Monday, June 19, 2017

Calon PM Pembangkang Tun M, &PKR Timbalan? DAP &PAS? A.Hadi PM?

Hasil carian imej untuk anwar, guan eng tun mahathir
KUALA LUMPUR – Rakyat berhak tahu siapakah calon Perdana Menteri daripada pakatan pembangkang selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik diri.
Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang berkata, pakatan pembangkang yang dikenali sebagai Pakatan Harapan tidak boleh terus menyembunyikannya daripada pengetahuan rakyat kerana ia amat penting supaya rakyat tidak membuat keputusan yang silap.
Gerakan Persoal PKR Tidak Desak Guan Eng Bercuti
Beliau mempersoalkan adakah Pakatan Harapan yang dibarisi DAP, PKR, Parti Amanah Negara (PAN) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah membuat perjanjian dalam diam-diam bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad calon Perdana Menteri mereka hingga terpaksa menyembunyikan perkara itu.
“Rakyat mahu Pakatan Harapan telus dan mengumumkan calon Perdana Menteri mereka selepas Anwar menarik diri. Tiada sebab untuk mana-mana gabungan politik menyembunyikan perkara itu daripada pengundi.
“Ini adalah perkara yang penting dan paling asas untuk dibuat keputusan sebelum pilihan raya umum (PRU). Rakyat perlu tahu untuk membuat keputusan yang tepat buat negara,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Keng Liang mempertikaikan kemampuan pakatan pembangkang untuk menerajui negara sedangkan untuk memilih Perdana Menteri pun mereka tidak boleh mencapai kesepakatan.
Media hari ini melaporkan Anwar yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana meliwat lelaki lain mengumumkan untuk tidak menawarkan diri sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan pada PRU14.
Beliau dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan itu terpaksa dibuat berikutan perebutan kuasa untuk menjadi calon Perdana Menteri yang sedang berlaku dalam kalangan anggota parti Pakatan Harapan.
Sebelum ini terdapat desas-desus PKR dan DAP mencapai persetujuan secara senyap-senyap untuk mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia pertama dari kaum Cina
Tidak berapa selepas itu Mahathir yang mengetuai PPBM menawarkan diri mengetuai Pakatan Harapan dalam PRU14 sekali gus memungkinkan beliau yang akan menjadi calon Perdana Menteri pembangkang.
Tawaran itu dipercayai mendapat sokongan Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana beliau sudah hampir pasti akan dipilih menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Mahathir.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana kalau saya (Blog IH) menafsirkan 3 kumpulan utama bertarung dalam PRU14 akan datang? Tidak termasuk calon bebas, kumpulan ini ialah..
  1. Kumpulan kerajaan dan rakan-rakan, UMNO/Melayu &BN.
  2. Kumpulan pembangkang DAP dan Melayu serpihan.
  3. Kumpulan Islam, PAS dan beberapa gabungannya..
Kalau kumpulan ke1 menang, biasa. BN perintah, Najib jadi PM. 
Kalau kumpulan ke2 menang, DAP akan menguasai pemerintahan, walau Melayu jadi PM. Termasuk Dr M, ('Lama dah..'), kerana DAP (rejim Lim) kuasai tadbiran. Contohnya sekarang, walaupun ramai pemimpin DAP Melayu tetapi nyata, dalam DAP Kit Siang/Guan Eng yang berkuasa.
Bagaimana kalau kumpulan ke3 ini pula yang menang atau separuh menang? Tentu ada peranan PAS atau kumpulan kepimpinan Islam (berbeda dengan kumpulan Melayu atau 'kaki rasuah' walaupun Cina pembangkaang atau tidak) dalam menentukan PM negara. 
Atau dari mereka dilantik sebagai PM.. PAS tentu akan mencalonkan Abd Hadi sebagai Perdana Menteri Malaysia. 
Tidak ada rekod rasuah di kalangan pemimpin PAS semasa memerintah negeri-negeri yang pernah dikuasainya. Contohnya mengenai rumah kediaman. Tidak ada MB-MB (Menteri Besar)nya yang seperti Khir Toyo di Selangor) atau Guan Eng di Pulau Pinang. 
Sekian.

Tambahan, lihat tulisan ini..

Antara Khir Toyo, Guan Eng, MB K'tan Terbaik..

khir2
Khairul Ahmad Firdaus – Jika siasatan SPRM mendapati tiada kes rasuah dalam pembelian rumah Lim Guan Eng. Bermakna SPRM terlibat dalam merancang dan menyusun bukti bagi mensabitkan Dato’ Seri Mohd Khir Toyo dahulu.
Kerana kedua-dua kes adalah sama iaitu membeli rumah bawah harga pasaran kepada individu yang rapat dan dikenali mempunyau hubungan rasmi kepadanya.
Dengan asakan kesnya. Lim Guan Eng yang berlagak “cool” tidak dapat menahan diri untuk terus menjawab isu pembelian rumahnya. Sekali lagi Lim Guan Eng hari ini 19 Mac 2016 mengadakan sidang medianya dan mencabar SPRM menyiasatnya dengan kadar segera.
Dan LGE terus diselubungi rasa takut apabila membangkitkan kenyataan media SPRM pada 18 Mac 2016 yang menyebut;
Siasatan SPRM sebelum ini hanya berkaitan penyewaan rumah berkenaan dan bukan pembelian. Pembelian rumah ini merupakan pendedahan baharu dan SPRM tidak pernah membuka fail sebelum ini”.
Ternyata kenyataan itu berlegar dikepala Lim Guan Eng dan menyatakan kekesalannya Sebagai “sesuatu yang menghairankan, SPRM negeri ada menyatakan pernah menjalankan siasatan sebelum ini berkaitan penyewaan rumah saya pada 2009”.
Ya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri dalam Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) Pulau Pinang, 1980. – mempunyai kelayakan istinewa sebagai Ketua Menteri untuk kemudahan rumah sama ada menyewa, membeli secara pinjaman atau tinggal di rumah kediaman rasmi kerajaan. Dan dia memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu.
“Jerat tidak pernah melupakan pelanduk” Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”.
Dulu Lim Guan Eng menjadi benar semasa beliau menyewa rumah itu selama 7 tahun dengan kelayakannya sebagai Ketua Menteri dan anggota pentadbiran kerajaan. Tetapi keputusan membeli rumah dan tanah yang disewanya ( rumah kediaman rasminya) itu pada ogos 2015 adalah satu tindakannya yang silap. Ibarat ramai yang menunggu kesilapan Lim Guan Eng.
Hartanah yang LGE mempunyai hubungan dengan pemiliknya sejak sekian lama sebagai “penyewa” dan dalam masa sama pernah mendapat projek kerajaan negeri. Tentu versi siasatan kali ini berbeza.
Menambah kesan buruk bila pengakuan Lim Guan Eng bahawa urus niaga jual beli rumahnya dibuat secara rela hati”, pada harga yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak; ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau tekanan adalah satu Pengakuan Eksklusif LGE yang boleh dikaitkan dengan Seksyen 165 Kanun Keseksaan sebagaimana pertuduhan kepada Kes pembelian rumah Dato’ Seri Mohd Khir Toyo.
Jadi ke manakah lagi Lim Guan Eng mahu lari? Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti berlaku unsur rasuah Ia hanya perlu membuktikan seorang penjawat awam mendapat sesuatu barangan dengan balasan tidak mencukupi dari seseorang yang mempunyai hubungan rasmi.
Adalah jelas dalam kes ini Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang penjawat awam yang mempunyai hubungan istimewa dengan Ms Phang Li Koon ahli perniagaan yang menyewakan rumahnya kemudian menjualnya kepada Lim Guan Eng dengan harga yang murah tidak masuk akal. Ia boleh ditafsirkan sebagai “special discounted deal”.
Apakah ini satu balasan kepada Ms Phang yang dikaitkan dengan projek penjualan tanah di Jalan Zainal Abidin, George Town kepada satu syarikat KLIDC untuk pembinaan hotel dan hospital pada 2012?
Bukan itu sahaja Ms Phang Li Koon yang rapat dengan Lim Guan Eng juga yang juga AJK Penang Chinese Chamber of Commerce ( PCCC) adalah sepupu kepada Pee Boon Poh Exco Terkaya di Pulau Pinang dikatakan mendapat projek asrama pekerja asing di Batu Kawan.
Memandangkan SPRM telah membuka kes dan menyiasat kes ini disamping Lim Guan Eng sendiri mendesak SPRM kalau berani siasatlah dia. Maka mari kita sama-sama mendesak SPRM menyiasat dan meneliti kes ini di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dengan hukuman maksimum ialah 2 tahun penjara.
Kita juga berharap SPRM menghantar siasatan kes segera kepada Peguam Negara Tan Sri Dato’ Sri Haji Mohamed Apandi Bin Haji Ali bagi pendakwaan segera terhadap Lim Guan Eng.
Harap-harap tiada saksi yang mati terjun keluar dari tingkap bangunan SPRM sepanjang sessi soal siasat berlangsung.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nampaknya, bab kewangan DAP sama dengan UMNO/BN. Setakat ini, rekod Menteri Besar Kelantan terbaik, tiada masalah skandal rasuah rumah dan lain-lain. al-hamdulillah.
 Rumah Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob di Alor Pasir, Wakaf Bharu…walaupun sudah 9 tahun menjadi Timbalan MB Kelantan, dan jadi MB sekarang..


Kediaman Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, MB Kelantan sebelum Ahmad Yakob

Rumah Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bekas MB Terengganu.

Bekas rumah bekas MB Kedah  Allahyarham Azizan Razak dari PAS.

2 comments:

Anonymous said...

Eik... Ambil berita dari Gerakan? Apa maknanya tu?

Bagi saya Kumpulan Ke 3 tu, tiada calun PM pun tak per... sebab bertanding pun 80 kerusi Parlimen jer. Tambah pulak, buat pun nak jadi penasihat jer. Tak gitu, Hj?

Anonymous said...

Jadi PM pon penasihat jugak.
80 Kerusi parlimen, itu dulu kerana kerjasama pembangkang.
Jangan ngok sanagt! Ini politik..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails