Wednesday, June 10, 2009

Konsert M.Nasir Bawa Perubahan?

HALAMAN HIBURAN

PENYANYI tersohor, M. Nasir berjanji akan menyajikan sesuatu kelainan dalam konsert terbarunya, 'Konsert Satu Wajah' bulan hadapan, berbanding dengan Konsert Alam Muzik. Janjinya, pelbagai tema dan irama akan dipersembahkan dalam persembahannya itu.

"Tidak sama, (tetapi) ada kesinambungan dari konsert saya pada Februari lalu. Tenaganya berbeza. Visualnya lain. Set 3D tidak sama. Keseluruhannya berlainan dengan di Istana Budaya," ujarnya. Kata Nasir lagi, dia akan bawa lebih banyak membawa lagu-lagu balada dalam konsertnya kali ini. Pilihan lagu juga akan meliputi adunan lagu baru dan lama serta lagu-lagu artis lain.

"Saya rasa banyak lagu balada yang tak dapat saya nyanyi... yang awak suka tapi saya tak dapat nyanyi (dalam konsert terdahulu). Jadi, saya akan menyanyi lebih banyak lagu balada dalam konsert kali ini," ujarnya. Tambahnya, dia telah siap "lock up" (menempah) khidmat kumpulan pemuzik utama untuk persembahannya itu. Ditanya maksud nama konsert "Satu Wajah", jelas M. Nasir secara ringkas: "Banyak maksudnya. Karakter diri pelbagai tetapi saya hanya mempunyai satu wajah."

Jelasnya lagi "Saya sentiasa bersedia. Selalunya di setiap persembahan saya, kespontanan berlaku... Mereka dah tahu lagu saya. Hanya kita kena buat sesuatu yang spesial, kita kena buat gubahan yang baru untuk beberapa lagu, atur perjalanan konsert. Kesemua itu perlu komitmen.."

Komen Blog Ibnu Hasyim: M.Nasir adalah artis yang kreatif dan sentiasa membawa kelainan. Kita harap kelainan dan perubahan yang dibawa beliau hendaklah menuju ke arah kebaikan dan pembangunan rakyat samada dari sudut meterial dan spiritual. Itulah hasil karya baik untuk penonton dan pengkaryanya. (Sumber: /dll/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails