By Some Random Guys
Oslo, Norway: Kejayaan pembukaan “masjid liberal” di Berlin telah memberi nafas baru kepada perjuangan golongan liberalis dan LGBT Muslim. Terkini, sebuah masjid mesra LGBT akan dibina tidak lama lagi di Oslo, ibu negara Norway.
Masjid yang diberi nama Masjid al-Nisa’ (Masjid Wanita) telah dicadangkan oleh seorang aktivis gay Islam dan pengasas pertubuhan LGBT Muslim, Thee Yezen al-Obaide. Sebelum masjid ini dibangunkan, Thee Yezen al-Obaide telah mewujudkan platfom untuk golongan LGBT Muslim di Norway yang dikenali sebagai Skeiv Verden.
Platfom ini membolehkan golongan LGBT Muslim di Norway berinteraksi sesama sendiri. Menurut Thee Yezen, masjid ini akan memberi peluang kepada wanita untuk menjadi imam dan jemaah daripada semua jantina boleh solat di dalam bilik yang sama.
“Saya mahu memulakan sebuah masjid feminis di mana wanita diberi ruangan yang sama seperti lelaki. Kedua-dua lelaki dan wanita sepatutnya boleh mengimamkan solat, dan semua jantina sepatutnya boleh bersolat dalam bilik yang sama.”
Laporan yang diterbitkan oleh saluran berita Bahasa Inggeris dari Norway, The Local, masjid ini mengalu-alukan kedatangan semua orang yang merasakan diri mereka tidak sesuai untuk menghadiri masjid biasa.
“Masjid ini akan menjadi satu tempat yang terbuka untuk sesiapa yang merasakan dirinya tidak sesuai dengan masjid-masjid biasa. Wanita, lelaki, mak nyah atau pak nyah, homoseksual dan heteroseksual, kesemuanya dialu-alukan,” ujar Thee Yezen.
Laporan berita Russia Today melaporkan bahawa masjid ini bukan dibina atas sebab penentangan terhadap masjid-masjid lain bahkan kewujudkan masjid ini akan menambahkan lagi kepelbagaian yang ada. Perjuangan ini seperti juga gerakan LGBT lain pada asasnya menuntut masjid-masjid supaya terbuka menerima golongan LGBT untuk bersolat bersama dengan jemaah seperti yang pernah dicadangkan sebelum ini.
Kejayaan seperti ini juga boleh dilihat di Malaysia dengan penubuhan pelbagai pertubuhan yang memperjuangkan hak-hak LGBT di Malaysia seperti Pelangi Campaign, Yayasan Kebajikan dan Kesedaran Transgender (SEED), Justice for Sisters dan lain-lain lagi.
Menurut satu laporan yang diterbitkan oleh The Malay Mail Online, pertubuhan mak nyah yang diterajui oleh Nisha Ayub pernah mendapat bantuan sebanyak RM700,000 setahun bagi tempoh tujuh tahun dari 2007 – 2013.
Kejayaan berterusan yang ditempa oleh pejuang-pejuang LGBT ini dijangka bakal merubah masa depan negara ini ke arah Islam yang lebih liberal dan mesra LGBT sepertimana yang dinikmati oleh golongan LGBT yang beragama Islam di negara-negara Barat.
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
No comments:
Post a Comment