Sunday, July 22, 2018

Mahasiswa Berhimpun Bantah UEC, Sepatutnya Berarak Tapi Dihalang Polis (FRU)


Sebahagian mahasiswa pada perhimpunan membantah UEC di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi  

KUALA LUMPUR: Lebih 200 mahasiswa daripada pelbagai universiti awam berhimpun di hadapan Kompleks Sogo di sini bagi menzahirkan bantahan terhadap pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC).


Perhimpunan itu anjuran Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS) bermula di Masjid Negara dan sepatutnya berarak ke Kompleks Sogo, namun dihalang anggota polis daripada Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) kira-kira jam 2 petang tadi.


Pihak polis kemudian membenarkan kumpulan itu berhimpun di Sogo, namun tiada perarakan dibenarkan dari Masjid Negara ke pusat beli belah berkenaan.


Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Faizzuddin Zai, Perhimpunan Membantah UEC oleh mahasiswa di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi

Presiden GAMIS, Faizuddin Mohd Zai, berkata pengiktirafan UEC sepatutnya tidak dibuat memandangkan sistem pendidikan kebangsaan masih relevan.


"Kami akan mengadakan jelajah di seluruh negara termasuk mengumpul petisyen di kampus untuk dihantar kepada menteri," katanya ketika ditemui di pusat beli belah itu, hari ini.


Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Rudy Abdullah, berkata seramai 65 pegawai dan anggota dikerahkan bagi mengawal perhimpunan yang berlangsung selama tiga jam sebelum bersurai kira-kira jam 5 petang tadi.


"Tiada individu yang ditahan ketika perhimpunan berlangsung dan peserta mengikut arahan pihak polis.


Sebahagian mahasiswa pada perhimpunan membantah UEC di SOGO. - Foto Saifullizan Tamadi

"Kami akan lihat tujuan perhimpunan ini diadakan sebelum tindakan lanjut dibuat," katanya ketika dihubungi, di sini.


UEC adalah sijil yang dikeluarkan Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan. Pengiktirafan UEC adalah antara janji dalam Manifesto Pakatan Harapan (PH). (BH)


Hasil carian imej untuk mulut buaya



UMPAMA ‘Lari dari mulut Singa, masuk mulut Buaya’ begitulah keadaan rakyat hari ini apabila selepas BN berjaya ditumbangkan dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dihapus melalui istilah ‘zero rates’. Kini Pakatan Harapan yang memerintah akan mengenakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula 1 September ini dimana ia hanya akan menjadikan rakyat Malaysia mangsa tekanan ekonomi akibat pelaksanaannya.
Baca selanjutnya.... Dapatkan Harakah Edisi Isnin Bil 2366 di pasaran sekarang!.
2366 12366 22366 32366 4
Sukar dapatkan Harakah? Hubungi:
  • Pejabat (03-4021 3343)
  • Zulkafri  Osman (016-3764420)
Dapatkan maklumat PAS daripada akhbar parti. Harakah adalah berita parti dan pendirian parti secara rasmi. 

16 comments:

ted manoff said...

Insaflah wahai tuan ibnu..pagi2 lagi dh mengadu domba..kenapa masih malu2 nk ngaku yg umno pas dah berkahwin..?

Anonymous said...

Insaflah ted pagi2 lagi dh mengadu dimba tahniah kerana dah sah ph dan umno dah berkahwin dan sekarang dah mekahirkan anak hasil berkahwin di kedah dan perak.

Anonymous said...

Machai Pakatan Harapan sedia maklum apa yang keluar daripada mulut Mahathir semuanya betul dan mereka mengiyakan tanpa berfikir panjang. Mereka anggap Mahathir sebagai "kitab suci" lebih daripada manifesto.

Mereka lupa apa hubungan Pakatan Harapan di Kedah, di Perak dan Perlis. Mereka (penyokong Harapan) seperti tiada akal untuk berfikir secara waras.

Apakah hubungan PH-UMNO di Kedah itu nak dinamakan "SUMBANG MAHRAM" atau "HUBUNGAN LUAR TABIE"?

Anonymous said...

PAS parti sakit.
UMNO parti kera.
BN parti BOHONG.

PH yang boleh percaya setakat ini.

Apa citer dengan akitiviti LGBT, pondan dan gay di Kelantan? Dah settle?

Anonymous said...

PH yg bawa lgbt ke sana agaknya ..pura pura tanya.

Anonymous said...

Serambi Mekah katakan.....

Anonymous said...

Klu tanya 10 pondan,8 sokong PH dan 2 sokong BN. Sebab penyokong lgbt adalah penyokong kuat PH di petaling jaya tempoh hari.

Anonymous said...

Tuan ibnu lambung isu, nony 750 aka admin libas........ 000000sayang....keluar gelanggang!!!

bunbinban said...

ok la tu. At least Malaysia baru raikan demokrasi. Rasa x setuju maka bantah. Cuma sepatutnya polis biarkan student ni berarak. Rasanya xde masaalah. PAS duk tepi, berkecuali. Politik matang dan sejahtera. kahkahkah...cukup jadi penghasut dan pemfitnah. Dan berbini...kahkahkah...Kenapa PAS x tanding di sg kandis?. 3 penjurukan kelebehan buat PAS. Takan nak bagi UMNO plak menang kat situ. Cukup ke sorang je wakil dlm dewan. Mcm pelik je sbb biasanya angka 2 atau 3 atau 4 cukup sinonim dgn lebai2 ni...kahkahkah...

Anonymous said...

Teruskan Tuan Ibnu.... Kesian macai macai depa dah tak dak tempat meluahkan perasaan... biar kan depa terjun dgn labu labunya...negara dah lingkup depa dok happy tak habih lagi...hahaha

Anonymous said...

Ha ha ha sibodoh serkam jarang...mmg bapok lgbt penyokong PH kuat lagi fanatik.

Anonymous said...

Apakah dalam PAS sudah tidak ada pemuda atau pemimpin yang lebih baik dari Lokman Adam ?

PAS akan letak calun sekiranya UMNO tidak letakkan Lokman Adam.

Pengundi Sungai Kandis akan tolak Lokman Adam yang di letak sekadar kerana mempertahankan Najib yang selama ini membiarkan kebobrokan Najib dan Rosmah berbelanja sehingga salah guna kuasa.

Perlu di fikirkan sekiranya UMNO masih berkuasa, sudah tentu fitnah ahli beramai-ramai meninggalkan PH menjadi bahan kempen.

PAS pula gagal membawa perubahan dengan menyampaikan dakwah walau pun satu ayat supaya pengundi mengundi syurga dengan mengikut Islam dan hukum PAS.

Kalau PAS UMNO adik beradik .. yang mana satu abang dan yang mana satu adik ? Atau dalam hal rasuah siapa abang dan dalam hal jual agama siapa pula abang ?

Anonymous said...

Beribu2 mahasiswa melayu ...200 orang saja yg bantah...mcm tak ade bantahan...minoriti.

Anonymous said...

Sarawak Report dan Malaysiakini kitab penganut Pakatan Harapan, mereka sanggup fitnah kerana nak sebar maklumat daripada 2 kitab ini.

Anonymous said...

Well done ibnu

Anonymous said...

Sepatutnya uec diiktiraf sbg langkah awal persediaan utk jadikan bahasa mandarin sbg bahasa utama sekolah2. Semoga ini bukan fitnah. Rakyat suka, melayu suka dan saya pun suka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails