Sunday, June 07, 2009

Kedah.. Banyak Tempat Judi...


SHAH ALAM, 7 Jun 2009 - Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Ustaz Azizan Abdul Razak selaku Menteri Besar Kedah menjelaskan bahawa isu yang terdapatnya banyak tempat perjudian di Kedah yang diperintah oleh PAS tidak mendapat liputan pihak media arus perdana.

"Banyak tempat perjudian dan karaoke telah pun diambil tindakan dan cuma ia tidak medapat liputan akhbar terutamanya media arus perdana, media kerajaan... pembanterasan judi termasuk tidak membenarkan orang Islam masuk ke dalam pusat judi dan minum arak telah pun dilakukan," tambah beliau.

Tindakan ini telah dilakukan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan yang melibatkan beberapa pihak seperti Jabatan Agama Islam Negeri Kedah, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan agensi-agensi kerajan lain. Beliau mengakui bahawa Kedah yang baru ditadbir oleh Pakatan Rakyat selama 19 bulan ini perlu diperbaiki dalam melaksanakan janji manifesto pada pilihan raya umum yang lalu.

Komen Blog Ibnu Hasyim: Adakah 'tidak mendapat liputan' itu suatu strategi, berbeda strategi PAS Kelantan sewaktu mula menawan Kelantan dulu? Mana yang lebih berkesan? Jangan sampai strategi ini makan tuan, menjelang PRU 13, 'Tiada beza PAS dengan UMNO, perintah Kedah dari sudut agama!"..

1 comment:

Anonymous said...

Tak perlu publisiti. Buat saja kerja. Tu atas dua belah bahu kita tu ada dua wartawan yang lebih perdana dari wartawan arus perdana. Dia yang buat laporan. Janganlah gundah gulana.

Buatlah ayuhai Azizan
Kedalam laut kamu campakkan
Kalau tidak dikenal ikan
Tuhan mu tahu ia atau pun bukan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails