Saturday, June 13, 2009

P'raya Iran, Program Nuklier Tidak Berubah.

JENDELA GLOBAL



PILIHAN raya Iran, statistik yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya Iran pagi tadi menunjukkan, Presiden Mahmoud Ahmadinejad menang 64.31% daripada 94% undi yang dikumpulkan. Beliau terus kekal sebagai presiden negara itu.

Presiden AS, Barack Obama menyatakan, pilihan raya tersebut mungkin mendatangkan perubahan kepada negara itu. Walau siapa pun yang menjadi Presiden baru Iran, usaha diplomatiknya terhadap negara itu pasti dapat mencapai sedikit sebanyak kemajuan.

Setiausaha Negara, Hillary Clinton berkata, sikap proaktif rakyat Iran untuk menyertai pilihan raya presiden itu menunjukkan satu "tanda yang positif". Namun begitu, Wakil Tetap AS di PBB, Susan Rice berkata di Washington semalam, dasar negara itu yang menentang program nuklear Iran tidak akan berubah ekoran hasil pilihan raya tersebut.

AS tidak akan senang selain dari negara talibarutnya mempunyai kekuatan. Contohnya Israel. (Sumber CRI Online dll/AK)

Gambar Ini.. Siapa Pengganas?

JENDELA GLOBAL

GAMBAR ini menunjukkan seorang yang disebut 'peneroka' sedang menembak dua orang rakyat Palestin di kawasan tertutup semasa satu pemindahan yang dilakukan di kawasan larangan pada Disember 2008. Tembakan tersebut telah dirakam dalam pita.

Wartawan Israel, Haaretz melaporkan, peneroka itu menyerah diri kepada polis minggu-minggu lalu selepas dia mengetahui bahawa perbuatannya telah dirakam oleh seorang aktivis Pusat Informasi Israel untuk Hak-hak Asasi Manusia di Wilayah B’Tselem. Peneroka pelampau yang mengganas itu bernama Ze’ev Braude 51, adalah berasal dari Keryat Arba’, Hebron.


Tetapi pada Selasa Jun 09, 2009 baru-baru ini, p
ihak berkuasa Israel telah menggugurkan semua tuduhan terhadapnya dari tuduhan membunuh walaupun jelas ada bukti rakaman video tersebut. Jadi, terang-terang pihak berkuasa Israel telah membela pengganas. Kerana apa?
Kerana kerajaan Israel sendiri adalah kerajaan pengganas. Ini sebahagain dari bukti kecilnya. Dan.. AS penaungnya adalah bapak pengganas yang sering tuding jari mengatakan orang lain pengganas dengan kempen anti pengganasnya. Masih lagi negara umat Islam ragu-ragu untuk boikot pengganas? (Sumber: http://www.imemc.org dll. AK)

0 comments

Pattani: Perjuangan Bersenjata Diteruskan...

JENDELA GLOBAL

Ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak.. Kerja siapa?

Melihat mayat mangsa serangan..

Melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat. Tandanya 'Mati Syahid'...

Keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjata raifal ketika solat Isyak.

KETIKA Abhisit Vejjajiva melawat Putrajaya dan cuba meyakinkan Malaysia bahawa kerajaan Thailand telah mengubah sikap dan cuba berbaik-baik dengan anak jajahnya Patani Darussalam. Di samping itu pihak tenteranya telah menjalankan kerja ganas yang menjadi kebiasaan harian mereka. 10 orang penduduk Kampung Air Tempayan, Bechah Airong(choairong) telah dibunuh dan lebih sepuluh lagi cedera parah ketika mengadakan solat jemaah Isya didalam masjid dua hari yang lalu.

Walaupun mereka cuba mereka-reka cerita mengatakan para pejuang yang menembak orang sendiri tetapi masyarakat tempatan dan seluruh umat Islam Patani dengan jelas mengetahui bahawa tentera penjajah Thailah yang melakukan pembunuhan beramai-ramai itu. Kekejaman saperti ini adalah routin harian mereka apabila mereka kecewa tak dapat membalas tindakan pejuang-pejuang keatas tentera mereka.

Kejadian ini adalah menjadi satu lagi bukti bahawa penyelesaian dan kedamaian yang dilaung-laungkan oleh penjajah Thai adalah satu sandiwara lapok yang sentiasa dimainkan untuk mengeliru dan membohongi pentadbiran Malaysia, Indonesia dan OIC. Dan penerima-penerima ini sentiasa mempercayai drama Thailand itu. Persidangan OIC baru sahaja selesai di Damascus, Syria dengan memberi seribu harapan kapada sebahagian pemimpin pejuang Patani bahawa satu hari nanti (apabila diberi taraf pemerhati oleh OIC) badan dunia ini akan menyelesaikan masaalah mereka.

Pihak berkuasa Malaysia pun sebelum ini sering (dengan kerjasama setengah-setengah pemimpin pertubuhan pembebasan Patani) memujuk dan mendesak pejuang-pejuang supaya menghentikan kebangkitan dan perjuangan bersenjata dan memulakan rundingan damai. Setakat ini hanya disambut positif oleh kumpulan-kumpulan yang tidak berminat untuk meneruskan gerakan kebangkitan lagi. Kenapa harus kita percaya pada OIC yang telah memberi ruang kapada penjajah Siam sebagai taraf pemerhati sedang umat Islam Patani dianak tirikan?

Pembunuhan kejam keatas umat Islam di Masjid Al-Furqan ini menutup segala harapan yang ada untuk penyelesaian damai. Perjuangan bersenjata akan di teruskan dengan bergantung pada pertolongan Allah SWT semata (kerana negara jiran hanya berminat untuk mengorek minyak dan gas Patani sahaja). Jika peristiwa ini tidak menjadi pembuka mata kapada pentadbiran Malaysia dan Indonesia maka peluang untuk membantu ugama dan anak bangsa sendiri akan terlepas untuk jangka masa yang lama. Ini bukan amaran tapi satu peringatan ulangan!

Kesediaan untuk berunding bukan bermakna mesti mengadakan gencatan senjata. Kerana jika kita berurusan dengan penjajah Thai perjanjian adalah menjadi alasan untuk mereka berbohong. Ketika Sorayud (kerajaan kudita yang lalu) mula-mula menjadi Perdana Menteri beliau telah menangis didepan rakyat Patani dan meminta maaf diatas kejadian pembunuhan beramai-ramai di Tabal (Takbai) dan masjid kerisik 2004. Beliau juga berjanji untuk menyiasat dan membawa ke pengadilan keatas orang-orang yang bertanggung jawab mengarah pembunuhan tersebut.

Tetapi pada 29 hb Mei 2009 mahkamah awam di Senggora telah memutuskan bahawa tidak ada siapa-siapa pun yang bersalah dalam peristiwa pembunuhan Tabal dan masjid kerisik. Beginilah caranya penjajah Siam mempermainkan dunia luar terutama OIC dan pentadbiran Malaysia. Sekarang ini kita berhadapan dengan situasi yang paling kritikal. Kemarahan umat Islam Patani sudah meluap-luap. Kalau dahulu para Mujahidin bertindak mengikut garisan yang ditetapkan oleh pimpinan dan majlis syura Ulama. Tapi kini adalah dibimbangi rakyat Patani akan mengambil tindakan melulu tanpa mengambil nasihat dari pimpinan.

Untuk memburukan lagi suasana mungkin pihak tentera Thai akan mengambil kesempatan dari suasana ini. Untuk pengetahuan pembaca dari luar Patani. Tentera Thai ini sering menciptakan suasana palsu di selatan demi menekan kerajaan Bangkok menambah peruntukan perang. Wang ini kebanyakannya di songlap oleh jenderal-jenderal berkenaan. Pejuangan umat Islam Patani adalah perjuangan yang paling sukar dan rumit didunia. Kalau dibanding kan dengan perjuangan rakyat Palestin mereka disokong oleh seluruh Negara-negara Arab, seluruh Negara-negara Islam dan sebahagian dunia barat.

Mereka mendapat bantuan kewangan dari segenap pelusuk Negara-negara penyokong.Tapi sebaliknya perjuangan Patani yang insiden-insiden nya sekarang lebih intense dari Iraq tidak di bela oleh bangsa sendiri saperti Malaysia,Indonesia dan Brunai Darusssalam. Tidak di sokong oleh Negara-negara Islam dunia kecuali satu dua simpati. Bahkan kalau di Malaysia sebahagian pejuang dilayan mengikut selera dan arahan penjajah Thai. Sudah banyak kali peristiwa penangkapan pejuang-pejuang Patani yang dijalan kan atas kerjasama Polis Malaysia dan polis Thai.

Beberapa orang pejuang saperti assyahid saudara Tengku Ismail dan Assyahid saudara Nasir yang ditangkap dikediaman mereka diMalaysia dengan kerjasama Polis Malaysia dan bila masuk ke bumi Patani sahaja di bunuh dengan kejam. Kemudian pihak penjajah Thai meletakkan senjata disisi mereka untuk ditonjolkan pada peti talivisyen. Wahai umat Islam dimana sahaja berada.Percaya lah ‘bila Allah melarang kita mengambil orang-orang kafir sebagai kawan dengan meninggalkan saudaraIslam maka jika kita melanggar perintah ini tunggulah balasan Allah!'

Ini seruan jihad fisabillillah. Bukan sahaja untuk Patani bahkan untuk umat Islam yang masih dibelenggu kegelapan. ALLAHUMMA SOLLI ALA MUHAMMAD WA AALI MUHAMMAD.

Demikian pandangan dari http://patanikini.wordpress.com/ Seterusnya lihat detik-detik peristiwa.. 'Saya hanya ingat mati' daripada Ismail Mat ismailmat@bharian.com.my '12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak'

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu. Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat. Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang. "Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu. Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.. Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam. "Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu. Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu. "Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.

Sementaraq itu di Kuala Lumpur, PAS mengutuk keras serangan yang dilakukan ke atas umat Islam di selatan Thailand. Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang mendesak agar tindakan tegas diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan keganasan tersebut. "PAs mengutuk serangan yang berlaku di Selatan Thailand dan amat kecewa dengan apa yang berlaku. Kami juga mendesak agar siasatan segera dilakukan dan satu tindakan tegas perlu diambil ke atas pihak-pihak yang melakukan serangan ini," tegas Hadi.

Beliau juga menjelaskan juga, PAS bersedia memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik di Selatan Thailand jika mendapat jemputan.(Pelbagai sumber, 2MA)

Friday, June 12, 2009

Walau Ucap Salam, Obama Tetap Ciptaan Yahudi.

JENDELA GLOBAL:



JUMAAT, Jun 12, 2009
James Von Brunn penembak di Museum Holocaust di Washington AS itu ternyata menyimpan kebencian mendalam bukan hanya pada kaum Yahudi tapi juga pada Presiden AS, Barack Obama. Walaupun Presiden itu melawat negara-negara Islam termasuk Mesir baru-baru ini, dan berceramah dengan menyebut kalimat 'salam' (Sila lihat klip video di atas.)

Hal ini terungkap dalam dokumen-dokumen yang dijumpai oleh pegawai penyelidik AS dikatakan ditulis oleh Brunn. Di salah satu catatannya, Brunn menuliskan yang dia tidak percaya dengan peristiwa holocaust dan menyebut Obama sendiri dicipta oleh Yahudi.

"Holocaust adalah sebuah kebohongan. Obama itu ciptaan Yahudi. Obama melakukan apapun yang diperintahkan majikannya, iaitu orang-orang Yahudi," demikian catatan yang ditulis Brunn dengan tulisan tangan. Di bahagian lain, Brunn menulis "Kaum Yahudi menguasai media ... Kaum Yahudi merompak wang rakyat Amerika."

Catatan-catatan itu ditemui FBI di dalam kereta Brunn dan diduga ditulis oleh Brunn sendiri beberapa saat sebelum ia melakukan aksinya di Muzium Holocaust AS di Washington. Dalam aksi tembak menembak tersebut se orang penjaga muzium Steven Johns terkorban terkena tembakannya. Se orang penjaga luka parah dan se orang lagi luka ringan. Penjaga muzium itu sempat melepaskan tembakan balas yang menghentikan aksi Brunn. Brunn juga mengalami luka tembakan dan kini masih dalam keadaan kritis d hospital.

Peristiwa tersebut dirakam dalam kamera sulit muzium dan beberapa bahagiannya dipertotonkan oleh FBI semasa memberikan keterangan. Dalam surat pernyataan yang dikeluarkan FBI disebutkan pula, semua catatan yang dijumpai ditandatangani oleh "James W. Von Brunn", seorang yang dikenal berpegang teguh kepada keyakinannya, terutama tentang supremasi kulit putih dan kerap melontarkan pernyataan berisi kebencian terutama pada kaum Yahudi. Atas perbuatannya, Von Brunn didakwa kerana melakukan pembunuhan dan memiliki senjata api. (Era Muslim dll/AK)

Artis Perlu Rapat Dengan Tokoh Agama.

HALAMAN HIBURAN

Amy Search bersama Tok Guru Nik Aziz

BY Drs Rashdi Deraman

MANIS Friedman sangat benci orang Arab sama seperti rabi Chabad-Lubavith lainnya. Dia mengunakan artis-artis Hollywood mempropagandakan fahaman Yuhudi yang berpusat di Amerika Syarikat (AS). Dia menjelajah seluruh AS berkuliah. Chabad-Lubavitch adalah sebuah aliran dalam ajaranYahudi yang berpusat di AS. Dia adalah jurucakapnya yang sangat terkenal di AS.

”Satu-satunya cara untuk menghancurkan moral musuh bagi Yahudi adalah dengan menghancurkan tempat suci mereka, bunuh semua orang, lelaki, perempuan, anak-anak dan juga binatang ternakan mereka.” demikian Friedman. Friedman berargumen, Israel berkeyakinan jika “tak ada korban awam, tak ada anak kecil yang tertembak, tak ada kesalahan sengaja, kenyataannya tidak ada perang sama sekali!”

Rabi Friedman terang-terangan pernah suatu kali mengaku, ia sama sekali tidak percaya moral bangsa Barat. Nadine Epstein pula, editor Moment, mengatakan dia menerima banyak surat yang berisi caci maki kepada rabi kerana komennya itu. Komen yang sepatutnya bersifat tertutup ini, terus membuat Chabad-Lubavitch macam terbakar janggut, walaupun mereka berusaha menutupnya.

Gerakan Chabad Yahudi memang dikenal sebagai sebuah gerakan garis keras terhadap rakyat Palestin. Salah seorang rabi yang lain, Menachem Mendel Chneerson, menolak berdamai dengan Palestin. Rabi Moshe Feller, berasal dari Minnesota, mengatakan Yahudi mempunyai kewajiban untuk membela diri, termasuk membunuh musuhnya untuk semua alasan. Steve Hunegs, ketua Komuniti Yahudi di Minnesota dan Dakotas mengatakan bahawa pandangan Friedman merupakan pandangan umum dari orang-orang Yahudi, tetapi sebenarnya tidak boleh diumumkan kepada orang ramai.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Itu sebabnya artis-artis kita perlu ada matlamat dan pendirian yang jelas, supaya tidak diperalatkan oleh golongan-golongan yang seperti rabi-rabi penyesat itu. Perlu mempertahan, membela kebenaran dan keadilan. Perlu rapat dengan tokoh-tokoh agama, seperti yang dilakukan oleh beberapa artis kita akhir-akhir ini. (dari Pelbagai sumber).

1 Jam Lee Kuan Yew Jumpa Abdul Hadi.




By Adib Zalkapli

KUALA LUMPUR, June 11 — National unity and foreign policy were the topics that dominated the discussion between Singapore's Minister Mentor and PAS leaders last night.

“We received an invitation from Lee Kuan Yew to meet and I responded positively. During the one-hour meeting we discussed mainly national unity issues and PAS's views in the context of a multiracial country,” PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang told reporters today after chairing a three-hour central working committee meeting.

Hadi said he was asked about the Islamist party's approach to foreign policy.

“We were straightforward in explaining that Islam is open with everyone, we prefer peace over war, and upholding justice for all,” said Hadi.

Lee is on a one-week visit to Malaysia and apart from meeting federal leaders, he also met political party leaders, and is scheduled to meet several heads of state governments including Kelantan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Nik Mat.

His meeting with PAS leaders was seen as a recognition by Singapore of the growing importance of the Islamist party.

Lee's last visit to Malaysia was in 2005.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php

Siapalah saya untuk jumpa Kuan Yew - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew yang sedang melawat Malaysia selama lapan hari tidak mungkin bertemu beliau kerana "siapalah saya ini".

"Saya tak nampak kenapa beliau akan memohon untuk berjumpa saya. Siapalah saya ini," katanya kepada pemberita ketika ditanya sama ada pemimpin kanan Singapura itu berhasrat menemui beliau.

Ketika diminta mengulas mengenai pertemuan Lee dengan pemimpin-pemimpin pembangkang, Dr Mahathir berkata Lee mempunyai banyak pengalaman sedangkan ahli politik Malaysia "tidak tahu apa-apa."

"Itulah sebabnya kita kena belajar dari Singapura. Singapura adalah sebuah negara hebat, mereka banyak melabur di sini," katanya.

Ditanya mebgenai cadangan membina jambatan ketiga menghubungkan kedua-dua negara, Dr Mahathir berkata : "Jika kita beri mereka pasir, kita dapatlah jambatan itu." BERNAMA

Serba Salah Ahli PAS, Mursyidul Am Atau Presiden?



Jun 12, 2009.

Pertama: Tok Guru Nik Aziz bidas golongan pertahan kerajaan perpaduan.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai “boneka Umno”. Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas... Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini. Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kedua: Hormati idea Haji Hadi – Ketua Pemuda PAS

Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghormati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dewan Pemuda Pas berpendirian peluang perlu diberikan sepenuhnya kepada Abdul Hadi untuk memberi penjelasan lanjut dan bukan membahaskannya berdasarkan sentimen dan emosi.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebagai seorang yang berilmu dalam bidang agama, mustahil Abdul Hadi akan mengemukakan sesuatu yang bertentangan dengan nas, justeru mereka harus lebih bertenang, bersabar serta tidak mudah melatah apabila membicarakan idea berkenaan.

‘‘Datuk Seri (Abdul Hadi) adalah seorang yang berilmu, berpengalaman dan bukan seorang yang jahil. Beliau merupakan ketua kami dan juga seorang ulama. Beliau berkelayakan untuk melontarkan apa jua idea yang mampu memberi manfaat kepada agama, rakyat dan negara.. Cetusan idea kerajaan perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu dengan bersandarkan nas serta dalil di dalam Islam. Mustahil Datuk Seri akan mengemukakan satu idea yang boleh mendatangkan keburukan. Sehubungan itu jika hendak dibahas sekalipun ia perlu dilakukan dalam konteks disiplin ilmu yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang berhubung idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi. Idea itu pernah dikemukakan sebelum ini tetapi senyap seketika apabila mendapat bantahan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi ia timbul semula dalam Muktamar Pas Ke-55 yang berakhir Ahad lalu.

Dalam muktamar tersebut Abdul Hadi serta barisan kepimpinan kanan parti komited untuk meneruskan gagasan kerajaan perpaduan kerana ia mampu menyelesaikan banyak masalah dalam negara. Nasrudin berkata, pemimpin pakatan pembangkang juga harus sedar selama ini Pas sentiasa menyokong setiap idea yang dikemukakan atas semangat setia kawan walaupun ada masanya parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Menjawab satu soalan, Nasrudin mengakui, perbahasan secara emosi dan sentimen peribadi boleh menyebabkan ia dilihat mengikut perspektif yang sempit dan negatif. ‘‘Ini ditambahkan lagi dengan kenyataan yang menyebut, idea kerajaan perpaduan itu sama dengan usaha untuk membawa Pas menyertai UMNO. Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak akan berlaku dan mustahil berlaku. Tidak akan ada pemimpin dalam Pas akan berbuat demikian.

Ketiga: Kerajaan Perpaduan, PAS belum bincang ‘masak’ – Presiden

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS. Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan. Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu. “Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh,” katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat. Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keempat: Sehingga berkatalah editor Jiwo Kelate (http://jiwokelate.wordpress.com/)

Bila kena asak, mulai patah balik. Mana satu betul, mana satu bohong! Yang jelasnya adalah pembohongan telah berlaku. Biasanya media yang akan jadi mangsa dan akhir sekali pertanyaan saya ialah Siapa kita perlu wala’, taat dan berbagai lagi!

Blog Ibnu Hasyim: Ahli PAS jadi serba-salah? (Sumber: Jiwo Kelate dll. 2MA)

Thursday, June 11, 2009

Mustafa S/U, Kerajaan Perpaduan PAS-BN Terbayang...


Ibnu Hasyim Catatan Santai

SELEPAS berita 'Mustafa Ali Dilantik Setiausaha Agung PAS' sebentar tadi, seseorang pemimpin PAS menelefon saya bertanyakan pandangan saya sebagai blogger. Saya tanya dia, "Baca tak tulisan Khalid Samad dalam bloknya hari ni bertajuk 'Perang Siffin dan ‘Perpaduan’ BN' ?"

Kerana itu saya nukilkan sebahagian darinya..

'Untuk mereka yang tidak tahu mengenai peristiwa Perang Siffin, ianya merupakan peperangan di antara tentera Saidina Ali (KW) dan Muawiyyah. Ianya berlaku pada penghujung pemerintahan Saidina Ali. Dalam peringkat-peringkat awal peperangan ini, tentera Saidina Ali memang jelas menguasai pertempuran. Mereka mengasak kedudukan Muawiyyah hingga kelihatan seolah-olah mereka akan mencapai kemenangan. Dalam saat-saat yang genting sebegini, Amr Al-As, yang bersama Muawiyyah telah mencadangkan supaya tentera mereka meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran di hujung lembing-lembing mereka sambil melaung, “Inilah yang akan menjadi hakim di antara kita”.

Tindakan ini bertujuan untuk meminta pihak Saidina Ali untuk sama-sama menghentikan peperangan dan merujukkan persoalan dan perbalahan yang sedang mereka hadapi kepada Al-Quran. Dalam erti kata lain, biarlah ianya diputuskan secara berbincang berdasarkan Al-Quran dan bukannya peperangan. Matlamat sebenar tindakan ini dijelaskan oleh Amr Al-As sendiri. Beliau berkata kepada Muawiyyah, “Bila sebahagian dari mereka menolak, pasti akan ada kelompok yang lain yang berkata; ‘Sepatutnya kita menerima’.

Maka dengan demikian akan terjadilah perpecahan di kalangan mereka. Dan sekiranya mereka semuanya sepakat untuk menerima saranan kita ini, kita mendapat kesempatan untuk menunda peperangan ini hingga waktu yang tertentu.” Penundaan ini bertujuan untuk melepaskan diri mereka dari keadaan yang begitu tertekan pada ketika itu. Saidina Ali (KW) yang tidak kurang handalnya dalam soal peperangan serta tipu helah musuh dan juga sebagai seorang yang mengenali Muawiyyah, telah berusaha untuk meyakinkan tenteranya supaya tidak terpedaya dengan helah ini. Namun Ali tidak berjaya.

Tenteranya berbalah di antara satu sama lain atas persoalan ini dan akhirnya, untuk mendamaikan mereka kembali, Saidina Ali terpaksa bersetuju.
Dengan itu tercapai hajat Amr Al-As. Tentera Ali tidak lagi mengasak kedudukan mereka, kekalahan pada hari itu dapat dielak dan akhirnya Muawiyyah mencapai kemenangan pada waktu lain selepas peristiwa itu. Pakatan Rakyat dalam keadaan sekarang, bagaikan tentera Saidina Ali yang sedang mengasak kedudukan tentera Muawiyyah iaitu UMNO/BN. Kita maju selangkah demi selangkah dan jelas dalam BN ketakutan. Tiba-tiba ada yang mencadangkan perpaduan, perdamaian! Pakatan Rakyat, seperti tentera Saidina Ali, mula berbalah sesame kita. PKR dan DAP terpingnga-pingnga dengan sebutan-sebutan ‘perpaduan’.

Malah PAS sendiri pun terbahagi dua dalam menghadapi persoalan ini. Kesatuan yang terbentuk selama ini seolah tergugat dan UMNO/BN dengan segeranya menyatakan persetujuan mereka terhadap perdamaian dan persatuan yang dicadang-cadangkan. Syarikat kroni mereka mengibarkan sepanduk ‘Selamat Bermuktamar’ seperti mana tentera Muawiyyah meletakkan mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing. Ini dinyatakan sebagai bukti keikhlasan mereka untuk ‘berdamai’ dengan kita. Tetapi seperti yang saya katakan tempohari, “apalah nilai sepanduk-sepanduk ini berbanding mushaf-mushaf Al-Quran dihujung lembing”?


Walaupun dengan mushaf-mushaf Al-Quran sendiri, sejarah membuktikan penipuan berlaku! Ya, memang, kita tidak sebaik tentera Saidina Ali. Tetapi ingat! Mereka juga jauh lebih buruk dari tentera Muawiyyah! Seterusnya mereka akan memuji dan melambung pemimpin-pemimpin yang mencadangkan ‘perpaduan’ ini dan menyatakan betapa mereka berterima kasih dengan cadangan tersebut. Mereka bermesra dengan PAS, bermanja dengan pemimpin-pemimpin pro-perpaduan ini dan dengan itu merejamkan lembing perbalahan di antara kita!
Punca perbalahan dan ‘perpecahan’ di kalangan kita adalah kerana cadangan ‘perpaduan’ yang datang tanpa perbahasan dan tiada yang mempersetujuinya kecuali sedikit.

Namun yang sedikit yang setuju bercakap bagi yang ramai yang tidak! Yang agak pelik, dalam senario peperangan Siffin, cadangan perdamaian datangnya dari pihak yang diasak kerana hampir-hampir dikalahkan. Dalam keadaan kita sekarang, perdamaian dicadangkan oleh kita yang sedang mengasak yang hampir-hampir menang! Dengan itu akan terlepaslah peluang untuk mencapai kemenangan yang muktamad!
UMNO/BN akan menggunakan ‘persetujuan’ mereka untuk menimbangkan cadangan PAS sebagai bukti keikhlasan mereka. Penolakan oleh PKR dan DAP yang hampir pasti berlaku akan digunakan sebagai bukti ketidak-ikhlasan mereka berdua.

“Mereka tidak mahu orang Islam Melayu bersatu” akan dilaungkan secara nyaring oleh pemimpin-pemimpin yang sedang seronok dilambung pujian dan sanjungan dari semua pihak. Pegawai Kerajaan, Professor Universiti, Pakar perubatan Melayu UMNO dan sebagainya akan disusun satu demi satu untuk memberi sanjungan dan akhirnya apa yang dinginkan akan berlaku, seperti berlakunya apa yang diinginkan oleh Amr Al-As dalam perang Siffin.
Perbalahan akan berlaku di antara kita di dalam PR dan malah di dalam PAS itu sendiri dan akhirnya, pemimpin-pemimpin yang disanjung dan dilambung itu akan menjadikan PAS berseorangan berpakat dengan UMNO.

Tidak mungkin PAS menolak apabila cadangan itu datang dari PAS sendiri! Pemimpin pro-perpaduan ini akan berusaha supaya perhubungan kita dalam PR semakin keruh hingga akhirnya PAS diminta keluar kerana dilihat semakin rapat dengan UMNO. Akan kedengaran pada masa itu, “Bukan kami yang nak keluar, kami diminta keluar!” dan “Kalau dengan PKR dan DAP boleh bersama, takkan dengan UMNO tidak boleh”.
Mereka akan bertanya kepada ahli-ahli yang masih terpingnga-pingnga dengan keadaan yang baru ini. Hanya semalam menyerang UMNO/BN, hari ini menjadi kawan? Hanya semalam bersama PR, hari ini menjadi lawan? Adakah ini disebabkan inginkan kemenangan yang segera seperti mi segera atau mi celup?

Adakah ianya kerana tidak sedar bahawa kita sebenarnya sudah berada diambang kemenangan? Atau, lagi teruk, adakah ianya disebabkan keengganan mencapai kemenangan melalui Pakatan Rakyat? Ini semua merupakan persoalan yang valid dan wajar difikirkan bersama.
Namun, yang lebih penting untuk kita fikirkan adalah implikasi kepada masa depan PAS itu sendiri. Kita akan kehilangan sokongan masyarakat Cina dan India yang melihat tindakan kita sebagai khianat dan perjuangan Islam akan dilihat sebagai satu perjuangan oppurtunis yang tidak mempunyai prinsip dan asas yang kukuh.

Usaha selama berpuluh tahun akan musnah begitu sahaja dengan sekelip mata. Namun yang lebih teruk, keadaan kita akan begitu terdedah, bergantung kepada ihsan UMNO. Sekiranya kita dikhianati UMNO, ke mana hendak kita pergi?
Sekiranya selepas mencapai matlamat mereka dan berpisahnya kita dari PR dan kekuatan PR tergugat, UMNO mengusir kita seperti dahulu, ke mana hendak kita pergi? Berseorangan, bagaikan parti politik murahan, ayam tak patuk, itik tak sudu. Ke PR pun tidak dan ke BN pun tidak. 3 penjuru? Yang akan menang ialah salah satu dari dua kumpulan parti yang lain, tetapi bukan PAS! Mahu merayu dan kekal bersama ‘perpaduan’ PAS-UMNO-BN? Kerusi dimenangi UMNO tetap ditandingi UMNO.

Kita bertanding kerusi yang kita menang dan kerusi yang PR menang.
Dengan sokongan golongan anti-BN yang terdiri dari Cina dan India serta Melayu yang dibelakang mereka, kita akan kalah. Kecuali di Terengganu dan Kelantan. Maka kita akan dapati diri kita tertipu seperti mana tertipunya Abu Musa As-Syaari oleh Amr Al-As dalam peristiwa tahkim yang berlangsung selepas gencatan senjata di Siffin. Peristiwa tersebut membuktikan keikhlasan sahaja tidak mencukupi. Waraq sahaja tidak mencukupi.

Ilmu hukum hakam agama sahaja pun tidak mencukupi.
Cerdik politik dan kenal lawan juga amat diperlukan dan saya secara peribadi dengan melihat secara jauh, sudah mula tertanya samada inikah kekurangannya di kalangan pimpinan tertinggi PAS selama ini. Kecuali Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang pendirian dan sikapnya jelas menunjukkan mengapa PAS boleh bertahan di Kelantan berpuluh tahun tetapi tidak di negeri lain… '

"Banyak kalangan pemerhati-pemerhati politik menganggap Setiausaha Agung PAS yang baru dilantik ini adalah tunjang atau peneraju kepada Kerajaan Perpaduan dalam kerjasama PAS-BN. Perlantikan dan 'monopoli'nya adalah ke arah mempercepatkan kerjasama tersebut.." Itu pandangan saya sebagai jawapan.

Sekian, wallahu 'aklam.
Catatan Santai Ibnu Hasyim e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
.
KL Jun 11, 2009.

Mustafa Ali Dilantik Setiausaha Agung PAS.


KEMASKINI:

Maufakat PKR, PAS & DAP, Apa Kata Anwar?


BERIKUT Kenyataan Media DSAI Berhubung Pengukuhan Permuafakatan Pakatan Rakyat pada Jun 11, 2009...

'Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar-gembur oleh media UMNO-BN tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-UMNO yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden PAS. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.

Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

dari:
ANWAR IBRAHIMKETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

SIS: Mengapa Khairi Melenting?


Oleh Angkasanuri

AKHIR-AKHIR ini saya melihat Khairy Jamaludin seolah-olah cuba mencari publisiti untuk menonjolkan dirinya yang makin terpinggir dalam Umno. Dalam isu kerajaan perpaduan, Khairy seolah-olah ingin menunjukkan ketokohannya agar rundingan di antara Pas dan Umno perlu diteruskan pada masa hadapan demi perpaduan orang Melayu.

Dalam isu kerajaan perpaduan saya nasihatkan Khairy agar satukan dahulu pemuda Umno kini berpecah dua tiga yang menolak beliau sebagai ketua pergerakan itu. Beliau sehingga hari ini masih belum dapat menyatukan pemuda-pemuda Umno yang masih melabelkan beliau sebagai perasuah untuk memenangi jawatan ketua pemuda. Lupakah Khairy dengan pemuda Umno yang berdemontrasi di hadapan PWTC memprotes kemenangan beliau? Adakah mereka ini beruk juga seperti yang dilabelkan oleh Khairy kepada peserta demontrasi yang dianjurkan Pakatan Rakyat?


Dalam isu SIS (Sisters In Islam) kenapa Khairy melenting tak tentu pasal? Jawapannya tanyalah pada Nori Bt Tun Abdullah, isteri kepada Khairy yang menjadi penyokong kuat kepada SIS. Sekali lagi nasihat saya kepada Khairy fahamilah isunya..... usul muktamar Pas untuk mengharamkan SIS ialah sekiranya SIS melanggar batas-batas Islam...Maknanya bertentangan dengan syariat Islam, bertentangan dengan Al Quran dan As Sunnah...Bertentangan dengan hukum dan perintah Allah...Menghina dan mencerca Islam. Adakah itu hendak dibiarkan?

Jika SIS tidak mempersenda dan menghina Islam, tidak menyentuh persoalan hukum yang ditetapkan oleh Allah, tidak mempertikaikan sunnah Nabi SAW, teruskanlah aktiviti dan program mereka. Itu dijamin dan digalakkan dalam negara yang menjunjung prinsip demokrasi.

Lagipun bukan Pas yang boleh haramkan SIS. Pas menggesa pihak yang berkaitan seperti mufti dan Majlis Fatwa. Maka tugas Majlis Fatwalah yang siasat dan buat keputusan untuk haramkan atau tidak. Bukannya Dewan Ulama Pas atau Majlis Syura Pas.

Islam amat menghormati kebebasan beragama dan hak agama lain. Islam melarang penganutnya menghina kepercayaan dan agama lain. Begitu juga agama lain juga perlu menghormati orang yang beragama Islam dengan tidak mempertikaikan dan menghina ajaran Islam. Lebih-lebih lagi kalau orang Islam sendiri mempertikaikan ajaran Islam seperti yang sering dilakukan oleh SIS. Itu isunya....Itu pun susah nak faham ke?

(Sumber http://www.chendering.blogspot.com/ AK)

Kaum Cina Muslim Diseru Sertai & Pimpin PAS.. Nik Azizi.


MENTAKAP, Jun 11, 2009. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim. Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi. Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN. Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan. Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000.

Ibnu Hasyim sedang menggayakan memukul 'ketuk-ketuk' memberitahu masuk waktu sembahyang di sebuah masjid kecil dalam wilayah Kunming, di negeri China.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini adalah suatu penghormatan kepada bangsa Cina di Malaysia.. Allah SWT mengangkat martabat sesuatu kaum dengan agamaNya, kalau bangsa Melayu tidak mahu melaksanakan Islam, bangsa itu akan tertinggal di dunia dan di akhirat. Kaum Cina Muslim diseru menyertai PAS, itulah tafsiran dari kenyataan Tok Guru. (Sumber: Harakah dll. 2MA)

Wednesday, June 10, 2009

Pelancaran 'Arm Band -Bubar Dun Perak', Bergema Di Stadium Malawati.

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Alunan muzik dan kesan audio yang bergema di Stadium Malawati ketika pelancaran 'Arm Band -Bubar Dun Perak', cukup menggegarkan suasana dalam stadium yang mampu menampung 10,000 orang, lapor Anis Nazri.

Ketika ia dilancarkan, para perwakilan, pemerhati dan hadirin bangkit penuh semangat sambil melaungkan takbir. Malah, di kalangan wartawan sendiri yang selalunya tidak menghiraukan sekeliling ketika membuat tugasan, turut terpanggil untuk sama-sama menyaksikan acara tersebut.

Rentak muziknya, diselang-seli dengan laungan takbir dari para hadirin, benar-benar menguasai suasana dewan sehinggakan semua yang hadir bagaikan terpaku dan terpesona dengan acara yang julung-julung kali diadakan. Melengkapkan lagi acara itu, kesan-kesan visual digunakan.

Muktamar kali ini menyaksikan julung-julung kalinya peralatan yang digunakan PAS Selangor melalui 'event management' ini merupakan pertama kali digunakan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Peralatan bertaraf dunia yang dinamakan 'Multi Screen Rear Projection System' ini juga pernah digunakan ketika Parti Demokrat (Indonesia) berkempen pilihan raya, yang memberi kesan yang lebih kepada para perwakilan.

Jika sebelum ini, setiap kali laungan mahupun muzik disiarkan dalam nada tinggi, akan kedengaran seolah-olah bergema dan 'pecah'. Namun, dengan kecanggihan peralatan ini, sistem audionya cukup menyedapkan halwa telinga yang mendengarnya.

Begitu juga dengan sistem visual yang turut menarik perhatian para hadirin. Sepanjang persidangan, visual yang ditayangkan di skrin belakang pentas cukup sempurna, tanpa sebarang pecahan gambar yang boleh mencacatkan pandangan.

Bagi kesan visual, PAS Selangor di bawah pimpinan Pesuruhjayanya, Dato' Dr Hassan Ali telah menggunakan empat nos 'High-end rear projection system', 'multi function maxtrix switching system', 'fibre optic high end cabling system', dan 'soft-edge blending system', yang semua ini pernah digunapakai ketika acara 'Grammy Award'.

Kecanggihan peralatan yang digunakan sepanjang muktamar ini bersesuaian dengan idea 'PAS For All' dan 'PAS Global', dengan dilengkapi kamera empat nos digital - BETA D50 untuk menghasilkan 'Quality Broadcasting picture effect' selain reka bentuk pentas yang mendapat sentuhan Dato' Hassan sendiri untuk menghasilkan Sistem 3D yang bercirikan 'PAS Global' dengan rostrum yang ditempah khas bertepatan dengan tema tersebut, tanpa meninggalkan ciri-ciri tradisional.

Kesan lampu yang digunakan turut diambil kira dengan menggabungkan suasana persidangan berciri moden, menggunakan 'moving head effect', 'mofley', 'parcan', 'shilloute' serta idea Dato' Hassan sendiri - 'min nutfah' (dari setitik air), dan dipatenkan menggunakan 'gobo and colour wheel'.

Turut tidak ketinggalan, selain melengkapkan kecanggihan audio dan visual sepanjang muktamar ini, susunan dan reka letak kerusi perwakilan turut dititikberatkan. Rekaan yang menggunakan Autocard 2009 dan Adobe Illustrator, dengan konsep 'sawah padi' bagi susunan kerusi perwakilan. 'Aerial view' ini sesuai untuk dipancarkan secara global dan bertepatan dengan konsep rekabentuk yang digunakan untuk forum antarabangsa.

Tidak hairanlah, muktamar kali ini dikatakan muktamar yang tercanggih dari sudut sistem audio visual dan konsep yang digunakan. Kini, PAS Selangor menguasai kecanggihan teknologi dalam menghasilkan satu suasana persidangan yang cukup memuaskan banyak pihak.

Namun, dengan kejayaan ini masih banyak yang perlu ditingkatkan Urusetia Muktamar, khususnya berkaitan gerai-gerai dan lokaliti yang dikatakan banyak menimbulkan kesukaran dan pengalaman 'pahit' kepada para peniaga serta kanak-kanak di bawah umur 12 tahunpun dikenakan bayaran RM5 sebagai pemerhati.

Biarlah Ada Ruang Bertaubat .. -Malek Noor


HALAMAN HIBURAN
Malek dengan bekas menteri Azlina Osman SAid.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu. Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an. Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.. Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba. Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota, Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini. Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.. Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.. Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal. Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar. Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC. Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran.” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya. Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana. Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana.

Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan. Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong. Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda. Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang. Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek. Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia. Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya. Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana.

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam. Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999. (Sumber http://politikbanjar.blogspot.com/dll. AK)

Kemaskini: Rosmah Puaka? (1, 2 & 3... 4 & 5).

SESEORANG tanya saya, "Benarkah cerita klip video youtube 'Rosmah Perempuan Puaka!'?" Lihat ini..."





Ada lagi...



"?????!!" sikap saya..



Konsert M.Nasir Bawa Perubahan?

HALAMAN HIBURAN

PENYANYI tersohor, M. Nasir berjanji akan menyajikan sesuatu kelainan dalam konsert terbarunya, 'Konsert Satu Wajah' bulan hadapan, berbanding dengan Konsert Alam Muzik. Janjinya, pelbagai tema dan irama akan dipersembahkan dalam persembahannya itu.

"Tidak sama, (tetapi) ada kesinambungan dari konsert saya pada Februari lalu. Tenaganya berbeza. Visualnya lain. Set 3D tidak sama. Keseluruhannya berlainan dengan di Istana Budaya," ujarnya. Kata Nasir lagi, dia akan bawa lebih banyak membawa lagu-lagu balada dalam konsertnya kali ini. Pilihan lagu juga akan meliputi adunan lagu baru dan lama serta lagu-lagu artis lain.

"Saya rasa banyak lagu balada yang tak dapat saya nyanyi... yang awak suka tapi saya tak dapat nyanyi (dalam konsert terdahulu). Jadi, saya akan menyanyi lebih banyak lagu balada dalam konsert kali ini," ujarnya. Tambahnya, dia telah siap "lock up" (menempah) khidmat kumpulan pemuzik utama untuk persembahannya itu. Ditanya maksud nama konsert "Satu Wajah", jelas M. Nasir secara ringkas: "Banyak maksudnya. Karakter diri pelbagai tetapi saya hanya mempunyai satu wajah."

Jelasnya lagi "Saya sentiasa bersedia. Selalunya di setiap persembahan saya, kespontanan berlaku... Mereka dah tahu lagu saya. Hanya kita kena buat sesuatu yang spesial, kita kena buat gubahan yang baru untuk beberapa lagu, atur perjalanan konsert. Kesemua itu perlu komitmen.."

Komen Blog Ibnu Hasyim: M.Nasir adalah artis yang kreatif dan sentiasa membawa kelainan. Kita harap kelainan dan perubahan yang dibawa beliau hendaklah menuju ke arah kebaikan dan pembangunan rakyat samada dari sudut meterial dan spiritual. Itulah hasil karya baik untuk penonton dan pengkaryanya. (Sumber: /dll/AK)

Masalah Pembantu Rumahtangga, Suatu Pelan Tindakan Menyeluruh Perlu..

Zulkifli, seorang peguam.

KL Jun 10, 2009. Sudah tiba masanya masanya kerajaan membuat dasar melarang pembantu rumah berbangsa Melayu dan beragama Islam daripada bekerja di rumah majikan bukan Melayu/Islam. Ahli Parlimen Kulim Bandar Bharu Zulkifli Noordin berpendapat pembantu rumah beragama Islam khususnya yang terdiri daripada warga Indonesia terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini menurut agama.

"Saya tidak menafikan ada majikan bukan Melayu/ Islam yang baik, namun risiko warga Indonesia berbangsa melayu/ beragama Islam terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini menurut Islam adalah terlalu tinggi," katanya melalui satu kenyataan, menurut Harakah hari ini.

Namun katanya sudah banyak kes dimana warga Indonesia berbangsa Melayu dan beragama Islam terpaksa berhadapan dengan situasi yang jelas melanggar hukum agama. Ini antaranya dipaksa memakai pakaian yang jelas tidak menutup aurat seperti seluar pendek, mengadu tidak dapat mengerjakan solat, terpaksa berhadapan dengan masalah anjing, babi dan arak, kata Zulkifli.

"Adalah lebih afdhal (baik) bagi majikan bukan Melayu/Islam ini mengambil pembantu rumah dari kalangan bukan Melayu/Islam seperti daripada Filipina, Cina atau Thailand," katanya.

Beliau sebelum itu, turut merujuk kes seorang warga Indonesia, Siti Hajar, 33 yang disiksa dan didera oleh majikannya selama tiga tahun. Siti mengalami kecederaan serius akibat disimbah dengan air panas malah diberi makan nasi dengan berlauk daging babi sebagai bentuk siksaan. Gaji beliau sebanyak RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar.

"Saya khuatir dengan perkembangan saperti ini. Sebelum ini kita mendengar laporan bagaimana seorang lagi wanita Indonesia bernama Bonat disiksa begitu kejam oleh majikannya. Apa yang dikhuatirkan adalah kerana kes ini melibatkan majikan yang terdiri dari bukan Melayu...Saya tidak percaya ianya suatu permasalahan melibatkan kaum atau agama, dan mungkin ianya suatu kebetulan bahawa pembantu yang terlibat berbangsa Melayu beragama Islam dengan majikan bukan Melayu/Islam.

"Walau apa pun, suatu kajian dan pelan tindakan menyeluruh dan serius perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini," katanya yang juga seorang peguam.

Lihat kenyataan Zulkifli melalui blognya..

"Saya terkejut membaca lapuran mukadepan beberapa akhbar yang menunjukkan kecederaan teruk yang dialami seorang warga Indonesia setelah disiksa dan didera oleh majikan beliau selama tiga tahun.

Siti Hajar (33) mengalami kecedaraan serius akibat disimbah dengan air panas. Beliau juga mendakwa sering disiksa dan didera dengan pelbagai cara oleh majikannya. Malahan beliau hanya diberi makan nasi dengan berlauk daging babi sebagai bentuk siksaan. Gaji beliau sebanyak RM500 sebulan juga tidak pernah dibayar.

Saya khuatir dengan perkembangan saperti ini. Sebelum ini kita mendengar lapuran bagaimana seorang lagi wanita Indonesia bernama Bonat disiksa begitu kejam oleh majikannya.

Apa yang dikhuatirkan adalah kerana kes ini melibatkan majikan yang terdiri dari bukan Melayu. Seorang rakan dari Indonesia bertanya kepada saya apakah ini satu permasalahan psikologi yang dihadapi oleh bukan Melayu yang melepaskan geram terhadap bangsa Melayu yang beragama Islam dengan menyiksa pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam ini.

Saya meyakinkan beliau bahawa saya tidak percaya ianya suatu permasalahan melibatkan kaum atau agama, dan mungkin ianya suatu kebetulan bahawa pembantu yang terlibat berbangsa Melayu beragama Islam dengan majikan bukan Melayu/Islam.

Walau apa pun, suatu kajian dan pelan tindakan menyeluruh dan serius perlu dibuat untuk mengatasi masalah ini.

Mungkin sudah tiba masanya kerajaan membuat dasar melarang pembantu rumah berbangsa Melayu beragama Islam daripada bekerja dirumah majikan bukan Melayu/Islam.

Kita sudah melihat banyak keadaan dimana warga Indonesia berbangsa Melayu beragama Islam ini dipaksa memakai pakaian yang jelas tidak menutup aurat. Adalah suatu yang norma untuk melihat mereka berpakaian seluar oendek (atau seluar katok kata orang Melayu). Ada antara mereka mengadu tidak dapat mengerjakan solat, terpaksa berhadapan dengan masalah anjing, babi dan arak dan macam-macam lagi. Saya tidak menafikan ada majikan bukan Melayu/ Islam yang baik, namun risiko warga Indonesia berbangsa melayu/ beragama Islam terdedah dengan perkara-perkara yang tidak diingini menurut Islam adalah terlalu tinggi.

Oleh itu, saya mencadangkan kerajaan supaya mengkaji semula dasar ini. Adalkah lebih afdhal bagi majikan bukan Melayu/Islam ini mengambil pembantu rumah dari kalangan bukan Melayu/Islam saperti daripada Filipina, Cina atau Thailand." (AK)

Menteri Ragu Hapuskan PPSMI -Dato' A.Samad Said.


KL Jun 10 2009, SUNGGUHPUN Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak berucap sepenuhnya menggunakan Bahasa Melayu pada majlis penganugerahan ijazah doktor kehormat oleh Universiti Kajian Luar Beijing (BFSU) kepadanya semasa kunjungannya ke China baru-baru ini , ia belum dapat diterjemahkan bahawa terdapat bayangan beliau bersedia mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu.

Demikian antara pandangan yang diutarakan Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said sebagai 'signal' yang boleh disampaikan kepada kerajaan Malaysia apabila Najib berucap dalam Bahasa Melayu di sebuah negara yang mengutamakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi dalam segala urusan. Jelas pejuang bahasa yang dianugerahkan Tokoh Bahasa pada Muktamar PAS ke-55 ini sewaktu dihubungi Harakahdaily, memandangkan Najib menerima ijazah doktor kehormat yang dikurniakan kepadanya, sudah tentu beliau menggunakan Bahasa Melayu dalam ucapannya.

"Penerimaan dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia belum lagi menentukan itu akan dilakukannya di Malaysia. Selain itu saya juga melihat gambaran yang agak kabur. Di Malaysia ini, Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri memberi kenyataan kadang-kadang kita dapati seolah-olah akan mengembalikan pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu. Tetapi kadang-kadang kita nampak seolah-olah ada keraguan akan menghapuskan PPSMI ini ,"tegasnya. (AK)

Tolak Kerajaan Bersama UMNO -Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, parti menyerahkan keputusan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan bersama UMNO kepada Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang Khamis ini. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu kerajaan perpaduan perlu dibincangkan serta diperhalusi jawatankuasa tersebut agar cadangan itu diterima oleh semua ahli peringkat akar umbi.

“Saya tidak mahu komen lagi isu ini, biar jawatankuasa terbabit putuskan. Satu sidang media akan dibuat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang di sini hari ini. Turut hadir Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Mengenai reaksi PKR dan DAP berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Nik Aziz berkata, Pas akan mendapatkan pandangan kedua-dua parti itu mengenai kerajaan perpaduan dan semua urusan itu adalah di peringkat pentadbiran tertinggi parti.

Sementara menurut Harakah hari ini menyebutkan Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata "PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat." Menurut beliau lagi idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.

"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya. "Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Terdahulu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecah-belahkan PAS.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh. "Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh," katanya yang dipetik daripada blog 'darigaunghati'. (AK)

Tuesday, June 09, 2009

Satu Lagi Kejayaan.. Teruskan Kempen Boikot Barangan Israel!


By ASYOK KUMAR

SHAH ALAM, Ahad 6 Jun 2009, Kempen gerakan boikot barangan Israel perlu diteruskan di Malaysia, kerana baru-baru ini satu lagi kemenangan bagi gerakan boikot, apabila Veolia Transport, anak syarikat dari perusahaan multinasional Perancis, Veolia Environnement telah membatalkan projek kerjasamanya dengan pemerintah Israel untuk membangunkan laluan yang akan menghubungkan antara pemukiman-pemukiman Yahudi di wilayah pendudukan haram Israel di Palestin.

Demikian dinyatakan oleh Dr Hj Mohd Hasyim selaku Presiden Grup Universiti Ulu Klang, di majlis makan malam antara ahli-ahlinya di sebuah restoran di sini. Menurutnya kumpulan-kumpulan gerakan boikot Israel berjaya memaksa Veolia Transport membatalkan projek bernilai jutaan dollar itu, walaupun terpaksa mengalami kerugian. Veolia sudah berusaha menjual lima persen sahamnya dalam konsortium projek tersebut ke perusahaan lain, usaha itu menemui kesulitan kerana perubahan struktur pemegang saham itu perlu mendapat persetujuan Tel Aviv.

"Pembatalan yang dilakukan oleh Veolia Transport menjadi kemenangan bagi kumpulan pemboikot barangan Israel di Eropah, yang juga berkempen agar perusahaan-perusahaan di Eropah memutuskan kerjasama ekonomi dan pelaburan di Israel. Sepatutnya di Malaysia, gerakan tersebut akan berterusan bahkan perlu digembeling lebih kuat..." Kata beliau lagi.

Veolia telah mengikat kontrak-kontrak jangka panjang dengan kerajaan Israel untuk pembangunan infrastruktur dan projek pengolahan sampah yang memakan masa 25 tahun, seperti yang disebutkan Tom Hayes dari Boycott Israeli Goods (BIG) di England. Kalau jadi dibangunkan projek laluan tram itu, ianya akan memudahkan trasportasi pemukiman pendatang Yahudi di kawasan Jerusalem Timur dengan pemukiman pendatang Yahudi di Tepi Barat.

Dengan itu, rejim Zionis Israel terus menguatkan cengkaman penjajahannya di Jerusalem Timur, walaupun masyarakat antarabangsa telah mengharamkannya. Sejak Veolia Transport menyatakan kerjasama dalam projek di Israel itu, perusahaan Perancis tersebut telah mendapat kecaman dari berbagai kelompok Palestin di Eropah, kerana penglibatan dalam Veolia adalah melanggar peraturan antarabangsa.

Omar Barghouti, ketua Boycott Divestment Sanctions yang pernah berkempen menghancurkan tembok pemisah Israel di Tebing Barat sejak 2004, telah mengungkapkan kegembiraannya atas keputusan Veolia dan menilai keputusan Veolia sebagai kemenangan dan kejayaan atas kempen mereka.

"Sepatutnya kita di Malaysia tidak akan berhenti kempan boikot barangan Israel, selagi keganasan Israel tidak lenyap dari muka bumi ini!" Tegas Dr Hj Mohd Hasyim lagi.!(AK)

Narathiwat, 10 Korban Angkara Siapa?

JENDELA GLOBAL:

TENTERA Thai menafikan keterlibatannya dalam serangan di sebuah masjid Selatan Thailand Isnin semalam. Dalam serangan terbaru tersebut, sedikitnya 10 orang syahid di sebuah masjid di Daerah Narathiwat semasa sedang menunaikan salat Isya. Segerembolan orang bersenjata menembak secara membabi buta ke jamaah yang sedang sholat di masjid tersebut.

Sementara itu berita tempatan pula menyatakan adalah sukar dipercayai tindakan tersebut dilakukan oleh pemberontak yang menyerang sesama Muslim dengan cara seperti itu. Tindakan kekerasan dikatakan kembali merebak di kawasan selatan negara itu, di Yala, Pattani dan Narathiwa, kini telah mengorbankan lebih dari 3,000 korban jiwa dalam lima tahun terakhir.

Thailand dikatakan menjajah ketiga wilayah tersebut pada 1902, di mana sebahagian besar rakyat di situ adalah Muslim penutur dialek bahasa Melayu, sedangkan, majoriti seluruh rakyatnya adalah bangsa Thailand beragama Buddha. (AK)

Lihat sebelum ini..

Narathiwat: 10 Ditembak Mati Sedang Solat.

Blogger Sokong PR Bagai Melukut Di Tepi Gantang..


SEORANG blogger yang saya kenali menghantar e-mail kepada saya, berbunyi...

Assalamulaikum wbt. Saya forwardkan artikel yang diluahkan oleh salah seorang blogger yang saya kenali secara peribadi. Mudah-mudahan luahan dan keluhan yang diutarakan oleh blogger ini mendapat pertimbangan oleh pihak atasan yang berkuasa. Kehadiran para bloggers ini sering kali memberi laporan-laporan yang memihak kepada Pakatan Rakyat atau parti-parti pembangkang. Namun mengapa para bloggers disisihkan dan dipinggirkan oleh Pakatan Rakyat adalah sukar difahami. Terbaru dalam Muktamar Agung PAS di mana PAS Selangor selaku tuan rumah, perkara ini turut berlaku.

Mengapa para bloggers yang menyokong PAS dengan memberikan laporan-laporan yang positif terhadap parti disisih dan dipinggirkan sedangkan wartawan-wartawan dari media arus perdana diberikan tempat dan diiktiraf oleh Urusetia Muktamar PAS. Saya masih ingat lagi semasa kempen PRK Bukit Gantang yang lepas, para bloggers memberikan laporang-laporan yang posiitf dan memihak kepada PAS tetapi malangnya pimpinan dan Markas-markas piliihanraya tidak mengendahkan para bloggers.
Mereka bagaikan melukut ditepi gantang walaupun dalam PRK Bukit Gantang.

Namun mereka tetap berpegang kepada prinsip mahu membantu memenangkan PAS dalam PRK tersebut. Dalam jangka waktu yang terdekat iaitu pada bulan Julai 2009, akan berlangsung PRK bagi DUN Manik Urai di Kelantan. Maka dengan ini saya memohon agar artikel ini dipanjangkan kepada pucuk pimpinan di peringkat negeri dan pusat agar memberikan perhatian dan pertimbangan yang khusus bagi memberi kebenarn kepada para blogggers untuk mendampingi jentera pilihanraya DUN Manik Urai ini.
Berilah kerjasama sepenuhnya kepada para bloggers yang secara langsung atau tidak langsung untuk membantu jentera parti dalam kempen PRK DUN Manik Urai yang akan datang.

Jangan sampai para bloggers menyisihkan dan meminggirkan PAS. Para bloggers tidak rugi. tetapi yang rugi adalah PAS sendiri bila menolak bantuan dan kerjasama dari para bloggers. PAS tidak seharusnya bergantung hanya kepada Harakah dan Harakah Daily semata-mata. Ada lebih baik laporan-laporan dari para bloggers diambil bersama. mengaoa PAS begitu bodoh hingga meminggirkan dan enggan menerima bantuan dan khidmat yang dihulurkan oleh para bloggers?
Mereka bukan meminta wang perkhidmatan atau bayaran dari PAS pun. Yang mereka perlukan hanyalah kerjasama dan akses kepada maklumat yang "bukan sulit" dari jentera peilihanraya PAS.

Itu pun berat sangatkah bagi PAS memberikan maklumat yang diperlukan mereka? Jika maklumat itu bertaraf "SULIT, TERHAD ATAU RAHSIA" janganlah diberikan maklumat berkenaan kepada mereka secara sembarangan. Adalah diharapkan PAS bukan sahaja memberikan kerjasama dan akses maklumat kepada para bloggers, malahan para bloggers berkenaan perlu juga diberikan sedikit wang bekalan atau makanan sebagai subsidi semasa kempen PRK atau dalam muktamar kerana kehadiran para bloggers berkenaan adalah menggunakan perbelanjaan mereka sendiri secara sukarela.

Mohon kepada pimpinan diperingkat kawasan membawa perkara ini kepada pimpinan diperingkat negeri dan pusat untuk diberikan pertimbangan oleh mereka.yang berkuasa. Sekian dan wassalam.

6/09, Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com> wrote: From: Topeng Perak® Unmasked <poji2ya@gmail.com> Subject: ReSpeKs2008... Muktamar 55: Pimpinan Iktiraf Bloggers Tapi Urusetia Tidak.... To: respeks_group@yahoogroups.com Date: Saturday, June 6, 2009, 10:49 AM

* Sumbangan media baru khususnya media siber termasuk portal berita dan blog memainkan peranan untuk menyediakan maklumat alternatif kepada rakyat yang selama ini di cengkam oleh media arus perdana yang dikuasai kerajaan UMNO BN telah berjaya mencelikkan rakyat sehingga memilih Pakatan Rakyat dalam pilihanraya kecil yang diadakan selepas pilihanraya umum lalu, kata Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang.

* Sebenarnya, walaupun tiada majlis penghargaan khusus untuk para blogger dan wartawan internet pada majlis muktamar pada tahun ini. Namun pengiktirafan yang diberikan oleh Presiden PAS itu telah lama ditunggu oleh para blogger sekalian yang telah bertungkus-lumus selama ini memperjuangkan kebenaran dan keadilan melalui alam siber membantu Pakatan Rakyat mencapai kemenangan. Moga-moga ibadah dan perjuangan kita ini dapat membantu kita berhadapan dengan ALLAH SWT di akhirat kelak.


Betul lah pimpinan atas menghargai bloggers ni..tapi hakikatnya blogger tetap dipandang sebagai 'nobody' ...kalau benar seperti yang TGHH sebut.. blogger ini diiktiraf kenapa bila kita nak mintak pas media dari urusetia tak dilayan.
'Kami tak berikan pas media kepada blogger..hanya media perdana sahaja diberi pas media muktamar''.. alasan mereka," kalau beri kat sorang blogger nanti semua blogger nak.." susah sangat ke kalau berikan untuk 2 @ 3 orang blogger pas media..? blogger bukan nak mintak keistimewaan apa sangat ..dapat masuk semasa PC pun dah cukup la...

Kalau kita dengar ucapan dari perwkilan negeri Melaka disebut bagaimana media perdana ini mensensasikan akhbar mereka dengan memburukkan pimpinan PAS..tapi mereka2 ini juga la yang diiktiraf..blogger2 yang membawakan liputan yang benar tak diberi keistimewaan seperti media perdana..apa ni...
Bila ummi tanya ada wifi ke? pakai password ke..? ..."ha'ah ada password.. hanya unit IT aje yang boleh guna line wifi ni ..orang lain tak boleh.. "hangin tol ummi bila dia jawab macam tu... tapi sebagai muslim kita telah ditarbiyyah supaya bersabar ...takpa lah ummi tetap ucapkan terima kasih ...bukan kebuluq sangat pun pasal ummi ada bawak broadband sendiri ..cuma ummi saja tanya tapi jawapan memang menghanginkan hatiku...

Ummi telah mengikuti 2 program besar oleh 2 parti..satu semasa Kongres PKR di tempat yang sama Stadium Melawati Shah Alam ...dan yang terkini Muktamar Tahunan PAS ke 55 ...2 parti yang besar ..ummi sebagai ahli PAS tapi tidak menjangka ini cara pengurusan PAS ..berbanding dengan PKR..kami blogger mendapat tempat bersama media perdana ...memang ummi kecewa dengan pengurusan PAS ..untuk mendapat pas media kami telah ditolak mentah2 apatah lagi untuk mendapat liputan di dalam sidang media ... kami memang tak dapat ..nak mintak letak recorder pun tak kasi ..hina sungguh blogger ni rupanya..


Ummi tunjuk kad media yang ummi dapat dari kerajaan Pakatan Rakyat di Perak oleh DS Nizar sendiri..tapi tetap tak diiktiraf.. "Akak ni ada pas media tapi pas yang bukan dari media perdana.."kata petugas.
"Ni pas dari kerajaan PR Perak ..DS Nizar yang iktiraf blogger sebagai media kerajaan PR" "Kami tak kisah siapa yang ber i..Nizar ke siapa ke ..tapi akak bukan dari mana2 yang boleh kami beri pas media" ..aduiii hangat hati betul la dengar ayat tu ...kalau nak bukak cerita dalam kain PAS ni memang banyak sungguh ..tapi disebabkan sayangkan jemaah ummi tak sanggup nak bukak buruk parti sendiri..seperti bukak pekung di dada la pulak...

Tapi ummi luahkan ketidakpuasan hati ummi kerana perkara in tak sepatutnya berlaku terhadap blogger jemaah sendiri ..kerana pimpinan sendiri telah memberi pengiktirafan kepada blogger kerana sumber berita yang kita sampaikan tidak seperti media arus perdana yang bermuka2.. Bak kata MSK sapa suruh gatai jadi blogger ...sendiri tanggung la ...kalau Topeng Perak pulak cakap ..blogger ni dapat apa ..dapat maki aje ..kalau Cenangau kata pulak ..blogger ni macam daun kari..untuk menyedapkan bau masakan hang buh la ..masa nak makan hang kena tolak ketepi...

Ummi mengharapkan agar perkara ini diberi ruang sedikit untuk dipertimbangkan.. permintaan blogger tidaklah besar sangat ..tidak minta dilayan seperti media perdana pun sekurang2nya beri sedikit ruang untuk kami blogger berdiri dibelakang para media perdana pun tak apalah ..jangan dihalau terus jauh2..sebelum para blogger rasa bosan dengan layanan yang begini harap ada sedikit perubahan minda dalam pengurusan pada majlis besar yang akan datang.. Wallahua'lam...


Dicatat Oleh -
(`•.¸♥ UmmiAnni ♥ ¸.•´)

TPU - Aku malas nak sembang panjang-panjang. .. cuma nak bagitau, tiap kali berurusan dengan parti PAS, memang masalah macam ni akan berlaku. 5 PRK selepas PRU-12...


1. Permatang Pauh - PKR bertanding.. . masalah ni tak timbul... blogger dapat kerjasama penuh dari pihak urusetia penerangan PKR.


2. Kuala Terengganu - PAS bertanding.. blogger... ha..? blogger tu mende..?.

3. Bukit Gantang - PAS bertanding.. . blogger..? hangpa sapa..? pas media..? pooorah..! sampai team Bloggers Network@ Perak bengkek sebab dapat "KEJARsama" penuh dari urusetia penerangan PAS... cit...


4. Bukit Selambau - PKR bertanding.. . blogger..? full acsess ke semua sidang media... pas media geng BloggersNetwork@ Penang pun dapat. semua PC berjalan dengan kehadiran para blogger yang bekerja secara sukarela... untuk liputan pulak... siap dapat pakai streamyx lagi. langsung tak de rungutan dari para bloggers.

5. Batang Ai - PKR bertanding.. . walaupun jauh diseberang laut, tapi rakan-rakan bloggers yang berada di Batang Ai memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan baik... dapat kerjasama penuh dari urusetia penerangan PKR... good job... walaupun kalah, tapi tetap berbaloi sebab semua kemudahan yang ada telah digunakan sebaik-baiknya.


6. Manek Urai - PAS bertanding.. . harap-harap masalah-masalah yang berbangkit diatas tak de...

Jangan sampai PAS di cop sebagai parti yang hanya pandai bercakap tapi tak pandai nak praktik. aku risau kalau-kalau dikemudian hari nanti bloggers boikot mana-mana event yang melibatkan PAS sebab cuma bloggers yang beri komitmen tapi PAS tak pernah berminat untuk beri komitmen pada para bloggers.
Posted By Topeng Perak® Unmasked to Perisik Rakyat® at 6/07/2009 01:48:00 AM

Sila lawati laman web PAS Kawasan Puchong di
http://puchong.pas.org.my untuk mendapatkan isu-isu semasa dan aktiviti-aktiviti kawasan dan cawangan. Emailkan artikel dan berita ke puchong@pas.org.my atau pkpuchong@yahoo. Untuk keluar dari kumpulan diskusi ini hantarkan email ke: paspuchong-net-unsubscribe@yahoogroups.com. Para netters dinasihatkan agar memuat turun fail 'Nota Peringatan Forum PASPuchong-net.doc' di sini http://groups.yahoo.com/group/paspuchong-net/files/ sebagai panduan kita bersama.

Thanks & Regards, Mohd Shubhi Abdul
'

Blog Ibnu Hasyim cuma panjangkan pengaduan ini.. Blogger-bloger, apa pandangan anda? Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails