Saturday, June 28, 2014

Adakah Felixia Sudah Islam, Kerana Setuju Peluk Islam 5 Ramadan?


Felixia Yeap
Felixia Yeap

"SAYA akan mengucap pada 5 Ramadan ini, iaitu pada 3 Julai ini (Khamis)," kata model pakaian Muslimah, Felixia Yeap, ketika menjadi panel  jemputan di Program Semarak Ramadan anjuran kerajaan Negeri Selangor di Dataran Shah Alam malam ini.

Felixia berkata, tarikh 5 Ramadan dipilih kerana ianya jatuh pada hari ulang tahun kelahirannya.

"...5 Ramadan iaitu jatuh pada  3 Julai ini iaitu pada hari 'birthday' saya, hari itu juga merupakan hari kegemaran Nabi Muhammad," katanya.

Ketika berbicara mengenai puasa, Felixia berpesan supaya umat Islam Malaysia tidak meninggalkan puasa. Sementara bercakap mengenai ciri-ciri suami idamannya, Felixia berharap lelaki itu seorang yang mampu membawanya ke jalan syurga.

"Biarlah beliau seorang yang mampu membimbing saya ke jalan jannah," katanya. (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Walaupun Felixia mengumumkan akan memeluk Islam pada 5 Ramadhan, namun dia sudah bersetuju peluk Islam, cuma tarikhnya saja dilanjutkan. Bererti kini beliau sudah Islam, jika diikrarkan.  Macam-macam boleh jadi sebelum 5 Ramadhan? Benda baik, tunggu apa lagi?

Lihat sebelum ini..

Juga..
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

Khalid Tidak Akan Letak Jawatan Walaupun Kalah Pemilihan PKR

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang baru sahaja kalah dalam pemilihan timbalan presiden PKR berkata kekalahan tersebut tidak relevan dengan jawatannya sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2014.  
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang baru sahaja kalah dalam pemilihan timbalan presiden PKR berkata kekalahan tersebut tidak relevan dengan jawatannya sekarang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Jun, 2014. 

 Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor walaupun kalah dalam pertandingan timbalan presiden PKR, lapor Portal Malaysiakini.

"Tidak ada peruntukan yang menyatakan jika anda kalah dalam pertandingan parti, anda harus meletakkan jawatan sebagai menteri besar," kata Khalid dalam satu sidang media di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini.

Khalid berkata, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi Adun Selangor.

"Bagaimana jika kalah sebagai ahli Parlimen, jadi tidak boleh menjadi menteri. Itu OK. Tetapi jika kamu seorang ahli Parlimen, kamu akan kekal sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.

Khamis lepas, Khalid dikalahkan oleh pencabarnya, S Manikavasagam dalam perebutan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor. Manikavasagam mendapat 701 undi manakala Khalid 515 sahaja. – 28 Jun, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Ini, Isteri Curang Zina Leluasa, Bolehkan Hudud Selesaikan?

124
INI gambar mereka yang curang dalam kisah di bawah ini. Diangkat dari Sinar Harian baru-baru ini..


BESUT: Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung. Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurut sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. 
(SinarHarian)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berleluasalah zina, akibat curang, tiada ilmu, dedah aurat, undang-undang tak berbaloi dan segala macamnya. Berleluasa juga jenayah dengan segala macam jenisnya. 

Perlukah sistem perundangan Islam dilaksanakan semula, yang 'hukum hudud' ada di dalamnya. Di Malaysia orang bukan Islam pun nak tahu tentang hudud, maka malulah orang Islam yang masih belum tahu. Mungkin itu hasil dari keberkesanan dakwah PAS, sejak PAS ditubuhkan.

Apa Itu Hukum Hudud? 

Definisi mengenai hudud ialah: 

Hukum-hukum tertentu yang ditentukan oleh Allah SWT, sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad SAW, sebagai Hak Allah dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu, yang digolongkan di dalam jenayah Hudud. Iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:  
  • Zina.
  • Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah (Perusuh / ganggu keamanan).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan (hukuman) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).

Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
  • Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Quran, al-Isra : 32)

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
  • Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan . (al-Quran, an-Nur : 2)

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya:
  • Ambillah dari aku! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka (perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati. (Muslim, Sahih : hlm. 188)
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri (taghrib) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin (muhsan), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
  • Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina (Qazaf) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
  • Hai orang-orang yang beriman! sesungguhnya meminum khamar (arak), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan (kejayaan). (al-Quran, al-Maidah : 90)
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul (sebat) seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan (Muslim, Sahih : hlm. 214) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
  • Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah . (al-Quran, al-Maidah : 38)

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan (hirabah), Firman Allah yang bermaksud :
  • Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar. (al-Quran, al-Maidah : 33)

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
  • Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi . (al-Quran, al-Imran : 35)
  • Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat.(al-Quran, al-Baqarah : 217)

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
  • Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku (Muhammad) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga (orang) iaitu penzina yang telah berkahwin (muhsan), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya (murtad). (Muslim, Sahih : hlm. 164)

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
  • Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah.(al-Quran, al-Hujurat : 9)

Inilah sumber perundangan yang utama (dari al-Quran dan al-Sunnah) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud. Tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, boleh meminda hukumannya.

Jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku leluasa? Miinum arak jadi biasa saja. Kejadian pecah rumah, rompakan masih berlaku setiap hari? Fikir-fikir dan renungkanlah!

Filipina Janji Wilayah Autonomi Moro Jan 2015



MANILA - Presiden Filipina, Benigno Aquino (gambar) semalam berjanji akan melaksanakan pemerintahan sendiri kepada minoriti Islam menjelang Januari 2015, seiring dengan perjanjian damai yang ditandatangani bersama kumpulan pemberontak terbesar di negara itu.

"Kami berharap semua langkah ke arah pemerintahan sendiri itu akan dapat diselesaikan supaya ia dapat dilaksanakan menjelang Januari 2015," katanya kepada wartawan.

Ikrar itu susulan pertemuan mengejut Aquino dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF), Murad Ebrahim di Jepun pada Selasa lalu. Pertemuan tersebut diadakan bagi membincangkan kelewatan untuk menguatkuasakan perjanjian damai tersebut yang ditandatangani pada Mac lalu.

Pakatan itu menyatakan MILF dan kerajaan Filipina bersetuju untuk melaksanakan wilayah autonomi di selatan negara itu menjelang pertengahan 2016 apabila Aquino perlu berundur berdasarkan perlembagaan Filipina.

Pemberontak Islam berperang untuk menuntut kemerdekaan atau autonomi di kepulauan selatan termasuk Pulau Mindanao sejak tahun 1970-an dengan konflik tersebut meragut puluhan ribu nyawa.
Majoriti rakyat Filipina menganut agama Kristian Katholik. - AFP

Bagaimana Rakyat Malaysia Ditahan Di Lubnan?

Ustaz Lotfi Ariffin dipecat sebagai ahli PAS pada 11 Mei, 2014 selepas beliau ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad. – Gambar ihsan Facebook Ustaz Lotfi Ariffin, 26 Jun, 2014. 
Ustaz Lotfi Ariffin dipecat sebagai ahli PAS pada 11 Mei, 2014 selepas beliau ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad. – Gambar ihsan Facebook Ustaz Lotfi Ariffin, 26 Jun, 2014.
  
P/JAYA: Dua rakyat Malaysia yang ditahan di Lubnan pada 2012 kerana dipercayai terlibat dengan al-Qaeda berada dalam keadaan baik dan sedang menunggu perbicaraan pada November ini. Sumber memberitahu The Star bahawa mereka masih ditempatkan di penjara Lubnan kerana kes perbicaraan mereka ditangguhkan beberapa kali akibat masalah kesihatan.

"Terbaharu, kes mereka dijadualkan akan didengar pada Mei tetapi ia ditangguhkan kerana keluarga tertuduh melantik peguam baharu," kata sumber.

Beliau berkata, Muhamad Razin Sharhan Mustafa Kamal, 22, dan Razif Mohd Ariff, 31, yang ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut pada Oktober 2012 kerana disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan berada dalam keadaan baik.

"Pihak berkuasa Malaysia di Beirut seringkali melawat Razin dan Razif," katanya.

Kedua-dua mereka ditahan berdasarkan risikan tentera yang mendakwa mereka direkrut oleh seorang anggota yang juga rakyat Malaysia sebelum dibawa ke Yaman, lokasi mereka dijadualkan bertemu ahli al-Qaeda yang lain.

Razif dan Razin turut didakwa cuba memasuki Syria melalui Turki untuk melancarkan serangan berani mati, dua bulan sebelum mereka tiba di Lubnan. (mStar)

4 Pejuang Jihad Kongsi Penglibatan Di Laman Sosial


Mohd Lotfi (tiga kiri) dipercayai terlibat dengan gerakan jihad di Syria.

KL: Rakyat Malaysia yang menjadi pejuang jihad di Syria dilihat berbangga dengan perbuatan mereka dengan memuat naik gambar selfie dan video di laman sosial Facebook dan YouTube.

Sekurang-kurangnya empat daripada mereka berkongsi gambar dan pengalaman secara terbuka di media sosial sekali gus membuktikan mereka aktif terlibat dalam gerakan jihad di sana. Mereka dipercayai direkrut oleh Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad beroperasi di Syria dan Lubnan.

Carian di Internet mendapati laman web dalam Bahasa Malaysia yang mengagung-agungkan kumpulan jihad ini termasuk Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam dan Uncle Syahid Insya Allah.

Antara salah seorang anggotanya yang terkenal adalah bekas Ahli Dewan Ulama PAS dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya.

Mohd Lotfi berasal dari Baling, Kedah, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun dari 2001 turut berjuang di Afghanistan. Beliau dipercayai antara 20 rakyat Malaysia yang disahkan oleh Bukit Aman terlibat dalam pemberontakan di Syria.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad tersebut ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Akil Zainal Ukays. Beliau dikatakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara.

Dalam satu klip video, seorang lelaki yang menyerupai Lotfi bersama dengan beberapa anggota gerakan itu membawa AK-47. Kumpulan Jabhat al-Nusra yang dipercayai ditubuhkan pada 2012 disifatkan sebagai kumpulan militan paling agresif dan mempunyai sokongan kewangan yang kuat.

Ia dianggap sebagai kumpulan militan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Australia dan Britain. Dua lagi rakyat Malaysia yang dipercayai turut terlibat dalam gerakan jihad itu muncul dalam satu klip video di YouTube.

Salah seorang daripadanya yang memperkenalkan dirinya sebagai Mohamed Fauzi,  dan kini menggelar dirinya sebagai Abu Dayyan dan Abu Naeem berada di tebing Sungai Euphrates. Dalam video tersebut, turut kelihatan tiga orang lelaki termasuk seorang yang dikenali sebagai Abu Issa Al-Andalusi yang banyak bercakap mengenai jihad.

Klip tersebut yang dimuatnaik oleh Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam bertajuk 'Mujahideen ISIS dari Malaysia' mempunyai sari kata dalam Bahasa Malaysia. ISIS merujuk kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Ia juga merujuk kepada Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Akhbar British mendakwa, lelaki ketiga yang memperkenalkan dirinya sebagai Abu Issa Al-Andalusi didakwa sebagai bekas pemain Arsenal. Namun jurucakap Arsenal berkata, kelab tersebut tiada rekod pemain dengan nama tersebut. (mStar Online)

Bantah Mrs Universe M'sia, Ibnu Hasyim Sokong Muslimat PAS.























Aiman Athirah Al Jundi

KL: Batalkan pertandingan ratu cantik, Mrs Universe yang akan diadakan di negara ini pada penghujung Ogos nanti.

Weblog Ibnu Hasyim menyokong gesaan Muslimat PAS Pusat tersebut seperti yang dinyatakan Pengarah Pilihan rayanya  Aiman Athirah Al Jundi, di sini hari ini.

"Pertandingan ratu cantik bukan perkara baru, ianya telah wujud sejak zaman jahiliah lagi, dan kini telah perbaharui sesuai dengan 'kerajaan jahiliah' masa kini.
"Yang peliknya, kerajaan Malaysia mengaku Negara Islam ini pun, menyambung kerja-kerja jahiliah durjana itu. Ulama-ulama mereka buat apa? Tak berani tegur? " kata editornya, Dr Hj Mohd Hasyim (gambar kanan).

Menurut Aiman Athirah pula, pertandingan itu tidak wajar diadakan selari dengan penegasan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di dalam sidang parlimen yang berakhir baru-baru ini pun rata-rata ahli parlimen Umno menegaskan negara ini adalah negara Islam," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi membuktikan negara ini sebagai negara Islam, Athirah menegaskan sepatutnya kerajaan Umno memperuntukkan beberapa perlaksanaan dasar Islam seperti hudud dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran termasuklah soal pertandingan ratu cantik.

"Kita perlu sedar konflik dalam negara kita, apabila berlakunya pentafsiran yang berbeza, Umno BN mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam.
"Akan tetapi rakan-rakan sekutunya seperti MCA, MIC dan Gerakan pula tidak mengiktiraf negara ini sebagai negara islam," tambahnya.

Tegasnya lagi, masyarakat sentiasa berhadapan dengan persoalan agama seperti penganjuran Mrs Universe Malaysia, siri konsert liar, artis barat tidak bermoral sedangkan ia jauh daripada konsep negara Islam sebenar.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Datuk Ishak Baharum dulu, pernah dipecat dan ditamatkan kontraknya kerana membantah penganjuran program ratu cantik tersebut. Di KL, pertandingan ratu cantik juga dianjurkan oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa.

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari. Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim menegaskan bahawa pertandingan ini bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. (IH)

Friday, June 27, 2014

Kritikan DAP Isu Air Tidak Membina. -MB S'ngor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri sehingga hari ini masih belum memperoleh kerjasama penuh daripada Syabas sehingga menyebabkan berlakunya masalah gangguan bekalan air. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2014. 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri sehingga hari ini masih belum memperoleh kerjasama penuh daripada Syabas sehingga menyebabkan berlakunya masalah gangguan bekalan air. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2014. 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan kritikan DAP terhadap isu catuan air di Selangor sebagai tidak membina. Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras bagi memastikan bekalan air mencukupi ketika musim panas dan kering melanda negara.

"Kerajaaan negeri sentiasa bekerja keras dan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid juga menolak kritikan terhadap pentadbirannya yang dilihat lemah dalam menangani isu air, menjelaskan kerajaan Selangor masih belum sepenuhnya menguasai industri air di negeri tersebut.

"Saya kesal kritikan yang dilakukan pemimpin khususnya daripada DAP ini yang tersalah sasar.
"Ini kerana kerajaan Selangor masih belum dapat menguasai industri air meskipun secara prinsipnya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bersetuju untuk diambil alih kerajaan negeri," katanya.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini membidas kerajaan negeri Selangor supaya tidak memberi alasan ke atas isu gangguan bekalan air kerana berjanji ia tidak akan berulang. Pua membidas janji kerajaan Selangor pada 10 hari lalu mengenai jaminan tersebut tetapi masalah sama berulang apabila kawasan sekitar Balakong dan Bangi mula mengalami gangguan.

Malah, Syabas juga mengeluarkan amaran kepada penduduk di Gombak, Petaling dan Klang mengenai kemungkinan berlaku juga gangguan bekalan air. Khalid turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri sehingga hari ini masih belum mendapat kerjasama penuh daripada Syabas.

"Untuk makluman Tony Pua,  setakat ini kerajaan negeri masih belum dapat memasuki premis Syabas ataupun melihat semua dokumen, data dan butiran  maklumat mengenai industri air ini.
"Justeru, apabila berlaku gangguan bekalan air adalah salah bagi Tony Pua menuding jari kepada kerajaan negeri," katanya.

Khalid berkata, Pua sepatutnya menyalahkan Syabas sebagai punca timbulnya semula permasalahan gangguan air di Selangor.

"Tony Pua sepatutnya mendesak Syabas dan pegawai tertinggi dalam syarikat itu yang memperoleh imbuhan jutaan ringgit agar bekerja secara profesional," katanya. – 27 Jun, 2014. (TMI)
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Jalur Ekstrem Kanan & Kiri Cabaran Perpaduan Negara -Dr Mujahid

Oleh DR MUJAHID YUSOF

PADA Oktober 2013, saya menerima panggilan telah dijemput untuk menyertai sebuah badan dinamakan Majlis Konsultasi Perpaduan Negara.

Tawaran dibuat dalam keadaan saya sendiri tidak mempunyai maklumat apakah tujuan dan matlamat majlis ini atau singkatannya MKPN dari sudut kuasa dan skopnya. Apa yang saya tahu, skop kerja utamanya ialah untuk perpaduan nasional.

Mendapat Persetujuan

Saya masih ingat, saya menerima panggilan daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional yang berada di bawah Jabatan Perdana Menteri itu semasa Muktamar PAS sedang berlangsung. Mereka meminta keputusan segera sebab  Perdana Menteri akan memberi tauliah kepada kami ahli majlis dalam masa seminggu lagi.

Saya berbisik pada Presiden PAS di atas pentas muktamar yang berlangsung di Shah Alam tentang tawaran ini sambil menjelaskan sedikit maklumat tentangnya.

Beliau bersetuju dan mengharapkan kehadiran saya dapat menyumbang kepada sikap PAS terhadap perpaduan nasional. Dengan persetujuan itu, saya segera memaklumkan bahawa saya akan menerima tawaran itu.

Perpaduan Nasional

Selaku pengerusi  Lajnah Perpaduan Nasional untuk parti saya sejak tahun 2005, saya banyak terlibat mengoperasikan usaha perpaduan nasional dan menjelaskan sikap parti saya kepada isu-isu perpaduan.

Tugasan utama saya ialah menjadikan Parti Islam Se-Malaysia sebagai parti pelbagai kaum dari segi strukturnya dan luaran pula menggarap isu yang menyinggung perpaduan dari sudut isu-isu kritikal dalam hubungan antara kaum dan agama di negara yang majmuk ini.

Ia membawa saya kepada pertemuan dengan pelbagai NGO dan pihak berkepentingan dalam isu seperti penggunaan kalimah ‘Allah’ dan ketegangan kaum.

Saya merakamkan pemahaman saya kepada isu perpaduan nasional dalam beberapa buku saya seperti Aren't we all Malaysian? dan Engaging Christianity: A Travelogue of Peace. Tulisan-tulisan saya yang lain pula banyak berselerak dalam beberapa portal berita.

Negara-Bangsa

Kerja saya membawa saya kepada tokoh-tokoh agama yang pelbagai dan bertemu dengan mereka serta menjelaskan kepada mereka beberapa perkara, antaranya bersedia berbincang secara terbuka dalam isu yang dianggap sensitif, meletakkan negara dan kepentingan membina perpaduan nasional dan paling utama adalah meletakkan asas untuk generasi akan datang mewarisi negara ini dalam keadaan terbaik.

Secara ringkasnya saya menekankan perlunya berfikiran negara-bangsa (nation building) dalam melihat segala isu yang mencabar kewujudan negara bangsa Malaysia.
Saya berkeyakinan bahawa negara ini tidak memerlukan kelompok ekstrem dalam menentukan masa depan negara.

Saya bersetuju dengan sahabat saya, Dato’ Saifuddin Abdullah bahawa ia bukan pertembungan parti-parti politik semata-mata akan tetapi persaingan antara kelompok ekstrem dan sederhana dalam menentukan posisi masing-masing dalam pelbagai isu kritikal.

Setiap kelompok pasti akan mempunyai jalur ekstrem kanan atau kiri dalam apa yang diistilahkan sebagai kelompok radikal dan konservatif.

Isu yang berlaku hanya merupakan peluang untuk menonjokkan identiti jalur pemikiran masing-masing dan lebih buruk lagi ialah jika penonjolan sikap ini adalah untuk mengeksploitasi suasana politik lalu meranapkan harapan generasi untuk menerima bahtera merdeka dalam kedamaian.

Perjuangan Menentang Ekstremisme

Negara ini memerlukan pendekatan sederhana untuk maju ke hadapan. Kesederhanaan adalah tabiat semulajadi yang mengimbangi kehidupan manusia dalam semua aktivitinya termasuk dalam beribadat.

Usaha mendamaikan ketegangan agama dan kaum di Malaysia sebenarnya adalah usaha meletakkan keseimbangan pada tempatnya kerana setiap kejadian Allah SWT adalah pada titik perseimbangannya termasuklah hubungan antara agama dan kaum.

Saya tidak mencipta perjuangan yang baru di Malaysia, saya cuma menegaskan asas yang sudah diterima beribu tahun yang lalu.

Sebagaimana generasi terawal berhadapan dengan berbagai kesukaran membawa risalah kesederhanaan, cabaran saya tidaklah terkecuali dan saya menerimanya sebagai motivasi untuk meneruskan jalan kedamaian ini.

Tugasan di MPKN

MPKN atau National Unity Consultative Council (NUCC) mula ‘memperkenalkan dirinya’ dalam isu rampasan Bible bahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

MPKN menyatakan sikapnya bahawa perampasan ini walaupun dengan autoriti atas alasan kalimah ‘Allah’ yang dipakai tetapi ia mesti dilakukan dengan hikmah dan bijaksana dan bukan secara ‘rampasan’.

Kenyataan media sulung oleh MPKN ini setelah mesyauarat sidang penuh pertama diadakan menarik perhatian pelbagai pihak termasuk kelompok yang kurang mesra dengan kami.

Kenyataan itu dituduh sebagai pengaruh kelompok liberal dalam MPKN, namun pada waktu yang sama MPKN mula mendapat kepercayaan orang ramai bagi meletakkan harapan menyelesaikan isu-isu yang menjejaskan keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Dalam rangka menyediakan perancangan besar perpaduan nasional yang menjadi tumpuan utama kami, beberapa jawatankuasa diwujudkan untuk setiap kami berperanan dalam bidang masing-masing antaranya melibatkan pembangunan inklusif, belia, integrasi nasional, silang budaya dan perundangan.

Saya diberi mandat untuk mempengerusikan Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Polisi bersama dengan Lim Chee Wee sebagai timbalan saya.

Anggota majlis lain boleh terlibat secara sukarela dalam mana-mana jawatankuasa dan saya mendesak Dato’ Saifuddin Abdullah sebagai anggota wajib dalam jawatankuasa ini bagi membantu saya dan Lim Chee Wee.

Dengan mandat ini kami mengadakan mesyuarat pertama kami di Bangunan Parlimen kerana pada waktu itu persidangan parlimen sedang berlangsung.

Fokus Jawatankuasa Kerja

Tiada terma rujukan secara khusus tetapi dengan mengambil nama jawatankuasa ini kami menetapkan bahawa fokus kami ialah aspek perundangan dan polisi.

Perundangan ialah dengan melihat apakah rang undang-undang atau akta yang boleh memperkukuhkan perpaduan manakala polisi, kami lebih menumpukan kepada galakan dan insentif menjurus kepada pengukuhan dasar perpaduan yang sedia ada.

Mesyuarat seterusnya, kami mendapat rentak sedikit setelah mendapat maklum balas daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional bahawa jawatankuasa kami ini perlu mendatangkan satu deraf awal tentang Akta Keharmonian bagi menggantikan Akta Hasutan yang akan dihapuskan.

Mesyuarat bersetuju supaya Lim Chee Wee yang berpengalaman dalam bidang undang-undang menyediakan deraf awal bersama pasukannya.

Deraf awal itu membolehkan jawatankuasa kami meneliti dan memulakan perbincangan awal bagi menghasilkan deraf untuk tatapan awam. Mesyuarat selanjutnya lebih tertumpu kepada perincian dan penambahbaikan deraf awal tersebut.

Proses Penglibatan Awam

Saya menegaskan bahawa sebagaimana isi kandungan deraf awal perundangan perpaduan itu penting, proses penglibatan awam juga sama pentingnya. Kami mendapat satu konsensus bahawa jika rang undang-undang (RUU) ini hendak dibawa, ia hendaklah menjadi RUU pertama yang mendapat mandat majoriti rakyat, kami mahu namakan RUU ini sebagai RUU rakyat (people's bill).

Alasannya jelas, oleh kerana RUU ini akan melibatkan kepentingan semua pihak dan bagi memelihara perpaduan nasional maka mereka mesti merasakan bahawa mereka adalah komponen terpenting.

Ia menjadi satu piawaian ke hadapan di mana selama ini tiada konsultasi awam berlaku dalam membawa sebarang RUU baru ke Parlimen.

Saya mahu politik baru yang kami perjuangkan ada nilai tambah lewat proses konsultasi. Sememangnya itulah yang berlaku, setelah deraf awal dianggap agak bersedia untuk dikemukakan, bermulalah proses pendengaran awam yang selama ini tidak pernah dilakukan.

Langkah awal ialah pengumuman deraf awal dalam lawan sesawang NUCC untuk akses awam. Kedua ialah menjemput pihak berminat untuk kami bentangkan dan ketiga melibatkan media untuk mewar-warkan ide RUU ini.

Dato’ Saifudin Abdullah khususnya telah menulis dalam kolumnya di Sinar Harian, saya dan Lim sibuk mengadakan  kenyataan media dan hingga kini kami telah berjaya mengadakan pertemuan makan tengahari bersama media bagi memperkenalkan ide RUU ini.
Kami juga bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam mendiskusikan deraf ini.

Respons

Kelompok yang respons terdiri daripada yang berhati-hati tetapi optimis dan ada juga yang bersikap pesimistik dan tidak kurang juga yang menolak kesemuanya dengan alasan kita tak perlu lagi undang-undang dalam menguruskan isu hubungan antara agama dan kaum di negara ini.

Kami mengambil kira semua permasalahan ini dengan sikap terbuka dan sepatutnya ia begitu kerana namanya adalah deraf dan ia bukannya muktamad.

Walaupun begitu saya menegaskan dalam pelbagai wawancara media bahawa komentar dan pandangan tidaklah untuk mengundurkan kita ke belakang apatah lagi menggagalkan usaha memperkenalkan undang-undang baru ini.

Dengan kesedaran ini, kami bergerak dengan penuh yakin walaupun tiada contoh awalan yang menjadi petunjuk kepada kami. Dengan itu sebuah deraf RUU yang bernama Akta Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi diperkenalkan kepada rakyat Malaysia.

Ide RUU Keharmonian Nasional

Deraf awal berkembang kepada bentuknya hari ini dengan mengambil kira beberapa konsep.

Konsep pertama ialah undang-undang yang melibatkan kebencian kaum dan agama yang terbit daripada ucapan yang boleh mencetuskan keganasan. Ia dikenali sebagai ide  ‘Hate Speech’ yang dianggap sebagai satu jenayah.

Kedua ialah konsep anti-diskriminasi bagi mendidik rakyat erti kesaksamaan di hadapan undang-undang dan larangan membezakan warganegara ini atas kaum, agama, keturunan, tempat lahir dan jantina serta ketidakupayaan fizikal.

Ketiga dan terakhir ialah mewujudkan remedi awam untuk setiap individu yang merasakan dirinya didiskriminasikan atas alasan-alasan di atas melalui sebuah Suruhanjaya Keharmonian Nasional.

Itulah tiga konsep tentang tujuan utama terbentuknya deraf undang-undang ini.

Elemen penting dalam RUU ini ialah sifat punitif kepada sesuatu yang boleh mencetuskan permusuhan agama dan kaum melalui ucapan dan tindakan manakala yang lain lebih kepada penegasan dan ruang kepada awam untuk mendapat penyelesaian melalui Suruhanjaya yang diberikan autoriti mediasi dan adjudikasi.

Kebimbangan

Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan muncul dalam suasananya yang unik di mana asas kewujudan negara ini dilembagakan dalam artikel utama perlembagaan negara.

Artikel penting yang dimaksudkan ialah kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu. Ramai pihak yang bimbang adakah dengan RUU ini akan menjejaskan ketiga-tiga artikel penting ini dan adakah ia akan menjejaskan sebarang bentuk dasar mementingkan pembelaan Melayu dan Bumiputera yang boleh dianggap sebagai tindakan diskriminasi.

Isu meritiokrasi dijadikan sebagai hujah bahawa jika undang-undang ini berkuatkuasa, Melayu khusus di luar bandar yang perlu pembelaan akan terus terpinggir.

Ada pula yang menganggap Islam akan terjejas kerana diletakkan sebagai satu jenayah jika sebarang kenyataan boleh dianggap melahirkan kebencian, apakah kebencian itu jika ia merupakan satu hak? Tidak kurang juga yang merasakan undang-undang baru ini seolah menyekat kebebasan bersuara.

Memahami RUU Keharmonian Nasional

Pertama, nama undang-undang ini dipositifkan kepada matlamat yang hendak dicapai iaitu keharmonian dan rekonsiliasi berbanding dengan nama sebelumnya yang cuba menyelesaikan isu memelihara perpaduan dengan nama Akta Hasutan.

Setelah merdeka sekian lama, rakyat Malaysia seharusnya bersedia melihat isu perpaduan dalam rangka yang lebih spesifik dengan menjadikan punca utama kepada tercetusnya kebencian dan permusuhan sebagai satu jenayah samada ianya berbentuk ucapan ataupun tindakan.

Kalau dalam akta hasutan isu perpaduan lebih mengutamakan apa yang dikehendaki oleh pemerintah tetapi dalam undang-undang baru ini pemerintah juga bertanggungjawab bagi memastikan keharmonian nasional tercapai.

Keperluan menghapuskan Akta Hasutan semakin terdesak apabila akta ini dibentuk oleh penjajah British bagi berhadapan dengan pejuang kemerdekaan.

Akta Hasutan 1948 bermentaliti hubungan tuan dan hamba manakala undang-undang baru ini bermentalitikan sebuah negara yang merdeka dan ingin membentuk masa depannya sendiri dengan menghukum para perosaknya.

Kepada mereka yang mahu mengekalkan Akta Hasutan, saya ingin bertanya apakah mereka mahu negara ini terus bermentalitikan pemikiran kolonialis dalam menguruskan soal perpaduan di negara yang sudah merdeka sejak tahun 1957?

Memelihara Asas

Dengan penuh sedar kepada asas negara, kami menderafkan perundangan baru ini dengan mengambil kira kedudukan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu.

Kesemua peruntukan dalam perlembagaan persekutuan berkenaan hal tersebut terpelihara melalui pengecualian dengan memberikan intepretasi bahawa ia adalah konsisten dengan peruntukan perlembagaan.

Malah konsep anti-diskriminasi itu sendiri hanya menegaskan lagi artikel 8 dalam perlembagaan yang menyatakan bahawa setiap warganegara ini dianggap sama di hadapan undang-undang dan mereka tidak boleh dibeza-bezakan atas alasan, kaum, agama, keturunan, tempat lahir, dan jantina. Kami cuma menambahkan satu lagi alasan diskriminasi iaitu ketidakupayaan fizikal.

Persoalan diskriminasi ditakrifkan mengikut dua bentuk diskriminasi yang terpakai oleh perundangan iaitu diskriminasi positif dan diskriminasi negatif.

Ia perlu untuk membezakan sesuatu diberi keutamaan secara positif atas keperluan, konteks dan pengkhususan tertentu manakala yang negatifnya ialah dalam ketiadaan alasan yang diberikan di atas seseorang dibeza-bezakan tanpa sebab.

Orientasi Seksual

Dalam deraf yang dicadangkan, alasan pembezaan bawah kategori jantina atau gender disebut perkataan ‘orientasi seksual’. Kami terbuka dalam kritikan terhadap orientasi seksual ini, malah ia menjadi tajuk panjang dalam perbahasan kami pada siri-siri mesyuarat yang dijalankan.

Walaupun demikian ruh yang ada dalam deraf ini sebenarnya lebih kepada soal pengambilan kerja supaya seseorang tidak didiskriminasikan kerana orientasi seksualnya.

Dengan mengambil kira secara permukaaannya, implikasinya pula amatlah besar kerana ia menyentuh soal pengiktirafan dan ini boleh menimbulkan pelbagai polemik.

Sebagaimana yang saya nyatakan, isu ini masih terbuka kepada kritikan dan perbahasan, ia bukan muktamad dan boleh ditambah dan dikurangkan dengan respon yang kami terima.

Tidak Perlu Undang-Undang?

Tanggapan ini pula mengandaikan bahawa lebih banyak undang-undang tentang hubungan kaum dan agama dibuat, lebih banyak penindasan berlaku dan akan lebih tidak demokratik sesebuah masyarakat itu.

Tanggapan ini betul pada satu segi tetapi tidak tepat jika diterima bulat-bulat.

Ini memandangkan kepada faktor sebenarnya yang menyumbang kepada penindasan dan tidak demokratik itu bukanlah undang-undang tetapi pendakwaan terpilih dan sikap pemerintah yang mahukan status-quo.

Dengan merumuskan kononnya kita tidak perlu kepada undang-undang keharmonian di atas alasan ini, ia seoalah-olah berkata kita tidak perlu lampu isyarat lagi hanya kerana ia sering rosak.

Seterusnya, masyarakat awam perlu memahami bahawa deraf RUU ini bukanlah tongkat sakti yang ada jawapan segala-segalanya.

Kami memahami keterbatasan inisiatif ini dan sedar bahawa jurisdiksi kami amatlah terbatas. Kami tidak berkuasa atas pendakwaan terpilih dan usaha pendemokrasian yang lembap dan begitu juga soal menimbulkan kesedaran perpaduan yang lebih besar.

Aspek lain bagi melahirkan masyarakat yang sedar dan menolak budaya cetusan kebencian kaum dan agama serta menolak amalan membeza-bezakan manusia perlu dimainkan peranannya oleh aspek lain yang luar dari kerangka perundangan iaitu pendidikan.

Walaupun perundangan itu sebahagian daripada pendidikan namun kematangan dan kejelasan berfikir setiap warganegara adalah benteng utama menjayakan misi keharmonian nasional dan rekonsiliasi ini.

Kita Ada Pilihan

Zaman kini bukan lagi zaman kita dipaksakan apa yang orang lain mahu, ia zaman yang menentukan apa yang kta mahu. Deraf RUU Keharmonian Nasional dan Rekonsiliasi ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memilih apa yang mereka mahu.

Sekian lama kita dihantui hubungan antara kaum dan agama yang mencabar asas kewujudan negara ini, kini sudah tiba masanya rakyat membuat pilihan yang tepat untuk membina Malaysia ke arah yang lebih baik.

Mujahid Yusof Rawa ialah Pengerusi Jawatankuasa Kerja Perundangan dan Polisi, Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional. Bahagian ini adalah bahagian pertama dalam siri ini.

Lihat sebelum ini.. 
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'
E-Buku IH-18: 'PAS & Pemikiran Dr Mujahid'

Mengapa Dengan Gambar Ini?


KUALA LUMPUR: “Saya suka melihat gambar YAB MB Kelantan ini. Ia mempunyai banyak mesej yang menarik untuk ditafsirkan,” tulis bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menerusi facebooknya, kelmarin.

Bagi beliau, secara umumnya ia memberikan gambaran kesederhanaan cara hidup seorang pemimpin yang masih lagi ke masjid bersolat jamaah dengan 'basikal orang kampung'.

“Gambar seperti ini lebih diminati rakyat dari gambar para pemimpin atau para isteri pemimpin yang menunjuk-nunjuk kemewahan kepada rakyat,” tulisnya lagi.

Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yakob akan berbasikal ke masjid berhampiran kediamannya setiap kali masuk waktu solat.

“Beginilah rutin YAB Menteri Besar Kelantan apabila berada di kediamannya,” tulis admin facebook Ustaz Ahmad yang turut memuatkan gambar berkenaan. – HARAKAHDAILY 27/6/2014

Gigih Kayuh Beca Di Usia 95 Tahun Untuk Tunai Haji


KOTA BAHARU: Meskipun mencecah usia 95 tahun, Omar Osman tetap meneruskan rutin harian mengayuh beca yang menjadi punca rezekinya membesarkan sembilan anak sejak 40 tahun lepas.
  
Warga emas ini tetap bersemangat meneruskan pekerjaan bermandikan keringat itu demi impian untuk mengerjakan haji dengan hasil mengayuh beca. Pengayuh beca tertua di Kelantan ini bersyukur dengan kesihatan baik hasil daripada pekerjaannya itu yang menurutnya merupakan senaman semulajadi.
  
"Sepatutnya pada usia emas ini pakcik dah boleh berhenti memandangkan duit bulanan anak-anak dah sediakan, tetapi disebabkan hasrat pakcik untuk ke tanah suci dengan hasil duit mengayuh, jadi pakcik lebih bersemangat.
"Anak-anak turut membantu menyediakan duit untuk tujuan tersebut dan pakcik harap ada pihak dapat membantu mempercepatkan hasrat pakcik ini," katanya ketika ditemui di perkarangan Pasar Siti Khadijah, di sini.

Masih menggunakan beca usang dan berkarat yang dibelinya pada harga RM1,200 pada 40 tahun lalu itu, Omar berkata beca itu banyak berjasa kepadanya dalam menyara keluarga dan memberi pelajaran kepada anak-anaknya.
  
"Kayuh beca ini adalah senaman semulajadi, menyihatkan dan memberi pendapatan.
"Rugi anak-anak muda yang mengganggur dan masih banyak tenaga tidak menjadikan pekerjaan kayuh beca sebagai kerjaya...jadi pengayuh beca bergantung kepada rezeki," katanya yang kini tinggal di Kampung Sungai Keladi di sini.
  
Menurutnya, tiga daripada anaknya telah meninggal dunia manakala isterinya telah kembali ke rahmahtullah beberapa tahun lepas. Katanya keadaan sekarang adalah amat jauh berbeza berbanding ketika mula menjadi pengayuh pada tahun 1970-an.

"Kalau dahulu pakcik mengayuh dengan jarak jauh tetapi belum tentu untuk dapat RM3, tetapi kini dengan jarak yang dekat pakcik dah dibayar sebanyak RM3.
"Ada juga pelanggan memberikan upah antara RM3 hingga RM10 sekali perjalanan di bandar Kota Baharu, selain RM50 sebagai tanda penghargaan dalam jarak yang dekat," katanya.
  
Omar berharap hasratnya untuk mengerjakan haji akan tercapai dan berdoa agar diberikan kesihatan baik untuk menunaikan rukun Islam kelima itu. - Bernama

Johari: PKR Terbuka Walau Diheret Ke Mahkamah.



Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) Datuk Johari Abdul berkata parti itu terbuka untuk menerima bantahan daripada anggotanya termasuk mengheret mereka di mahkamah berkaitan pemilihan parti itu.

Menurutnya, anggota parti mempunyai saluran untuk mengemukakan bantahan kepada Jawatankuasa Rayuan atau Majlis Pimpinan Pusat jika tidak berpuas hati pada proses pemilihan parti.

"Terbuka kepada mana-mana ahli, sama ada nak buat laporan kepada ROS ke, buat laporan polis ke. Tapi ingat, kalau yang mengadu itu ahli, dia terikat dengan peraturan parti.
"Jika ahli tidak mengemukakan bantah, permasalahan kita disebarkan dalam media, menyerang kita, dia boleh diambil tindakan,"katanya.

Beliau mengulas berhubung perkembangan terbaru ura-ura anggota PKR Cabang Ampang berhasrat memfailkan saman ke atas JPP kerana mendakwa berlakunya penipuan pemilihan di cabang Ampang baru-baru ini.

Berdasarkan maklumat anggota PKR itu dijangka berbuat demikian pada petang ini di Mahkamah Tinggi Shah Alam, jam 3 petang.(MK)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Blackout Di Ibu Pejabat PKR, Sabotaj Pemilihan Khalid Ibrahim?



Datuk Johari Abdul bercakap semasa sidang media di pejabat Keadilan di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 27 Jun, 2014. 
Datuk Johari Abdul bercakap semasa sidang media di pejabat Keadilan di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 27 Jun, 2014.

Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menafikan tuduhan insiden blackout semasa proses pengiraan kertas undi pemilihan cabang Kuala Selangor di ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya Rabu lalu merupakan tindakan sabotaj yang disengajakan bagi mengalahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi JPP PKR Datuk Johari Abdul menegaskan insiden yang berlaku kira-kira jam 12 malam itu turut mempunyai laporan aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bukan hanya berlaku di pejabat PKR, tetapi di seluruh bangunan Merchant Square.

Beliau berkata sebaik sahaja mengetahui insiden blackout tersebut, JPP mengarahkan proses pengiraan dihentikan serta-merta.

"Tidak mungkin sabotaj kerana pengiraan adalah untuk cabang, bukannya pusat tambahan Khalid dilihat mendahului undi jawatan timbalan presiden jadi tidak timbul tuduhan begitu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Beliau berkata proses pengiraan semula bagi cabang Kuala Selangor itu diteruskan sebaik sahaja bekalan elektrik pulih pada jam 2 pagi. Semalam, lapor The Star, Khalid dikalahkan oleh pencabarnya S Manikavasagam bagi jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor.

Namun bagi undian timbalan presiden, Khalid dikatakan mendahului penyandang Mohamed Azmin Ali. Susulan daripada kekalahan itu, portal Perak News memetik daripada sumber pejabat menteri besar Selangor mempersoalkan insiden blackout tersebut. Kata sumber ‎itu, dipercayai Khalid akan mengadakan bantahan terhadap keputusan itu.

Sementara itu, kata Johari  pengundian cabang Kuala ‎Selangor hanya keputusan awal di mana ianya masih belum disokong pada peringkat tertinggi. Manakala Johari berkata pemilihan PKR yang sepatutnya selesai sebelum Ramadan terpaksa dipanjangkan. Katanya terdapat lima pemilihan semua PKR dimana tiga akan diadakan pada 28 ini dan dua pada Ogos ini.

"Dengan permintaan, maka kita setuju adakan pemilihan semula ‎tiga cabang, Sungai Besar, Subang dan Sepang pada 28 dan 10 Ogos pula di Puchong dan Kelana Jaya," katanya.

JPP juga memaklumkan terdapat tiga calon di kawasan cabang PKR Sepang yang dibatalkan kelayakan kerana melanggar peraturan pemilihan.
 
"Ketiga ini didapati mela‎kukan tindakan yang melanggar pemilihan seperti mengoyak kertas undi," katanya. – 27 jun, 2014. (TMI)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

Boko Haram: Artis Tawar Dara. '..masih dara, saya tidak percaya'!

GAMBAR rakaman video yang disiarkan pemberontak Boko Haram menunjukkan sebahagian pelajar perempuan yang diculik di Chibok pada April lalu. - AP
Singer Adokiye's Raunchy

ABUJA - Seorang penyanyi Nigeria sanggup menawarkan daranya sebagai pertukaran untuk membebaskan lebih 200 pelajar perempuan yang diculik kumpulan militan Boko Haram, lapor akbar New York Daily News kelmarin.

Kumpulan pemberontak Boko Haram bergiat aktif di Nigeria sejak 2009. Tawaran oleh penyanyi tersebut, Adokiye Kyrian, 23, didedahkan dalam satu temu bual bersama media tempatan.

"Mereka terlalu muda. Saya mahu menawarkan diri saya sebagai ganti," Adokiye memberitahu akhbar Vanguard.

Apabila seorang wartawan memberitahu penyanyi itu tentang tindakan yang akan dilakukan oleh kumpulan penculik itu ke atas dirinya, Adokiye masih enggan berganjak daripada keputusannya.

"Para pelajar itu berusia antara 12 hingga 15 tahun. Saya lebih tua dan berpengalaman. Walaupun terdapat 10 hingga 12 lelaki yang ingin meniduri saya pada setiap malam, saya tidak peduli. Saya mahu mereka membebaskan kesemua tebusan," jelasnya.

Namun, tawaran tersebut mendapat reaksi negatif ramai pengguna laman sosial yang berpendapat Adokiye cuba mencari publisiti murah.

"Adokiye memberitahu kita semua bahawa dia masih dara, saya tidak percaya," kata seorang pengguna laman sosial Twitter yang menggunakan nama still_jimmy.

Kumpulan pengganas itu menculik lebih 300 pelajar perempuan di Chibok dua bulan lalu manakala kira-kira 176 mangsa telah berjaya melarikan diri. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Boko Haram, ertinya 'pendidikan barat itu haram' atau 'pendidikan barat berdosa'.. dalam bahasa Hausa yang digunakan di bahagian utara Nigeria.  Banyak orang percaya bahawa anggota kelompok ini telah di'brainwash'  dengan melihat pendidikan Barat merupakan sesuatu perkara yang jahat.

Mereka hanya bercakap dalam bahasa Arab kerana percaya bahasa Inggris menyebabkan Barat menyebarkan perilaku tidak bermoral dan korapsi di seluruh dunia. Kelompok ini juga sangat menentang peniruan segala sesuatu yang mengikuti Barat, dikatakan unsur kritianisasi, mulai dari cara berpakaian sehingga ke berhubungan dalam masyarakat.

Walaupun agent keamanan barat telah melakukan penyiasatan pada aktitiviti kumpulan ini, tetapi tidak mendapat  maklumat yang tepat mengenai bagaimana sumber dana mereka. Catatan polis juga tidak menunjukkan para pemimpin kumpulan ini tersenarai dalam golongan mereka yang dikehendaki sebelum ini.

Ada yang berpendapat bahawa kumpulan Boko Haram walaupun bergerak atas nama agama tetapi sebenarnya kumpulan ini adalah kumpulan politik yang berkehendakakn kuasa. Jadi Bako Haram adalah kumpulan antibarat.


Jika diteliti lagi, Boko Haram, sebuah kelompok digelar pengganas oleh kerajaan Nigeria dan US. Baru-baru ini kumpulan ini telah menculik lebih dari 200 pelajar perempuan di Nigeria dan beberapa lagi. Mereka juga melakukan serangan kepada kumpulan gereja pada hari Natal.

Boko Haram, sebuah dilabelkan kelompok radikal Islam di Nigeria, didirikan pada 2002 di Maiduguri, ibukota negera bahagian Borno, yang diproklamirkan oleh seorang ustaz Mohammed Yusuf, dalam usia 30-an yang memiliki kekayaan pribadi memadai untuk pembiayaan gerakan ini.

Penduduk tempatan rata-ratanya tidak memberikan maklumat yang 'detail' mengenai aktiviti kumpulan ini kerana bimbang kepada tekanan yang akan dialami. Boko Haram dikatakan tidak memiliki strategi dan kelengkapan yang baik untuk merekrut ahlinya.  Ahlinya terdiri dari bekas pengajar di universiti serta mahasiswanya yang telah keluar untuk mengikuti kumpulan ini.

Walaupun begitu ada juga penduduk yang tidak mendapat pendidikan menanggotainya. Ada sebahagian juga ahli daripada negera jiran seperti Chad. Mereka solat di masjid yang terpisah dan tidak bercampur dengan masyarakat tempatan. Mereka memelihara janggut panjang dan memakai kopiah hitam atau merah. Kumpulan ini menuntut penerapan hukum syariah di 36 negara bahagian di negara Nigeria.

Pada 2004, mereka pindah ke Kanamma di negeri bahagian Yobe, dekat perbatasan Niger, dimana mereka mendirikan sebuah tapak untuk menyerang balai polis terdekat. Kerusuhan kecil terjadi di Bauchi yang dikaitkan dengan kelompok ini pada 2004, tetapi tidak terdengar lagi setelah peristiwa tersebut.

Kumpulan ini menjadi perbualan hangat sekitar tahun 2009 setelah serangan yang dilakukan kepada balai polis dan bangunan pejabat pemerintah yang menyebabkan ratusan orang mati dan dedera. Begitu sekilas kisahnya.

Aliza Kim, Selamat Datang Kepada Sejahtera & Ramadhan..

“Semestinya pengakuan saya membuatkan mereka bersedih, namun bapa berfikiran terbuka dan mereka menerimanya dengan hati terbuka.

“Pesanan mereka sekiranya Islam memberi ketenangan dan harapan, saya diberi kebebasan untuk meneruskan pilihan itu,” kata Aliza ketika ditemui pada majlis Hijab Event 2014, Taman Tasik Titiwangsa, sempena Hari Hijab Sedunia, semalam.

Wanita ini mengakui memiliki alasan kukuh merahsiakan dulu status pengislamannya, termasuk persediaan menjadi Muslimah sejati secara luaran mahupun dalaman dan penerimaan ibu bapanya.

“Sebelum saya umumkan kepada khalayak ramai, saya perlu membuat persediaan awal.

“Saya ingin memakai pakaian menutup aurat, berhijab bukan sekadar menutup rambut, bahkan hati dan fikiran saya.

“Perjalanan saya bergelar Muslimah bermula dengan pembacaan dan kajian untuk mencari ketenangan sebenar dalam hidup. “Jika saya mengumumkan pengislaman ini lebih awal namun tidak memiliki ciri-ciri wanita Muslimah sama ada pemakaian, pemikiran mahupun percakapan, mungkin ada yang menganggap ia mainan dan penghinaan kepada Islam sendiri.

“Saya ingin menjadi Muslimah sejati, di dalam mahupun di luar,” katanya yang kini giat menghasilkan buku panduan Islam kepada saudara baru dengan cara lebih mudah.
Berkongsi cerita penghijrahannya, Aliza yang kini aktif menghadiri kelas agama setiap hujung minggu ini mengakui perjalanan mencari kebenaran bermula apabila kehidupan peribadinya berdepan krisis besar, termasuk gemar menyertai parti sosial dan bergambar seksi dalam dunia fotografi.

“Selepas enam bulan hidup dengan cara itu, saya mula bosan dan kekosongan jiwa belum diubati. Kemudian, saya menyesal dan berhasrat untuk kembali kepada ajaran agama.

“Saya tinggalkan semua aktiviti itu dan mendekatkan diri kepada Tuhan dengan harapan dapat menemui ketenangan sebenar.

“Berniat mencari agama dan ajaran sebenar, saya mengunjungi banyak gereja serta membuat kajian mendalam sejak 2012.

“Namun pencarian itu belum memenuhi kekosongan jiwa. Lantas saya mula mengkaji agama dan ajaran yang dibawa golongan nabi termasuk Muhammad, Isa dan Musa.

“Saya percaya nabi tidak akan sekali-kali melakukan kesilapan,” katanya sambil mengakui teman menyarankan supaya mengkaji Islam.

Sepanjang pembacaannya mengenai Islam terutama kisah nabi, Aliza mengakui lebih mudah memahami kerana dia turut mempelajarinya dalam Bible.

Aliza berkata, dia tertarik dengan sistem dan penstrukturan Islam dalam aspek kehidupan seperti bersolat, makan, pakaian mahupun bercakap.

“Apabila kita ikhlas mencari Allah, Dia akan datang kepada kita. Kemudian, saya mencari kebenaran mengenai satu Tuhan, bukan saja Islam, Kristian mahupun Yahudi, bahkan agama lain.

“Saya membaca 12 buku dan setiap buku itu membawa saya kepada pencarian dan pengetahuan baru mengenai kebenaran.

“Saya berasakan ia adalah aturan sempurna ditetapkan Allah untuk saya melihat kebenaran.

“Apabila difikirkan semula, secara ikhlas saya yakin sebenarnya kebenaran yang menemui saya,” kata lulusan Sarjana Perniagaan Antarabangsa ini.

Disoal masih merindui dunia peragaan, Aliza berkata, pekerjaan itu dilakukan bukan untuk mengejar populariti, sebaliknya mencari pendapatan menampung kehidupannya. (IH)

Lagi tentang Aliza Kim..

Sikap PAS Terhadap Gerakan Bersenjata Di Syria..



Ustaz Lotfi Ariffin dipecat sebagai ahli PAS pada 11 Mei, 2014 selepas beliau ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad. – Gambar ihsan Facebook Ustaz Lotfi Ariffin, 26 Jun, 2014. 
Ustaz Lotfi Ariffin dipecat sebagai ahli PAS pada 11 Mei, 2014 selepas beliau ke Syria untuk menyertai kumpulan jihad. – Gambar ihsan Facebook Ustaz Lotfi Ariffin, 26 Jun, 2014.

PAS memecat Ustaz Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad di sana, kata Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali.

"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi dimaklumkan mengenai hal ini.

The Star melalui ketua pengarangnya, Wong Chun Wai, serta dua lagi wartawannya dalam laporan mereka mendakwa pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria dalam laporan mereka hari ini.
Lotfi Ariffin (kiri) bersama dengan Akil Ukays (kanan) di Syria. Foto Ihsan bicaraworld.blogspot.com.
 
Bekas pemain drum kumpulan Ukays, Akil Zainal Ukay. - Foto Malaysianreview.com
 
Menurut The Star, Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial. The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.

Seorang lagi militan Malaysia, kata The Star, adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Menurut akhbar itu, Ali dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai beliau ke Syria.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu ketika merasmikan mesyuarat agung PAS Hulu Langat baru-baru ini menegaskan PAS akan meneruskan perjuangan melalui jalan politik dan pilihan raya dan tidak akan mengiktiraf mana-mana ahlinya yang mengambil jalan selain dari itu.

"Kita akan teruskan dengan muhajahah silmiyyah (perjuangan secara damai). Oleh itu mana-mana ahli yang memilih jalan lain dari ini tidak akan diiktiraf oleh parti," katanya.

Dalam pada itu, Mohamad Sabu meminta pihak keselamtan negara menyiasat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang memuji gerakan bersenjata di Syria iaitu Isil.

"Saya minta akhbar The Star siar kenyataan saya ini di muka depan kalau berani," kata Mohamad bagi mengulas laporan akhbar milik MCA, The Star yang mendakwa ahli PAS menyertai gerakan jihad bersenjata di Syria.

"PAS membantu orang pelarian termasuk di Syria melalui Yayasan Amal Malaysia tetapi tidak mengiktiraf mana-mana pihak yang menyertai gerakan bersenjata termasuk Isil," kata Mohamad.

Kerana itulah, katanya, PAS pada 11 Mei 2014 lalu memecat seorang ahlinya Lotfi Ariffin yang bergambar dan menyertai pasukan bersenjata di Syria. Dua lagi ahli PAS, kata Mohamad juga diberikan amaran kerana terlibat dengan mereka di sana walaupun tidak terlibat menyertai gerakan bersenjata.

"Kedua-dua mereka dilihat bergambar dengan pasukan bersenjata di sana," kata Mat Sabu tanpa menyebut nama kedua-dua ahli PAS itu.

Sehingga kini, kata Mohamad, PAS hanya mengiktiraf gerakan bersenjata yang dibuat oleh umat Islam Palestin melawan balik serangan dan penjajahan yang dibuat oleh Israel ke atas mereka.– 26 Jun, 2014. (TMI)

Dana Ramadan Jejaki Golongan Kurang Bernasib Baik




KL: Sempena kedatangan bulan Ramadan al-Mubarak, Dewan Muslimat PAS Pusat dan Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) bekerjasama menjejaki golongan yang memerlukan dan menyampaikan bantuan.
 
Antara golongan sasar ialah ibu tunggal, anak-anak yatim, orang kurang upaya (OKU) serta fakir miskin. Program Dana Ramadan ini telah dimulakan sejak 2010 dan mendapat sambutan memberangsangkan saban tahun.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof berharap Dana Ramadan tahun ini dapat menjangkau lebih ramai penerima bertujuan meringankan bebanan mereka yang memerlukan.

"Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh rakyat yang menghulurkan bantuan sejak Dana Ramadan dilancarkan," katanya.

Menurut Zailah, pihaknya turut menerima sumbangan dalam bentuk pakaian, jamuan berbuka puasa dan sahur, kuih raya selain wang tunai dan cek. Bagi menjayakan misi Dana Ramadan tahun ini, Muslimat PAS mengalu-alukan sumbangan kewangan atau penajaan berbuka puasa dan sahur.

Bagi membuka tirai Dana Ramadan tahun ini, sumbangan disampaikan kepada balu kakitangan Harakah, Khairul Azizul Azizi yang meninggal dunia pada 15 Disember 2012. Sumbangan wang serta barang keperluan harian disampaikan kepada Wan Rosmizah Abdullah oleh wakil Bakkah, Shamsiah Abdullah dan wakil Muslimat PAS Pusat, Noor Nadiah Mohamad (gambar).

Orang ramai yang berhajat menyalurkan sumbangan boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank 5640 2540 0533 (Dewan Muslimat PAS Pusat) atau hubungi Nadia di nombor 013-376 7312. - HARAKAHDAILY, 26/6/2014

K'jaan Kaji Beri Insentif Lahir Banyak Anak. Pemimpinnya?

Ustaz Azhar Idrus Kahwin Lagi



Bagaimana nak ramaikan anak? 
Ini gambar Ustaz Azhar Idrus. Dia bercakap dan dia buat. Tak perlu beri intensif.. 
Pemimpin kerajaan kena ikut begini.

Kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memberikan insentif kepada mereka yang melahirkan anak, seperti yang diamalkan beberapa negara termasuk Singapura, bagi memperlahankan penurunan kadar kesuburan negara.
  
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia berikutan negara mengalami penurunan kadar kesuburan yang pesat pada masa ini, iaitu 2.1 anak pada tahun 2012 berbanding tiga orang anak pada tahun 2000.
  
"Ia sebagai pendorong untuk rakyat melahirkan lebih ramai anak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2014 di Putrajaya hari ini.
  
Dalam ucapannya sebelum itu Rohani berkata penurunan kesuburan itu disebabkan beberapa faktor termasuk melewatkan perkahwinan, peningkatan wanita dalam institusi pengajian tinggi dan pekerjaan yang melewatkan pembentukan keluarga serta masalah dan kos penjagaan anak.
  
Beliau berkata kesan utama penurunan tersebut adalah penguncupan tenaga buruh yang akan dialami negara dalam tempoh 20 atau 30 tahun akan datang.
  
Justeru, katanya, kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk mengatasi masalah itu termasuk menyediakan waktu bekerja yang lebih fleksibel, penambahan cuti bersalin sektor awam serta penyediaan geran sebanyak RM200,000 kepada jabatan kerajaan untuk menubuhkan pusat penjagaan anak di tempat kerja.
  
Sementara itu Rohani berkata pelaburan terhadap 8.4 juta penduduk yang berumur 10-24 tahun pada masa ini seperti mempromosi gaya hidup sihat, menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan serta akses kepada perkhidmatan kesihatan, dapat meningkatkan kualiti kehidupan generasi akan datang.
  
Ini kerana mereka merupakan dividen demografi kepada negara dan kemasukan mereka ke dalam tenaga kerja kelak akan menyebabkan tanggungan ekonomi semakin rendah, sekali gus membantu meningkatkan kadar pertumbuhanekonomi negara dan taraf kehidupan rakyat, katanya.
  
"Keadaan sebegini yang dikenali sebagai 'demographic window of opportunity' dijangka akan terbuka untuk tempoh 20-30 tahun sahaja dan peluang ini perlu dimanfaatkan oleh negara sepenuhnya," katanya.
  
Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2014 itu diadakan sempena sambutan Hari Penduduk Sedunia yang disambut pada 11 Julai setiap tahun. 

- Bernama    

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Islam dari dulu lagi galakkan umatnya ramaikan zuriat. Cuma kerajaan tak Islamik saja yang merancang menyekatnya. (wujudkan 'perancang keluarga'). Sekarang nak ikut balik.  

Baguslah, tetapi pemimpin atau keluarga pemimpin, kena mula dulu, tunjuk contoh.. Nak anak tapi isteri tak boleh dapatkan zuriat lagi, nak buat macam mana?

Ikut contoh, ustaz yang gambarnya di atas..

PAS Pecat Lotfi Ariffin 11 Mei Lalu


KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah memecat Lotfi Ariffin sebagai ahli PAS serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.

"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.
militan islam malaysia
Rakyat Malaysia Di Syria Jihadist koloborasi bersama ISIL – Foto NST
Lotfi -star

Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.

Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Aksi Ghairah, Depe Dikritik. Lihat Bangkai Kuman Di Seberang Laut..


HALAMAN HIBURAN

Aksi ghairah, biadap Depe dikritik
GARA-gara berpenampilan seksi selepas pulang mengerjakan umrah, penyanyi sensasi Dewi Perssik atau lebih popular dipanggil Depe telah dikritik hebat oleh penggemar industri hiburan Indonesia.

Masakan tidak belum sampai tempoh sebulan kembali ke tanah airnya, Depe begitu biadab berpakaian seksi dan menari ghairah pada satu majlis sempena pembukaan Piala Dunia 2014 baru-baru ini.

Pada majlis yang diadakan di sebuah kelab malam di Bali, Indonesia itu, Depe juga sempat menyanyikan lagu Shakira, Dare (La La La) dengan hiasan kepala mirip penyanyi tersebut.

Berkelakuan menjijikan sewaktu menghiburkan pengunjung di pusat hiburan itu menyebabkan ramai yang mempertikaikan pemergiaan Depe ke Tanah Suci Mekah itu.


"(Mengerjakan) umrah adalah satu ibadah, semua orang menanam keinginan itu. Sementara menyanyi itu pekerjaan saya. Agama dan dunia hiburan itu berbeza," kata Depe.

Menurut bekas isteri Saipul Jamiell ini lagi, dia juga sedih apabila masih banyak pihak yang mempertikaikan penampilannya yang bagi Depe tidak begitu seksi. Malah seperti kebanyakan wanita lain yang menyimpan keinginan untuk menjadi lebih sopan dalam berpakaian namun bagi Depe perkara itu perlu dilakukan secara ikhlas tanpa paksaan.

Tidak menetapkan sebarang tempoh untuk berubah Depa berkata, yang penting dia kini sedang mempelajari cara untuk menjadi insan lebih baik.

"Saya jadi marah apabila orang terus menilai yang buruk-buruk tentang saya sedangkan mereka tidak mengenali siapa sebenarnya Depe.
"Pada masa yang sama saya juga tidak mampu menghalang orang daripada berterusan menghukum saya atas kesilapan masa silam saya. Itu hak mereka," katanya lagi.

Mengakui sudah terbiasa dengan kritikan yang bertujuan untuk menjatuhkannya sejak mula menceburi industri seni kira-kira enam tahun lalu tegas Depe, itu adalah risiko yang perlu 'dibayar' apabila bergelar artis.

"Saya pernah dikritik dan dimalukan. Semua itu saya jadikan pedoman kerana saya tahu Tuhan saja yang boleh menilai saya.
"Dan inilah rahsia kebertahanan saya dalam industri hiburan ini," kata Depe yang turut terkenal dengan Goyang Gergaji ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20140622/hi_07/Aksi-biadab-Depe-dikritik#ixzz35Z4Kt5aP
© Utusan Melayu (M) Bhd

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Memang, ini adalah salah satu cara fikir artis yang salah.  Tapi, jangan hanya nampak bangkai kuman di seberang laut saja, bangkai gajah di depan mata tak nampak. Bukan tiada artis-artis Malaysia, bahkan isteri pemimpin Malaysia pun tutup aurat molek semasa di Mekah, tetapi balik ke tanah air londeh semua, seolah tidak Islam lagi?!

Antara cara fikir salahnya ialah Depe mengatakan, '(Mengerjakan) umrah adalah satu ibadah' .... 'Agama dan dunia hiburan itu berbeza'. Ertinya hiburan (tidak ibadat) boleh tidak ikut Islam. Pemikiran sesat itulah yang kini dilakukan oleh kerajaan Malaysia dan penghuninya, hingga berlaku seperti yang ada sekarang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails