Monday, June 08, 2009

MB Selangor Juga Tolak Kerajaan Perpaduan.


KL. Isnin Jun 8, 2009: Gagasan Kerajaan Perpaduan terus menerima kritikan dengan tamparan paling hebat, kali ini dari Menteri Besar Selangor, negeri tuanrumah muktamar PAS kali ke 55 diadakan, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menyelar idea gagasan Kerajaan Perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS dan disokong oleh Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa.

"Parti Keadilan, DAP dan juga TG Nik Aziz tidak menerima konsep tersebut (Kerajaan Perpaduan). Kerajaan Perpaduan diantara PKR, PAS dan DAP, kita sudah ada Pakatan Rakyat," tegas beliau. Sebelum daripada ini DAP dan PKR telah pun membidas gagasan berkenaan dan mempertikaikan kenyataan Abdul Hadi yang menyatakan kononnya komponen pakatan rakyat telah bersetuju dengan gagasan tersebut.

DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS yang Pakatan Rakyat telah memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional. PKR melalui Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali pula berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno. (Pelbagai Sumber/AK)

1 comment:

kadiology said...

alahhh, memang laa tan sri khalid tempelak idea ni. korang tahu kenapa? sebab kalau kerajaan perpaduan ni menjadi realiti, yang jadi MB bukan lagi dia, tapi dr hassan ali! hah, mau tan sri khalid terkangkang?

tan sri khalid lebih rela menjadi MB ehsan dari teresa kok dan ronnie liu dari melepaskan jawatan tersebut kepada hassan ali, yang dah tentunya kerajaan perpaduan yang bakal terbentuk di selangor itu adalah 100% islam dan melayu!

sudah laaaaaa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails