Friday, June 27, 2014

Kritikan DAP Isu Air Tidak Membina. -MB S'ngor



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri sehingga hari ini masih belum memperoleh kerjasama penuh daripada Syabas sehingga menyebabkan berlakunya masalah gangguan bekalan air. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2014. 
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan negeri sehingga hari ini masih belum memperoleh kerjasama penuh daripada Syabas sehingga menyebabkan berlakunya masalah gangguan bekalan air. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Jun, 2014. 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengatakan kritikan DAP terhadap isu catuan air di Selangor sebagai tidak membina. Menteri besar Selangor itu berkata, kerajaan negeri sentiasa berusaha keras bagi memastikan bekalan air mencukupi ketika musim panas dan kering melanda negara.

"Kerajaaan negeri sentiasa bekerja keras dan memberikan komitmen tinggi untuk memastikan bekalan air kepada pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencukupi," kata Khalid dalam satu kenyataan hari ini.

Khalid juga menolak kritikan terhadap pentadbirannya yang dilihat lemah dalam menangani isu air, menjelaskan kerajaan Selangor masih belum sepenuhnya menguasai industri air di negeri tersebut.

"Saya kesal kritikan yang dilakukan pemimpin khususnya daripada DAP ini yang tersalah sasar.
"Ini kerana kerajaan Selangor masih belum dapat menguasai industri air meskipun secara prinsipnya Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bersetuju untuk diambil alih kerajaan negeri," katanya.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua hari ini membidas kerajaan negeri Selangor supaya tidak memberi alasan ke atas isu gangguan bekalan air kerana berjanji ia tidak akan berulang. Pua membidas janji kerajaan Selangor pada 10 hari lalu mengenai jaminan tersebut tetapi masalah sama berulang apabila kawasan sekitar Balakong dan Bangi mula mengalami gangguan.

Malah, Syabas juga mengeluarkan amaran kepada penduduk di Gombak, Petaling dan Klang mengenai kemungkinan berlaku juga gangguan bekalan air. Khalid turut menjelaskan bahawa pihak kerajaan negeri sehingga hari ini masih belum mendapat kerjasama penuh daripada Syabas.

"Untuk makluman Tony Pua,  setakat ini kerajaan negeri masih belum dapat memasuki premis Syabas ataupun melihat semua dokumen, data dan butiran  maklumat mengenai industri air ini.
"Justeru, apabila berlaku gangguan bekalan air adalah salah bagi Tony Pua menuding jari kepada kerajaan negeri," katanya.

Khalid berkata, Pua sepatutnya menyalahkan Syabas sebagai punca timbulnya semula permasalahan gangguan air di Selangor.

"Tony Pua sepatutnya mendesak Syabas dan pegawai tertinggi dalam syarikat itu yang memperoleh imbuhan jutaan ringgit agar bekerja secara profesional," katanya. – 27 Jun, 2014. (TMI)
 
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?

2 comments:

maae said...

Kenapa salah menyalah lagi. Sepatut nya sudah ada plan kontingensi selepas catuan air sebelum ini.

Air sumber asas utama. Tidak boleh di polemik atas nama politi. Libakan segera Kerajaan Petsekutuan. Bukan itu lebih baik? Tony Pua suka peletokkan orang.

Anonymous said...

Ketidakcukupan bekalan air berpunca dpd paras air empangan semakin kurang. Empangan perlu kpd kawasan tadahan KA (yakni hutan dara). Hutan dara berfungsi sebagai 'sponge' - simpan air hujan & lepaskan berkadar / berkala. Yg ada disekeliling empang adalah kebun / getah / sawit yg menghisap air atau telah dibangunkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails