Saturday, July 28, 2018

Tabung Harapan: Wayang K'jaan Buat Hutang

Imej yang berkaitan
30hb Mei yg lepas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir lancarkan Tabung Harapan... Tujuan tabung nie di lancarkan sbb 'kununnya' hutang luar negara dah sampai ke tahap RM1 bilion... Ramai yg menganga, yg melopong sampai langau bertelur dalam mulut pun ada bila Ah Beng (Guan Eng) umumkan hutang luar Malaysia RM1 trilion...


.

Nak salahkan rakyat yg uneducated (dgn izin...😂😂😂) tak boleh gak...Tapi kita bersangka baiklah pd puak2 yg percaya tu sbb mungkin puak2 tu terlupa yg Ah Beng pernah tersilap kira kos dlm isu 'tewolong'  Pulau Pinang...

Betulker Hutang Luar Malaysia RM1 Trilion



Mula2 Mahathir umumkan yg hutang negara dah melebihi RM1 trilion... Kadar hutang negara dgn KDNK pulak dah mencecah 80.3%... Kalau tak betul2 berjimat, negara akan bankrap... Masa tu Mahathir umumkan semua projek mega warisan BN akan di batalkan serta merta!!! Ek eleh, dalam dok cakap negara nak bankrap, projek yg kata batal tu tetiba pulak umum akan di teruskan, yg paling 'win' nak di teruskan dengan kos yang berlipat kali ganda tinggi dari kos yg BN umumkan masa jadi kerajaan dulu...

Cuba baca di sini :
Dalam Dok Cakap Negara Nak Bankrap, Kerajaan Teruskan Projek Mega Dengan Kos Lebih Tinggi 

Paling syahdu bila sekarang nie Mahathir pula mengaku yg kadar hutang negara berbanding KDNK ialah 53%... Maksudnya betullah hutang negara mcm yg kerajaan BN dulu umumkan RM686.8 bilion!!!

Kerajaan PH Tambah Hutang, Tabung Harapan Tolong Bayar
Kutipan Tabung Harapan kini mencecah RM156 juta sejak di lancarkan... Tujuan Tabung Harapan di lancarkan adalah untuk membayar hutang negara yang di katakan membarah sehingga mencecah RM1 trilion di bawah Barisan Nasional... Saja nak bagitau kepada penderma Tabung Harapan, sejak 9 Mei 2018 Kerajaan Pakatan Harapan menerbitkan hutang (bon) baru berjumlah RM22.5 bilion... Hutang baru yang diterbitkan adalah :
1. RM3.0 bilion pada 15 Mei 2018
2. RM3.5 bilion pada 24 Mei 2018
3. RM4.0 bilion pada 31 Mei 2018
4. RM2.5 bilion pada 8 Jun 2018
5. RM3.5 bilion pada 29 Jun 2018
6. RM2.5 bilion pada 6 Julai 2018
7. RM4.0 bilion pada 16 Julai 2018

Dalam masa yang sama sejumlah RM8.3 bilion hutang baru ini di gunakan untuk membayar hutang lama yang telah matang (debt rollover)... Jadi sejak Kerajaan Pakatan Harapan memerintah, mereka telah menambah hutang negara sebanyak RM14.2 bilion bersih berbanding RM156 juta yang di kutip daripada rakyat yang di katakan bertujuan untuk membayar hutang negara...

Hutang negara dalam bentuk sekuriti Kerajaan meningkat daripada RM690.6 bilion pada Mei 2018 kepada RM702.6 bilion sehingga kini... Anda derma RM156 juta, kerajaan pujaan anda menambah hutang hampir 100 kali ganda... Jangan patah semangat... Teruskan menderma...

Rakyat Malaysia terbaik!!!

Rujukan :
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1772769769465337&id=822217207853936

Buat Malu!! M/Pendidikan M'sia Keluar Kenyataan Dalam Bahasa Cina, MCA Pertikai.



KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden MCA mempersoalkan tindakan Dr Maszlee Malik yang menggunakan bahasa Cina dalam kenyataan media berhubung isu peruntukan kerajaan bagi sekolah persendirian Cina.
Wee Ka Siong berkata, tindakan Menteri Pendidikan itu suatu keadaan yang menakjubkan.
Ini kerana, kata beliau, sebagai seorang menteri, Maszlee tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan media berbahasa Cina sahaja memandangkan ianya bersangkut-paut dengan urusan Parlimen.
“Kenapa perlu berbuat demikian? Ini adalah perkara serius yang merupakan penjelasan kepada jawapan asal di Parlimen di mana penjelasannya membawa maksud yang bercanggah dengan jawapan asal yang dibentangkan.
“Tindakan sebegini tidak selaras dengan polisi untuk memartabatkan bahasa Kebangsaan, malahan ianya juga disifatkan sebagai tidak menghormati bahasa Malaysia yang merupakan bahasa rasmi kerajaan.
“Yang peliknya kenapa YB Menteri Pendidikan tidak berani membuat kenyataan rasmi dalam bahasa Malaysia atau memperbetulkan jawapan di Parlimen melalui kaedah terbaik iaitu mengemukakan Pernyataan Menteri “Minister’s Statement” dalam bahasa Malaysia di Dewan Rakyat?,” katanya melalui Facebook beliau.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menambah, Maszlee harus faham bahawa sekolah persendirian Cina tidak terhad kepada pelajar kaum Cina sahaja, sekaligus menunjukkan beliau berfikiran sempit perkauman.
Selain itu, sebagai Menteri Pedidikan, beliau sepatutnya mengamalkan sikap terbuka kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan tidak mengamalkan favouritisme dalam menangani isu-isu pendidikan.

Sehubungan itu, tindakan Maszlee yang hanya mengeluarkan kenyataan media dalam bahasa Cina berhubung isu “peruntukan kerajaan untuk sekolan persendirian Cina” juga amat mencurigakan, memandangkan kandungan kenyataan media tersebut adalah jawapan tambahan kepada pertanyaan lisan saya di Dewan Rakyat.
Sewajarnya beliau mengeluarkan kenyataan tersebut dalam bahasa Malaysia supaya ia turut dapat memberi penjelasan kepada semua rakyat berbilang kaum.
“Pendek kata, Maszlee tidak patut mengeluarkan kenyataan yang sedap didengar masyarakat Cina tetapi bercakap lain pada masyarakat kaum bukan Cina.
“Sekiranya beliau ikhlas dalam mempertingkatkan mutu sistem pendidikan pelbagai aliran di negara ini, termasuklah pendidikan aliran Cina, beliau perlu bersikap terbuka dan telus dalam menggalas tanggungjawab sebagai seorang Menteri Pendidikan yang mewakili semua rakyat Malaysia. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Buat malu Malaysia sahaja, Menteri Pendidikan keluar kenyataan dalam bahasa Cina, MCA parti Cina pula yang mempertikai.. 

Isu Royalti Minyak : Cukup2lah Kerajaan PH Menipu


Pakatan Harapan (PH) akhirnya tidak mampu memenuhi janji palsu mereka berkenaan hal untuk menaikkan kadar bayaran royalti minyak kepada negeri2 pengeluar daripada 5% kepada 20%...

Rakyat harus fahami apa yang di umumkan oleh Perdana Menteri Tun Mahathir baru2 ini dengan teliti...

Beliau cuma umumkan bahawa kerajaan akan membayar negeri2 pengeluar minyak dengan bayaran sebanyak 20% daripada KEUNTUNGAN dan BUKANNYA ROYALTI seperti dahulu.

Perbezaan Antara KEUNTUNGAN Dan ROYALTI
Kerana jika di sebut royalti, ianya tidak di hitung berdasarkan jumlah keuntungan... Sebaliknya di hitung berdasarkan jumlah pengeluaran keseluruhan... Era pentadbiran BN, negeri-negeri pengeluar menerima bayaran royalti 5% daripada jumlah hasil keluaran keseluruhan... Kini di bawah PH negeri2 itu hanya akan menerima bayaran sebanyak 20% daripada jumlah keuntungan sahaja...


Mungkin Shafie, Darrel, dan Azis boleh jelaskan, apa yang mereka seronokkan sangat dengan pengumuman Tun M itu... Hakikatnya, seperti yang di jangka kerajaan PH telah mungkir janji... Ini bukanlah apa yang telah mereka janjikan kepada rakyat sebelum PRU14!!!

Friday, July 27, 2018

Esok. Jom Nyatakan Pendirian Kita!! Bersatu! Islam! Melayu!



BANGI, 14 Zulkaedah 1439H, Jumaat – Pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyaksikan pelbagai serangan bertali arus terhadap institusi Islam dan bangsa Melayu, menyebabkan hak yang terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan terhakis sedikit demi sedikit.


Menyedari hakikat itu, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) mengajak umat Islam dan bangsa Melayu bersama-sama hadir pada satu perhimpunan besar-besaran pertama yang akan diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampong Baru, Kuala Lumpur, mulai jam 9 pagi hingga 2 petang esok.
Dalam satu kenyataan hari ini, UMMAH berkata, Kelab Sultan Sulaiman pernah menjadi saksi kebangkitan ketika Kongres Melayu SeMalaya yang menjadi bibit-bibit permulaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu, pada Mac 1946.
“Kini, dengan Roh perjuangan yang sama, pada 28 Julai 2018, Kelab Sultan Sulaiman bakal menyaksikan satu lagi kebangkitan UMMAH yang mengumpulkan bangsa Melayu Islam yang ingin mempertahankan agama dan bangsanya daripada dirobek oleh pihak-pihak berkepentingan,” kata gerakan itu.
Dianggarkan lebih 10,000 peserta terdiri daripada ahli gabungan lebih 300 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, persatuan mahasiswa universiti, pelajar, serta pemimpin dan ahli parti politik, dijangka hadir.
Himpunan esok, adalah yang besar-besaran bakal diadakan bagi umat Islam menyatakan pendirian dan sikap leluhur mempertahankan kedaulatan Islam, institusi Raja-Raja Melayu, hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera dan bahasa Melayu yang dijamin dalam Perlembagaan Malaysia yang mula digugat oleh anasir tidak bertanggungjawab pasca PRU14.

Umat Islam, khususnya bangsa Melayu perlu sedar sejak kebelakangan ini timbul pelbagai isu menyentuh kedaulatan Islam, hak istimewa orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang membimbangkan, dan boleh mencetuskan situasi tidak tenteram dalam masyarakat.
Menurut UMMAH, himpunan akan dijalankan secara aman, gembira dan kasih sayang serta menghormati antara satu sama lain.
“Unsur provokasi, keras dan kasar dilarang sama sekali serta pihak keselamatan akan bertindak tegas kepada mana-mana pihak yang cuba membuat provokasi untuk menganggu himpunan ini.
Bertemakan ‘putih’ (baju), UMMAH menggalakkan peserta membawa topi, payung, alas duduk dan minuman. Peserta juga digalakkan makan makanan berat terlebih dahulu sebelum menyertai perhimpunan.

Royalti: 'Kami Minta 5% Sahaja'. -T/MB K'tan.



KOTA BHARU: "Kalau dikira 20 peratus memang lambat, tetapi kami minta lima peratus sahaja. Itu sahaja asas tuntutan kita, 20 peratus itu kita tidak tuntut, kalau hendak bayar baguslah.
"Saya cuma bimbang, kerajaan menggunakan alasan ini untuk tidak bayar royalti sahaja, guna itu guna ini akhirnya tidak bayar," kata Timbalan Menteri Besar, Dato' Mohd Amar Abdullah.

Oleh itu beliau meminta kerajaan persekutuan supaya tidak berdolak dalik dalam isu pemberian wang royalti kepada negeri pengeluar minyak.
Kata beliau di sini semalam, kerajaan negeri hanya menuntut lima peratus daripada hasil royalti minyak sebagaimana yang termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Beliau berkata perjanjian dalam akta itu tidak bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan sekiranya kerajaan persekutuan ikhlas menunaikan hak rakyat.
Kelmarin Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Azmin Ali dilapor berkata, hasrat kerajaan memberi royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar minyak tidak dapat dilaksanakan segera. - HARAKAHDAILY 26/7/2018

Himpunan NGO Islam P/Pinang Desak Ramasamy Letak Jawatan..


Sahabat NGO Islam di sekitar Pulau Pinang hadir memberikan sokongan tanpa mengira fahaman politik & agama kepada Himpunan Desak Ramasamy letak jawatan. Dianggar sekitar 7000 berhimpunan sepanjang jalan untuk himpunan ini.

Ramasamy didukung mereka yang Pro-LTTE di Malaysia dan Ramasamy menyanjung tinggi pengganas seperti pengasas LTTE iaitu Prabakharan.

Kita tidak mahu mana-mana ekstrimis berleluasa di Malaysia tanpa mengira apa jua agama, bangsa dan parti politiknya.



Pihak NGO Islam sempat menyampaikan memorudum kepada wakil kerajaan Pualau Pinang.





MR : Tahniah NGO Islam dan ada bukan Islam di Pulau Pinang priihatin tentang kedaulatan negara kita.... 
MINDARAKYAT





Gambar atas, Peta Tamil Eelam menunjukkan Malaysia adalah salah satu negara yang termasuk dalam tanah tuntutan mereka atas nama The Greater Tamil State.
Bawah, Ibnu Hasyim di Masjid Melayu, Colombo, Sri Lanka.



Sila lihat Ibnu Hasyim:

Hapuskan Tanda 1 M'sia. Dah Dapat Tanduk, Telinga Dipulas Juga..

Kerajaan PH Hapuskan Semua Tanda 1 Malaysia

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) nampaknya takut betul dengan jenama 1 Malaysia yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hanya beberapa hari selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan menguasai Putrajaya, kerajaan PH menjadikan prioriti menurunkan papan-papan tanda 1 Malaysia di pusat transformasi bandar (UTC) seluruh Malaysia.

Seolah-olah ini tugas paling penting kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, belanja besar terpaksa dikeluarkan hanya untuk menghapuskan simbol tinggalan pentadbiran Najib.

Agenda menghapuskan memori bekas pemimpin negara itu diteruskan lagi dengan menjenamakan semula Klinik 1 Malaysia kepada klinik komuniti.

Pada Jun lalu, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata Klinik 1 Malaysia akan ditukar nama kepada Klinik Komuniti menjelang hujung tahun ini.

Malahan menurut beliau lagi, kerajaan PH bakal menutup beberapa klinik tersebut yang tidak menepati kriteria seperti jumlah pesakit.

“Bagi klinik yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan iaitu tidak meraih bilangan pesakit iaitu 50 pesakit orang sehari, ia akan ditutup.
“Sebagai rumusan, kementerian akan mengkaji semula operasi klinik itu mengikut lokasi dan keberkesanan perkhidmatannya,” kata Dzulkefly pada 27 Jun lalu.

Dalam usaha menamatkan nama Klinik 1 Malaysia, belanja baharu turut diminta untuk melaksanakan penjenamaan ini oleh Kementerian Kesihatan.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial notis-notis penutupan Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.
Notis penamatan perkhidmatan tersebut melibatkan Klinik 1 Malaysia di Damansara Damai, Seksyen 24 Shah Alam, Kelana Jaya; USJ 1 Subang Jaya dan Puchong Jaya.
Berdasarkan notis terbabit, tarikh penutupan bagi klinik berkenaan adalah antara 16 Ogos dan 1 September.

Ekoran kemarahan orang ramai, Kementerian Kesihatan segera menjawab isu itu dengan mengatakan arahan penutupan Klinik 1 Malaysia belum muktamad.

Terbaharu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri mempertimbangkan untuk menutup Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) atau “melaksanakan dua langkah lain.”

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, “Saya sudah terima taklimat dari pegawai kementerian dan menemui pengusaha kedai rakyat, mereka juga sudah berikan maklum balas, namun saya memerlukan sedikit masa untuk buat keputusan.

“Keputusan hanya ada tiga, pertama sama ada akan memberhentikannya, kedua meneruskannya dan ketiga meneruskan dengan lakukan pengubahsuaian,” katanya seperti dipetik media.

Semua langkah ini dijangka tidak akan mengekalkan nama “1 Malaysia” seperti yang telah dimulakan sejak awal kerajaan PH berkuasa.

Seorang lagi menteri kerajaan PH, Zuraida Kamaruddin berkata projek perumahan dengan nama “1 Malaysia” akan dijenamakan semula, termasuk projek rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1 Malaysia, atau PR1MA.

Zuraida memburuk-burukkan projek perumahan ini dalam kenyataannya dan mengatakan kerajaan PH sedang melaksanakan penjenamaan semula projek sedia ada dan akan datang.

Sebelum ini Zuraida berkata projek-projek perumahan termasuk projek-projek perumahan 1 Malaysia dan Rumawip akan diletakkan di bawah kementeriannya.

Ironi kerajaan PH pernah berkata mereka konon tidak membalas dendam terhadap kerajaan terdahulu tetapi apa yang berlaku menunjukkan sebaliknya.

Bagaimana mereka mahu menafikan apa yang dilakukan bukan sebab dendam apabila menghapuskan simbol kerajaan sebelum ini menjadi satu prioriti sedangkan banyak hal lebih penting gagal dilaksanakan.

Mereka meneruskan banyak projek kerajaan terdahulu tetapi pada masa yang sama mengubah nama supaya pentadbiran Najib tidak mendapat kredit.

Ini semua dilakukan pada masa sama mereka menerangkan kepada rakyat yang segala masalah negara disebabkan oleh Najib, sehingga banyak janji mereka tidak dapat ditunaikan. – Mynewshub.tv

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasanya 'Tak dapat tanduk, telinga dipulas.' Tapi kerajaan PH ni lagi teruk.. dah dapat tanduk pun, telinga dipulas juga.. 

Aaa.. nasib rakyat memilih PH. Pikir-pikirlah tukar pada PRU15 akan datang!


Kerajaan PH Hapuskan Semua Tanda 1 Malaysia

M/Pendidikan Kena Tarik Telinga, Semalam Disergah DAP, Hari Ini Lulus.



Selepas dikritik oleh DAP semalam, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berjanji menyediakan peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) melalui peruntukan kerajaan persekutuan, lapor beberapa akhbar harian Cina semalam.

Akhbar terbabit memetik satu kenyataan daripada Maszlee merujuk kepada jawapan bertulis parlimen kepada Anggota Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dari MCA.

Sebelum itu Wee bertanya mengenai mekanisme meliputi operas dan perbelanjaan pembangunan SMPC.

Maszlee menjelaskan SMPC tidak mendapat peruntukan bagi membayar gaji guru kerana institusi itu bukan bertaraf sekolah kerajaan.

"Peruntukan operasi melibatkan perbelanjaan dalaman kerajaan. Kebanyakan peruntukan adalah untuk emolumen kakitangan awam dan guru.

"Disebabkan SMPC bukan sekolah awam atau di bawah bidang kuasa kementerian dan guru-gurunya bukan kakitangan awam, kementerian tidak boleh menggunakan peruntukan operasinya untuk SMPC, sekolah agama persendirian dan agensi pendidikan swasta lain," katanya.

Maszlee kemudiannya dikritik dua anggota parlimen DAP, Wong Kah Woh (Ipoh Timur) dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bercham, Ong Boon Piow.

Menurut Maszlee kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) akan memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap SMPC.

Katanya ia dapat dilihat di Pulau Pinang, Selangor, Melaka dan Johor apabila kerajaan HARAPAN menyediakan peruntukan kewanngan kepada SMPC berdasarkan kemampuannya.

Mengenai peruntukan di peringkat persekutuan, Maszlee berkata, peruntukan kerajaan HARAPAN kepada SMPC akan dimasukkan ke pelan kewangan holistik kebagsaan dalam bentuk perbelanjaan pembangunan.

"Berdasarkan kepada prestasi ekonomi keseluruhan, kami akan berbincang dengan Kementerian Kewangan bagi memutuskan keperluan dan bentuk peruntukan," katanya.

Kenyataan Maszlee turut disiarkan akhbar Sinchew Daily, Oriental Daily, Kwong Wah Jit Poh, Guang Ming Daily, Nanyang Siang Pau, China Press dan The Malaysian Insight (edisi bahasa Cina).

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching turut mengongsi kenyataan Maszlee yang disiarkan Oriental Daily dan Sinchew Daily di Facebooknya.

Bagaimanapun semakan mendapati tiada media berbahasa Melayu atau Inggeris memuatkan kenyataan itu semasa berita ini ditulis.

Ini yang dikritik oleh MCA kenyataan hanya dibuat dalam Bahasa Cina untuk mengelak isu ini dikalngan pengundi Melayu.

MR : Macam-macam cara PH nak kencing pengundi mereka terutama pengundi Melayu.... 

MINDARAKYAT

http://mindarakyat.blogspot.com/ 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau 'abang besar' dah marah dan tarik telinga, 'ayah ibu pun tak boleh buat apa-apa.. Haaa nasib kamulah PH..

Cuba fikir, bagaimana mengatasinya?

Cabaran Liberal Dalam M'sia Baru &Strategi Di Indonesia.




PERKEMBANGAN pemikiran Liberal di Indonesia telah berlangsung agak maju kira-kira 30 tahun lebih awal berbanding Malaysia. Untuk mengamati apa yang sedang berlaku di Malaysia, maka eloklah diteliti sejarah Liberalisasi di Indonesia sebagai cermin realiti.
Sungguhpun ia merupakan topik pemikiran, tetapi amat berkait rapat dengan politik. Seharusnya ahli-ahli politik Muslim mengambil berat hal ini, kerana pemikiranlah yang membentuk jelmaan corak politik di hadapan mata kita.
Orde Baharu
Projek Liberalisasi bermula dengan pengisytiharan Orde Baharu bawaan Soeharto yang menukar kutub Indonesia dari blok Russia kepada blok Barat. Sudah pasti pemikiran Barat yang menawarkan cara faham Liberalisme turut diimport masuk melalui pelbagai saluran. Politikus dan Liberalis bergabung tenaga menjayakan 3 fasa Liberalisasi Indonesia.
Fasa kemunculan
Nurcholis Madjid atau panggilan mesranya sebagai Cak Nur merupakan nama yang tidak asing dalam perbincangan topik Liberal khususnya di Indonesia. Beliau yang pada asalnya dikatakan sebagai pro Islam, tiba-tiba berubah menjadi Liberal setelah diundang oleh Council for Leaders and Specialist (CLS) ke Amerika. Pegawai kedutaan Amerika di Jakarta menyatakan, biar beliau diperlihatkan sendiri apa yang dibencinya selama ini.
Cak Nur menanam benih Liberal dengan pertikaian-pertikaian kontroversinya terhadap pegangan Islam masyarakat. Bermula dengan pidatonya pada 1970, beliau mengemukakan idea-idea Liberal. Penegasannya jelas. Islam yes, partai Islam no! Bukan sekadar itu, beliau mendakwa kononnya idea Sekular merupakan unsur yang secocok dengan konsep Syahadah.
Fasa kaderisasi
Fasa ini merupakan fasa yang paling penting dan berpengaruh dalam perkembangan Islam Liberal di Indonesia. Soeharto mengangkat tokoh-tokoh Liberal untuk menjawat posisi-posisi penting dalam pendidikan. Soeharto melantik Mukti Ali sebagai Menteri Agama yang mempunyai akses dengan sektor pendidikan. Beliau yang merupakan graduan al-Azhar dan mendapat pendidikan pasca sarjana di Universiti Mcgill Kanada mendukung idea modenisasi ilmu (baca Liberalisme).
Mukti Ali sangat terpengaruh dengan kaedah berfikir Mcgill yang dakwanya lebih rasional dan holistik. Beliau menggantikan orang-orang bawahannya dengan yang sealiran dengannya. Lalu Mukti Ali bergabung tenaga dengan Harun Nasution dengan melantiknya sebagai Rektor Institut Agama Islam Negeri (IAIN).
Lantas mereka mengubah silibus-silibus agama yang dianggap sebagai ketinggalan zaman dan sempit. Harun Nasution mahu merubah silibus kepada karektor pemikiran Muktazilah yang secocok dengan aspirasi Liberal.
Dari kedudukan mereka di Pusat-pusat Pengajian Tinggi, membolehkan mereka menjalinkan akses kaderisasi untuk melahirkan pelapis-pelapis berfahaman Liberal. Tapaknya telah dimulakan oleh Cak Nur sejak 1970 ketika menjawat sebagai Ketua Umum Pengurus Besar Himpunan Mahasiswa Islam. Pengaruh besar itu dilangsungkan dari generasi ke generasi.
Walaupun mereka cuba ditentang oleh agamawan yang lebih senior, tetapi itu semua sudah terlambat dan tidak berhasil seperti yang diinginkan kerana mereka mempunyai kuasa.
Fasa reformasi
Sejak bermulanya Orde Baharu, mereka telah mula melontarkan idea-idea Liberal. Namun menjelang 2001, mereka dilihat lebih berani dan vokal dalam melontarkan idea-idea Liberal ke khalayak umum.
Jaringan Islam Liberal (JIL) dibangunkan oleh Ulil Absar Abdalla melalui forum internet, dilihat amat berkesan untuk mendapatkan pengikut. Mereka memanfaatkan segala ruang media untuk menyebarkan idea Liberal. Isu klasik yang dikemukakan tidak lain, berlegar sekitar isu keabsahan al-Quran, Syariat Islam, tudung, nikah silang agama, hak untuk murtad dan sebagainya. Buku kontroversi yang bertajuk Fikih Lintas Agama memuatkan doktrin Pluralisme yang melengkapkan idea Liberal dukungan mereka.
Antara strategi Liberalis
Dari pengamatan sejarah Liberalisasi Indonesia, kita boleh merumuskan beberapa strategi Liberalis dalam mendoktrin minda masyarakat dengan ajaran sesat mereka. Antaranya:
●     Bergabung dengan politikus untuk memperolehi posisi penting yang membolehkan mereka meletak tapak pemikiran Liberal dalam silibus pengajian.
●     Berani melontarkan pandangan-pandangan yang kontroversi. Mereka tidak kisah dikecam, kerana mereka tahu lambat laun orang akan lali lalu menerima idea-idea sesat mereka. Tidak hairanlah jika kita dapati mereka tidak serik-serik memprovok.
●     Liberalis menarik golongan mahasiswa dengan pendekatan yang segar dengan budaya kajian, wacana dan diskusi. Bagi mereka mahasiswa adalah generasi pelapis yang bakal menduduki posisi-posisi strategik. Di samping itu, darah muda mahasiswa amat bermanfaat untuk nekad melontarkan suara-suara yang vokal bagi pihak Liberalis.
●     Mereka proaktif memanfaatkan media yang ada untuk menyebarkan doktrin Liberal. Ia amat fleksibel dan efektif. Di samping itu, mereka giat menulis makalah dan buku sebagai perantara dengan masyarakat.
Malaysia Baharu yang mencabar
Selepas PRU14, kita dapati idea-idea Liberal semakin giat dipentaskan. Pemenang-pemenang pilihan raya yang kini menjadi pemerintah mengisytiharkan slogan Malaysia Baharu dan Orde Baharu dengan penuh bangga. Seakan mengulangi sejarah Indonesia. Jika dahulu idea-idea Liberal dikemukakan secara runcit-runcitan. Namun kini, dalam kalangan penguasa sendiri yang menjadi provokator kepada idea-idea Liberal. Selepas satu, satu.
Normalisasi gejala songsang LGBT, definisi agama diambil dari doktrin Pluralisme, Maqasid diertikan sesuai dengan kehendak Liberal dan entah apa lagi yang mahu dimuntahkan selepas ini. Demikian merupakan senario yang telah berlaku ke atas Indonesia puluhan tahun yang lepas. Kini mereka telah mempunyai kuasa untuk dikuatkuasakan ke atas umat Islam. Kita wajib runsing dengan ancaman jangka masa panjang ini.
Perkara yang perlu dipelihara
Dr Ugi Suharto menyatakan bahawa umat Islam di Malaysia beruntung, kerana Islam diletakkan sebagai agama rasmi negara, tidak seperti di Indonesia dengan pancasilanya. Ini membolehkan Islam di Malaysia dibela melalui undang-undang serta boleh membendung penyebaran ajaran sesat serta dakyah agama lain dari disebarkan di khalayak ramai
Ditambah lagi dengan YDP Agong sebagai ketua agama Islam yang dianggap sebagai benteng akhir dalam mempertahankan Islam. Walaupun ramai yang mempertikaikan keseriusan memartabatkan Islam sebagai agama rasmi dan fungsi institusi Istana untuk mempertahankan Islam, namun secara realitinya itulah kelebihan yang kita boleh manfaatkan.
Melayu pula didefinisikan oleh Perlembagaan mestilah beragama Islam, menguatkan lagi keterikatan umat Islam di Malaysia dengan pegangan Islam mereka. Ikatan-ikatan itulah yang kini cuba dirungkai oleh golongan Liberal. Serangan ke atas Bangsa Melayu, institusi agama dan institusi Istana giat dilancarkan mutakhir ini.
Beringat
Kini kita perlu waras berfikir. Ahli politik perlu peka mengamati penularan ideologi-ideologi Liberalisme yang sedang menyusur ke tangga kuasa. Agamawan-agamawan pula perlu menyedari bahawa berdepan dengan pertempuran ideologi merupakan kefarduan yang tidak ada kompromi pada hari ini.
Perhatikan literasi media yang dimainkan oleh propagandis-propagandis. Apa-apa yang berkait menjadi sendi kepada survival Islam pasti akan diprejudiskan. Jangan terlepas pandang dengan apa yang sedang disuap di kampus-kampus, kerana di situlah sarangnya bermula.
ABDUL MU'IZZ MUHAMMAD
Ketua Urusan Ulamak
PAS Kawasan Klang
27 Julai 2018. - HARAKAHDAILY 27/7/2018 
FB IMG 1532647567849

Ghairah! Tarian Gelek Kutip Derma PH? Akan Melacur Pula?

  Paparan skrin daripada video tarian gelek yang dianjurkan pada majlis kutipan derma Tabung Harapan di sebuah hotel di Shah Alam pada Rabu malam.

PETALING JAYA: Sebuah video tarian gelek yang memaparkan beberapa penari berpakaian seksi sempena majlis kutipan dana Tabung Harapan tular di media sosial sejak Rabu.



Acara yang dipercayai dianjurkan di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Shah Alam itu dikaitkan dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Susulan penyebaran video berkenaan, netizen mula mengecam pihak kerajaan yang didakwa mencemari majlis kutipan derma dengan tarian yang mengghairahkan.
Turut terpalit dengan kontroversi tersebut ialah calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang didakwa mengeluarkan kenyataan bahawa tarian tersebut 'tidak haram kerana niat baik'.

Posting yang dimuat naik oleh Lokman pada Rabu.
Bekas Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan, Datuk Lokman Noor Adam yang menjadi pencabar Mohd Zawawi di Sungai Kandis turut menuntut penjelasan daripada Mohd Zawawi yang juga Pengetua Maahad Tahfiz Al Fateh.

Lokman melalui posting di Instagram berkata: "Agaknya apa pendirian Pakatan Harapan memanggil tarian gelek LGBT untuk mengutip derma bagi Tabung Harapan ya?

"Mampukah seorang Adun Pakatan Harapan menyanggah perdana menteri atau timbalannya?
"Jika tidak, serahkan tugas itu kepada pembangkang dengan mengundi Barisan Nasional," kata Lokman.

Enggan membiarkan fitnah tersebut berleluasa, Mohd Zawawi menafikan bahawa PH terlibat dalam penganjuran majlis kutipan derma itu, sebaliknya ia dilancarkan oleh pihak ketiga iaitu badan bukan kerajaan (NGO).



"Ada pihak yang cuba memfitnah saya. Saya tidak pernah setuju aktiviti seperti tarian gelek itu diadakan bagi tujuan mengutip derma.
"Saya menolak politik fitnah diamalkan di negara ini," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Khamis.

Tambah Mohd Zawawi, beliau berpandangan acara seperti itu tidak wajar dipopularkan kerana ia tidak sihat untuk pembangunan sahsiah dan moral rakyat Malaysia.
Video tersebut yang dimuat naik oleh pelbagai pengendali laman Facebook itu setakat ini ditonton lebih 70,000 kali dan mendapat lebih 2,800 tanda suka.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2018/07/26/tarian-gelek-tabung-harapan-fitnah/#HhMrz3Q02TfuC2MO.99


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Tabung PH sesak sangat ke? Tidak! Kerana memang dasar PH, asal dapat duit, tidak peduli halal haram. Sama dengan UMNO. 

Tidak heran, mungkin suatu masa nanti, puak-puak ni boleh jadi pelacur untuk mengisi tabung kebajikan mereka.

Thursday, July 26, 2018

Kerajaan PH Banyak Cipta Dalih..




KUALA KEDAH: Kini kerajaan Pakatan Harapan semakin banyak mencipta dalih bagi menunaikan manifestonya seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum (PRU) lepas.
Terbaru Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato' Mahfuz Omar dilapor memberitahu kenaikan gaji minimum sebanyak RM1,500 bagi sektor swasta akan dilaksanakan dalam tempoh lima tahun.
Adun Bukit Pinang, Wan Romani Wan Salim berkata, kenyataan pemimpin PH sekarang banyak dihiasi retorik untuk meyakinkan rakyat kerana tidak mampu menunaikan janji.
Katanya, sekarang semakin ramai rakyat meluahkan kurang yakin terhadap kemampuan kerajaan PH dapat melaksanakan janji yang dilafaz.
"Saya berkeyakinan kerajaan PH tidak mampu melaksanakan janji seperti disebut dalam manifesto mereka.
"Janji-janji mahu menurunkan harga minyak dan harga barang belum dilaksanakan walau pun hampir tiga bulan mereka mentadbir Malaysia," katanya. - HARAKAHDAILY 26/7/2018

PM Kelirukan Dewan Rakyat.. -Khairy Jamaluddin

kj parlimen 2019
Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa mengelirukan Dewan Rakyat apabila menyatakan peratusan hutang negara paling tinggi daripada Keluaran Negara Kasar (KDNK) antara 1982 hingga 2003 ialah 27 peratus.
Khairy Jamaluddin (BN-UMNO Rembau), berkata mengikut rekod kewangan negara, kadar peratusan hutang negara daripada KDNK tertinggi dicatat ialah 103 peratus pada 1986.
Katanya, kenyataan Perdana Menteri itu boleh mengelirukan Dewan Rakyat.
“Beliau (Perdana Menteri) juga menyatakan pada zaman pentadbirannya sebagai Perdana Menteri tidak pernah mendengar hutang hingga angka trilion.
“Pada zaman itu, saiz ekonomi negara atau pencapaian KDNK hanya mencecah RM400 bilion sedangkan kini kita mencapai angka RM1 trilion,” katanya membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
Khairy turut terkejut dengan kenyataan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengenai hutang negara yang kononnya menjadi liabiliti terbesar negara.
Katanya, isu hutang perlu dijelaskan dan kerajaan terdahulu tidak boleh dipersalahkan untuk dijadikan alasan memungkiri janji.
“Saya terkejut bagaimana kiraan hutang negara tidak mengikut piawaian antarabangsa dengan melonggokkan semua jaminan kerajaan dan menyenaraikan bayaran sewa kerajaan untuk pembangunan sebagai hutang kerajaan,” katanya.
Khairy berkata, pengamatannya mendapati asas utama kerajaan Pakatan Harapan (PH) adalah janji boleh dimungkiri dan tidak perlu dilaksanakan.
“Kita tidak boleh membenarkan asas palsu ini dijadikan alasan kerajaan untuk tidak melaksanakan apa yang dijanjikan dan menyalahkan kerajaan terdahulu,” katanya. (Sumber: Berita Harian)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails