Saturday, June 28, 2014

Ini, Isteri Curang Zina Leluasa, Bolehkan Hudud Selesaikan?

124
INI gambar mereka yang curang dalam kisah di bawah ini. Diangkat dari Sinar Harian baru-baru ini..


BESUT: Angkara mencintai isteri orang, seorang lelaki terpaksa bermalam dua malam di hospital akibat cedera dibelasah penduduk kampung apabila perbuatan terkutuk mereka dilihat suami wanita itu sendiri.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam kelmarin, lelaki berumur 20 tahun yang bekerja sebagai tukang jahit dari Kampung Pangkal Changgong, Machang, Kelantan itu cedera di beberapa bahagian badan termasuk kepala apabila dipukul penduduk kampung.

Difahamkan, dalam kejadian di sebuah kampung di kawasan Jabi yang terletak beberapa kilometer dari Kampung Renek di sini, lelaki terbabit dibelasah ketika berada di dalam rumah sewa wanita itu.

Mangsa dan wanita berkenaan dibawa ke Balai Polis Jertih sebelum diserahkan kepada Pejabat Agama Daerah.

Sebelum itu, kira-kira jam 10 malam, wanita itu dikatakan telah pergi menghantar suaminya yang berusia 23 tahun bermain futsal di sebuah gelanggang futsal di kawasan Jertih.

Apabila pulang ke rumah, wanita itu dikatakan menghubungi buah hatinya dan mangsa datang ke rumah tersebut kerana telah membuat temu janji sebelum itu.

Difahamkan sejam kemudian, suami wanita itu menghubungi isterinya, namun tidak ada jawapan menyebabkan dia mengesyaki sesuatu lantas pulang ke rumah bersama rakannya untuk mengetahui apa yang berlaku.

Apabila tiba di rumah, dia dapati sebuah kereta Perodua Myvi berada di hadapan rumahnya sebelum dia mengintip melalui lubang rumah dan mendapati isterinya bersama seorang lelaki dalam keadaan kurang sopan.

Si suami kemudian masuk ke dalam rumah bersama penduduk kampung, menyebabkan berlaku pergelutan antara lelaki tersebut dan penduduk kampung. Suami wanita itu yang bekerja sendiri kemudian menghubungi penguat kuasa syariah pejabat agama daerah sebelum pasangan itu diserahkan kepada pihak polis.

Difahamkan pasangan suami isteri itu mempunyai seorang anak berusia setahun lebih, tetapi ketika kejadian anak mereka berada dalam jagaan ibu bapa wanita berkenaan di Kampung Guntung, Setiu.

Menurut sumber, mangsa mengaku ketika kejadian dia baru selesai mengadakan hubungan seks dengan wanita berkenaan dan mereka berkenalan sejak awal tahun lagi.

Lelaki itu juga mendakwa kononnya dia tidak tahu wanita itu berstatus isteri orang kerana wanita terbabit memberitahu dia belum bersuami menyebabkan dia menjalin hubungan dengan suri rumah itu.

Dikatakan juga, lelaki tersebut mengenali pasangannya selepas dia tersalah nombor telefon menyebabkan dia menghubungi wanita itu dan dari situ hubungan mereka terus mesra dan sudah beberapa kali bertemu di pekan Jertih sebelum ini.

Lelaki yang cedera di bahagian muka, kaki dan anggota badan itu dirawat di Hospital Besut sebelum dibenarkan keluar semalam namun ditahan semula oleh penguatkuasa pejabat agama saerah untuk diambil keterangan.

Pemangku Ketua Polis Daerah, DSP Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada suami wanita berkenaan dan tangkapan tersebut. Menurutnya, pasangan tersebut diserahkan kepada pejabat agama daerah untuk tindakan seterusnya. 
(SinarHarian)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Berleluasalah zina, akibat curang, tiada ilmu, dedah aurat, undang-undang tak berbaloi dan segala macamnya. Berleluasa juga jenayah dengan segala macam jenisnya. 

Perlukah sistem perundangan Islam dilaksanakan semula, yang 'hukum hudud' ada di dalamnya. Di Malaysia orang bukan Islam pun nak tahu tentang hudud, maka malulah orang Islam yang masih belum tahu. Mungkin itu hasil dari keberkesanan dakwah PAS, sejak PAS ditubuhkan.

Apa Itu Hukum Hudud? 

Definisi mengenai hudud ialah: 

Hukum-hukum tertentu yang ditentukan oleh Allah SWT, sama ada melalui al-Quran atau Sunnah Nabi Muhammad SAW, sebagai Hak Allah dikenakan ke atas pesalah-pesalah yang telah melakukan kesalahan-kesalahan tertentu, yang digolongkan di dalam jenayah Hudud. Iaitu tujuh jenis seperti yang diterangkan oleh al-Quran iaitu:  
  • Zina.
  • Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat saksi.
  • Minum Arak.
  • Mencuri.
  • Hirabah (Perusuh / ganggu keamanan).
  • Murtad.
  • Baghy (Bughah – Pemberontakan).
Al-Mawardy pula mendefinisikan Hudud sebagai Sekatan-sekatan atau deraan-deraan yang ditentukan oleh Tuhan sebagai balasan (hukuman) kerana melakukan perkara-perkara yang ditegah dan meninggalkan pekara-perkara yang diperintah, kerana tabiat semulajadi manusia yang dikuasai oleh nafsu yang melalaikan dari seksaan akhirat dengan semata-mata mengejar kelazatan dunia yang cepat. (al-Mawardy, al-Ahkam al-Sultaniyyah, hlm. 221).

Melaksanakan hukum hudud ini adalah wajib dan dikira sebagai hak Allah. Maksud Hak Allah ialah seksaan itu tidak boleh digugurkan (dimaafkan) sama ada oleh individu atau masyarakat. ( Abdul Qadir Audah, al-Tasyri c al-Jinaiy al-Islamiy, hlm. 78 ).

Ini adalah antara dalil-dalil yang disebut daripada Al-Quran dan juga hadith:

Pengharaman Zina, firman Allah yang bermaksud :
  • Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk. (al-Quran, al-Isra : 32)

Hukuman Zina, firman Allah yang bermaksud :
  • Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah disebat tiap-tiap seorang dari mereka seratus kali sebatan . (al-Quran, an-Nur : 2)

Hadis Nabi mengenai zina, mafhumnya:
  • Ambillah dari aku! Sesungguhnya Allah memberi jalan kepada mereka (perempuan yang berzina ), jikalau teruna dengan dara hendaklah disebat seratus kali sebatan, dan dibuang negeri setahun, dan jika yang telah berkahwin dengan yang telah berkahwin hendaklah disebat dengan seratus kali sebatan dan direjam dengan batu sampai mati. (Muslim, Sahih : hlm. 188)
Zina diharamkan dan hukuman hadnya ialah buang negeri (taghrib) dan disebat seratus kali bagi yang belum kahwin, dan disebat seratus kali dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin (muhsan), ada yang berpendapat hanya rejam sahaja bagi yang telah berkahwin.

Pengharaman Tuduhan Zina (Qazaf) tanpa empat orang saksi dan hukuman Had mengenainya, Firman Allah dalam surah an-Nur, ayat 4 yang bermaksud :
  • Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik melakukan zina, dan mereka tidak membawa empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) lapan puluh sebatan, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya, dan mereka adalah orang-orang yang fasiq
Iaitu tuduhan zina (Qazaf) tanpa membawa empat orang saksi adalah haram, dan hukuman had ke atas orang yang menuduh itu ialah lapan puluh kali sebatan beserta hukuman tambahan iaitu tidak diterima kesaksian orang itu selama-lamanya.

Pengharaman minum arak, Firman Allah yang bermaksud :
  • Hai orang-orang yang beriman! sesungguhnya meminum khamar (arak), berjudi, berkorban untuk berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji dan termasuk perbuatan Syaitan. Kerana itu jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keuntungan (kejayaan). (al-Quran, al-Maidah : 90)
Hukuman hudud meminum arak ialah disebat, tetapi jumlahnya terdapat dua riwayat ; dalam satu hadis diriwayatkan bahawa baginda Rasulullah telah memukul (sebat) seorang lelaki yang meminum arak dengan dua pelepah tamar sebanyak empat puluh kali dan begitu juga dilakukan oleh Abu Bakar, tetapi pada masa Saidina Umar, beliau berbincang dengan sahabat-sahabat dan berkata seorang sahabat, Abdul Rahman seringan-ringan hudud ialah lapan puluh kali sebatan (Muslim, Sahih : hlm. 214) dan Umar menurutnya.

Hukuman Hudud Jenayah Mencuri, Firman Allah yang bermaksud ;
  • Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang telah mereka lakukan dan sebagai seksaan dari Allah . (al-Quran, al-Maidah : 38)

Hukuman hudud bagi kesalahan mencuri ialah potong tangan dengan cara yang tertentu yang akan dibincangkan.

Hukuman Perusuh dan Pengacau Keamanan (hirabah), Firman Allah yang bermaksud :
  • Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya dan membuat kerosakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik atau dibuang negeri. Yang demikian itu sebagai satu penghinaan untuk mereka di dunia dan di akhirat mereka akan beroleh seksaan yang besar. (al-Quran, al-Maidah : 33)

Pengharaman Murtad, Firman Allah yang bermaksud :
  • Barangsiapa mencari agama selain dari agama Islam, maka tidaklah akan diterima (agama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk di antara orang-orang yang rugi . (al-Quran, al-Imran : 35)
  • Barangsiapa yang murtad di antara kamu dari agamanya, lalu dia mati di dalam kekafiran, maka amal mereka menjadi sia-sia di dunia dan akhirat.(al-Quran, al-Baqarah : 217)

Hukuman Murtad ialah bunuh, Hadis Nabi yang mafhumnya ;
  • Tidak halal darah seorang Muslim yang telah bersaksi bahawa tiada Tuhan Yang diSembah dengan sebenarnya melainkan Allah dan mengakui Aku (Muhammad) sebagai Rasulullah, melainkan terhadap salah satu dari tiga (orang) iaitu penzina yang telah berkahwin (muhsan), membunuh orang tanpa hak dan orang yang meninggalkan agamanya (murtad). (Muslim, Sahih : hlm. 164)

Jenayah Baghy, pengharamannya dan hukumannya, Firman Allah yang bermaksud :
  • Dan jika dua golongan dari orang Mukmin yang berperang maka damaikanlah anara keduanya, jika salah satu dari dua golongan itu berbuat aniaya terhadap golongan yang lain, maka perangilah golongan yang membuat aniaya itu sampai golongan itu kembali kepada perintah Allah.(al-Quran, al-Hujurat : 9)

Inilah sumber perundangan yang utama (dari al-Quran dan al-Sunnah) mengenai jenayah. Syariat menentukan secara tepat mengenai seksaan atau hukuman bagi tiap-tiap jenayah Hudud. Tidak ada hak mana-mana pihak persendirian seperti Qadi atau mangsa atau pihak awam seperti kerajaan atau lain-lain, boleh meminda hukumannya.

Jika hudud dilaksanakan, adakah lagi zina berlaku leluasa? Miinum arak jadi biasa saja. Kejadian pecah rumah, rompakan masih berlaku setiap hari? Fikir-fikir dan renungkanlah!

4 comments:

Anonymous said...

Laksanakan apa yg diperintah Allah swt, Dialah Yg Menyelesaikan masalah, bgmn cara ? WaAllahu'alam ! Bg Allah swt selesaikan masalah "Ku ! Fa yakun" sahaja.

kampong lad said...

hukum minum arak & murtad takdak dlm quran pun. kena tibai 40 kali & kemudian ditambah jadi 80 kali, ini bukti hukuman bukan dari allah. selamat bersaum bro.

Anonymous said...

Kesian kampong lad, ya Allah berilah hidayah kpdnya, krna manusia ini telah terpedayah oleh pemimpin umno.

kampong lad said...

salam sdr anon 5.08 pm, t/kasih utk doa yg baik, ameeen!

ini takdak kene mengena dgn parti2 politik. selamat berpuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails