Friday, July 27, 2018

Hapuskan Tanda 1 M'sia. Dah Dapat Tanduk, Telinga Dipulas Juga..

Kerajaan PH Hapuskan Semua Tanda 1 Malaysia

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) nampaknya takut betul dengan jenama 1 Malaysia yang diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Hanya beberapa hari selepas menang dalam Pilihan Raya Umum ke-14 dan menguasai Putrajaya, kerajaan PH menjadikan prioriti menurunkan papan-papan tanda 1 Malaysia di pusat transformasi bandar (UTC) seluruh Malaysia.

Seolah-olah ini tugas paling penting kerajaan baharu pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, belanja besar terpaksa dikeluarkan hanya untuk menghapuskan simbol tinggalan pentadbiran Najib.

Agenda menghapuskan memori bekas pemimpin negara itu diteruskan lagi dengan menjenamakan semula Klinik 1 Malaysia kepada klinik komuniti.

Pada Jun lalu, Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefly Ahmad berkata Klinik 1 Malaysia akan ditukar nama kepada Klinik Komuniti menjelang hujung tahun ini.

Malahan menurut beliau lagi, kerajaan PH bakal menutup beberapa klinik tersebut yang tidak menepati kriteria seperti jumlah pesakit.

“Bagi klinik yang tidak memenuhi kriteria ditetapkan iaitu tidak meraih bilangan pesakit iaitu 50 pesakit orang sehari, ia akan ditutup.
“Sebagai rumusan, kementerian akan mengkaji semula operasi klinik itu mengikut lokasi dan keberkesanan perkhidmatannya,” kata Dzulkefly pada 27 Jun lalu.

Dalam usaha menamatkan nama Klinik 1 Malaysia, belanja baharu turut diminta untuk melaksanakan penjenamaan ini oleh Kementerian Kesihatan.

Beberapa hari lalu, tular di media sosial notis-notis penutupan Klinik 1 Malaysia di seluruh negara.
Notis penamatan perkhidmatan tersebut melibatkan Klinik 1 Malaysia di Damansara Damai, Seksyen 24 Shah Alam, Kelana Jaya; USJ 1 Subang Jaya dan Puchong Jaya.
Berdasarkan notis terbabit, tarikh penutupan bagi klinik berkenaan adalah antara 16 Ogos dan 1 September.

Ekoran kemarahan orang ramai, Kementerian Kesihatan segera menjawab isu itu dengan mengatakan arahan penutupan Klinik 1 Malaysia belum muktamad.

Terbaharu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri mempertimbangkan untuk menutup Kedai Rakyat 1 Malaysia 2.0 (KR1M 2.0) atau “melaksanakan dua langkah lain.”

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, “Saya sudah terima taklimat dari pegawai kementerian dan menemui pengusaha kedai rakyat, mereka juga sudah berikan maklum balas, namun saya memerlukan sedikit masa untuk buat keputusan.

“Keputusan hanya ada tiga, pertama sama ada akan memberhentikannya, kedua meneruskannya dan ketiga meneruskan dengan lakukan pengubahsuaian,” katanya seperti dipetik media.

Semua langkah ini dijangka tidak akan mengekalkan nama “1 Malaysia” seperti yang telah dimulakan sejak awal kerajaan PH berkuasa.

Seorang lagi menteri kerajaan PH, Zuraida Kamaruddin berkata projek perumahan dengan nama “1 Malaysia” akan dijenamakan semula, termasuk projek rumah mampu milik Perumahan Rakyat 1 Malaysia, atau PR1MA.

Zuraida memburuk-burukkan projek perumahan ini dalam kenyataannya dan mengatakan kerajaan PH sedang melaksanakan penjenamaan semula projek sedia ada dan akan datang.

Sebelum ini Zuraida berkata projek-projek perumahan termasuk projek-projek perumahan 1 Malaysia dan Rumawip akan diletakkan di bawah kementeriannya.

Ironi kerajaan PH pernah berkata mereka konon tidak membalas dendam terhadap kerajaan terdahulu tetapi apa yang berlaku menunjukkan sebaliknya.

Bagaimana mereka mahu menafikan apa yang dilakukan bukan sebab dendam apabila menghapuskan simbol kerajaan sebelum ini menjadi satu prioriti sedangkan banyak hal lebih penting gagal dilaksanakan.

Mereka meneruskan banyak projek kerajaan terdahulu tetapi pada masa yang sama mengubah nama supaya pentadbiran Najib tidak mendapat kredit.

Ini semua dilakukan pada masa sama mereka menerangkan kepada rakyat yang segala masalah negara disebabkan oleh Najib, sehingga banyak janji mereka tidak dapat ditunaikan. – Mynewshub.tv

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Biasanya 'Tak dapat tanduk, telinga dipulas.' Tapi kerajaan PH ni lagi teruk.. dah dapat tanduk pun, telinga dipulas juga.. 

Aaa.. nasib rakyat memilih PH. Pikir-pikirlah tukar pada PRU15 akan datang!


Kerajaan PH Hapuskan Semua Tanda 1 Malaysia

18 comments:

Smart Pomen said...

Ler. Bukan ke dari zaman bn dulu org dah kata benda ni gagal. Pas dgn bn pun mane suka org bangsa la, kapir kata pas. Bila mengundi ari tu. Gambar Tun pun bn turun kan. Bukan takut ke tu. Lagi teruk. Dgn org tua yg 93 pun takut. Dlm you tube ade gambar yg org buang dlm tong sampah bila bn kalah. Tu bukan takut. Tapi majal kalau simpan .Suwey, nasib malang, tak ong, maksudnya kalau tak paham. Takut dgn suwey 2 benda yg berbeza. Hadamkan...

Anonymous said...

Bayangkan berapa banyak peluang terbuka untuk hamcai pasang signboard yang baru. Dedak is coming! Bertambah lumayan kalau ada tender tertutup. EeeerrrpppP

Anonymous said...

Awatlah dengki sesangatnya.

Itu hari gambo Madey

Sekarang tanda 1 M

Tanda 1 Madey pun dorang turunkan.

Penyakit hati cam gini pun ada.

Ish ish ish

Anonymous said...

Kalau nak tau, jenama 1Malaysia dibawa dari Israel oleh company Yahudi Israel yg menjadi penasihat bekas PM kita. Kalau tak tahu sejarah, jangan komen!

Saya juga orang PAS.

Anonymous said...

Takkan jadi PAS dengan mengaku saja..

Anonymous said...

4:54

Ya betul, aku pun nak cakap benda tu juga. Buat apa kita agungkan 1Malaysia sepertimana 1Israel sedangkan kebajikan rakyat kita abaikan?

Tapi aku tak ada parti!

Anonymous said...

Tak ada kerja dah tu. Walhal yang bebankan pengguna adalah tol, tapi papan tanda tol tak turun jugak. Bila ah?

Anonymous said...

setuju patutnya ppntanda 1malaysia ditanggal dn ditampal pd semua tol.

supaya mngingatkn rakyat malaysia bahawa tol terpksa ujud ketika ini utk mmbayar hutang 1billion najib dll hutang.

ingat tol ingat najib.
ingat 1malaysia ingat 1billion harta karun dlm rumah najib.

Anonymous said...

Tol dahlah tak hapus. Itu mmg dah tentu2lah janji dicapati sptmana ph dulu kutuk umno. Tp atleast bila perayaan tu bagi la percuma. Klu perayaan yg beberapa hari je sambut tu pun masih nak dikaut...jgn harap la utk setahun...lugi wo lugiiii

Pilihanraya akan dtg agak2 la manipesto2 ni boleh laku lagi ka bila rakyat lalui pengalaman tertipu mcm ni. Tak kira la parti mana pun

Anonymous said...

Ni sorang lg tentera siber upahan dap. Fakta zero. Berusaha ujudkan fenomena memburukkan pas.

Burukkan pas, maka ada bayaran dari dap. Bukan susah nak dapat duit hanya gadaikan maruah dgn buat fitnah.

Anonymous said...

Bila kutuk PAS kata jilat DAP, dapat duit DAP dan lain-lain. Yang kamu kutuk PH tak pe. Jangan jadi kepala butoh, tak mata dan takde otak!

Anonymous said...

Kalau nak rebrand kan perlukan duit...nape tak habiskan duit utk rakyat...ini kecoh kutip derma kata negara takda duit..buat benda bodo ni boleh pulak....pening la camni...

Anonymous said...

nxt pru satu je manifesto... hapuskan budaya klepet dan pemikiran penunggang agama..

ini sudah memadai utk rakyat.

Anonymous said...

duit rebrand tu utk rakyat la. sebb mata rakyat sakit tgk 1malaysia klepet dulu. kamu suka ke rakyat sakit mata. tak baik kau ni.

Anonymous said...

pas buruk dgn sendirinya tkpayah sesapa upah tentera. video ucapan busuk pemimpin pas sapa yg buat.

dap upah ke atau pas makan dedak utk burukkn ph sehingga sekecik2 isu buang tanda 1malaysia.. kunun membazir.. bangang

rompakan najib tk mmbazir pulak. walaun jauh dh sesat. sebb hati tkbersih.

Anonymous said...

yela walaun semakin busuk hati mereka dendam kalah pru

Anonymous said...

Manalah semua besi buruk dan bahan plastik papan tanda itu akan berakhir. Kalau dijual boleh sipenjual ketawa mengilai-ngilai menuju ke bank. Nei, teh tarik satu!

Anonymous said...

Still manipesto jugak tu 8.31. Maksudnya penipuan akan masih berlaku dimana orang masih pikir agama

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails