Tuesday, June 20, 2017

Lagi Rasuah RM35,000, Pegawai Jabatan Veterinar Johor.


JOHOR BAHRU – Seorang Penolong Pegawai Vaterinar Unit Ruminan, Jabatan Veterinar Johor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas empat pertuduhan menerima rasuah daripada seorang kontraktor bernilai RM35,000 bagi mendapatkan projek daripada agensi kerajaan itu pada tahun 2013.
Tertuduh, Mohd. Razi Basar, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dibicarakan selepas keempat-empat pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Fauzi Mohd. Nasir.
Mengikut pertuduhan, Mohd. Razi yang bertugas sebagai Pegawai Projek Pembekalan di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor menerima dua keping cek berjumlah RM10,000 dan RM5,000 daripada seorang kontraktor, Sarjuni Karjani.
Cek terbabit diterima bagi membantu mendapatkan kerja membekal dan menghantar 10 ekor kerbau jantan dan 50 ekor kerbau betina kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Johor.
Mohd. Razi juga didakwa menerima cek bernilai RM17,000 dan RM3,000 atas nama isterinya, Suriana Abdul Karim daripada lelaki sama. (Kosmo!)
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails