Friday, June 23, 2017

Samun Bernilai RM2.5 Juta. Bila Hukum Jenayah Islam Nak Laksana?














BEBERAPA anggota polis melakukan siasatan di lokasi sebuah kedai emas yang dirompak empat penjenayah di dalam pasar raya NSK di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Empat lelaki bersenjatakan tukul besi dan objek menyerupai pistol melarikan sekurang-kurangnya 15 dulang emas bernilai RM2.5 juta dari sebuah kedai emas di dalam pasar raya NSK, Jalan Kuchai Lama di sini semalam.
Difahamkan dalam kejadian yang berlaku ketika ramai pengunjung membeli-belah menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri, empat penjenayah terbabit dikatakan memakai vest tertera perkataan polis dan bertopi ke­le­­dar. Mereka telah meluru masuk ke dalam kedai berkenaan pada pukul 11.30 pagi.
Ketua Jabatan Sia­satan Jenayah Kuala Lumpur, Se­nior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa berkata, berdasarkan ketera­ngan pengawal keselamatan di kedai emas berkenaan, premis tersebut disamun oleh empat lelaki memakai topi keledar dan membawa objek seperti pistol dan tukul besi.
“Semasa saksi bersama tiga lagi rakannya sedang bekerja, secara tiba-tiba mereka didatangi oleh dua lelaki bersenjatakan tukul besi yang kemudian bertindak memecahkan kaca meja pameran.
“Suspek hanya mengambil masa kurang daripada satu minit untuk melarikan diri dan kerugian dianggarkan bernilai RM2.5 juta,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila lagi kerajaan Malaysia negara umat Islam nak laksanakan perundangannya sendiri? ..Seperti yang pernah dilaksanakan sejak kepimpinan Islam Nabi Muhammad SAW, dan zaman ke Khalifahan hingga terakhir Turki Usmaniah.  Di Asia Tenggara pernah dilaksanakan di Aceh termasuk oleh raja-raja perempuan, Melaka di zaman Sultan Alaudin Riayat Shah dan lain-lain.
Imej yang berkaitan
Pihak kami sanggup pergi ke Sabah &Sarawak memberi maklumat lengkap mengenainya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails