Thursday, June 11, 2009

Kaum Cina Muslim Diseru Sertai & Pimpin PAS.. Nik Azizi.


MENTAKAP, Jun 11, 2009. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat ingin melihat suatu hari nanti PAS dipimpin oleh kaum Cina Muslim. Berucap dalam majlis anjuran Badan Perhubungan PAS Pahang di Kerau, dekat sini beliau berkata, semasa melawat negara China beliau berkesempatan menziarahi makam sahabat nabi di negara berkenaan.

Ini, katanya menandakan Islam lebih dahulu bertapak di negara itu berbanding Malaysia iaitu pada zaman para sahabat lagi. Tambahnya,di Tanah Melayu yang dibawa pedagang India ke Melaka hanya zaman pemerintahan Parameswara pada tahun 1414 terkemudian ratusan tahun berbanding dengan Islam di China yang dibawa para sahabat.

Katanya, di China juga terdapat ratusan masjid dan umat Islam boleh beribadah di dalamnya sama seperti di negara ini walaupun negara itu Komunis dan negara ini diperintah parti Nasionalis Umno-BN. Nik Aziz juga menaruh harapan suatu hari nanti Cina Muslim turut memimpin dan menganggotai Dewan Ulama PAS yang kini dikuasai kaum Melayu Islam.

Turut berucap pada majlis berkenaan iaitu Pengerusi KaAdilan Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman dan Teo Kok Siong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bahau, Negeri Sembilan. Sementara itu pada majlis sama Nik Aziz turut diberi penghormatan menyampaikan sumbangan manfaat Takaful kepada lima waris peserta Dana Taqwa-iTQA, PAS Pahang yang meninggal dunia berjumlah lebih RM40,000, dua menerima RM19,000 manakala tiga lagi RM3,000.

Ibnu Hasyim sedang menggayakan memukul 'ketuk-ketuk' memberitahu masuk waktu sembahyang di sebuah masjid kecil dalam wilayah Kunming, di negeri China.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Kenyataan Tok Guru Nik Aziz ini adalah suatu penghormatan kepada bangsa Cina di Malaysia.. Allah SWT mengangkat martabat sesuatu kaum dengan agamaNya, kalau bangsa Melayu tidak mahu melaksanakan Islam, bangsa itu akan tertinggal di dunia dan di akhirat. Kaum Cina Muslim diseru menyertai PAS, itulah tafsiran dari kenyataan Tok Guru. (Sumber: Harakah dll. 2MA)

1 comment:

Anonymous said...

Usaha membawa kaum Cina Muslim ke dalam PAS tidak disukai oleh golongan pro UMNO dalam PAS kerana ia boleh menggugat konsep ketuanan Melayu. Lagipun, tidak lama lagi PAS akan menjadi komponen BN yang terbaru dan bersahabat baik dengan UMNO. Justeru, usaha ini akan mendapat tentangan hebat daripada mereka. Tokoh-tokoh Cina Muslim yang berpotensi akan cuba dihalang dari menyertai PAS atau bergiat aktif dalam PAS.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails