Wednesday, June 10, 2009

Tolak Kerajaan Bersama UMNO -Nik Aziz.

Sehubungan itu, beliau memberitahu, parti menyerahkan keputusan untuk melaksanakan kerajaan perpaduan bersama UMNO kepada Jawatankuasa Pas Pusat yang akan bersidang Khamis ini. Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, isu kerajaan perpaduan perlu dibincangkan serta diperhalusi jawatankuasa tersebut agar cadangan itu diterima oleh semua ahli peringkat akar umbi.

“Saya tidak mahu komen lagi isu ini, biar jawatankuasa terbabit putuskan. Satu sidang media akan dibuat nanti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Badan Perhubungan Pas Negeri Pahang di sini hari ini. Turut hadir Naib Presiden Pas merangkap Pesuruhjaya Pas Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Hassan Tantawi dan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.

Mengenai reaksi PKR dan DAP berhubung cadangan kerajaan perpaduan itu, Nik Aziz berkata, Pas akan mendapatkan pandangan kedua-dua parti itu mengenai kerajaan perpaduan dan semua urusan itu adalah di peringkat pentadbiran tertinggi parti.

Sementara menurut Harakah hari ini menyebutkan Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata "PAS tidak akan mengkhianati Pakatan kita, bahkan kita akan perkukuhkan gabungan ini menjadi alternatif bagi rakyat." Menurut beliau lagi idea yang dilontar oleh pimpinan tentulah berpijak dari dasar syarak dan jauh daripada tindakan merugikan parti atau gabungan Pakatan Rakyat.

"Sebagai ahli parti, kita mesti menerima idea dan gagasan ini dengan baik sangka kepada Presiden di samping mengikuti penjelasan darinya. "Idea ini dilontar diperingkat awal untuk menjadi bahan renungan semua pihak. Satu lontaran idea dan gagasan besar yang tidak seharusnya berlalu tanpa diadakan wacana ilmiah bagi membincangkannya," kata Tuan Ibrahim dalam blog peribadinya.

Ramai yang membuat pelbagai tafsiran dan andaian apabila Presiden PAS mengutarakan gagasan Kerajaan Perpaduan namun katanya kesemua permasalahan ini berpunca dari tiada satu penjelasan lengkap dikeluarkan. Terdahulu, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa selepas muktamar media masih memainkan isu yang dijangka boleh memecah-belahkan PAS.

"Kita harus faham sepak terajang media musuh, adalah malang kalau kita yang tahu media musuh, tetapi masih percaya kepada berita yang disebarkan oleh musuh. "Seluruh ahli dan pimpinan PAS mesti menjadikan Harakah sebagai media rasmi parti. Sebarang isu yang berbangkit, mestilah dirujuk kepada kenyataan rasmi pimpinan dalam Harakah. Agar kita tidak terjerumus dalam perangkap yang dimainkan oleh musuh," katanya yang dipetik daripada blog 'darigaunghati'. (AK)

3 comments:

Anonymous said...

Petikan dari media kawalan UMNO/BN (mStar) pada 10-6-2009. Berhati hatilah dengan permainan UMNO/BN.....

Bagaimanapun, sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menolak saranan itu dan meminta Abdul Hadi memberikan penjelasan mengenainya.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa berkata, DAP dan PKR tentunya tidak bersetuju dengan saranan Hadi kerana ia membawa kepada satu kerjasama antara PAS dan Umno.

"DAP dan PKR paling takut jika PAS tinggalkan mereka kerana undi Melayu PAS yang banyak membantu mereka untuk menang dalam pilihan raya umum lalu," katanya.

Ibnu Hasyim said...

Bagus komen anda.

sakariya said...

Salam tuan,

Kepada Tuan Guru Hadi jangan ulangi kesilapan masa lalu. Jerat tak pernah lupakan pelandok. C4 dan bobby trap menunggu mangsa.....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails