Friday, June 23, 2017

Pemberontak Terkepung, Tinggal 100? M'sia Bimbnag Masuk Sabah..– Reuters













REUTERS - ASAP tebal kelihatan di bandar Marawi ketika tentera Filipina meneruskan serangan terhadap kumpulan militan semalam.
MANILA – Pemberontak Islam yang berkubu di Marawi, selatan Filipina terkepung dan kekuatan senjata mereka semakin lemah, kata pihak tentera semalam ketika pertempuran lima minggu untuk menguasai bandar itu berterusan.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Jo-Ar Herrera berkata, bilangan militan yang berada di Marawi berkurangan kepada kira-kira 100 orang.
“Kawasan dikuasai mereka juga cuma satu kilometer persegi. Askar-askar kami telah menyekat laluan keluar,” kata seorang pegawai tentera lain, Leftenan Kolonel Christopher Tampus.
Menurutnya, militan-militan masih menggunakan penembak tepat yang melepaskan tembakan dari ‘sarang strategik’ di sekolah dan masjid, manakala bom buatan sendiri turut menyukarkan kemaraan tentera.
“Saya juga melihat sekurang-kurangnya lima orang awam memakai pakaian hitam dipaksa berdiri di jalan sebagai perisai manusia,” kata Tampus.
Di sebalik tanda-tanda pemberontakan di Marawi semakin lemah, kerajaan-kerajaan Asia Tenggara bimbang pertempuran itu membuka pintu kepada keganasan berterusan ketika militan Daesh cuba bertapak di rantau ini.
Terkejut oleh serangan di Marawi pada 23 Mei lalu, Indonesia, Malaysia dan Filipina telah mengadakan rondaan bersama untuk mengawal pergerakan militan di perairan rantau ini.
Malaysia pula bimbang militan dari Marawi akan cuba menyeberang masuk ke Sabah.
“Kami bimbang mereka akan memasuki negara ini dengan menyamar sebagai pendatang tanpa izin atau nelayan asing,” kata Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid kepada agensi berita Bernama.
Menurutnya, Esscom mengeluarkan senarai orang buruan termasuk dua militan yang mengetuai cubaan untuk menawan bandar Marawi. Mereka merupakan ketua kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Hapilon dan Abdullah Maute yang mana pengikutnya merangkumi sebahagian besar antara 400 hingga 500 pejuang yang menawan bandar itu.
Seramai 369 orang maut dalam pertempuran di Marawi dengan lebih 75 peratus daripada mereka ialah militan. – Reuters
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails