelang turut berceramah awalnya. Majlis diadakan di tepi jalan tempat terbuka sahaja, nampaknya tiada gangguan apa-apa, tiada polis mengawal dan semuanya berjalan baik. Maklum, “Kita sudah perintah Selangor, sekarang!” kata seseorang yang turut hadir dalam majlis itu.

“Berita terbaru menurut Dato’ Seri Anwar, sudah 2 ahli parlimen menyokong kita sekarang. Kita akan umum sikit masa lagi. Kita hampir kuasai parlimen sebulan dua lagi…” Kata YB Azmin dengan penuh keyakinan. Disambut dengan tepukan bergemuruh. (Sila lihat blog saya ‘Teori Anwar Jadi PM Beberapa Bulan Lagi..’ Mac 08.)

Tiba-tiba… “Ibnu Hasyim ke?” Seseorang bertanya sambil merenung muka saya.

“Ya!” Al-hamdulillah. Kami saling perkenal diri. Rupanya kami kawan lama, hampir 25 tidak bertemu.

“Semasa di universiti lagi, saya selalu ke tempat kamu sejak di Gombak di suatu kawasan bukit sampai ke Keramat sini, takkan tak ingat?” Kata beliau. “Kita sama-sama bantu Ustaz Osman Razak calon PAS sekitar awal tahun 80an dulu. Waktu itu kamu antara orang awal pengeluar keset-keset ceramah agama jenama ‘Ad-Dakwah’, di KL. Kamu antara pencetus gelombang kebangkitan keset-keset agama dan politik yang banyak memberi sumbangan kepada arus kebangkitan Islam pada masa itu.

Sekarang saya dipilih sebagai Ketua Cawangan PAS di kawasan sini. Kawasan kamu tinggal sekarang (setelah saya beritahu beliau saya tinggal di AU3) masih belum ada cawangan lagi. Kalau boleh kita nak adakan cawangan di situ. Saya akan beritahu YB Saari Sungib… Kita boleh fikirkan apakah agenda-agenda yang perlu untuk mengisi kemenangan yang telah dan akan kita capai ini. Insya Allah.”

Sahabat beliau pula menambah, “Kita kena fikirkam juga bagaimana hendak menarik anak-anak muda kita ke arah agama. Itu sebab perlunya kita tubuh cawangan.”

“Ya. Insya Allah saya akan bantu. Kita juga boleh fikirkan untuk cari alternatif lain pengganti peranan keset. Antaranya peranan blog-blog yang membantu kemenangan kita dalam PRU 12 baru-baru ini.” Jelas saya.

Masih sembang-sembang PRU 12. Wallahu’aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 19-03-08. KL.

Tuesday, March 18, 2008

BN Fikir Macam Kerbau, Penyebab Rakyat Tolak..


Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:

SYAHDAN, al-kisah, maka tersebut cerita seorang petani di zaman dahulu. Seekor kerbau membantunya, menenggala dan membajak tanah, seolah-olah menolong seluruhnya petani itu bercucuk tanam. Kerbau itu berfikir, hanya dialah yang memberi rezeki kepada petani itu untuk hidup. Kalau dia tak tolong mungkin petani itu mati kelaparan.

Tetapi mengapa petani itu melayan seekor kucing dengan baik? Kucing itu pada sangkaan sang kerbau, adalah kesayangan petani. Amat dimanjakan, sedangkan kucing itu tidakpun mencari makan pada petani itu, bahkan perlu diberi makan padanya. Mengiau-ngaiu meleser, minta itu dan ini. Sentiasa duduk dibelai di atas riba tuannya.

Suatu hari fikir kerbau itu, “Aku juga nak hak layanan sama atau lebih seperti yang diberikan pada kucing itu juga…”

Seperti biasa selepas penat bekerja di sawah, sedang petani itu duduk-duduk bersantai, tiba-tiba sekonyong-konyongnya melompatlah kerbau itu cuba duduk di atas riba tuannya, ingin dimanjakan.

Wah! Betapa terkejutnya sang petani, hampir tercedera dibuatnya. Kerbau itu dibelasah dan dipukulnya, atau dihukum...

Begitu juga dalam PRU 12 baru-baru ini, rakyat adalah tuan. Rakyatlah yang telah memberi kuasa sudah 50 tahun kepada BN kerbau, supaya membangunkan bumi Malaysia. Melalui media massanya, BN begitu angkuh dan sombong, ingin mengubah atau ‘merawat’ cara berfikir rakyat. Berdegar-degar berkokok, walau ekor penuh bergelumang tahi. Bagai kacang bertelanjang, sudah tiada kenal kulitnya. Senyum-tawanya bagai kerang busuk.

Kini rakyat memberi amaran akan menolaknya terus, sebagai satu cara untuk merawat ‘fikiran kerbau’nya yang beracun itu. Rakyat mula nak menghukum kerbaunya, jangan membandingkan dengan kucing yang masih belum diberi ‘kuasa kerbau’. Oh BN, otakmu macam otak kerbau. Rakyat tolak kerana otak kerbau…

Masih sembang-sembang PRU 12. Wallahu’aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 18-03-08. KL.

Monday, March 17, 2008

Komen Kepada Aziz Tapa



Re: JAWAPAN KEPADA VETERAN UMNO AZIZ TAPA



(SEMUA ORANG TAHU YG UMNO (BARU) ITU ADALAH - FAKE UMNO - PALSU - HASIL TIRUAN - MACAM PHOTOSTAT COPY DARI UMNO ASAL YANG TELAH DIHARAMKAN.
BOLEH DITAFSIR SEBAGAI UMNO (CIPLAK) HASIL KARYA MAHATHIR MOHAMMED.
ATAU UMNO (CETAK ROMPAK)
UMNO CLONE) PUN BOLEH JUGAK.
SEMUA TU MANA GENUINE LAGI ..... TIDAK ADA KEASLIAN DAN KETULINAN LAGI MACAM TU LAH PERJUANGAN MEREKA LA NI .... MANA ADA MACAM YANG ASLI DAN TULIN SEPERTI DULU LAGI.........SEMUA SUDAH HILANG BERSAMA UMNO ASAL YANG SUDAH PUN TERKUBUR.

BETUL LAH TU .... BANGSA MELAYU SEKARANG DIPIMPIN OLEH PEMIMPIN-PEMIMPIN YANG 'FAKE' JUGA ADANYA ..... SEBAB ITULAH MELAYU YANG SEDAR SEMUA MENOLAK SECARA OUTRIGHT .... HINGGA TERJADI GELOMBANG 'TSUNAMI POLITIK' PADA 080308 BARU-BARU INI.
APA TAN SRI TAK REALISE KA? YANG UMNO SEKARANG NI ADALAH FAKE? WHAT A PITY!


Utusan Online Melayu undi DAP tiada semangat kebangsaan

MELAKA 12 Mac – Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini.
Beliau berkata, jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib Melayu.

“Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang’, inilah kesannya,” kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini.
Tokoh budayawan dan sejarawan berusia 84 tahun itu berkata, generasi muda ini mahukan perubahan saja tetapi mereka tidak tahu perubahan itu boleh merosakkan masa depan mereka. “Falsafah orang Belanda: Manusia sentiasa berkehendakkan yang baru tetapi kadang kala dia terlupa yang baru itu merosakkan dia,” katanya.

Pejuang kemerdekaan itu berkata, mereka tidak tahu betapa susahnya orang Melayu dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris tetapi mereka yang hidup senang lenang pada hari ini, cuba membiarkan hak istimewa orang Melayu terhakis.
Mengulas langkah awal kerajaan Pulau Pinang yang baru hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membebaskan pentadbiran negeri itu daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Aziz berkata, dengan pengumuman itu, orang Melayu akan sedar kedudukan kuasa politik mereka kerana DEB yang diperkenalkan pada 1971 dan banyak membantu kehidupan mereka, akan lenyap.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam mendakwa DEB adalah punca berlaku kronisme, rasuah dan pentadbiran tidak efisien.
Aziz berkata, dengan DEB sajalah orang Melayu dapat jadi pengurus melalui Mara dan sebagainya. Katanya, tidak mustahil apa yang berlaku terhadap orang Melayu di Singapura akan berlaku kepada orang Melayu di Malaysia, jika DAP memerintah negara ini. Menyentuh keputusan pilihan raya umum yang baru berlalu, Aziz berkata, antara faktor orang Melayu menolak BN ialah pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. ‘‘Isu sampingan seperti kenaikan harga minyak dan barang lain, turut mempengaruhi pengundi untuk membuat perubahan dengan memilih pembangkang,’’ katanya.

Bagi memulihkan keadaan, Aziz berkata, UMNO dan BN mesti bekerja kuat terutama jentera penerangan perlu bertindak segera menerapkan kembali semangat kebangsaan dan membetulkan pemikiran golongan muda yang bercelaru itu.
“Ketua Penerangan UMNO mesti bekerja keras masuk ke negeri-negeri sampai ke akar umbi untuk menanam semangat kebangsaan Melayu ini,” katanya.

Ditanya adakah orang Melayu yang menyokong UMNO, PKR dan PAS boleh bersatu, Aziz yakin orang Melayu boleh bersatu apabila mereka terhimpit.
“Saya selalu pakai perumpamaan ini, orang Melayu air paras lutut tak apa, paras pinggang tak apa, paras dada tak apa, bila paras hidung, batang nibong dia panjat,” katanya. Sambil meminta anggota UMNO supaya mereka mesti bersemangat kebangsaan Melayu dan bekerja dengan gigih, Aziz mengungkapkan pantun ini:

Pohon nyior di tepi laut

Dimakan kumbang pucuknya layu

Kepada UMNO kita berpaut

UMNO tumbang hilang Melayu.

– Bernama


Untuk UMNO tua & UMNO pencen:

Tengoklah Melayu UMNO dari golongan tua yang memang tak sedaq habaq yang UMNO (baru) tu sudah tak relevan lagi. Dia memang tak nampak atau buta kayu atau terlampau setia membabibuta dgn jenama UMNO hinggakan UMNO halal ke haram ke dia sendiri keliru dan kepala otak dia bercelaru. Ini nak tuduh Melayu yg mengundi DAP ataupun parti pembangkang yg lain tu bercelaru. Bikin malu golongan tua yang sepatutnya berfikiran waras lagi matang .... ini nampak macam dah naik nyanyuk pulak.

Apa yang berlaku (tsunami politik 'wind of change') dalam PRU12 baru-baru ini adalah ANGKARA dan AKIBAT KEPINCANGAN UMNO(baru) ciptaan Mahathir yg tertubuh pada tahun 1988 (bukan UMNO yang asal pimpinan Tunku Abdul Rahman Putera - UMNO (1946 - 1988) yang terkubur kerana pengharaman semasa krisis kepimpinan dalaman UMNO antara Team A & Team B pada 1987/1988 dulu). Apa puak-puak UMNO tua tak ingat ka? kalau tak ingat - memang betoi kata Mahathir 'Melayu mudah lupa'.

Sila baca keratan kepada seorang penghantar emel dibawah yang boleh menerang dengan sendirinya:

Che Fieza oi .... mai abang nak habaq bagi (let me tell you) .... itu UMNO yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dulu tu adalah UMNO asal (pimpinan Tunku Abdul Rahman Putera) ... bukannya UMNO(baru) ciptaan Mahathir yg la ni. Awak tak tau ka? Itu UMNO asal sudah di haramkan oleh Mahathir (the founder of UMNO(baru) sejak tahun 1988 lagi (akibat krisis kepimpinan yg melibatkannya - Team A dgn Team B - puak Semangat 46 (TgRazaleigh Hamzah - ketuanya) - hinggakan UMNO asal terbelah dua - akhirnya dibatalkan dan terkubur)

.... Tak tau ka? Gunalah otak yang Tuhan kasi.... kalau tak tahu .... belajarlah ...... belajar dan kaji sendiri.... banyak bahan boleh didapati.
It seems that you never seems to learn about the past? .... about history? about politics? about current affairs? .... or you are not in-the-know at all about what's happenning among our leaders and Malaysian politics? Never bother about history ka? Tuhan bagi akal ..... pikiaq ambik la ... akai ada? UMNO(baru) yg la ni di tubuhkan mulai 1988 (setelah pembubaran UMNO asal) - dan hanya barua-barua Mahathir sahaja yg jadi pengikutnya. UMNO(baru) tu samalah seperti juga dgn UMNO(barua) .... pasai pengikut-pengikutnya semuanya barua-barua presiden mantan PM dulu (who is the founder) belaka. Even the Tunku himself and Tun Hussein Onn never did submit for that new UMNO membership as UMNO(baru) member.

All because that brand-new UMNO is a FAKE one. The real one sudah dibubarkan dan terus terkubur...... nak habaq bagi!
FYI - under this UMNO(baru), Mahathir is the first member (with membership no: 0001) - mind you - the first - while his spouse (Siti Hasmah) the second - with membership no: 0002). That's what the newly formed UMNO really is (using the old brand-name just not to confuse the rest of the barua-barua who just follow the then new greedy president blindly - just like 'lembu' ....... 'lembu yang dicucuk hidung'). Learn man ..... oooops .... learn woman ....learn .... sejarah mengajar kita ..... history never cheats ..... record shows. Itulaaa .... Tuhan kasi otak ... tak reti nak pikiaq .... Bila orang kata AKAI TAK DAK ..... GADUH!

Whatever it may be - If you haven't learn abt it yet ... at least now you learn something abt nothing .... or at least you know something ... although its not new to others ..... but may be its totally new to you .... Jangan maraaaaaa ...... Last words: mind your minda accordingly. (for me I always bear it in my mind - I mean what's the real facts is - always in my mind). Dan dibawah ini ada beberapa komen-komen terperinci mengikut komen UMNO veteran yang tersiar dalam Utusan Malaysia Online: Melayu undi DAP tiada semangat kebangsaan

MELAKA 12 Mac – Generasi baru Melayu yang mengundi pembangkang terutama DAP pada pilihan raya umum Sabtu lepas tidak mempunyai semangat kebangsaan, fikiran mereka bercelaru, dan hanya terikut-ikut mahukan perubahan, kata veteran UMNO, Tan Sri Abdul Aziz Tapa hari ini.


komen: UMNO(baru) yang sekarang ini tidak lagi bersemangat kebangsaan sepertimana UMNO dulu yang asal. Akan tetapi lebih kepada SEMANGAT KEBANGGAAN DIRI dan juga ahli-ahli totok UMNO(baru) sendiri yang punyai fikiran bercelaru. Perjuangan mereka adalah semata-mata untuk memperkukuh kedudukan masing-masing dan memperkayakan diri sendiri serta kaum puak saudara-mara mereka sendiri.
Beliau berkata, jika mempunyai semangat kebangsaan golongan ini tentu mengundi Barisan Nasional (BN) kerana parti tulang belakang BN ialah UMNO, yang memperjuangkan nasib Melayu.

komen: Memberi undi kepada Barisan Nasional adalah seperti membantu memberi ruang dan kesinambungan pada mereka memperkayakan golongan elit yang memerintah. Rasuah dan penyelewengan yang berlaku disana sini oleh golongan pemimpin atasan sampai ke peringkat bawahan semakin menjadi-jadi - apakah itu perjuangan? wahai Tan Sri yang bijaklaksamana [macam Laksamana Hang Tuah lagaknya (dgn berpantun-mantun)].
Itu nampaknya memperjuangkan nasib Melayu yang korup.

Maaf Tan Sri saya tidak sanjung tinggi watak Hang Tuah langsung - tapi lebih kepada watak Hang Jebat. Kalau nak kata 'hero' - Hang Jebat lah 'hero' yang memperjuangkan kebenaran dan keadilan.
“Saya kata orang Melayu kurang berfikir, suka ikut emosi kerana pepatah Melayu ada menyebut ‘bumi kelikir, langit temberang, tak baik-baik fikir jadi hamba orang’, inilah kesannya,” kata Aziz dalam temubual dengan Bernama di rumahnya di Jasin dekat sini.

komen: Orang Melayu kurang berfikir? Sebab orang berfikir dengan menggunakan akal yang waras lah maka kita akan melihat perubahan. Wakil Rakyat yang dilantik (especially UMNO) sepatutnya menjadi Hamba Rakyat (bukan Yang Berhormat yang nak jadi Tuan kepada rakyat - itukah KETUANAN MELAYU yang mereka laung-laungkan?).
Tokoh budayawan dan sejarawan berusia 84 tahun itu berkata, generasi muda ini mahukan perubahan saja tetapi mereka tidak tahu perubahan itu boleh merosakkan masa depan mereka.

komen: Dengan isyarat dan riak-riak dari apa yang berlaku dan terjadi dalam masyarakat Malaysia sekarang sudah membayangkan kemusnahan dari gejala-gejala yang menular akibat dari pemerintahan puak-puak yang kononnya memperjuangkan masa depan Melayu?
Tapi Melayu semakin tersepit dihimpit dengan kesempitan hidup. Melayu yang kaya raya (tambah lagi mendapat habuan dari sumber hasil wang rasuah dan penyelewengan) dikalangan atasan tidak akan terasa keperitan hidup seperti yang dirasai oleh golongan Melayu dan rakyat Malaysia 'amnya.

Perubahan ini (wind of change) dipilih adalah untuk tidak mahu melihat akan bertambah rosak lagi masa depan rakyat Malaysia sejagat.
“Falsafah orang Belanda: Manusia sentiasa berkehendakkan yang baru tetapi kadang kala dia terlupa yang baru itu merosakkan dia,” katanya. komen: Siapa yang lupa Tan Sri? UMNO sekarang ini kan UMNO(baru)? UMNO yang baru itulah yang membawa kerosakan dan kemusnahan kepada masyarakat Melayu. Pejuang kemerdekaan itu berkata, mereka tidak tahu betapa susahnya orang Melayu dahulu berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris tetapi mereka yang hidup senang lenang pada hari ini, cuba membiarkan hak istimewa orang Melayu terhakis.

komen: Bagaimana dia sebagai "pejuang kemerdekaan" boleh tak tahu UMNO yang mana satu 'halal' yang mana satu 'haram'? Takkan sebarang jenis jenama - asalkan UMNO saja dikira itulah hak mutlak orang Melayu yang memperjuangkan kemerdekaan? Mana boleh main tangkap-muat saja? Manusia Melayu generasi baru tahu menggunakan akal fikiran dengan waras - bukan jenis mengikut mengangguk membuta-tuli bagaikan lembu dicucuk hidung (macam ahli-ahli UMNO(baru) ciptaan Mahathir yang ada sekarang ni lah).
UMNO(baru) ciptaan Mahathir bukan yang memperjuangkan untuk mendapat kemerdekaan negara daripada penjajah Inggeris - tetapi lebih kepada memperjuangkan untuk memperkayakan diri mereka, keluarga, kroni dan kaum puak yang ada kaitan. Mengulas langkah awal kerajaan Pulau Pinang yang baru hasil gabungan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk membebaskan pentadbiran negeri itu daripada amalan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Aziz berkata, dengan pengumuman itu, orang Melayu akan sedar kedudukan kuasa politik mereka kerana DEB yang diperkenalkan pada 1971 dan banyak membantu kehidupan mereka, akan lenyap.

komen: Kita tidak harus berpegang sangat dengan slogan dan dasar kerajaan pimpinan BN/UMNO(baru) yang hanya tidak memberi sebarang kesan efektif dan juga yang begitu mengelirukan rakyat kerana sesudah sejak sekian lama, dasar tetap menjadi dasar yang tidak kunjung capai matlamat. Dasar yang dijadikan sebagai lesen (passport) untuk memancing serta memikat hati orang Melayu yang dungu dan Melayu yang mudah diperkotak-katekkan. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam kenyataan pertamanya selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang semalam mendakwa DEB adalah punca berlaku kronisme, rasuah dan pentadbiran tidak efisien.

Aziz berkata, dengan DEB sajalah orang Melayu dapat jadi pengurus melalui Mara dan sebagainya.
komen: Itulah mentality orang UMNO yang hanya bersikap mengungkit-ngungkit dan hanya menjurus kepada apa yang telah mereka sumbangkan kepada Melayu. Namun itulah seharusnya apa yang dikatakan perjuangan untuk rakyat. Ya! Tan Sri - Itu dulu - itu cerita lama - itu cerita hikayat lama Tan Sri - semasa dibawah tampuk pemerintahan UMNO yang asal sebelum ianya diharamkan dan dibatalkan pada tahun 1988 dulunya. Tapi sekarang punya UMNO(baru) - perjuangannya lain Tan Sri - jauh beza dari UMNO yang asal dulu. Perjuangan UMNO(baru) la ni berjuang untuk kantung sendiri. Katanya, tidak mustahil apa yang berlaku terhadap orang Melayu di Singapura akan berlaku kepada orang Melayu di Malaysia, jika DAP memerintah negara ini.

komen: UMNO(baru) sekarang ini pun apa kurangnya? Malah lagi teruk jika diambilkira dengan projek 'koridor' nya "Wilayah Pembangunan Iskandar" di Johor misalnya. Nampak-nampaknya ianya akan secara 'long-term' akan tergadailah 'wilayah' sebahagian Johor itu kepada bangsa asing - lebih-lebih lagi Singapura. Orang Melayu Johor akan terpinggir dengan sendirinya - macam Melayu di Singapura juga lah Tan Sri oi. Ini juga tidak mustahil Tan Sri. Jadi, Melayu akan kemana akhirnya? Kita tunggu dan lihat! Haruskah kita tunggu dan lihat? Kita harus bertindak lebih awal sebelum terlambat. Ini semua hasil daripada dasar-dasar UMNO(baru) yang mengelirukan dan mencurigakan Tan Sri.
Menyentuh keputusan pilihan raya umum yang baru berlalu, Aziz berkata, antara faktor orang Melayu menolak BN ialah pengagihan kekayaan yang tidak sama rata. ‘‘Isu sampingan seperti kenaikan harga minyak dan barang lain, turut mempengaruhi pengundi untuk membuat perubahan dengan memilih pembangkang,’’ katanya.

komen: Itu lah kenyataannya - salah satu dari faktor selain dari rasuah, songlap menyonglap seleweng menyeleweng (bayangkan kos 'mark-up' "screw-driver" dan karipap yang menjadi "hot issue" dalam laporan audit yang lalu - bayangkan). Jadi siapa nak percaya dan menaruh keyakinan dan harapan kepada pemerintahan dibawah pimpinan UMNO(baru)/BN lagi Tan Sri? Banyak lagi faktor-faktor yang membawa kepada kepincangan, keruntuhan dan kemusnahan dalam sistem dibawah pentadbiran kerajaan pimpinan BN/UMNO(baru).
Bagi memulihkan keadaan, Aziz berkata, UMNO dan BN mesti bekerja kuat terutama jentera penerangan perlu bertindak segera menerapkan kembali semangat kebangsaan dan membetulkan pemikiran golongan muda yang bercelaru itu.

komen: Tahu pun akan kelemahan dan kesilapan UMNO(baru) dan BN selama ini. Namun pihak UMNO(baru) tetap sombong dan angkuh tidak akan mengakui akan kesilapan mereka yang lalu. Malah mereka akan menuding jari kepada pehak lain pula, lebih-lebih lagi pehak pembangkang.
Golongan muda punya tahap pemikiran tidak bercelaru sebagaimana jangkaan Tan Sri, malah golongan tua veteran seperti Tan Sri dan ahli-ahli UMNO(baru) lah yang berminda penuh dengan korupsi (corrupted mind) dan bercelaru dengan sikap tamakkan kuasa dan kekayaan, kemewahan yang berlebih-lebihan. “Ketua Penerangan UMNO mesti bekerja keras masuk ke negeri-negeri sampai ke akar umbi untuk menanam semangat kebangsaan Melayu ini,” katanya.

komen: Berkerja keras untuk memperkayakan diri mereka dan keluarga mereka adalah.
Ditanya adakah orang Melayu yang menyokong UMNO, PKR dan PAS boleh bersatu, Aziz yakin orang Melayu boleh bersatu apabila mereka terhimpit. komen: Memang pun, bila dah terhimpit dan tersepit barulah tergesa-gesa nak bersatu. Itulah sifat dan sikap orang Melayu. Namun bagi mereka Melayu "yang mudah lupa" tidak mudah akan terfikir untuk berbuat demikian hanya dan sa nya bila dah 'terantuk baru tengadah' ... atau bila dah "nasi sudah jadi bubur" barulah terfikir nak berubah nak berbuat sesuatu.

Macam apa yang berlaku akibat 'tsunami politik' perubahan keatas PRU12 di negara Malaysia kita ni. Barulah mereka yang 'terlena' dan 'terbuai' dengan kemewahan dan kekayaan tersedar dan terkejut besar akibat dari kejutan yang tak dijangka mereka itu.
“Saya selalu pakai perumpamaan ini, orang Melayu air paras lutut tak apa, paras pinggang tak apa, paras dada tak apa, bila paras hidung, batang nibong dia panjat,” katanya. komen: Betul tu Tan Sri - orang Melayu selalu suka 'mengambil mudah' atau pun kata orang putih 'take for granted'. Tapi orang Melayu dari generasi Melayu baru kini tidak mudah "ambil mudah" - apapun - "enough is enough" - "to everything there is a limit". Sambil meminta anggota UMNO supaya mereka mesti bersemangat kebangsaan Melayu dan bekerja dengan gigih, Aziz mengungkapkan pantun ini:

Pohon nyior di tepi laut

Dimakan kumbang pucuknya layu

Kepada UMNO kita berpaut

UMNO tumbang hilang Melayu.

– Bernama


komen: Kepada UMNO(baru) kita berpaut? "KITA" itu hanya kepada ahli-ahli UMNO(baru) sahaja yang berpaut. Lihat sajalah tingkah-laku puak-puak ahli UMNO(baru) membodek, mencium tangan para pemimpin secara berpura-pura dan menyokong, memuji-muji dengan berlebih-lebihan melampau-lampau ....tiap perlakuan dan perbuatan semuanya ada makna tu .... itu lah maknanya mereka 'berpaut pada UMNO(baru).
Mereka-mereka semua itu mengharap dan bergantung sepenuhnya pada UMNO(baru) .... kalau tidak 'syoru miss'.
'UMNO tumbang hilang Melayu'
Bagi saya : UMNO(baru) tumbang .... Melayu keseluruhannya akan bertambah maju.


KALAU UMNO SEKARANG DENGAN JENAMA UMNO(BARU) NYA ..... MELAYU GENERASI BARU PULA ADALAH GOLONGAN MELAYU BARU JUGA.....
HIDUP MELAYU BARU!

Komen Johan Jafry

Mengapa PAS Gagal Di Terengganu?



Faktor Dominan Kegagalan PAS di Terengganu: Pengaruh Daftar Pemilih PRU 2004.

Faktor dominan kegagalan PAS membentuk kerajaan negeri di Terengganu ialah pengaruh Daftar Pemilih PRU11 2004. Kita sewajarnya sangsi dalam keadaan sokongan akar umbi masih berpihak kepada kita terutamanya pada 18 kerusi DUN, namun apabila keputusan diumumkan kita masih tewas dengan sesetengahnya dengan majority yang agak besar.

Contohnya, Kuala Besut, majority BN (2004 - 2,027 , 2008 – 2,631), Kota Putera, majority BN (2004 – 2,013 ; 2005 – 3,332). Ada 11 DUN undi majoriti BN meningkat. Ini adalah satu keanehan dalam situasi pertelagahan kes calon dalam UMNO dan isu-isu nasional yang menjejaskan sokongan pengundi atas pagar kepada BN.

Culaan yang dibuat oleh parti mensasarkan kita dapat sekurang-kurangnya 18 DUN. Biasanya sasaran ini tidak jauh menyimpang. Tetapi dengan hanya 8 kerusi yang berjaya diperoleh, sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan proses pilihanraya di Terengganu khususnya pada tahun ini.

Kewujudan pengundi hantu dan pengundi berganda amat relevan untuk diperkatakan di Terengganu dan Kelantan. Begitu juga tentang undi pos. Mohd Sabu memang lebih kurang 200 undi kalau tidak dikira undi pos. Daripada undi pos,PAS dapat lebihkurang 80 undi dan BN dapat hampir 1000 undi. Apa cerita ini? Dan kalau kita rajin membuat kajian tentang undi pos seluruh negara, kita akan dapati nisbah kasar undi pos kepada PAS: BN ialah 1: 10 malah lebih kecil daripada itu kecuali berlaku pada satu dua tempat pada pilihanraya 1999. Walaupun ada pemantauan atau wakil calon di pusat undi pos tentera dan polis tetapi ke manakah dibawa kotak-kotak undi itu. Siapakah yang menyimpannya SPR atau Ketua-Ketua Polis?

Kalau kita lihat, purata pengundi yang keluar mengundi di seluruh Terengganu ialah sekitar 85%. Apakah angka ini tidak tinggi dan tidak antara yang tertinggi di seluruh negara? Tiga DUN iaitu Teluk Pasu, Manir dan Kuala Berang puratanya 88%. Biar pun pengundian agak lembab dengan cuaca yang muram, namun sangkaan kita yang menjangkakan pada awalnya purata keluar mengundi kurang dari 80% ternyata meleset. Apabila keputusan disiarkan di dada akhbar kita dapati puratanya melebih 80%.

Ingatkah anda, dalam satu berita maya, dimaklumkan bahawa Ideris Jusoh apabila ditanya oleh pemimpin mereka tentang keadaan terkini BN tiga empat hari sebelum 8 MAC, ada berkata seolah-olahnya dia dapat tidur lena kerana dua factor iaitu pengundi luar (hantu) dan kad pengenalan palsu. Adakah kita patut tidur lena dengan berita ini?

Akhir sekali, satu soalan yang ingin saya lontarkan kepada semua pihak umumnya dan kepada PAS khususnya: BILAKAH PAS ATAU SPR TELAH BERJAYA MEMBERSIHKAN DAFTAR PEMILIH 2004 YANG MASIH DIGUNAPAKAI PADA 2008 INI?


Implikasi Kejayaan BR: Menubuhkan Kerajaan Pusat Bila-bila Masa

Kini Barisan Rakyat (BR) sudah memiliki 82 kerusi parlimen. Sesebuah parti yang ingin menubuhkan kerajaan pusat mestilah sekurang-kurang memiliki 112 kerusi parlimen. Ini bermakna BR hanya memerlukan sebanyak 30 kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerajaan pusat yang baru. Dari manakah 30 kerusi ini mampu diperolehi?

Dalam keadaan BR yang kuat dan BN yang semakin lemah, kemungkinan untuk berlaku lompatan di kalangan ahli palimen adalah tidak mustahil. Kemungkinan untuk ahli parlimen BR dibeli oleh BN ada dan kemungkinan ahli parlimen BN melompat ke BR pun ada. Bukan sekadar itu, tidak mustahil parti komponen BN akan keluar BN dan bergabung dengan BR.

Kemungkinan ini lebih besar diandaikan kepada parti-parti politik di Sabah dan Sarawak. Mereka mengikut arus di Semenanjung. Jika BN tidaklah menjaminkan sesuatu kepada mereka atau mereka lebih yakin pada BR yang diterajui oleh DS Anwar Ibrahim, maka akan berlaku nanti tsunami politik yang kedua iaitu, pembentukan kerajaan pusat yang baru dengan DS Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Parti-parti di Sabah dan Sarawak tidaklah mesra-BN sebagaimana MCA dan MIC. UMNO datang ke Sabah dalam bentuk meluaskan jajahan UMNO itu sendiri. Dan atas dasar kepentingan dan perkiraan politik, parti-parti peribumi di Sabah sanggup membubarkan parti mereka dan menubuhkan UMNO. Maka sudah pasti kecintaan mereka kepada UMNO tidaklah sekuat mana.

Jika parti-parti tersebut yakin dengan bilangan kerusi parlimen mereka mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat di bawah BR di samping tawaran-tawaran bijak dari DS Anwar Ibrahim, maka sudah pasti naiklah kerajaan baru dan merudumlah UMNO dan BN. Ketika itu tidak mustahil beberapa orang ahli parlimen UMNO sendiri mula melompat ke BR.

Apabila perkara di atas terjadi, maka terbitlah implikasi-implikasi baru yang lebih menarik. Antaranya corak dan gaya pemerintahan, dasar-dasar baru negara, penguasaan media massa, pembersihan badan kehakiman dan pembaikpulihan pasukan keselamatan,SPR, pembasmian rasuah dan pendakwaan ke atas kaki rasuah dan sebagainya.

Seandainya itu terjadi, saya tak yakin UMNO mampu bernafas lagi di bumi Malaysia. UMNO ialah parti kebendaan, projek dan pangkat. UMNO bukan seperti PAS yang berjuang di atas dasar akidah yang jelas. Justeru itu, tunggulah muka-muka pemimpin dan ahli-ahli UMNO menjadi peminta sedekah dengan cara memuji BR dan mengutuk-ngutuk BN dan UMNO yang selama ini mereka julang macam orang utan menjulang pisang.

Ikang Dukang Kemaman

Sunday, March 16, 2008

Pak Lah Diserang, Beri Laluan Pada Najib.



Ibnu Hasyim CATATAN SANTAI:

“Tadi saya lalu dari UIA ke Ulu Klang, banyak sepanduk-sepanduk dan kain rentang dibentangkan sepanjang highway itu menyeru supaya Pak Lah letak jawatan.” Kata seorang pensyarah.

“Di KL pun banyak”. Sampuk seorang lagi. “Khabarnya, ia dilakukan oleh kem dalam BN yang menentang Pak Lah. Mereka mahu supaya Pak Lah berundur. Beri laluan pada Najib, Timbalannya sekarang.. Ikut ceritanya, Pak Lah mula-mula setuju nak letak, tetapi ditahan oleh geng-geng dia dengan bermacam alasan, maka tak jadi…”

“Kem mana pula?” Aku Tanya.

“Ada orang kata kem yang didalangi oleh bekas PM sebelum ini, beliau marah bila Pak Lah tak jujur, terutama bila bebaskan Anwar. Beliau tahu bahayanya Anwar, itu sebab beliau penjarakan, untuk memudahkan penggantinya. Beliau masih berkeyakinan bahawa Anwar adalah agen Amerika. Bukan saja dari dulu (zaman beliau berkuasa), bahkan selepas dibebaskan masanya banyak di Amerika, dan anak sulungnya pun ‘dilatih’ di Amerika! Lebih kurang Banazir Bhutto kalau di Pakistan!”

“Hei! You jangan tuduh bukan-bukan..” Seseorang dari kami nampak mulai marah.”You bercakap mesti ada bukti!”

Seorang India dari Sungai Siput, beliau datang ke sini beberapa hari lepas pilihan raya, katanya, “I dapat tahu, idea tuntutan Hindraf minta pampasan dari bekas penjajah British yang membawa boroh-boroh India sebagai pekerja di Malaya dulu dan wangnya masih tersimpan di London sekarang adalah idea dari mantan PM kita itu juga. Beliau yang beri jalan supaya mereka menuntut hak mereka… Soal jadi demontrasi, itu soal lain.”

“Ini satu lagi, mana buktinya?” Yang marah tadi bertambah berang.

“I cuma beri info awal, kalau you nak bukti you siasat la..”

Begitulah dialog yang saya dengar petang tadi. Pada saya suara-suara itu adalah suara sampingan antara pencetus gelombang senyap dari utara… Gelombang yang mahu menghimbau Pak Lah supaya terlepas dari jawatannya, tetapi jangan jawatan itu disambar oleh Anwar, dan jangan juga jawatan itu diberi Pak Lah kepada Anwar, kerana yang patut menerimanya, adalah Najib. Itu yang mereka mahu.

Kita sambung lagi dalam sembang-sembang PRU 12 akan datang. Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 16-03-08. KL.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails