Tuesday, June 09, 2009

Berunding Bukan Masuk UMNO....


IDEA pembentukan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan satu agenda untuk mewujudkan kerajaan campuran tetapi sebaliknya agenda di luar parti bagi membincangkan soal agama, orang Melayu dan ummah secara keseluruhan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Katanya, idealisme yang dibawakan oleh Pas itu adalah demi kesejahteraan ummah serta agama dan tidak mahu Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah diperlekehkan kerana melakukan tindakan yang akan merugikan orang Islam.

Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas. Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mempunyai pandangan sama dengan Abdul Hadi mempunyai semangat toleransi dalam mewujudkan kestabilan politik dengan menarik anggota parti itu ke arah pengukuhan ummah. ”Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti,” katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cadangan itu tidak perlu dipolitikkan kerana yang lebih penting untuk dibincangkan adalah keperluan bagi merealisasikan cadangan tersebut. Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bimbang jika semua cadangan baik dipolitikkan, usaha yang lebih membawa kebaikan dan keutuhan perpaduan antara rakyat akan disia-siakan.

“Kadang-kadang saya bimbang apabila kita terlalu sangat berpolitik, kelebihan dan keunikan yang ada pada kita secara tidak sedar akan terhakis dan apabila terhakis susah untuk kita bina semula.

“Apabila terhakis, susah untuk satukan semula kerana perpaduan melibatkan emosi, hubungan antara manusia dan bertambah susah jika bercampur aduk dengan isu kaum dan agama,” katanya pada sidang akhbar.

Sambil dua kali menegaskan agar PAS “never say never”, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengajak PAS menghidupkan semula muzakarah dengan Umno khususnya susulan perkembangan muktamar tahunan parti Islam itu yang berakhir semalam.

Mengambil kira persekitaran semasa dalam PAS yang memperlihatkan ada kumpulan yang menyokong muzakarah dengan Umno-BN, beliau berkata, kini adalah “masa untuk memulakan proses tersebut.”

“… yang saya berharap dan saya yakin dengan memulakan usaha muzakarah tersebut, suasana yang disebutkan oleh (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru) (Dr. Mujahid (Yusof Rawa) tadi akan jadi lebih kondusif,” kata beliau ketika muncul dalam program Astro Awani malam tadi.

Dan sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau mengamalkan sikap terbuka berhubung cadangan mewujudkan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana masih belum mengetahui maksud sebenar di sebalik saranan itu.

“Saya berterima kasih kepada Presiden PAS Datuk Seri Hadi (Awang) yang telah mengutarakan kerajaan perpaduan. Tetapi saya tidak tahu lagi apa yang dimaksudkan, jadi saya bersikap terbuka dalam hal ini.

“Terpulang kepada pihak Datuk (Seri) Hadi untuk menggambarkan apa yang dimaksudkan,” katanya pada sidang media

Apa kata Pemimpin Pakatan Rakyat:
Semua parti pembangkang diminta duduk semeja bagi membincangkan idea pembentukan kerajaan perpaduan sebelum ia diterima sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah negara.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, perbincangan itu penting untuk memperincikan ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan tersebut. “Konsep kerajaan perpaduan harus diteliti dari sudut hubungan antara parti politik di negara ini selain manfaat daripadanya,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu. Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

“Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.. Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku,” katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar. “Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan,” katanya. Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua enggan mengulas lanjut berhubung pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadang Pas.

Apa kata Pemimpin PAS:
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini. Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS. “Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,” kata beliau semalam. (Sumber Jiwo Kelate/dll/AK))

7 comments:

Anonymous said...

When this No 1 and 2 has defended aggressively on the unity talk what does it mean????? U N I T Y talk go and
think over it. You wrote no where is
PAS joining UMNO then you must have been mislead. This two from all the previous secret talks and right up to now has every intention to do the UNITY. Only fools will say no.

zizie said...

tah apa2 la anonymous nie, jgn le salah paham, apa salahnya bincang dgn musuh, bukan nak campur ngan umno. haji hadi dah masak benar ngan umno ni, dulu royalti pun umno rampas, tu la haji hadi duk bincang kerajaan perpaduan ngan umno nie, supaya hak kerajaan pakatan rakyat diragut oleh umno macam kat perak.

bukan kita setuju ngan umno, tapi kita bincang agar umno tak kacau ngr pakatan rakyat dan tak rugikan islam.

zizie said...

ops silap, supaya hak kerajaan pakatan rakyat TAK diragut oleh umno macam kat perak

yes said...

Malunya apabila seorang yang bukan Islam meminta seorang Islam untuk bercakap benar.

Sepatutnya bercakap benar mestilah jadi amalan semua penganut Islam.

Apa apa pun, kemelut Perak harus di selesaikan. Kalau itu pun tak bolih selesai jangan haraplah nak berunding tentang unity govt. Pas hanya bermimpi di siang hari.

Ada yang kata bertolak ansur, saya kata UMNO tolak Pas beransur k.e.l.u.a.r

yes said...

Malunya apabila seorang yang bukan Islam meminta seorang Islam untuk bercakap benar.

Sepatutnya bercakap benar mestilah jadi amalan semua penganut Islam.

Apa apa pun, kemelut Perak harus di selesaikan. Kalau itu pun tak bolih selesai jangan haraplah nak berunding tentang unity govt. Pas hanya bermimpi di siang hari.

Ada yang kata bertolak ansur, saya kata UMNO tolak Pas beransur k.e.l.u.a.r

Lebai Mangkuk said...

Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

Jika PAS dan UMNO bersatu, melayu/islam akan bertambah kuat dan disegani oleh kafir.

HaHs said...

L... M.....

Mmg sesuailah dgn nama ko tu!
Mmg M....
Apa ingat org x tau ko nak plaga org kat sini.
Mat Sabu sokong PR,
Ko sokong Najibtuya UBN.
Beza tu bro!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails