Sunday, July 22, 2018

Beri Perhatian Peneroka Baharu Anak Generasi ke2 &3 Felda. -Tuan Ibrahim.


NARAZA MUDA 

AHLI Parlimen Kubang Kerian dalam ucapannya di Parlimen pada 19hb Julai dengan jelas memberi saranan kepada kerajaan supaya tanah 360,000 hektar yang diserahkan kepada FGV dimasukkan peneroka yang baharu khasnya anak generasi kedua dan ketiga Felda.
Perjuangan anak-anak generasi kedua Felda sebelum ini memang menjadikan agenda kemasukan peneroka sudah lama sejak dari zaman Mahathir menjadi Perdana Menteri dahulu, namun terhalang kerana kerajaan waktu itu telah membenarkan tanah ini dimajukan tanpa dimasukkan peneroka, walaupun jelas dikatakan melanggar Akta Tanah ini.
Tanah ini telah menjadi salah satu sumber pendapatan besar kepada kumpulan setelah ladang tanpa peneroka ini mulai mengeluarkan hasil lewat tahun 90-an.
Pendapatan dari ladang ini mampu menghasilkan RM1.8 billion setahun ketika harga komuditi sawit mencecah paras harga BTS RM800 satu metrik tan.
Semasa penyenaraian FGV, tanah ini diserahkan kepada FGV sebagai aset utama untuk memastikan keyakinan pelabur besar untuk memberi saham-saham terbitan FGV dan telah niagakan dengan harga RM4.50 sesaham.
Penyerahan tanah ini ditentang oleh aktivis anak generasi Felda, namum pihak kerajaan waktu itu tidak melayan bantahan dan meneruskan perpindahan kuasa ladang milik Felda kepada FGV dengan sembunyikan timbal balas transaksi besar ini.
Saranan YB Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Ahli Parlimen Kubang Kerian telah memberi harapan baharu kepada kami semua anak generasi kedua dan ketiga Felda kerana jika tanah ini dimasukkan semula peneroka, dijangka 80,000 rakyat khasnya anak peneroka Felda akan berpeluang menjadi peneroka baharu.
(Penulis ialah Timbalan Pengarah Hal Ehwal Peneroka Felda Lajnah Tanah PAS Pusat)
21 Julai 2018 - HARAKAHDAILY 21/7/2018

11 comments:

Mohammad Azren said...

Cakap macam budget bagus. Kena Gebang dengan Arul Kanda. Kepala pun terhangguk-angguk tanda macam faham. Tapi hakikatnya satu benda pun beliau tak faham. Macam teks ucapan dia tu.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

sdr, pemimpin2 PAS bodok akan bangang level 4, berlagak pandai tapi tak tahu apa pun....macam tu juga tukang komen PAS kat sini, senang2 tuduh orang munafik, kafir dsb, mereka baca fatihah pun tak betul tawjid....

Anonymous said...

Tuan berahim, nasi lemak tanpa gst satu! Itu tulor 2 ye.

Anonymous said...

Tong Kosong, bunyi kuat isi tak ader....inilah PAS!

Mohammad Azren said...

Tuan Man !. Kalau setakat pacak bendera besar Pas dekat setiap kepala simpang rancangan Jengka. Transformasi Tayar usang menjadi lambang Pas.Tak payah sembang lah. Buat malu dekat cucu aje.Hehehekikikihahahakahkahkah

Anonymous said...

Sebahagian cina evangelis yang jenis perosak dan tamak jadi berani atau naik tocang ni adalah disebabkn kebodohan melayu jugak. Beri kepercayaan pada penyangak murahan yg boleh dibeli selama 60 tahun. Sekarang penyangak2 kelas bawahan dah kelam kabut nak cari sarang baru kat ppbm sbb acuan sama which is perkara yg dirisaukan dap. Rasa2nya ingat dap suka ke kalau umno tu terkubur? Jwpnya 110% tidak. Sbb umno itulah sebenarnya 'sumber rezki' dap. Bila umno revamp tapi dgn muka2 penyangak yg sama maka kestabilan dap tetap terjamin. Sbb melayu akan berterusan keliru dan berterusanlah pecah...dimana yg jahil akan terus brsama umno dan yg bijak sikit pulak akan terus ditipu dgn istilah konon moden professional ego dan terbuka sbb meletakkan kepentingan ekonomi nombor satu dan agama nombor 2 atau 3. Hakikatnya tdk bijak manapun sbb konsep gst pun masih tak faham2. Manakala yg akademiknya sederhana/bagus namun disertai rational, berprinsip dan meletakkan agama sbg kepentingan nombor satu pula akan pergi kpd pas. Malangnya peratusan jumlah mereka ni agak sedikit. Maksudnya cina menguasai malaysia ni mmg inevitable di sbbkn perpecahan kelompok melayu. Sementara orang cina pula ditipu dgn permainan politik sebahagian cina2 evangelis licik yg sebenarnya sedang bermain dgn 'timing bomb'. Dengan kata lain orang Melayu dan Cina di Malaysia kedua duanya sedang ditipu dan dan yang bakal tergadai ialah perpaduan.

bunbinban said...

Aku lebeh percaya mazlan aiman handle peneroka ni. Harapkan lebai2, bkn tau nak handle generasi ke 2, yg dia tau camne nak tambah bini ke 2...kahkahkah...tapi aku x setuju sgt terlalu memberi perhatian kepada generasi ke 2 ke 3 felda ni. Abis generasi ke 2 ke 3 dan seterusnya yg bkn peneroka felda ni apa yg dpt?. Peneroka felda atleast dah ada 10 ekar tanah tapi org kg apa yg ada?. Belum Tentu ada 2 ekar tanah. so agak2 la generasi ke 2 felda ni nak demand lebeh2. Usaha sendiri cari tanah beli tanah. Mak ayah dulu gomen dah tlg takan sampai anak cicit gomen kena tlg gak. Jgn jadi cam lebai, kawin byk mampu tapi nafkah nak suh gomen bagi...kahkahkah..

Anonymous said...

Pengikut-pengikut Ajaran syiah ----> PAS. Sebabtu kelakukan pemimpin, ahli dan penyokong PAS seperti kelakukan orang SYIAH IRAN, suka memakihamun orang lain termasuk sahabat nabi saw.

Sokong PAS bermakna menyokong SYIAH ! SYIAH itu kafir....

Anonymous said...

EEEEeeeeee.....eh!!!!!! Sejak bila petugas BN dacing pakai baju hujau ekkkkkkk, cantik!!!!!! di sg kandis tuuuuuu....................

Anonymous said...

Pas adalah pengikut ahli sunnah wal jamaah. Tp ana heran pulak ada satu parti tu ngaku Islam, tp bersekongkol dengan part kapir dan melebel org lain syiah dan munafik. Yang ana paham yg sekongkol dengan kapir dan sekongkol dengan pemakan khinzir, itu yg munafiq. Dan ini lah parti yg sebelah kaki hampir ke neraka sebab bersekongkol dengan parti kapir.

Anonymous said...

hujah sampai penunggang agama.. tkde nilai langsung.. pi tidor lg afdhal la

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails