Friday, June 12, 2009

Serba Salah Ahli PAS, Mursyidul Am Atau Presiden?



Jun 12, 2009.

Pertama: Tok Guru Nik Aziz bidas golongan pertahan kerajaan perpaduan.

Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai “boneka Umno”. Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin Pas dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti.

“Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar Pas di Ipoh tahun lalu… keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas... Suara sumbang dari Pas untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno,” katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini. Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.

Kedua: Hormati idea Haji Hadi – Ketua Pemuda PAS

Pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli pakatan pembangkang diminta menghormati idea gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dewan Pemuda Pas berpendirian peluang perlu diberikan sepenuhnya kepada Abdul Hadi untuk memberi penjelasan lanjut dan bukan membahaskannya berdasarkan sentimen dan emosi.

Ketuanya, Nasrudin Hassan berkata, sebagai seorang yang berilmu dalam bidang agama, mustahil Abdul Hadi akan mengemukakan sesuatu yang bertentangan dengan nas, justeru mereka harus lebih bertenang, bersabar serta tidak mudah melatah apabila membicarakan idea berkenaan.

‘‘Datuk Seri (Abdul Hadi) adalah seorang yang berilmu, berpengalaman dan bukan seorang yang jahil. Beliau merupakan ketua kami dan juga seorang ulama. Beliau berkelayakan untuk melontarkan apa jua idea yang mampu memberi manfaat kepada agama, rakyat dan negara.. Cetusan idea kerajaan perpaduan ini dibuat secara ilmiah iaitu dengan bersandarkan nas serta dalil di dalam Islam. Mustahil Datuk Seri akan mengemukakan satu idea yang boleh mendatangkan keburukan. Sehubungan itu jika hendak dibahas sekalipun ia perlu dilakukan dalam konteks disiplin ilmu yang tinggi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas bantahan beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang berhubung idea kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Abdul Hadi. Idea itu pernah dikemukakan sebelum ini tetapi senyap seketika apabila mendapat bantahan pihak-pihak tertentu termasuk daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetapi ia timbul semula dalam Muktamar Pas Ke-55 yang berakhir Ahad lalu.

Dalam muktamar tersebut Abdul Hadi serta barisan kepimpinan kanan parti komited untuk meneruskan gagasan kerajaan perpaduan kerana ia mampu menyelesaikan banyak masalah dalam negara. Nasrudin berkata, pemimpin pakatan pembangkang juga harus sedar selama ini Pas sentiasa menyokong setiap idea yang dikemukakan atas semangat setia kawan walaupun ada masanya parti itu tidak bersetuju dengan idea tersebut.

Menjawab satu soalan, Nasrudin mengakui, perbahasan secara emosi dan sentimen peribadi boleh menyebabkan ia dilihat mengikut perspektif yang sempit dan negatif. ‘‘Ini ditambahkan lagi dengan kenyataan yang menyebut, idea kerajaan perpaduan itu sama dengan usaha untuk membawa Pas menyertai UMNO. Saya ingin tegaskan di sini, perkara ini tidak akan berlaku dan mustahil berlaku. Tidak akan ada pemimpin dalam Pas akan berbuat demikian.

Ketiga: Kerajaan Perpaduan, PAS belum bincang ‘masak’ – Presiden

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kerajaan perpaduan belum lagi menjadi satu cadangan Pakatan Rakyat dan juga belum lagi dibincangkan semasak-masaknya dalam PAS. Katanya, mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) pusat hari ini juga tidak membincangkan isu kerajaan perpaduan. Abdul Hadi memberita demikian dalam sidang media selepas mesyuarat pertama jawatankuasa pusat (AJK) PAS di ibunegara hari ini.

Menurutnya, beliau tidak tahu mengenai laporan bahawa setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mahukan penjelasannya mengenai cadangan kerajaan perpaduan itu. “Saya akan memberi penjelasan kepada pemimpin Pakatan dan bukannya kepada pihak media kerana mereka tidak melaporkan dengan penuh,” katanya.

Abdul Hadi berkata, isu kerajaan perpaduan itu akan diselesaikan di peringkat parti (PAS) dan dalam Pakatan Rakyat. Menurutnya, PAS sedia berbincang dengan Umno mengenai demokrasi, bidang kehakiman, kebebasan pilihanraya dan media, kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keempat: Sehingga berkatalah editor Jiwo Kelate (http://jiwokelate.wordpress.com/)

Bila kena asak, mulai patah balik. Mana satu betul, mana satu bohong! Yang jelasnya adalah pembohongan telah berlaku. Biasanya media yang akan jadi mangsa dan akhir sekali pertanyaan saya ialah Siapa kita perlu wala’, taat dan berbagai lagi!

Blog Ibnu Hasyim: Ahli PAS jadi serba-salah? (Sumber: Jiwo Kelate dll. 2MA)

3 comments:

Manjungmari said...

Salam ...
Tak ada yang serba salah... kita diberi akal.. fikirlah dengan waras...

dalam satu kuliah dulu selepas kejadian krisis MB Perak.. sorang ustas menerangkan dalam sebuah dua negeri kalau ada dua pemimpin, mengikut hukum feqah kita kena pilih satu saja... pilih sapa yang terdahulu jadi pemimpin... sapa yang senior... begitu jugalah saya fikir dalam PAS... sapa yang lebih kanan dalam Parti .. TGNA atau TGHH... apa pun saya tetap bersama TGNA... Insyaallah.

murad said...

orang yang dulu menentang kerajaan perpaduan bersama Anwar sekarang mahu pula buat kerajaan perpaduan dgn amno ?

adakah amno parti melayu ? tidak. mamak adalah india muslim bukan melayu. syed adalah keturunan arab bukan melayu. macamana mereka boleh jadi orang besar dalam amno ? malah DJ Dave singh adalah ahli amno.

adakah amno parti islam ? tentu saja tidak. amno anti hudud. siapa nak makan sup tangan boleh pergi kelantan. susahlah orang islam nak kerja sebab semua kena potong tangan. amno sudah murtad. anti poligami, anti hadis, islam libral, kerajaan langit apa lagi menunjukan amno adalah munafik, murtad, dan sewaktu dgnnya.

dap belum islam tapi amno sudah pun murtad. mungkin juga ulama besar hadi dan nash mahu mengislamkan semula amno ?

Anonymous said...

Sekarang barulah nampak sikit penjelasan kerajaan perpaduan tu. Baru nampak tok guru HA ni memang ulama pro! Yg aku nak tengoknya adakah jika jadilah KP, Islam dipinggirkan? atau jika jadilah KERAjaan pakatan, Islam didaulatkan?
Yg jelasnya aku nampak sekarang ialah jika jadilah KP, terlepaslah dan hancurlah cita2 PM in waiting !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails