Thursday, July 26, 2018

Aktivis Gay Tidak Dibenar Berucap Di Singapura..

Aktivis Gay Tidak Dibenar Berucap


SINGAPURA – Aktivis gay Singapura, dilarang memberikan ucapan TEDx di sekolah berprestij, mencetuskan kritikan baru mengenai tindak tanduk konservatif terhadap homoseksual di republik itu.

Penyelidik dan pengarah sokongan Rangkaian Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender Antara-Universiti, Rachel Yeo. memberitahu beliau dijemput berucap di majlis TEDx anjuran Institut St Joseph minggu lalu.
Majlis TEDx dianjur secara bebas dengan lesen daripada TED Talks, yang menonjolkan syarahan daripada tokoh berpengaruh dari seluruh dunia yang disiarkan secara meluas atas talian.
Penceramah TED termasuk bekas Presiden Bill Clinton dan pakar astrofizik Britain, mendiang Stephen Hawking.
Namun sehari sebelum majlis di sekolah persendirian Katolik itu, pelajar berusia 23 tahun berkenaan berkata beliau dihubungi penganjur memaklumkan tidak lagi boleh mengambil bahagian disebabkan peraturan Kementerian Pendidikan.
Kementerian, bagaimanapun menafikan ia terbabit dalam keputusan itu.
Walaupun Singapura maju dalam banyak keadaan, pengkritik berkata tindak tanduk terhadap gaya hidup homoseksual masih konservatif.
Sekolah berkenaan berkata, pencerahan dipilih pelajar dan guru bertanggungjawab tidak membuat pemeriksaan sebelum senarai dimuktamadkan. – AFP

1 comment:

Anonymous said...

bila ckp pasal sodom kita teringat pd fikiran lgbt hubungan sesama jenis saja.

kita mungkin ingat2 lupa sodom juga berlaku sesama suami istri. ibnu ingat kot.. tkkn lupa bab ni.

kita jg pernah terbaca SD seorg penyiasat persendirian yg mengaku bahwa ada seorang ketua puak suku asli telah sodom seorg wanita suku lain yg dikatakn jd penterjemah bahasa. dn akhirnya wanita itu dibunuh ala canibal.

dlm isu sodom ini kita jg harus ingat.. membuat tuduhan itu adalah fitnah dn dosa besar. seperti kes fitnah liwat dsai. bukti cuba diada2kn hingga seorg ala lgbt yg lembut diupah mngaku disodom beberapa kali tnpa melawan mcm rela.

dlm politik jg pnyokong taksub sering mngguna kaedah pra sodom utk expresi kebencian mereka pd musuh mereka seperti mngatakan parti Y mnjilat punggung parti Z.

dan adnya sebuah parti yg sentiasa rasa disodom oleh sebuah parti kecil yg lain tp mereka guna istilah...ditikam dr belakang... supaya nampak lbh dramatik.

tahniah ibnu atas artikel ini.. tuan ada peningkatan dlm bidang sexuality.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails