Saturday, September 30, 2017

Pas Umum Jentera PRU-14 Malam Esok



Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (tiga dari kiri) bersama Timbalannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kiri) semasa majlis makan malam dan sesi Dialog bersama badan bukan kerajaan (NGO) sempena Himpunan 200K Fastaqim 2.0 di Kuala Terengganu Golf Resort hari ini.


KUALA NERUS - Pas telah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 pada bila-bila masa selepas presiden parti tersebut, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan bakal melancarkan jentera pilihan raya peringkat nasional malam esok sempena kemuncak penganjuran Fastaqim 2.0 di sini.
Menurut Abdul Hadi, penganjuran himpunan selama dua hari itu bukan sahaja disertai pimpinan parti, ahli politik dan ulama tetapi mereka turut mengalu-alukan penglibatan orang ramai.
"Dua tahun lalu Fastaqim 1.0 diadakan di Kota Bharu dan penganjuran kali kedua ini dilihat sebagai persediaan menjelang PRU-14.
"Ini kerana kita meletakkan pilihan raya akan diadakan bila-bila masa sahaja dan kita turut membuat persiapan apabila diumumkan. Malam esok akan dilancarkan jentera pilihan raya," katanya selepas Majlis Makan Malam bersama pertubuhan bukan kerajaan di Kelab Golf Kuala Terengganu hari ini.
Turut hadir, Timbalan Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Datuk Husain Awang.
Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menyampaikan mesej sempena penganjuran Fastaqim dengan menyatakan Pas begitu terbuka dengan parti lain termasuk rakan Pakatan Harapan dahulu.
"Cuma mereka tidak menilai kekuatan Pas, patut mereka sedar Pas ada 195 kawasan seluruh negara dan 7,000 cawangan. Mereka tidak boleh singkir Pas," ujarnya.
Ketika disoal sama ada Pakatan Harapan perlu berasa takut dengan parti pimpinannya, Abdul Hadi menyatakan mereka tidak perlu takut tetapi perlu hanya perlu menghormati.
Penganjuran Fastaqim 2.0 yang diadakan di Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus itu menyasarkan himpunan seramai 200,000 ahli parti tersebut bagi memperlihatkan sokongan yang padu dalam menghadapi PRU-14. - K! ONLINE
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails