Tuesday, July 24, 2018

Tarian Balai Unik, Hanya Di Hulu Terengganu. Lihat pakaiannya!


Kesenian Tarian Balai yang indah  kini menjadi satu tarikan seni budaya yang unik dan hanya terdapat di Daerah Hulu Terengganu. Tarian yang bersangkut dengan pemujaan semangat padi dan ditarikan oleh anak gadis desa berasal daripada Kampung Bukit Gemuruh kini menjadi khazanah kebudayaan Negeri Terengganu.

Setiausaha Majlis Kebudayaan Daerah Hulu Terengganu (MKDHT), Amran Ahmad berkata, tarian balai bergerak aktif pada tahun 70-an sehingga akhir 90-an, namun kesenian itu kini sudah malap dan hampir pupus kerana tiada golongan pelapis yang berminat untuk mempelajarinya.

Jelasnya, ini disebabkan penari asalnya sudah berusia dan mulai dilupakan selari dengan peredaran zaman.

"Oleh sebab itu, sebagai  inisiatif bagi menghidupkan kembali budaya ini, MKDHT memainkan peranan bagi  memperkenalkan Tarian Balai dengan melatih generasi baru yang berminat untuk mempelajarinya di Kampung Bukit Gemuruh.

"Pihak kami juga menghidupkan kembali tarian ini di setiap program kebudayaan yang diadakan untuk generasi baru supaya menjiwai budaya yang hampir pupus,"kata beliau ketika ditemui Teganukita di pejabatnya di Kuala Berang, hari ini.

Menurutnya, tarian balai kini semakin dikenali dan berjaya diketengahkan ke peringkat lebih tinggi melalui jemputan yang diterima antara persembahan sempena Le Tour De Langkawi.

"Kami pernah dijemput mengadakan persembahan di festival kebudayaan di Singapura dua tahun lepas dan hampir seluruh Malaysia yang dibawa khas oleh Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan Malaysia.
"Syukur sehingga kini masih lagi dijemput untuk membuat persembahan setiap kali festival berlangsung dan saya harap ia akan berterusan bagi memastikan Tarian Balai bertahan sebagai kesenian anak Melayu,"ujarnya lagi.

Amran berkata, pergerakan dalam tarian menggambarkan kebudayaan petani atau penanam padi. Tambahnya, payung yang berwarna-warni diletakkan di tengah-tengah pentas dan gadis-gadis penari tersebut akan menari mengelilingi payung yangmenjadi simbol dan lambang semangat padi.

"Semasa tarian itu, sebilangan perkakas-perkakas menanam padi digunakan seperti cangkul, penuai padi, topi penanam padi danseumpamanya digunakan.
"Tarian ini pada kebiasaannya akan diiringi dengan nyanyian.Jika diteliti lirik lagunya banyak mengandungi kata-kata yang berunsurkan nasihat kepada mereka yang mendengarnya," katanya. (TEGANUKITA)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Tak ada pula tarian lucah atau pakaian penarinya menjolok mata, seperti yang difitnahkan...

13 comments:

Anonymous said...

Bodo tahap dewa....org pompuan tak leh buat lagu tu....tak kira apa bentuk pakaian. Kata dulu pengarang al-Ummah.....ko guana ted manoff/banbinbun.

Asal mari dari Ganu jer molek.....

ted manoff said...

Kawang ok jerr..asal ltk nama pas semua halal..😹

Anonymous said...

Pas tak perlu tumpu kpd perkara budaya yg tidak dititik beratkan oleh islam...tumpukan kpd masalah ekonomi...terengganu masih ramai yg miskin terutamanye ahli pas..

Anonymous said...

Kerana pemikiran seperti 3 si bodoh di atas itulah, PH tak dapat tawan Kelantan Terengganu dan hampir Kedah..

Kalau pemikiran kafir seperti itu dapat dihalang perkembangannya, tandanya PH akan tumbang dalam PRU 15 akan datang.

Anonymous said...

Puja semangat padi? Puja semangat Jibby lagi best..ha ha

Anonymous said...

Kerana pemikiran bodoh sombong sibebal diatas maka BN dan PAS gagal tawan putrajaya dan banyak negeri2....sibebal yg sangka dirinye dah cedik...

Kejora Bapuk Bodo said...

PRK SG KANDIS : CAKAP TERANG-TERANG SENANG

PAS diminta bercakap secara terang-terang samada meminta rakyat mengundi BN atau PKR (PH) pada PRK Sg Kandis yang akan diadalah tidak lama lagi. Tidak perlu cakap berdolak dalik dan secara samar-samar. Mengapa segan dan malu untuk berterus terang.

Hari ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menggesa anggota parti itu membuat pilihan berdasarkan pertimbangan wajar demi kepentingan Islam-Melayu dalam mengundi antara calon PKR dan Umno yang bertanding dalam PRK kali ini.
"Sehubungan dengan itu, ahli-ahli PAS di Sungai Kandis diarahkan membuat pilihan berpandukan pertimbangan yang wajar demi kepentingan Islam-Melayu serta masa depan negara dengan mengambil kira sikap PAS terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan adalah kekal sebagaimana sebelum PRU14 lalu," katanya dalam suatu kenyataan hari ini dipetik dari sebuah portal berita online.

Anonymous said...

Puja memuja ni haram dlm islam...tapi lobai Pas ade kuasa halalkannye...lobai Pas pegang kunci pintu syurga..

Mohammad Azren said...

Wal halal ku, wal haram mu. Dulu wayang kulit dan makyung kerajaan negeri Pas haramkan. Lain negeri lain fatwa ke?. Serabut agama bawaan Pas ni. Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

puja hj hadi mimpi nabi byk kali.

Sayed Noordin said...

Usah undi sesiapa pun....

Anonymous said...

pas undi calon bebas yg mimpi dpt wahyu tu... sesama geng kaki mimpi

Anonymous said...

Haram tu boss...ada no tel depan dua dari kiri x?kote dh naik ni..sekali melenggok rasa nk terpancut air mani kt muka pak hasyim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails