Thursday, June 22, 2017

Hampiri Piala Dunia -Hoki M'sia.













PARA pemain skuad hoki negara meraikan kejayaan mereka selepas menewaskan China 5-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A WHL 2017.

SUKAN
LONDON – Skuad hoki lelaki negara mencapai sasaran melangkah ke peringkat suku akhir kempen Separuh Akhir Liga Hoki Dunia (WHL) 2017 yang sedang berlangsung di London.
Kejayaan itu hadir selepas Malaysian Tigers ‘kenduri’ gol membelasah China 5-1 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan A di Stadium Lee Valley awal pagi semalam.
Ia sekali gus membolehkan skuad negara mara sebagai pa­sukan tempat ketiga Kumpulan A dan dijadualkan bertemu India, juga tempat ketiga daripada Kumpulan B pada suku akhir malam ini.
Ketua jurulatih Malaysian Tigers, Stephen van Huizen gembira kerana anak-anak buahnya berjaya merealisasikan sasaran layak ke suku akhir yang ditetapkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).
“Kami berjuang bermati-matian untuk memenangi perlawanan terakhir (Kumpulan A). Saya gembira sasaran pertama sudah berjaya dilaksanakan.
“Sekarang pendekatan yang berbeza akan digunakan untuk aksi suku akhir kerana kami mahu menamatkan kejohanan ini pada kedudukan tertinggi.
“Seperti biasa, kami lebih selesa dengan gelaran underdog apabila menentang India nanti. Kami berharap dapat menampilkan prestasi dan persembahan terbaik selepas ini,” kata Stephen.
Skuad negara yang menghuni ranking ke-14 dunia, tidak berdepan masalah menewaskan China (18) apabila menghasilkan gol pertama melalui Faizal Saari seawal minit pertama.
Empat lagi gol Malaysian Tigers diperoleh menerusi Muhammad Najmi Farizal Jazlan (m-12), Muhammad Razie Abd. Rahim (m-17, m-27) dan Mohd. Fitri Saari pada minit ke-51.
Gol tunggal China diperoleh menerusi percubaan Du Talake pada minit ke-43.
Kemaraan ke suku akhir bermakna skuad negara dilihat sekurang-kurangnya mampu menjamin tempat mereka ke pentas Piala Dunia 2018 yang akan diadakan di Bhubaneswar, India penghujung tahun depan.

Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails