Tuesday, June 09, 2009

Narathiwat: 10 Ditembak Mati Sedang Solat.

Pegawai polis memeriksa mayat-mayat lelaki di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong, Thailand Selatan, semalam. Serangan mengejut oleh lelaki bersenjata itu mengorbankan 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. -foto AF


BANGKOK: Sepuluh orang Islam yang sedang mengerjakan solat ditembak mati Isnin malam oleh lelaki bersenjata dalam satu serangan mengejutkan di sebuah masjid di wilayah Narathiwat di Thailand Selatan.

Anggota pasukan keselamatan Thailand melihat beberapa mayat remaja yang ditembak mati kerana disyaki anggota militan termasuk seorang daripadanya yang masih menggenggam sebilah parang terbaring di jalan raya di Pattani, selatan Thailand semalam. - Gambar Reuters 2004.

Jurucakap polis berkata kejadian itu berlaku sekitar 8.00 malam bila sekumpulan lelaki tiba-tiba melepaskan tembakan di Masjid Al Qulkon di Kampung Air Paya, di daerah ChoAirong. Beliau berkata maklumat awal dari kawasan itu menunjukkan bahawa 10 orang termasuk imam masjid, terbunuh dan 12 yang lain cedera. "Kami masih mengumpul lebih banyak maklumat mengenai kejadian itu. Pada mulanya dikatakan empat mati, kemudian lapan, dan kini 10. Semua mayat diletakkan dalam masjid," katanya.

Ahad lepas, dua orang terbunuh dan 19 cedera bila puak pemisah menyerang pengawal sukarela dan meletupkan sebutir bom kereta di daerah Jeringa, Narathiwat, empat hari selepas dua orang guru, seorang daripadanya mengandung lapan bulan, ditembak mati di Chanae. Lebih 3,500 orang terkorban sejak Januari 2004 bila kumpulan pemisah melancarkan semula kempen bersenjata bagi mendapatkan kemerdekaan tiga wilayah majoriti Islam Yala, Narathiwat and Pattani. (Sumber BERNAMA/dll 2MA)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails