Saturday, June 28, 2014

Bantah Mrs Universe M'sia, Ibnu Hasyim Sokong Muslimat PAS.























Aiman Athirah Al Jundi

KL: Batalkan pertandingan ratu cantik, Mrs Universe yang akan diadakan di negara ini pada penghujung Ogos nanti.

Weblog Ibnu Hasyim menyokong gesaan Muslimat PAS Pusat tersebut seperti yang dinyatakan Pengarah Pilihan rayanya  Aiman Athirah Al Jundi, di sini hari ini.

"Pertandingan ratu cantik bukan perkara baru, ianya telah wujud sejak zaman jahiliah lagi, dan kini telah perbaharui sesuai dengan 'kerajaan jahiliah' masa kini.
"Yang peliknya, kerajaan Malaysia mengaku Negara Islam ini pun, menyambung kerja-kerja jahiliah durjana itu. Ulama-ulama mereka buat apa? Tak berani tegur? " kata editornya, Dr Hj Mohd Hasyim (gambar kanan).

Menurut Aiman Athirah pula, pertandingan itu tidak wajar diadakan selari dengan penegasan kerajaan bahawa negara ini adalah negara Islam.

"Di dalam sidang parlimen yang berakhir baru-baru ini pun rata-rata ahli parlimen Umno menegaskan negara ini adalah negara Islam," katanya kepada Harakahdaily.

Bagi membuktikan negara ini sebagai negara Islam, Athirah menegaskan sepatutnya kerajaan Umno memperuntukkan beberapa perlaksanaan dasar Islam seperti hudud dan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran termasuklah soal pertandingan ratu cantik.

"Kita perlu sedar konflik dalam negara kita, apabila berlakunya pentafsiran yang berbeza, Umno BN mentafsirkan dengan sewenang-wenangnya kononnya bahawa negara ini negara Islam.
"Akan tetapi rakan-rakan sekutunya seperti MCA, MIC dan Gerakan pula tidak mengiktiraf negara ini sebagai negara islam," tambahnya.

Tegasnya lagi, masyarakat sentiasa berhadapan dengan persoalan agama seperti penganjuran Mrs Universe Malaysia, siri konsert liar, artis barat tidak bermoral sedangkan ia jauh daripada konsep negara Islam sebenar.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Allahyarham Datuk Ishak Baharum dulu, pernah dipecat dan ditamatkan kontraknya kerana membantah penganjuran program ratu cantik tersebut. Di KL, pertandingan ratu cantik juga dianjurkan oleh SOGO (KL) Department Store Sdn Bhd yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa.

Sebanyak 40 hingga 45 negara mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung selama lapan hari. Pengarah Urusan Sogo, Datuk Andrew T K Lim menegaskan bahawa pertandingan ini bersesuaian untuk mempromosikan Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014. (IH)

3 comments:

Anonymous said...


KOTA BHARU 9 Jun - Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 mencetuskan persoalan mengenai dasar Membangun Bersama Islam yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri selama ini.

Pas Kelantan yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama, sebelum ini telah mengharamkan penyertaan wanita dalam pertandingan tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.

Sebaliknya, Pertandingan Badan Cantik itu yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011, jelas menunjukkan puluhan lelaki perkasa mendedahkan sebahagian besar tubuh mereka.

Malah, pemakaian kain tambahan pada pinggang setiap peserta masih gagal menutup sepenuhnya aurat mereka.

Walaupun pertandingan itu diadakan dalam dewan tertutup iaitu Dewan Jubli Perak dengan setiap pintu masuk dijaga oleh individu berbaju merah tua, ia tetap 'menarik' beberapa penonton wanita yang mengintai-ngintai dari luar dewan.

Lebih menarik, terdapat kain rentang di belakang pentas yang memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood.

Kelibat peserta yang 'menayang' badan mereka di bahagian luar belakang dewan, turut mencetuskan persoalan mengenai peraturan berpakaian menutup aurat di khalayak yang dilaksanakan oleh kerajaan Pas selama ini.

Selain pertandingan badan cantik itu, beberapa acara lain yang diadakan bersempena sambutan tersebut ialah karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan, perarakan berkuda, bola sepak, perarakan bermotor 'Yang Berhormat Exco Belia Kita' dan anugerah Tokoh Anak Muda Kelate 2011.

Sambutan selama dua hari dengan tema 'Anak Muda Kelate Bermaruah' dan 'Memperkasakan Kerajaan Islam Kelantan' itu, turut menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa komputer riba sebagai tarikan kepada pengunjung.



Anonymous said...


AIDCNews -24/12/11 – Minggu lalu tersebar di internet satu foto lelaki-lelaki (foto di atas) yang beraksi menunjukkan kecantikan badannya dengan satu banner berlatar belakangkan wajah Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, Menteri Besar Kelantan.

Banner yang berlatar belakang wajah Nik Aziz itu bertulis “Kejohanan Badan Cantik, Mr Kelantan 2011″

“Menteri Besar Kelantan dok sibuk suruh perempuan-perempuan Kelantan menutup aurat, jangan berhias ketika keluar rumah, mengasingkan antara lelaki dan perempuan di pasaraya tetapi dalam bab lelaki-lelaki yang hampir bertelanjang di atas tak mengapa pulak”, soal blogger khairulryezal

Katanya, dalam soal pertandingan bina badan, PAS mengamalkan sikap double standard, menentang penganjuran tersebut ketika dianjurkan kerajaan Melaka, tetapi mendiamkan diri apabila dianjurkan oleh kerajaan Kelantan.

Menurut kelatekito.net pertandingan Badan Cantik itu diadakan di Dewan Jubli Perak Kota Bharu pada 9 Jun 2011.

“Wanita tidak boleh masuk pertandingan mengaji, tetapi lelaki boleh buka aurat nampak pusat. Ini Amat memalukan dan berlawanan dengan konsep Islam.

“Apakah selepas memperjuangkan negara berkebajikan Islam sudah ditinggalkan begitu sahaja”, soal laman itu.

Menurutnya, kain rentang di belakang pentas itu memaparkan wajah dua pemimpin Pas Kelantan iaitu Menteri Besar dan Exco Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood yang diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011.

Anonymous said...

Bodoh. tak tahu beda antara aurat lelaki dg aurat perempuan dan bagaimana hukumnya.

Apa lagi aurat lelaki dari berbagai mazhab.

Tahu itu dulu, baru dapat jawapan di atas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails