Wednesday, June 21, 2017

Qatar: Batal Sekatan Sebelum Runding, Tapi Hukum Dulu Tanpa Bukti..

Image may contain: 2 people, text
Wanita Pertama US tidak perlu pakai scaf kepala dan hebatnya apabila Milenia berjabat tangan dengan Penjaga Dua Kota Suci.

Lihat..

Jabat Tangan Ini, Bawa Malapetaka Bagi Negara Teluk...


DOHA – Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammed bin Abdulrahman Al-Thani meminta jiran-jiran Qatar membatalkan sekatan mereka sebelum Doha boleh mengambil bahagian dalam mana-mana rundingan untuk menamatkan krisis diplomatik di rantau Teluk.
Sheikh Mohammed menyifatkan langkah memulaukan Qatar oleh Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Bahrain dan beberapa negara lain sebagai ‘tindakan agresif’, sambil menambah, pembatalan sekatan itu menjadi prasyarat untuk rundingan diadakan.
“Kami perlu menjelaskan kepada semua orang bahawa rundingan harus dilakukan dengan cara bertamadun dan bukannya di bawah tekanan atau sekatan.
“Qatar dikenakan sekatan. Tiada ada rundingan. Mereka perlu membatalkan sekatan ini,” katanya kepada pemberita di Doha.
Pada 5 Jun lepas, Arab Saudi dan sekutunya memutuskan semua hubungan dengan Qatar, memanggil pulang duta masing-masing dan mengarahkan rakyat Qatar untuk pulang ke negara asal mereka sebelum 19 Jun lalu.
Langkah itu termasuk menutup sempadan darat Qatar, mengharamkan pesawat negara itu menggunakan ruang udara mereka dan melarang transit rakyat Qatar di lapangan terbang masing-masing.
Arab Saudi, UAE, Mesir, Bahrain dan beberapa negara lain menuduh Qatar menyokong dan membiayai ‘keganasan’ serta bekerjasama dengan musuh serantau, Iran, tuduhan yang oleh dinafikan oleh Doha. – AFP
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk pemimpi saudi dan as
Hasil carian imej untuk saudi pulau negara jiran
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah caranya pihak barat melaga-lagakan negara umat Islam, hukum dulu (pemulauan) sebelum dibuktikan salah. Bila berlaku pertempuran, kedua-dua pihak dibantu oleh musuh Islam yang sama membekalkan senjata dan lain-lain.
Maka darah sesama Islam mengalir, musuh-musuh Islam kaut untung penjualan senjata dan maruah. Na'auzubillahi minzalik!

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails