Wednesday, June 21, 2017

DAP P.Pinang Perlu Jelaskan Kos Lebihan RM136.4 Juta


Lim Guan Eng Digesa Jelaskan Kos Rundingan Luar Biasa

CYBERJAYA – Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan memberi tempoh seminggu kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk menjelaskan berhubung kos yuran rundingan yang luar biasa atau ia akan dibawa ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kos itu membabitkan projek terowong bawah laut dan tiga jalan raya dengan jarak 10.53 kilometer.
Abdul Rahman mendakwa, bayaran kos sebanyak RM177 juta yang dibayar oleh kerajaan negeri itu adalah 400% lebih tinggi berbanding yang digazetkan oleh Lembaga Jurutera iaitu RM41 juta bagi projek terowong dan tiga jalan raya.
“Daripada data yang diperolehi, kerajaan negeri Pulau Pinang telah membayar kos empat kali ganda lebih tinggi dari paras maksimum yang dibenarkan di bawah skala yuran sudah diwartakan di mana Lembaga Jurutera telah membuat perkiraan, kadar maksimum adalah RM41,052,003.62.
“Berdasarkan kepada jawapan dari Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), kami percaya Kerajaan Pulau Pinang telah terlebih bayar sebanyak RM136.4 juta,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Menurutnya, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu memberi penjelasan berhubung perkara itu atau berdepan dengan persepsi penyalahgunaan kuasa dan rasuah telah berlaku dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.
Malah katanya, jadual asal projek ketika ia ditandatangani pada akhir 2013 menunjukkan pembinaan bagi dua dari tiga jalan utama ini sepatutnya dimulakan pada 2015 dan siap sepenuhnya pada 2018.

“Bagaimanapun, pemeriksaan lanjutan menunjukkan sehingga tarikh ini, tiada langsung pembinaan fizikal sudah dimulakan di mana-mana jalan berkenaan.
“Sejak 2015, Kerajaan Pulau Pinang memberikan pelbagai alasan terhadap kelewatan itu, termasuk kebimbangan kononnya jalan berkenaan tidak akan mampu menyalurkan limpahan hujan hinggalah kepada alasan tidak tahu siapa pemilik tanah di mana jalan berkenaan akan dibina,” katanya. 
Lapor MYNEWSHUB.CC
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails