Wednesday, June 10, 2009

Pelancaran 'Arm Band -Bubar Dun Perak', Bergema Di Stadium Malawati.

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Alunan muzik dan kesan audio yang bergema di Stadium Malawati ketika pelancaran 'Arm Band -Bubar Dun Perak', cukup menggegarkan suasana dalam stadium yang mampu menampung 10,000 orang, lapor Anis Nazri.

Ketika ia dilancarkan, para perwakilan, pemerhati dan hadirin bangkit penuh semangat sambil melaungkan takbir. Malah, di kalangan wartawan sendiri yang selalunya tidak menghiraukan sekeliling ketika membuat tugasan, turut terpanggil untuk sama-sama menyaksikan acara tersebut.

Rentak muziknya, diselang-seli dengan laungan takbir dari para hadirin, benar-benar menguasai suasana dewan sehinggakan semua yang hadir bagaikan terpaku dan terpesona dengan acara yang julung-julung kali diadakan. Melengkapkan lagi acara itu, kesan-kesan visual digunakan.

Muktamar kali ini menyaksikan julung-julung kalinya peralatan yang digunakan PAS Selangor melalui 'event management' ini merupakan pertama kali digunakan di Malaysia dan Asia Tenggara.

Peralatan bertaraf dunia yang dinamakan 'Multi Screen Rear Projection System' ini juga pernah digunakan ketika Parti Demokrat (Indonesia) berkempen pilihan raya, yang memberi kesan yang lebih kepada para perwakilan.

Jika sebelum ini, setiap kali laungan mahupun muzik disiarkan dalam nada tinggi, akan kedengaran seolah-olah bergema dan 'pecah'. Namun, dengan kecanggihan peralatan ini, sistem audionya cukup menyedapkan halwa telinga yang mendengarnya.

Begitu juga dengan sistem visual yang turut menarik perhatian para hadirin. Sepanjang persidangan, visual yang ditayangkan di skrin belakang pentas cukup sempurna, tanpa sebarang pecahan gambar yang boleh mencacatkan pandangan.

Bagi kesan visual, PAS Selangor di bawah pimpinan Pesuruhjayanya, Dato' Dr Hassan Ali telah menggunakan empat nos 'High-end rear projection system', 'multi function maxtrix switching system', 'fibre optic high end cabling system', dan 'soft-edge blending system', yang semua ini pernah digunapakai ketika acara 'Grammy Award'.

Kecanggihan peralatan yang digunakan sepanjang muktamar ini bersesuaian dengan idea 'PAS For All' dan 'PAS Global', dengan dilengkapi kamera empat nos digital - BETA D50 untuk menghasilkan 'Quality Broadcasting picture effect' selain reka bentuk pentas yang mendapat sentuhan Dato' Hassan sendiri untuk menghasilkan Sistem 3D yang bercirikan 'PAS Global' dengan rostrum yang ditempah khas bertepatan dengan tema tersebut, tanpa meninggalkan ciri-ciri tradisional.

Kesan lampu yang digunakan turut diambil kira dengan menggabungkan suasana persidangan berciri moden, menggunakan 'moving head effect', 'mofley', 'parcan', 'shilloute' serta idea Dato' Hassan sendiri - 'min nutfah' (dari setitik air), dan dipatenkan menggunakan 'gobo and colour wheel'.

Turut tidak ketinggalan, selain melengkapkan kecanggihan audio dan visual sepanjang muktamar ini, susunan dan reka letak kerusi perwakilan turut dititikberatkan. Rekaan yang menggunakan Autocard 2009 dan Adobe Illustrator, dengan konsep 'sawah padi' bagi susunan kerusi perwakilan. 'Aerial view' ini sesuai untuk dipancarkan secara global dan bertepatan dengan konsep rekabentuk yang digunakan untuk forum antarabangsa.

Tidak hairanlah, muktamar kali ini dikatakan muktamar yang tercanggih dari sudut sistem audio visual dan konsep yang digunakan. Kini, PAS Selangor menguasai kecanggihan teknologi dalam menghasilkan satu suasana persidangan yang cukup memuaskan banyak pihak.

Namun, dengan kejayaan ini masih banyak yang perlu ditingkatkan Urusetia Muktamar, khususnya berkaitan gerai-gerai dan lokaliti yang dikatakan banyak menimbulkan kesukaran dan pengalaman 'pahit' kepada para peniaga serta kanak-kanak di bawah umur 12 tahunpun dikenakan bayaran RM5 sebagai pemerhati.

4 comments:

sheikh teluk intan said...

Salam Ibu Hasyim,

Kalaulah begitu rupa sistem audio visual semasa muktamar, teman dok congak , minima kos sewaannya adalah RM200.000. Ini belum termasuk sewaan dewan muktamar. Paling lekeh Pas Selangor terpaksa membayar lebih kurang RM500.000 untuk muktamar kali ini.

Oleh kerana itu apabila Malaysiakini, melaporkan bahawa muktamar baru-baru ini ditaja oleh golongan tertentu dalam UMNO seperti syarikat Puncak Niaga , teman tak berapa terkejut.

Seperkara lagi, teman tak bersetuju bila dikatakan Pas Selangor menguasai kecanggihan teknologi audio visual, kerana ianya dikendalikan oleh syarikat yang mempunyai khidmat 'Event Management'. Perkhidmatan ini bukan percuma.

Hassan Ali mungkin mampu melakarkan konsep muktamar yang beliau inginkan. Yang melaksanakan konsep tersebut ialah pihak syarikat khidmat Event Management kerana mereka mempunyai kepakaran yang tinggi.

Sekali lagi dari mana punya duit Pas Selangor sehingga sanggup berbelanja besar untuk sebuah muktamar yang kita dapati mengundang isu UG yang masih lagi diperkatakan oleh ramai ahli Pas?

Mengikut Malaysiakini, Dr Hassan Ali tak dapat dihubungi mengenai kesahihan isu penajaan puak yang berkaitan dengan UMNO, terutama syarikat Puncak Niaga.

Ketua Penerangan Pas Selangor iaitu Saudara Roslan SMS, ketika dihubungi tidak dapat memberi penjelasan. Sukar sangatkah bagi beliau untuk menyatakan:" Kami tidak menerima sebarang tajaan dari puak-puak tertentu yang ada hubungan persetubuhan dengan UMNO".

Untuk pengetahuan Pak Ibnu Hasyim, teman pun biasa menjadi Ketua Urusetia untuk program besar syarikat semasa bekerja di situ satu waktu dahulu yang dihadiri oleh seramai hampir dua ribu peserta. Jadi teman tahu berapa bayaran yang perlu dibayar kepada syarikat khidmat Event Mangement.Mahal sekali, Pak Ibnu Hasyim.Apatah lagi Event yang setaraf dengan Grammy Award.

Sekianlah pandangan teman yang hina dina ini. Kalau salah, semoga Allah mengampuni dosa teman.

TBO said...

salam tuan ibnu hasyim

ejaan sebenar ialah arm band

keduanya satu pengurusan event yang canggih manggih tapi banyak meno sok sek yg timbul, keduanya apelah gunenye canggih manggih tu kalau hasil dari muktamar kecoh seluruh malaya pasal kerajaan perpaduan dan isu Timbalan Presiden tak wala kepada Mursyidul Am, boleh bangga dengan bende canggih aje le kite.

Atuk Banjar Masin said...

Bubar DUN Perak?

Mengapa PAS ber sungguh2 mahu DUN Perak di bubarkan? Adakah PAS berasa sudah terlalu kuat kerana sokongan DAP?

Pada PRU12 yang lepas, PAS bertanding sebanyak 21 kerusi - dan cuma menang 6 kerusi dengan bantuan DAP.

Jika DUN dibubarkan, mungkin PAS uma menang 1 atau 2 kerusi sahaja.

Kali ini, DAP tidak akan buat kesilapan lagi, DAP akan meletakan calun dari parti nya yang berketurunan melayu/Islam pula.

Jika DAP dan PKR mendapat majoriti yang cukup, PAS akan tersingkir seperti mana yang telah berlaku di P Pinang.

PAS harus sedar diri dan insaf, bahawa bantuan DAP itu 'ada udang disebalik batu'.

Penyokong2 PAS jangan terus tertipu oleh pemimpin2 PAS yang gila kuasa. Segeralah berundur - "menyokong PAS bererti menyokong DAP".

Ibnu Hasyim said...

Semua pandangan di atas amat baik dan berguna. Saya ambil perhatian, yang salah saya akan betulkan.

Terima kasih.As-salamu alaikum.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails