Thursday, July 26, 2018

Royalti 20% Bercanggah Akta Pembangunan Petroleum 1974 -Azmin Ali..

Hasil carian imej untuk azmin ali

KUALA LUMPUR, 12 Zulkaedah 1439H, Rabu – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, cadangan pemberian royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak di negara ini tidak dapat dilaksanakan dengan segera.

Beliau berkata, cadangan tersebut bercanggah dengan Akta Pembangunan Petroleum 1974 kerana pengiraan adalah berdasarkan keuntungan kasar dan bukannya atas keuntungan bersih.

Katanya, mekanisme pembayaran royalti petroleum sedang diperhalusi oleh kerajaan dan akan dibincangkan dengan negeri-negeri pengeluar minyak dan gas untuk mencapai kata sepakat.

“Sekiranya penambahan royalti petroleum kepada 20 peratus hendak dilaksanakan, maka ia akan mengambil masa untuk melakukan pindaan ke atas Akta Pembangunan Petroleum 1974.

“Kementerian Hal Ehwal Ekonomi sedang meneliti perkara ini terutama berkaitan fungsi dan bidang kuasa agensi berkaitan dan berkepentingan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Petronas bagi memastikan pembahagian royalti petroleum adil dan telus dengan mengambil kira implikasi kewangan kepada negara termasuk kesan kepada hasil kerajaan, industri dan rakyat,” katanya dalam sesi soal jawab lisan sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Madius Tangau (UPKO-Tuaran) yang meminta kerajaan menyatakan bila pemberian 20 peratus royalti kepada negeri-negeri pengeluar minyak akan dilaksanakan.

PH dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjanji untuk meningkatkan royalti bagi semua negeri pengeluar petroleum kepada 20 peratus, iaitu Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak menerima royalti petroleum lima peratus manakala Kelantan dan Terengganu hanya menerima wang ihsan. (Pelbagai Sumber)

25 comments:

Anonymous said...

rasanya walaun tkkisah pun royalti.. ph je yg dok pikir nk bagi.

klu royalti penting dh tentu diminta ketika pas sedondon mesra berkasih dgn umno dulu. ketika itu mungkin pas kt royalti lupakn duku la datuk sri.. takat dpt royalti 90j pun memadai. sekali bayar.. tk perlu tiap tahun.

begitu tawadhuknya pemimpin pas selayaknya ulamak yg penuh kana'ah dan wasatiyah.

jadi tk perlulah ph sibukkn royalti tu.. takut jg duit tu mnyebabkn ulamak pas terlupa pakai serban mereka. teringin pakai topi koboi.

setanjak dn keris panjang pun mereka dh minat. tu baru 90j.

Anonymous said...

Walaun ph jer yg tak tau malu. Rompak hak rakyat negeri.

Anonymous said...

Kami, penyokong PAS tak mau ROYALTI...cukupler...pemimpin kami dapat DEDAK, kami dapat BAH KUNING...kami rasa amat dah cukup dan berpuashati. Alhamdulillah...

Anonymous said...

MP kami dapat BALAK.....kami rasa MEGAH PAS berjaya tadbir Kelantan & Terengganu.....Anak aku rasa amat gembira, dia jadi pengedar AUDI...banyak tempahan sekarang !

Anonymous said...

Syukur...
Nasib baik PAS dapat perintah Kelantan, dapat jugakami merasa BAH KUNING, kamu semua apa tahu, tak pernah merasa. Kami bahagia....

Anonymous said...

Tuan Ibnu,

Parti kita (PAS) tak kisah sebenarnya tentang ROYALTI sebab Tuang Presideng kita boleh "PANGGIL DUIT", kemahiran yang jarang dimilki orang.
Buktinya dalam PRU yang lepas kita bertanding di lebih seratus kawasan parlimen.

Hanya guna tin milo kosong dan dilekatkan kertas tertulis "DERMA UNTUK AKHIRAT" , berlambak-lambak duit datang.

Kita sahaja nak uji PH, nak bagi ROYALTI ke tidak.
Itu ajer...

Anonymous said...

Begitulah busuk hati org ph. Mana2 negeri yg lebai perintah, melayu Islam, pasti ph akan menafikan hak rakyat. Jelaslah ph dah makin mendekati dajjal.

Tuduhan lebai panggil duit bukti lagi bahawa ph memang kaki fitnah. Zaman Nabi pun sahabat2 infaq secara kolektif. Tp ph pandang sinis pahala org yg beri infaq. Begitulah betapa najisnya otak puak ph.

Puak ph lihat yang jahat sebagai baik, yg baik dilihat jahat. Ini kesan berpeluk2 dgn kafir yg makan babi, binatang yg Allah kategorikan najis berat.

Anonymous said...

Oooo, maknanya manifestoon 20% royalti yang di sumbat ke mulut 95% the nons selama ini adalah bertentangan dengan akta petrol. Hmm kalau menteri tak buka pekung sampai ke sudah den tak akan tahu. Kah kah kah kah

Anonymous said...

Ini tentang hak penerima dan legal responsibility pemerintah. Tiada kaitan dengan lain2 hal. Tak perlu alih fokus.

Anonymous said...

Teruk puak ph. Tin milo yg sekongkol dengan lebai pun jd bahan kecam. Betullah mereka ni bermata satu.

Anonymous said...

Ustaz-ustaz semua,

Ini cerita tentang derma kat tin milo. Duit kita sedekah, dengan duit tu anjur ceramah makihamun orang, membaruakan orang, mengugut orang agak-agak berapa kali ganda pahala kita dapat?

"PAS DAH KUAT"

Anonymous said...

Owh mcm tu ceritanya...kiranya ni ph tak tau kira sebelum pru...lepas pru baru jumpa calculator. Yang peliknya ramai pembela. Klu pembelaannya ilmiah boleh la di timbang lagi. Tapi...hmmm takpelah semoga ramai yg baca komen2 tu

Cuma punca sebab yg berdasarkan akta petroleum iaitu yg menyatakan pengiraan adalah berdasarkan keuntungan kasar dan bukannya atas keuntungan bersih tak pasti article salah petik atau sebaliknya. Sebab jika pengiraan kalau betul atas untung kasar ia sepatutnya kurang tedious drpd pengiraan atas untung bersih.

Anonymous said...

PENDAKWAH adalah ahli agama.

PENDAKWAH ROGOL GADIS BERUMUR 20an DI SEREMBAN.

Apa komen Tuang Ibnu?

Anonymous said...

ok ibnu next fokus berita ni. sesuai dlm blog ni. kot2 ibnu ada foto sekali

Anonymous said...

perli najib ye sindir hj hadi... hihi

Kejora Bapuk Bodo said...

Kerajaan Persekutuan berhujah bahawa wang tersebut bukan hak Kerajaan Terengganu berlandaskan undang-undang.

Menurut pentafsiran undang-undang, tidak ada negeri di Semenanjung Malaysia berhak mendapat "royalti" bagi perolehan minyak kerana tidak ada minyak ditemui di dalam mana-mana negeri tersebut. Menurut Kanun Tanah Negara 1928, tanah negeri ditakrifkan sebagai meliputi semua tanah di dalam negeri "termasuklah pesisir bawah dan dasar laut di dalam perairan wilayah negeri berkenaan".

Mengikut Emergency Ordinance No 11 1969 pula, takrif perairan wilayah sesebuah negeri ialah tiga batu nautika daripada paras air surut. Di luar tiga batu nautika, itu adalah pelantar benua yang menjadi perairan kebangsaan. Semua sumber minyak yang ditemui di kawasan itu, sama dalam kes di Terengganu, adalah menjadi hak Kerajaan Persekutuan.

Dalam kes di Terengganu, oleh kerana minyak dijumpai kira-kira 150 kilometer di luar kawasan perairan negeri, Terengganu sebenarnya tidak berhak mendapat apa-apa pembayaran kerana perolehan minyak tersebut ialah di kawasan pelantar benua yang menjadi hak Kerajaan Persekutuan.


Perlu diketahui bahawa dalam perjanjian pembayaran tunai kepada Terengganu, ia hanyalah satu perjanjian persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Negeri Terengganu (ketika itu UMNO/BN) dan Petronas. Dalam istilah undang-undang, perjanjian sebanyak enam perenggan itu tidak merupakan perlunasan kepada penghartaan atau pemilikan harta. Penghartaan terjadi daripada perjanjian atau pemberian. Dalam kes Terengganu, penghartaan secara konsepnya adalah dipegang oleh Terengganu tetapi pada hakikatnya, oleh kerana minyak berada di kawasan pelantar benua yang menjadi milik Kerajaan Persekutuan, maka Terengganu tidak ada asas kepada penghartaan tersebut

Anonymous said...

Pas berangan lah harapkan royalti..

Pas disaran carigali minyak sendiri...

Anonymous said...

Pendakwah pon ade alat sulit jugak..lagi besar serban lagi
Kuat godaan setan..

Anonymous said...

ini komen sgt tk sekolah. kau tau tk dajjal akn muncul dlm imej org slim ulamak dan byk keramah (sihir).. dan syiah adalah pengikut dajjal.

betul.onfaq ada zmn nabi saw tp sahabat2 tk beli unta spesis audi hellfire dll.

nk cita peluk ye. lbh baik cita pasno sekongkol dgn cia. kau kenal tak cia tu apa. cia bukan nama madrasah tau.

babi...jgn sampai anak kau esok dijodohkn dgn mana2 bukan islam yg prnah makan babi. lps kawin nnti dia pelukla org yg penah makan babi.

mkn dedak bukanlah mcm mkn babi tp perangai lbh teruk dr babi. walaupun berserban

Anonymous said...

walaun apa tau. aau buat tk tau. dn mereka harap menteri ph pun tktau setaraf ahmad maslan... supaya blh diperbodohkan.

mcm org bayar makan pastu tokeh kedai terbayar lbh baki.. dia buat bodoh je songlap.

klu tnya walaun mereka akn jwb.. kerajaan ph anti islam.

kita bkn anti islam.. kita anti org islam yg jual agama dn bodoh tktau baca undang2

Anonymous said...

tin milo adalah lambang kosong nya pemikiran walaun yg perumpamaan mnyebutnya sebagai TIN KOSONG

mata satu adalah org yg hnya nampak hanya pas satu2nya puak islam atas mukabumi ini. bg mereka yg lain samada kafir munafik liberal sekular dll.

itulah puak dajjai.. sebelum kluarnya dajjal sebenar.

Anonymous said...

pas dh kuat tp nk tanding takuuuut..di sg kandis.

ya ampuun

Anonymous said...

Semoga kebahagiaan kamu yg kamu nikmati sekarang berpanjangan sehingga ke anak cucu.

Anonymous said...

oooh ye ke.. kenapalah walaun tk tau semua ni.

Anonymous said...

Bila baca komen kejora ni teringat pulak umno dulu. Umno dulu gini lah rupa bentuk alasannya. Salin kulit je ke gomen baru ni? Hihi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails