Saturday, September 30, 2017

Masih Ada Lagi,‘Tentera Seksi’ Digempur Malam Tadi..


KUALA LUMPUR – Tampil dengan tema ‘malam tentera seksi’ bagi menarik perhatian pelanggan pusat hiburan di Jalan Ampang, di sini.

Itu antara promosi, sebuah pusat hiburan yang diserbu sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), malam kelmarin.
Malah ketika serbuan jam 11 malam kelmarin, semua 85 pelayan pelanggan (GRO) memakai baju celoreng tentera dengan menampakkan susuk tubuh menggiurkan.
Mereka bagaimanapun bertempiaran melarikan diri bagi mengelak dicekup pihak berkuasa selain dikesan bersembunyi di sebalik rak pakaian, di bawah meja dan di dalam tandas.
Bagaimanapun, usaha meloloskan diri itu gagal berikutan pihak JIM WPKL mengepung setiap pintu di pusat hiburan berkenaan.
Seramai 150 individu termasuk warga asing ditahan bagi pemeriksaan dan 120 daripadanya dikesan melakukan pelbagai kesalahan.
Penolong Pengarah JIM WPKL, Mohd Sharulnizam Ismail berkata, hasil serbuan di premis terbabit pihaknya menahan 102 individu membabitkan lapan lelaki warga asing disyaki pekerja dan seorang lelaki tempatan dipercayai penjaga premis
“Selebihnya wanita warga asing membabitkan 85 warga Thailand, tujuh Vietnam dan seorang dari Laos disyaki menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja sebagai pelacur di negara ini,” katanya.
Sharulnizam berkata, serbuan itu dilakukan hasil risikan dan maklumat anggotanya berhubung kegiatan warga asing yang dikesan menyalahgunakan pas lawatan di pusat hiburan berkenaan.
“Mereka mencari pendapatan di pusat hiburan dengan melayan pelanggan termasuk menawarkan khidmat seks.
“Malah, ada antara suspek dikesan mengambil bahan terlarang untuk berseronok bersama pelanggan berikutan penemuan serbuk putih disyaki dadah di dalam pinggan di bilik di pusat hiburan terbabit.
“Semua suspek berusia 20 hingga 40-an itu ditahan bagi siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) dan mereka dibawa ke Depoh Tahanan Imigresen Kuala Lumpur bagi tindakan lanjut,” katanya. – myMetro Online


Pas Umum Jentera PRU-14 Malam Esok



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tiga dari kiri) bersama Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) semasa majlis makan malam dan sesi Dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) sempena Himpunan 200K Fastaqim 2.0 di Kuala Terengganu Golf Resort hari ini.


KUALA NERUS - Pas telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada bila-bila masa selepas presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bakal melancarkan jentera pilihan raya peringkat nasional malam esok sempena kemuncak penganjuran Fastaqim 2.0 di sini.
Menurut Abdul Hadi, penganjuran himpunan selama dua hari itu bukan sahaja disertai pimpinan parti, ahli politik dan ulama tetapi mereka turut mengalu-alukan penglibatan orang ramai.
"Dua tahun lalu Fastaqim 1.0 diadakan di Kota Bharu dan penganjuran kali kedua ini dilihat sebagai persediaan menjelang PRU-14.
"Ini kerana kita meletakkan pilihan raya akan diadakan bila-bila masa sahaja dan kita turut membuat persiapan apabila diumumkan. Malam esok akan dilancarkan jentera pilihan raya," katanya selepas Majlis Makan Malam bersama pertubuhan bukan kerajaan di Kelab Golf Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyampaikan mesej sempena penganjuran Fastaqim dengan menyatakan Pas begitu terbuka dengan parti lain termasuk rakan Pakatan Harapan dahulu.
"Cuma mereka tidak menilai kekuatan Pas, patut mereka sedar Pas ada 195 kawasan seluruh negara dan 7,000 cawangan. Mereka tidak boleh singkir Pas," ujarnya.
Ketika disoal sama ada Pakatan Harapan perlu berasa takut dengan parti pimpinannya, Abdul Hadi menyatakan mereka tidak perlu takut tetapi perlu hanya perlu menghormati.
Penganjuran Fastaqim 2.0 yang diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus itu menyasarkan himpunan seramai 200,000 ahli parti tersebut bagi memperlihatkan sokongan yang padu dalam menghadapi PRU-14. - K! ONLINE
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Friday, September 29, 2017

Pakatan PKR & DAP Dominasi PBT S'gor. PAS Tetap Sabar.




AIDCNews -28/09/17- Menurut senarai yang dipamer Faisal Zainal Samm, wakil PAS hanya diwakili 32 wakil berbanding dengan wakil PKR diwakili 101 orang dan DAP, 96 wakil daripada 12 Ahli Majlis dalam Kerajaan Tempatan (PBT) seluruh Selangor.
12 PBT itu adalah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Majlis Perbandaran Klang (MPK), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang), Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) dan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB).
Walau bagaimanapun wakil PAS tidak disenaraikan di beberapa PBT, sedangkan hakikat sebenar wakil parti Islam itu dilantik sebagai Ahli Majlis dalam PBT berkenaan.
Begitu juga dengan wakil parti Amanah tidak disenaraikan walau pada hakikatnya dilantik sebagai Ahli Majlis di beberapa PBT.
MBSA
Dalam MBSA, PKR membolot 10 Ahli, DAP 6 Ahli berbanding dengan PAS, 7 Ahli.
10 wakil PKR dilantik sebagai Ahli Majlis; Tan Ah Kow, Ruthira A/P Surasan, Rozaina Bt Hamzih, Awang Bin Ibrahim, Noryzal Bin Zainal Abidin, Tengku Ahmad Bin Tengku Kasim, Anizan Binti Othman, Afzainizam Bin Abdul Rahman, Norasikin Selamat dan
Zulnizam Bin Shahrani.
DAP diwakili 6 orang iaitu Prakash Rao A/L Applasamy, Papparaidu A/L Veraman, Abdul Razak Bin Ismail, Siow Fun Yean, Foong Saik Hoong dan Muhammad Shakir Bin Ameer Mohideen
7 wakil PAS; Harri Bin Mohamad Hassan, Noraini Binti Hussin, Fakhrul Azman Khalidin, Abdul Halim Omar, Ahmad Dusuki Bin Abd Rani, Hanafi Bin Zulkapli dan Imran Bin Satiman
MBPJ
Dalam MBPJ DAP dan PKR masing-masing membolot 9 Ahli berbanding dengan PAS hanya diwakili 4 Ahli.
9 Ahli DAP; Jamaliah Binti Jamaluddin, Ang Ming Ern, Sia Siew Chin, Elaine Magdaline Nathaniel, Oon Chong Ling, Wong Swee Sang, Lee Suet Sen, Terence Tan Teck Seng dan Ghandimathi A/P Suppiah.
9 Ahli PKR; Ahmad Akhir Bin Pawan Chik, Sugumaran A/L Annamalai, Ong Swee Long, Ermeemariana Bt Saadon, Suraise A/L Gengiah, Tang Fuie Koh, Shatiri Bin Mansor, Wong Yuet Leng dan Halimey Abu Bakar.
4 Ahli PAS; Ghazali Bin Daud, Ariffin Bin Mahaiyuddin, Azri Bin Mohamad Arish dan Azizi Bin Ariffin.
MPK
Dalam MPK, PKR dan DAP masing-masing membolot 9 Ahli Majlis berbanding dengan PAS, 5 Ahli.
9 Ahli PKR; Sabastian Rao A/L Pragasam, Yew Boon Lye, Athi Saravanan A/L S. Rengiah, Rosnee Binti Talib, Azizi Bin Ayob, Maneyvannan A/L Velue, Tan Heng Kim, Umi Jumainah Binti Mohamed Jan dan Shoba A/P Selvarajoo.
9 Ahli DAP; Lee Fu Haw, Leong Tuck Chee, Yugarajah A/L Palanisamy, Ngian Yoke Mooi, Choo Teck Keong, Tan Jee Kian, Khoo Gee Tat, Sukumaran A/L A. Sundram dan Nalan A/L M.Muniandy @ Balan.
5 Ahli PAS; Kahar Muzakkir Bin Munawir, Dato’ Deepakaran A/L Karuppiah, Mohd Prasad Bin Hanif, Azimah Binti Muda dan Mohamad Baseri Mohd Taib.
MPAJ
Dalam MPAJ, PKR mendominasi dengan 11 Ahli, DAP 6 Ahli berbanding dengan PAS 7 Ahli.
11 Ahli PKR; Zainol Abidin Bin Mohamed, Hassan Bin Yusoff, Hamsah Bin Djabir, Salmah Binti Ismail, Ahmad Sabri Bin Abu Bakar, Fong Teck Keong, Subramani A/L Rengasamy, Yogayswari A/P Ramalu, Nor Hayati Binti Haron, Ahmad Fauzi Bin Mohd Kamis dan Robert Lim Tim Chai.
6 Ahli DAP; Abdul Aziz Bin Bari, Mohamad Bin Samot, Ho Lee Yen, Edmund Woon Thean Siang, Supiramany A/L Sinnapayal, dan
Tan Swee Boon.
7 Ahli PAS; Meor Rithuan Bin Mohamed Said, Wan Hasrina Binti Wan Hassan, Abdul Jalil Bin Hassan, Ramli Md Said, Sharifah Haslizah Binti Syed Ariffin, Azlan Bin Maddn dan Omar Bin Tahar.
MPSJ
Dalam MPSJ, DAP mendominasi dengan 11 Ahli Majlis, PKR 8 Ahli berbanding dengan PAS, 3 Ahli.
8 Ahli PKR; P. Ravi Chandaran A/L Periasamy, Jaberi Bin Ami, M. Anbarasan A/L Murugesu, Sharmazira Binti Mohd Sharif, Azalea Zulaikha Bt Zulkifli, Dr. Mahendran Markandoo, Kavitha A/P Chandragesan dan Mohd Saifullah Bin Mohd Zulkifli.
11 Ahli DAP; Chin Sou Bong, Tai Cheng Heng, Chong Hoon Ming, Mehanatan Embamurthi, Mohan Singh A/L Surtar Singh, Wan Hock Leong, Chia Yew Ken, Yap Kok Weng, Pooi Weng Keong, Wong Siew Ki, dan Chang Kim Loong.
3 Ahli PAS; Mohd Rosharizan Bin Mohd Rozlan, Norzaihan Binti Ismail dan Roslan Shahir Bin Datuk Mohd Shahir.
MPS
10 Ahli PKR; Mazura Bt Mokhtar, Mohanakumari A/L Balakrishnan, Amir Fazlee Bin Khalid, Abd Rahim Bin Kasdi, Md Sabri Bin Md Taib, Chua Wei Keat, Sulaiman Bin Abu Samah, Zailan Bt Haji Jaafar, Durairatnam A/L Selladurai dan Fok Wai Mun.
7 Ahli DAP; Ang Tan Loong, Ahmad Irfan Bin Hani, Letchimanan A/L Thatharan, Lim Ching How, Edry Faizal Bin Eddy Yusof, Yew Jia Haur, dan Ng Wei Keong
6 Ahli PAS; Mohd Fauzan Bin Madzlan, Norazlin Binti Md Samsudin, Mohamad Azizul Abu Bakar, Syarhan Humaizi Bin Halim, Ng Kok Chuan dan Ismail Bin Hassan.
Dalam MPKJ, MPSepang, MDKS, MDKL, MDHS dan MDSB hanya menyenaraikan Ahli Majlis daripada PKR dan DAP tanpa Ahli Majlis daripada PAS.
MPKJ
7 Ahli PKR; Raman A/L Elangovan, Lee Learn Eng, Zainun Binti Haji Samah, Rajendra Kumar A/L Munusamy, Lim Kim Eng, Mohamad Rashidi Bin Hassan, Zulfikar Bin Ali Arifin.
9 Ahli DAP; So Lian Kiong, Leong Chiew Sing, Pang Ai Lee, Young Syefura Bt Othman, Thiagarajah A/L Rajagopal, Khoo Khim Han, Vangadesasen A/L S. Muniandy, Lai Wai Chong dan Kon Wen Siang @ Law Wen Siang.
MPSepang
7 Ahli PKR; Suziana Binti Musa, Kenneth Lee Kan Ming, Mohd Shafinye Bin Mohd Nasoha, Baharuddin Bin Misran, Nor Azmi Bin Saonan,
Thiban A/L Subbramaniam, Mohd Ridzuan Bin Basri dan Nermala Dewi A/P Muthusamy MPSp PKR
8 Ahli DAP; Noer Haisheina Binti Haji Hairuddin, Wong Chuan How, Tong Jeng Harng, Lwi Kian Keong, Gan Chee Hui, Ong Chun Wei, Sivakumar A/L Periasamy dan Titus Gladwyn A/L S.G. Gomez.
MDKS
9 Ahli PKR; Latipah Binti Sulaiman, Nor Faizah Binti Ismail, Koo Chin Min, Sures A/L Manickam, Nor Azhar Bin Jamil, Thalapathi A/L Doraisamy, Mariana Binti Abdullah, Lim Piang Nam dan Mageswaran A/L Arumugam.
6 Ahli DAP; Tan Kik Meng, Mohan A/L Ramasamy, Lim Yau Mien, Lee Lih Perng, Ng Kok Guan dan Lee Boon Hong.
MDKL
6 Ahli PKR; N. Radhakrishnan, Kamaruddin Bin Bakaron, Lim Tou Yi, Haridass A/L Ramasamy, Thilaghavathy A/P Selvanathan, dan
Mat Irwan Bin Ismail .
8 Ahli DAP; Wong Kim Loon, Nadasan A/L Subramani, Ang Lee Yong, Ang Eu Liang, Gan Yee Chin, Kulappan A/L Muniandy, Teng Eng Teck dan
Tiew Chee Hock.
MDHS
7 Ahli PKR; June Leow Hsiad Hui, Mohd Hafiz Bin Idrus, Abdul Nasir Bin Abdul Aziz, Wan Nur Marsita Binti Ahmad, Law Chun Yoong, Kanagaraja A/Lallagasen, dan Muhammad Muhaimin Bin Abdullah Sani.
8 Ahli DAP; Law Suet Peng, Omapparao A/L Balakrishnan, Siri Vicknehswarab A/L Narayani, Chng Boon Lai, Ong Thiam Hock, Iza Suraya Binti Zainudin, Law Say Hin dan Jessie Yong Chan Hee.
MDSB
7 Ahli PKR; Mohamad Fauzi Bin Ahmad, Lim Eng Seong, Suraini Binti Sabil, Zumrah Binti Husni,Abu Talib Bin Bujang, Lee Beng San dan Harikumar A/L Ramaloo.
8 Ahli DAP; Wong Ah Chia, Ahzaman Bin Mat Noor, Lim Wai Kiet, Noor Sulisiah Ampira Wani Binti Miswan Alwi, Mah Eng Kian, Tee Yee Wei,Leong Ka Foo dan Wong Tak Seng.

Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

45% Belia Bawah 18 Ambil Alkohol -CAP. Hanya BN Mahu Kekalkan..


PERSATUAN Pengguna Pulau Pinang (CAP) berpandangan bahawa Oktoberfest, pesta arak Jerman tidak sepatutnya dibenarkan sama sekali dan kami tetap teguh dengan pendirian ini.
Kami melancarkan kempen antialkohol di seluruh negara sejak 1988 untuk menangani masalah ini daripada pelbagai sudut yang berbeza. Usaha berterusan yang tidak pernah kenal penat lelah ini dilakukan dalam pelbagai bentuk seperti menulis surat dan memo kepada pihak berkuasa, memujuk mereka supaya mengambil tindakan terutama sekali dalam bentuk perundangan yang lebih berkesan.
Pesta arak bukan budaya Malaysia; malah daripada perspektif agama mengambil minuman alkohol adalah haram bagi umat Islam dan dianjurkan untuk tidak mengambilnya oleh penganut agama Kristian, Buddha, dan Hindu terutamanya disebabkan ia memabukkan.
Alkohol menjejaskan fungsi otak yang mengakibatkan penilaian yang lemah, mengurangkan masa tindak balas, kehilangan imbangan dan kemahiran motor, atau pertuturan yang tidak jelas. Ia juga dikaitkan dengan penyakit kronik seperti sirosis hati, pankreatitis, pelbagai kanser termasuk hati, mulut, kerongkong, larinks dan esofagus; tekanan darah tinggi; dan gangguan psikologi.
Dalam Laporan Status Global mengenai Alkohol Pertubuhan Kesihatan Dunia 2004, melaporkan bahawa “ramai remaja di Malaysia mula mengambil minuman alkohol pada usia yang lebih awal.” Dianggarkan bahawa rakyat Malaysia membelanjakan lebih daripada RM2 bilion setiap tahun untuk alkohol.
Ia menyatakan bahawa “45% belia Malaysia di bawah usia 18 tahun mengambil alkohol dengan kerap. Daripada semua dadah yang sah dan haram, alkohol jauh lebih meluas penggunaannya oleh remaja, dan menurut kajian kebangsaan ramai daripadanya kerap meminumnya sehingga berlebihan.”
Kecenderungan ini amat membimbangkan terutama sekali dengan membenarkan penganjuran pesta arak, kerajaan menyampaikan isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia bahawa tidak mengapa untuk meminum alkohol dengan berlebihan.
Di pihak industri alkohol pula, ia menarik orang ramai dengan iklan dan promosi, menggalakkan gaya hidup meminum alkohol yang pada hakikatnya membahayakan kesihatan.
Majlis Keselamatan Jalan Raya menganggarkan bahawa 30% daripada kemalangan jalan raya di seluruh negara disebabkan oleh pemandu mabuk. Menurut perangkaan pemandu mabuk antara 2010 dan April 2015, ia menyumbang kepada sejumlah 1,035 kemalangan jalan raya yang mengakibatkan 618 kematian, 207 kecederaan serius.
 4 Dewan PAS Negeri Selangor iaitu Ulamak, Pemuda, Muslimat dan Himpunan Penyokong telah mengunjungi Datuk Mohd Azizi bin Mohd Zain selaku Dato' Bandaraya Petaling Jaya di Ibu Pejabat MBPJ di Petaling Jaya kelmarin.


Jika anda mengambil dua tin bir kemungkinan anda akan gagal dalam ujian pernafasan (breathalyser test) memandangkan alkoholnya ialah 100 ml dalam pernafasan anda akan melebihi had yang ditetapkan iaitu 35 mikrogram alkohol. Untuk itu, denda RM1,000 atau maksimum RM6,000 dan penjara sehingga 12 bulan.
Oleh sebab itu, berdasarkan kepada perkara di atas, kami mahu kerajaan bertindak terhadap penganjuran pesta arak, bagi mencegahnya daripada berkembang dari tahun ke tahun disebabkan promosi yang lebih intensif oleh syarikat arak dengan menjejaskan rakyat Malaysia.
S.M. Mohamed Idris
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang - HARAKAHDAILY 29/9/2017



Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

Qatar Takkan Serah Qaradawi Kepada Pengganas..


DOHA, 8 Muharram 1439H, Jumaat – Qatar tidak akan mengekstradisi ulama terkenal Yusuf Al-Qaradawi ke Mesir kerana beliau bukan pengganas, sebaliknya adalah lawan politik kepada rejim kudeta El-Sisi.
Menteri Hal Ehwal Luar Qatar, Mohammed Bin Abdulrahman Al Thani berkata, maklumat yang membawa kepada sesetengah negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dan Mesir mengatakan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas, tidak bertepatan dengan yang dimiliki Doha.
Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Muslim Sedunia, dikehendaki pihak berkuasa rejim Mesir yang menuduh beliau adalah anggota pergerakan Ikhwanul Muslimin.
Katanya, ulama berkenaan tidak akan diekstradisi ke Mesir kerana beliau sudah menjadi rakyat Qatar sejak 1970-an, dan bukannya pengganas, tetapi seteru politik kerajaan El-Sisi serta mempunyai pandangan berbeza.
“Mesir memperoleh maklumat yang berbeza dengan kami. Oleh itu, kami tidak mengkategorikan Ikhwanul Muslimin sebagai kumpulan pengganas.
“Kami menyifatkan mereka sebagai lawan politik. Kami juga menerima semua orang dari seluruh dunia, bukan sahaja Mesir,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Doha tidak membenarkan Ikhwanul Muslimin terbabit dalam mana-mana kegiatan politik di Qatar atau menjadikan negara itu sebagai batu loncatan untuk menganggu-gugat negara mereka.
“Kami tidak menyokong Ikhwanul Muslimin, tetapi membantu rakyat Mesir. Sebab itu, Qatar tidak menarik balik pelaburannya berjumlah AS$20 bilion di Mesir, yang menyediakan pelbagai peluang pekerjaan dan memperkukuhkan ekonomi negara itu,” katanya.

Ola dan suaminya ditahan secara berasingan sejak tiga bulan lalu.
Sementara itu, keluarga dan peguam anak perempuan Qaradawi, Ola Qaradawi serta suaminya, merayu campur tangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas pasangan itu telah ditahan di Mesir dan dikurung secara bersendirian sejak tiga bulan lalu, tanpa tuduhan yang dikenakan.
Ola, 55, dan Hossam Khalaf, 58, ditahan di penjara berasingan di Kaherah. Pasangan itu ditangkap Jun lalu.
“Kedua-duanya tidak dibenar bertemu keluarga dan peguam dan dikurung dalam bilik gelap, tanpa tilam dan bilik air, 24 jam sehari.
“Kedua-duanya berulang kali menyatakan mereka bukan ahli Ikhwanul Muslimin atau menganggotai mana-mana kumpulan pengganas, tetapi rejim El-Sisi tidak mempedulikannya,” kata peguam dalam surat kepada PBB.
Keluarga Qaradawi melawat Geneva minggu lalu dalam usaha meminta PBB campur tangan dan menjalankan siasatan terhadap seksaan dan penderaan yang dilakukan pihak berkuasa Mesir. – Agensi

Ustaz PKR Guna Quran Untuk Bela G/Eng. Sorang Lagi Tersungkur.


George Town, Pulau Pinang: Ustaz PKR, Wan Ji Wan Hussin yang dilantik sebagai Pegawai Penerangan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru-baru ini menyatakan bahawa beliau akan menggunakan al-Qur’an untuk melaksanakan tugasan baru beliau di negeri itu, terutama sekali apabila ianya berkaitan dengan tadbir urus yang baik. 

Menurut laporan yang diterbitkan oleh Malaysian Digest, Wan Ji telah mengangkat sumpah di pejabat Ketua Menteri di Komtar pada Khamis, 28 September baru-baru ini. Dalam menjelaskan tugasan baru yang dipikulnya, Wan Ji berkata politik hanyalah demi kebaikan masyarakat dan menurut ajaran al-Qur’an, tadbir urus yang baik juga adalah untuk tujuan yang sama. 

“Menurut Qur’an, tadbir urus yang baik adalah untuk melakukan kebaikan kepada masyarakat dan politik hanyalah untuk kebaikan masyarakat.” Demi melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang pegawai kerajaan negeri, Wan Ji juga bertekad untuk melawan kenyataan-kenyataan yang dibuat terhadap kerajaan negeri pimpinan DAP tersebut. 

“Saya akan menangkis segala propaganda terhadap kerajaan negeri dengan memberi maklumat kepada umat Islam bahawa kerajaan negeri telah menyumbangkan banyak untuk pembangunan Islam di negeri ini,” tegas beliau. 

Menurut Datuk Saifuddin Nasution Ismail, terdapat dua komponen penting kepada spesifikasi tugas-tugas Wan Ji, satu adalah untuk menjelaskan kepada umat Islam di Pulau Pinang berkenaan polisi-polisi Islamik kerajaan negeri dan kedua, untuk menangkis mana-mana hujah negatif berkenaan isu-isu Islam di dalam negeri Pulau Pinang. 

Wan Ji sebelum ini dalam sebuah video tular pernah dituduh khalayak netizen dan orang awam sebagai mencadangkan supaya Malaysia dijadikan sebuah negara republik dan kekuasaan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Rentetan daripada peristiwa tersebut menyaksikan beberapa siri laporan polis dibuat ke atas beliau.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sorang lagi, yang kononnya pembela Islam tersungkur.

Suami Dedah Isteri Khalwat, Pasangan Kapten Ditahan



ISU suami atau isteri main kayu tiga kini tidak lagi asing dalam negara kita. Walau sudah punya pasangan yang sempurna, tapi masih lagi mahu mencari‘spare part’.

Sejak bulan April lalu, seorang lelaki telah memuat naik satu gambar dengan kapsyen yang memilukan hati apabila isterinya sendiri dikatakan telah mengadakan hubungan terlarang di belakangnya.
Difahamkan bahawa wanita itu merupakan Kapten dari Maktab Tentera Diraja manakala si lelaki pula berpangkat Leftenan di pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan, telah menjalinkan hubungan sejak September tahun lalu.
Pasangan itu telah ditangkap berkhalwat di sebuah hotel bertaraf empat bintang di Cyberjaya, Selangor pada 2 April yang lalu, jam 3 pagi.
Ketika kejadian, suami wanita tersebut telah membawa dua orang anggota polis dari Balai Polis Cyberjaya, seorang saksi dan beberapa kakitangan pihak hotel bersama seorang pengawal keselamatan sebagai saksi.
Pasangan ini juga difahamkan pernah ditangkap pada September tahun lalu di Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Lelaki tersebut telah memaklumkan di akaun Facebooknya bahawa pasangan itu mengambil masa hampir setengah jam untuk membuka pintu hotel tersebut. Setelah diserbu, wanita itu sedang menyorok di dalan tandas.
Menurut posting tersebut, selepas disoal siasat, kapten itu mengaku sanggup datang dari Kuantan, Pahang dengan menaiki bas ke Putrajaya dan seterusnya menuju ke hotel di Cyberjaya untuk bertemu si kekasihnya itu.
Hasil perkongsian itu, ramai netizen memberi komen negatif dan ada juga positif yang menyebelahi si suami serta terdapat sesetengah menyebelahi nasib wanita itu kerana terdapat satu berita lain mengenai kisah curang ini yang tular di media sosial.
Menurut portal Sila Meninggal, terdapat satu gambar menunjukkan perbualan seorang individu dengan admin sebuah page yang tidak diketahui sedang menceritakan mengenai hal sebenar yang berlaku.
Lain pula cerita seorang individu itu yang mengatakan bahawa penangkapan itu telah dirancang oleh si suami kononnya kerana tidak berpuas hati si isteri telah meminta cerai.
Katanya suami tersebut tidak menjalankan tanggungjawab serta sering memukulnya dan telah melakukan hubungan terlarang bersama wanita lain serta melanggan khidmat pelacur bagi memuaskan nafsunya.
Bukan itu sahaja, si suami juga dikatakan tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tidak memberi nafkah zahir termasuk tidak menanggung perbelanjaan isi rumah selama mereka berkahwin.
Dikatakan si suami telah menceraikan isterinya lebih daripada 10 kali namun tiada sebarang pengesahan dilakukan kerana si suami sering berdolak dalik menafikan lafaz talak itu.
Kononya, leftenan yang merupakan kekasih wanita itu dikatakan kenalan rapat keluarga wanita tersebut dan sering bersama dengannya ketika dia mengalami masalah dengan suaminya itu.
Hubungan perkahwinan leftenan tersebut turut goyah kerana isterinya dihasut oleh suami wanita itu yang mengadu mengenai hubungan terlarang pasangan itu.
Namun, jika dilihat di sini keadaan masih tidak jelas lagi. Walaupun terdapat cerita lain di sebalik kejadian yang berlaku, sebagai orang luar, kita tiada hak untuk masuk campur dalam hal rumah tangga orang lain.
Di akaun Facebook suami kapten itu, dia telah menyatakan bahawa jika masih ada lagi dakwaan yang mengatakan dia mereka cerita mengenai kecurangan isterinya, dia tidak akan teragak-agak untuk menyatakan bukti yang lain.
Namun, pasangan itu akan didakwa pada 25 Oktober di Mahkamah Syariah Daerah Sepang di bawah seksyen 29(a&b) jenayah syariah dan jika di dapati bersalah boleh dihukum penjara maksimum  tiga tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya sekali.
Biarlah pengadilan yang menentukan siapa betul dan siapa salah. Jika hanya mendengar khabar angin tanpa bukti, masalah tidak akan selesai sama sekali. – Mynewshub.cc/AH

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kes di atas menggambarkan kewujudan masyarakat pincang di Malaysia jauh dari mendapat tarbiah dari sistem perundangan Islam yang selayaknya diletakkan sebagai asas perundangan negara ini.

Sudah puluhan tahun kita merdeka, Kembalilah melihat agama sebagai 'deen' yang meliputi seluruh kehidupan. Bukan 'deen' dari songsang penjajah barat.

(IH)

Thursday, September 28, 2017

SPRM Hanya Alat Umno/BN Terus Berkuasa. -Ustazah Siti Zailah

Hasil carian imej untuk Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof,


SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya menjadi alat untuk Umno dan BN terus berkuasa.
Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof, berkata apabila nama senarai calon PAS sampai kepada mereka, pelbagai cara dibuat untuk mensabotajkannya.
Menurutnya, apabila PAS mengemukakan senarai calon yang mampu menggugatkan kedudukan, mereka akan melakukan sesuatu.
“Saringan yang akan dibuat SPRM hanya satu alasan untuk mengaburi parti-parti lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan SPRM yang mempelawa parti-parti politik yang bercadang untuk bertanding pada PRU 14 menyerahkan senarai nama bakal calon kepada suruhanjaya itu untuk disaring.
Ketua Pesuruhjayanya, Dzulkifli Ahmad berkata walaupun tiada undang-undang atau paksaan untuk parti-parti politik berbuat demikian tetapi saringan dibuat bagi memastikan bakal-bakal calon bersih khususnya dari aspek rasuah dan salahguna kuasa.
Zailah seterusnya berkata, perkara itu tidak  pernah menjadi amalan sebelum ini.
“Dengan mendedahkan nama-nama calon bererti ia mendedahkan kepada umum.
“Sekiranya stategi itu akan dibuat, ia adalah satu cara untuk menyaingi calon pembangkang khususnya PAS.
“Mereka ada peluang untuk mengkaji kekuatan senarai nama pembangkang,” ujarnya.
Beliau memberitahu, dakwaan mengatakan BN telah menyerahkan senarai nama calon, ia belum dapat dibuktikan.
Beliau yakin pucuk pimpinan tidak akan mengikut kehendak ini. –HARAKAHDAILY 28/9/2017

Bongkar! Rafizi Ramli Bayar Kepada Syarikat Rafizi -AIDCNEWS


Rizal Mansor -Rafizi Ramli dalam kenyataannya pada 24 September di perkara nombor 5 menjawab seperti berikut tentang persoalan mengenai kakitangan invoke;
“Kakitangan INVOKE menandatangani kontrak perjawatan dengan sebuah syarikat yang bernama KEIP Resources Sdn Bhd.
KEIP Resources Sdn Bhd pula menandatangani satu perjanjian membekalkan sumber manusia mengikut keperluan INVOKE dari semasa ke semasa. Kontrak perjawatan kakitangan dimuktamadkan begini dengan mengambil kira perkara-perkara bersabit undang-undang buruh dan perkara-perkara lain”.
Soalan tambahan saya kepada Rafizi Ramli hari ini; kontrak perjawatan kakitangan dimuktamad begitu kerana mengambil kira undang-undang buruh atau taktik Rafizi mahu mengalihkan duit yang disumbangkan orang ramai ke dalam Invoke untuk dibawa ke syarikat sendiri ??
Dalam bab membohong orang ramai dan memfitnah saya terpaksa memberi tabik hormat kepada dia. Kepakaran dia berbohong dan berimaginasi berada di luar jangkauan pemikiran manusia normal.
Sebagaimana dia berimaginasi seolah-olah dia bersama-sama PM dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini. Dia memberitahu bagaimana keluarga PM mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika di Trump Tower New York.
Jangan kata pegawai-pegawai PM sahaja yang terkejut, pencuci bangunan di Trump Tower New York pun terkejut. Kerana dalam lawatan ke Amerika baru-baru ini PM tidak ke New York pun.
Berbalik kepada kisah KEIP dan INVOKE..
Mengikut rekod gaji yang dipamerkan oleh Rafizi menunjukkan Invoke Solutions Sdn Bhd, telah membayar KEIP Resources Sdn Bhd bermula dari RM 147,974.30 hingga RM 350,608.64 , dari Mac hingga September 2017.
Hampir RM 1.3 juta telah dibayar kepada KEIP dalam tempoh 7 bulan itu. (Rujuk gambar yang disertakan di bahagian yang bertanda kuning).
Mengikut senarai itu juga, menunjukkan Invoke tidak membuat sebarang pembayaran kepada KEIP pada bulan Julai.
Hanya selepas berjaya mengutip derma RM1.5 juta dari orang ramai pada Ogos, Invoke telah membayar kepada KEIP sebanyak dua kali pada 28.08.2017. Pembayaran pertama RM 160’349.95 dan pembayaran kedua RM 156,132.10.
Manakala bulan September pula Invoke membuat pembayaran kepada KEIP, sebanyak RM 350,608.64.
Kelihatan tanda-tanda yang jelas bagaimana Invoke bermewah-mewah dan ‘kenduri sakan’ selepas berjaya mengutip derma jutaan ringgit dari orang ramai.
Siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?
Inilah bahagian yang agak menarik..
Alamat berdaftar KEIP adalah di Temerloh. Bagaimanapun berdasarkan slip bayaran KWSP dan Socso yang ditunjukkan oleh Rafizi menunjukkan KEIP Resources beroperasi bersebelahan atau berhampiran dengan pejabat Invoke.
Semakan juga mendapati KEIP Resources tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan membekal tenaga kerja atau perkara bersangkutan seperti yang didakwa oleh Rafizi.
Milik siapakah KEIP RESOURCES SDN BHD ?
Mengikut carian yang dilakukan di SSM menunjukkan pemegang saham utama syarikat itu bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI. Yang memegang sebanyak 10,050 saham.
Individu yang bernama MOHD RAFIZI BIN RAMLI yang sama juga (berdasarkan nombor kad pengenalan), adalah pemegang saham terbesar dalam INVOKE SOLUTIONS SDN BHD. Iaitu sebanyak 250,000 saham. (Rujuk dokumen-dokumen SSM yang disertakan).
Kesimpulannya apa?
Kesimpulannya, Rafizi membekal tenaga kerja kepada Rafizi. Dan Rafizi pula membayar kepada Rafizi ratusan ribu sebulan atas nama membekalkan sumber manusia.
Hasil duit yang dikutip dari orang ramai. Campur tolak kali bahagi, akhirnya dia juga yang untung.
Yang menjadi mangsa adalah orang ramai yang diperdaya untuk memberi derma kepadanya.




Advertisements

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails