Saturday, June 24, 2017

Dr Mahmud Masih Hidup -B/Pensyarah UM/Bakal Pemimpin N/Islam Filipina.













Kesan kemusnahan bangunan dan rumah dalam pertempuran pasukan tentera dan militan yang cuba menawan bandar Marawi di Mindanao Mei lalu.

SEREMBAN – Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan berita bahawa bekas pensyarah Universiti Malaya (UM), Dr. Mahmud Ahmad terbunuh dalam pertempuran di Marawi, selatan Filipina.
Menurutnya, beliau baharu sahaja mendapat maklumat bahawa berita yang menyatakan Mahmud, 39, atau nama samarannya Abu Handzalah terbunuh adalah tidak benar.

Dalam serangan pada 23 Mei lalu, dua rakyat Malaysia yang disahkan terbunuh ialah Abdulrahman Asmawi berasal dari Kelantan dan Dr. Kamsa Yahya yang berasal dari Kedah.
“Berkenaan dengan Mahmud, banyak yang bertanya, sama ada dia betul telah terbunuh dalam pertempuran di Marawi?
“Saya baru sahaja dapat maklumat bahawa berita yang menyatakan dia terbunuh itu adalah tidak benar.
“Jadi ini bermakna Mahmud masih hidup. Kita percaya dia masih berada di bandar Marawi bersama dengan pejuang-pejuang (pengganas) mempertahankan bandar tersebut.
“Saya menafikan berita bahawa Mahmud terbunuh,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Masjid Nurul Iman, Kampung Gebok, Mantin semalam. (Kosmo!)
Lihat juga artikel ini...
Presiden PAS Wajar Jadi PM M'sia.

Imej yang berkaitan

Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails