Bila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Amar Mohd. Asfia Awang Nassar, mengumumkan usul bagi melucut kelayakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon, di atas alasan telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, diluluskan dengan 70 undi menyokong berbanding 10 undi membangkang di dalam persidangan DUN Sarawak pada 12 Mei 2017, sekurang-kurangnya tiga orang pakar perlembagaan telah menyifatkan perlucutan kelayakan ini adalah sah.
Di dalam laporan bertajuk “Pujut rep’s disqualification lawful, says constitutional lawyer”, akhbar The Star pada 12 Mei 2017 telah memetik Syahredzan Johan menyifatkan perlucutan kelayakan ini sebagai mengikut perlembagaan (lawful). Syahredzan dilapor menyatakan bahawa di bawah Perkara 17 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak, salah satu keadaan yang boleh menyebabkan perlucutan kelayakan ini terjadi adalah bila ADUN ini telah dengan sukarela memperoleh kewarganegaraan negara lain, dan perlucutan kelayakan ini tetap berlaku sekalipun kewarganegaraan negara lain ini telah dipulangkan kembali (renounced).
Di dalam laporan bertajuk “Constitution experts: Decision on Ting's disqualification is final” pula, portal berita Malaysia Kini pada 13 Mei 2017 telah memetik Syahredzan Johan menyifatkan perlucutan kelayakan ini sebagai muktamad (final). Syahredzan dilapor menyatakan bahawa di bawah Perkara 19 (1) Perlembagaan Negeri Sarawak, persoalan mengenai penamatan kelayakan ADUN adalah ditentukan oleh DUN dan keputusan DUN adalah muktamad. Tambah Syahredzan, adalah dipercayai bahawa ADUN adalah golongan yang bertindak dengan niat baik (act in good faith), sebab itu DUN diberikan banyak kuasa.
Seorang pakar perlembagaan yang pernah bertugas di UIA/UNISEL yang kini merupakan ahli DAP, Dr Abdul Aziz Bari, juga dipetik di dalam laporan portal berita Malaysia Kini pada 13 Mei 2017 bertajuk “Constitution experts: Decision on Ting's disqualification is final” sebagai berkata bila DUN telah membuat keputusan mengenai perkara ini maka ia tidak boleh diubah lagi. Dr Abdul Aziz dilapor menegaskan bahawa keputusan DUN adalah muktamad (final) dan tidak boleh disemak di mahkamah (not subject to review in court).
Di dalam laporan bertajuk “Sacked Sarawak rep could lose citizenship too, lawyer explains”, portal berita Malay Mail On Line pada 13 Mei 2017 telah memetik Nizam Bashir sebagai berkata cubaan mencabar keputusan DUN di mahkamah adalah satu kerja sia-sia (a futile exercise) kerana Perkara 72 (1) Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan bahawa tiada mahkamah boleh membatalkan keputusan mana-mana prosiding di dalam mana-mana DUN. Nizam dilapor menegaskan bahawa tindakan mahkamah adalah satu jalan mati (a dead end).
Menariknya, hari ini, 17 Jun 2017, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching, Datuk Douglas Primus Sikayun, memutuskan bahawa ADUN Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon, kekal sebagai ADUN di atas alasan bahawa DUN tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenai penamatan kelayakan ADUN dan bahawa badan yang mempunyai kuasa untuk membuat keputusan mengenainya adalah mahkamah pilihan raya (election court).
Hairannya, mengapa sehingga kini pakar-pakar perlembagaan seperti Syahredzan Johan, Dr Abdul Aziz Bari dan Nizam Bashir tidak berani mempersoalkan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching yang jelas bercanggah dengan pendirian tegas mereka sebelum ini?
Apakah kerana keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuching ini menguntungkan Pakatan Harapan, khususnya DAP, maka mereka tidak berani mempertahankan pendirian mereka malah sanggup pula membiarkan wibawa mereka dihenyak di mata masyarakat umum?
FB
DR KAMARUL AZMAN YUSOFF
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.
1 comment:
Bila pendapat sama... kena, bila pendapat tak sama... pun kena. Macamana tu?
Yg betulnya apa saja yang sama dengan pendapat kita, kan Hj? Jadi semuanya bias... yg ada kepentingan@dedak saja yang betul.
Untuk adil, tunggulah ulasan kehakiman dulu, baru boleh ulas... baru adil dan tidak berat sebelah. Orang lain, BN, tiada apa2 komen... kita yg lebih2. Bila org kata makan dedak... Dr Kangkung... marah!
Post a Comment