Thursday, June 26, 2014

Roboh Gerai Haram

 Tindakan roboh ke atas gerai warga asing oleh DBKL di Jalan 1/56, 19/56 dan 27/56 AU Keramat, semalam.
Tindakan roboh ke atas gerai warga asing oleh DBKL di Jalan 1/56, 19/56 dan 27/56 AU Keramat, semalam

KUALA LUMPUR - Enam struktur gerai milik warga asing di AU Keramat dirobohkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi bersepadu, semalam.

Ia rentetan tindakan sita yang dilaksanakan sejak April lalu ke atas premis warga asing yang beroperasi secara haram di deretan kedai terletak di Jalan 1/56, 19/56, dan 27/56. Timbalan Penguasa Jabatan Penguatkuasaan DBKL, Mohd Karim Ahmad berkata, sebanyak dua notis diberikan kepada pemilik untuk membersihkan tapak setelah semua barangan perniagaan disita.

“Ketika tindakan sita dibuat April, notis pertama diberikan oleh jabatan perlesenan dan pada 11 & 18 Jun kemudian notis kedua diberikan pula jabatan penguatkuasaan agar struktur yang ada dirobohkan tetapi tidak ada sebarang inisiatif diambil.
“Jadi pada hari ini (semalam) kita ambil tindakan robohkan struktur yang ada bagi mengelak operasi dijalankan semula. Selepas struktur roboh, kita akan minta jabatan landskap ratakan tanah dan tanam pokok jadi tidak ada binaan boleh dibuat,” katanya.

Menurutnya, tindakan menerusi Pejabat DBKL Cawangan Setiawangsa dengan kerjasama jabatan imigresen dan PDRM itu turut mensasarkan sebuah premis yang dipercayai dihuni warga asing.

“Bagaimanapun hasil serbuan mendapati premis berkenaan telah dikosongkan. Tapi kita tetap akan ambil tindakan merobohkan struktur premis yang juga dijadikan kedai runcit,” katanya.

Dalam operasi selama dua jam itu, seramai 50 anggota terlibat termasuk 40 daripada DBKL. Katanya, tindakan itu seiring dengan perlaksanaan Ops Tegas yang dilakukan secara bersepadu bagi membanteras penjaja warga asing.

Untuk rekod, sejak Januari hingga Mei, sejumlah 676 tindakan diambil meliputi 347 sitaan, 221 tangkapan dan 108 pemberian notis. Sebanyak 91 tindakan roboh struktur haram turut dibuat dalam tempuh sama. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails