Saturday, March 22, 2008

Pak Lah Jangan Letak Jawatan.


Ibnu Hasyim
CATATAN SANTAI:


“ANAI-ANAI adalah termasuk jenis serangga perosak. Kalau kita gunakan racun yang sama untuk memusnahkannya setiap masa, ada kemungkinan ia tidak akan hapus habis. Kerana ada anai-anai yang masih ketinggalan tidak hapus seluruhnya, tetapi kena guna campuran racun jenis lain pula.” Kata Mohd Shubhi Abdul, Vice President Bahagian Komunikasi PCAM atau Persatuan Kawalan Serangga Perosak Malaysia.

(Sebenarnya serangga jenis nyamuk & lalat, bukan anai-anai seperti yang disebutkan dan dibuat pembetulan oleh Mohd Subhi di ruang komen di bawah..)
Beliau dijemput berucap dalam suatu majlis pertemuan dengan Group Universiti Ulu Klang di sebuah restoran di Setiawangsa malam tadi. Sambung Mohd Shubhi lagi, “Begitu juga dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi PM kita, apabila rakyat telah berubah menolak BN di beberapa negeri dalam PRU 12 baru-baru ini, dan ramai calon-calonnya tumbang, bermakna yang tinggal adalah kuat, tahan uji, atau terbaik antara mereka. Maka tidak ada sebab beliau perlu berundur atau letak jawatan.”

Menurutnya, kenyataan Tun Daim Zainuddin di luar negara sebelum PRU 12 amat tepat, semasa ditanya mengenai negeri-negeri yang ‘panas’ bertarung, antaranya termasuk Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Selangor, dimana akhirnya dirampas pembangkang.

“Jadi, apa yang patut Pak Lah buat?” Seorang dari kami bertanya.

“Sepatutnya BN perlu sedar lebih awal, kerana antara penyebab besar penolakan rakyat adalah kerana kenaikan harga barang, dan tidak yakin kerajaan BN mampu menanganinya dengan baik. Oleh itu dalam masa beberapa tahun ini dengan jentera baru yang bersih dan solid kononnya, Datuk Seri Abdullah perlu tunjukkan kepada rakyat, beliau mampu mengawal harga barang dan cuba kekalkan atau turunkan harga minyak seperti yang dijanjikan oleh pihak pembangkang terhadap rakyat.”

Jawab Mohd Shubhi lagi, “Dengan penyusunan semula tersebut, beliau perlu siapkan benteng dan terus lawan, mengapa perlu menyerah kalah kalau benar-benar berada di pihak yang benar?”

“Nampaknya kalau pembangkang nak menang lagi, kena guna racun campuran yang lain pula, supaya serangga-serangga perosak itu lenyap dari bumi ini!” Seorang lain menyampuk.

Disamput oleh tepukan oleh hadirin.

Wallahu ‘aklam.

Catatan santai: ibnuhasyim. blogspot.com (e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com) 22-03-08. KL.

4 comments:

Anonymous said...

pak lah !!!!!jgn letak tawatan.anda anugerah Allah kpd penyokong BR.adanya org spt anda memudahkan lg kerja kami di PRU 13.
Tapi....kalu x letak jwtn menyusahkan seluruh rakyat....bengong aku dibuatnya......abis camno.....kesimpulannya......anda..menyusahkan semua org.

Mohd Shubhi said...

Pembetulan kepada serangga yang membina ketahanan diri terhadap racun yang biasa di beri contoh adalah nyamuk dan lalat. Ini kerana biasanya racun yang digunakan untuk mengawal mereka ialah biasanya racun secara sentuhan. Manakala anai-anai pula racun secara sentuhan biasanya dapat di kesan oleh anai-anai tersebut dan membuatkan mereka melarikan diri terlebih dahulu dari kawasan yang terdapat racun tersebut. Oleh itu racun yang digunakan oleh anai-anai biasanya berfungsi sebagai bahan yang mencacatkan pembesaran anai-anai. seperti bahan imidacloprid yang boleh membuatkan anai-anai menjadi sewel sehingga mereka tidak membersihkan diri mereka seperti biasa yang mengakibatkan tubuh badan mereka terdedah kepada serangan fungus dan bakteria dan seterusnya anai-anai mati. Kematian begitu dikalangan anai-anai adalah biasa dan mereka leka tidak dapat mengesan punca asal kematian dan akhirnya membawa kemusnahan seluruh koloni anai-anai tersebut.
Berbalik kepada isu di atas, banyak yang boleh dipelajari daripada kejadian makhluk Allah tentang bagaimana mebina ketahanan bangsa dan bagaimana mengatur strategi menjatuhkan musuh...wallahu'alam

Edyes said...

Rencana Penuh Agenda Ekonomi Malaysia

http://edyesdotcom.blogspot.com/

Anonymous said...

Kenapa Paklah nak letak jawatan ?
Tapi saya rasa, saya ada jawapannya. Nak tahu tak? Jawapan berbunyi.

Sebab pemikiran rakyat Malaysia diracuni oleh racun yang amat merbahaya. Bahkan lebih bahaya daripada racun serangga yang membunuh serangga perosak seperti anai-anai.

Bahaya tu, kalau tak diberikan penawarnya maka akan hancur keseluruhan anak Malaysia.

Biasalah, dunia penuh cabaran, penuh dugaan. Teruskan perjuangan mu jika yakin boleh, walaupun rakyat diracuni oleh racun yang paling berbisa.

Ianya terjadi bukan baru hari ini. Dari zaman dulu lagi, dah ada hal-hal macam ni.

Lihat saje, cerita Laksamane Hang Tuah, Lancang Kuning, Laksamana bentan. Disini saje dapat dilihat dan dipelajari bahawa orang kita memang mudah dipengaruhi, terikut-ikut dan percaya apa saja cerita yang disangka ianya betul.

Renungkan sejenak.... ya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails