Saturday, June 25, 2022

‘Tutup Holywings’ dipasang oleh kumpulan Islam Jakarta? 6 ditahan..

 

Notis bertulis ‘Tutup Holywings’ yang dipasang oleh kumpulan Islam di Jakarta. - Foto AFP

Polis Indonesia tahan 6 individu hina agama, promosi bar

JAKARTA: Polis Indonesia menahan enam individu atas pertuduhan menghina agama berhubung promosi alkohol percuma sebuah rantaian bar kepada pelanggan bernama Mohammed hingga mencetuskan kemarahan di negara majoriti Islam berkenaan.

Semalam, polis mengemukakan enam suspek, termasuk pengarah kreatif Holywings dan ketua pasukan promosinya, semasa sidang media yang disiarkan di televisyen.

"Enam orang telah dinamakan suspek dan mereka semua bekerja untuk syarikat itu.

"Suspek membuat kandungan untuk menarik pelanggan ke cawangan mereka, terutama yang membuat kurang daripada 60 peratus daripada sasaran jualan mereka," kata Ketua Polis Jakarta Selatan, Budhi Herdi Susianto.

Keenam-enam tertuduh memakai baju oren dan muka ditutup.

Mereka didakwa dengan pelbagai kesalahan, termasuk penghinaan dan menyebarkan kebencian agama dan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun jika didapati bersalah.

Dalam siaran media sosial yang kini dipadamkan, bar Holywings menawarkan sebotol arak percuma untuk lelaki bernama Muhammad dan wanita bernama Maria - figura popular dalam kitab Injil, setiap Khamis, jika mengemukakan kad pengenalan mereka.

Siaran itu menimbulkan kemarahan dalam talian dan beberapa pertubuhan belia melaporkan pihak pengurusan kepada polis kerana didakwa melakukan penghinaan, manakala kumpulan lain mengancam untuk menyerbu lokasi rantaian bar itu.

Selepas kemarahan itu, Holywings mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan mendakwa pengurusan tidak mengetahui mengenai promosi itu.

Arak dianggap diharamkan di bawah undang-undang Islam dan walaupun minum tidak dilarang bagi mana-mana agama di bar negara sekular itu, perbuatan itu sendiri tidak disenangi oleh umat Islam konservatif. - AFP

Lihat sebelum ini.. Arak percuma untuk pelanggan bernama Muhammad. 'Is...

Komen Weblog Ibnu HasyimArak percuma untuk pelanggan bernama Muhammad. Hina Nabi Muhammad SAW, terlalu biadap! Berlaku di negara umat Islam terbesar di dunia.

Konon disebut pula 'Islam konservatif'? Mana ada 'Islam konservatif'? Yang ada, ialah Islam dan bukan Islam. Kurang ajar sungguh!


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

MEASAT-3d & banjir, impak perubahan iklim.

 


1. MEASAT-3d liputi jejak 42 peratus penduduk bumi

KUALA LUMPUR: Satelit MEASAT-3d baharu dijangka memberi manfaat bukan sahaja kepada Malaysia malah negara lain termasuk Indonesia dan India. 

Profesor Adjung Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Tharek Abd Rahman berkata dengan kapasiti yang telah dipertingkat menerusi satelit baharu itu, ketersambungan kualiti jalur lebar yang lebih baik dapat dikecapi negara-negara terlibat.

“Jejak satelit MEASAT-3d bakal meliputi 42 peratus liputan penduduk dunia (bumi) dan memandangkan semua negara mempunyai transponder berbeza dalam satelit yang sama, transponder khusus satelit itu boleh dipancarkan ke negara masing-masing dan kita juga dapat menerima isyarat.

“Kita akan memperoleh kualiti yang lebih baik dari segi ketersambungan juga perkhidmatan jalur lebar, bukan hanya membabitkan penyiaran dan telekomunikasi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditanya mengenai pelancaran satelit MEASAT-3d, yang dijadual dilancarkan dari tapak pelancaran Agensi Angkasa Eropah di Guiana Perancis, Amerika Selatan pada 6:03 petang 22 Jun (5:03 pagi, 23 Jun waktu Malaysia).

Dikenali sebagai satelit paling komprehensif dan kompleks dalam armada MEASAT, satelit terbaharu dan paling maju itu dianggarkan menelan belanja RM1.2 bilion.

Tharek berkata memandangkan sambungan internet sangat penting ketika tempoh pandemik yang melanda seluruh dunia, satelit baharu itu akan mempercepatkan matlamat kerajaan Malaysia untuk merapatkan jurang ketersambungan digital untuk semua rakyatnya.

“Satelit baharu itu merupakan satu lagi kejayaan yang melengkapkan MEASAT-3a dan MEASAT-3b, dari segi kapasiti perkhidmatan jalur lebar satelitnya.

“Apabila penggunaan internet meningkat semasa pandemik, fasa itu sendiri menjadi penggalak, apatah lagi apabila kita kini memasuki fasa peralihan ke endemik.

“Kita lebih memerlukan satelit baharu ini berbanding sebelum ini,” kata Tharek yang berpengalaman luas berkaitan komunikasi mudah alih dan satelit.

Dalam perkembangan berkaitan, Tharek berkata sasaran kerajaan Malaysia untuk mencapai 100 peratus capaian internet dan pendigitalan negara boleh disegerakan dengan pelancaran satelit MEASAT-3d.

Beliau berkata sasaran yang dinyatakan dalam inisiatif MyDIGITAL Blueprint, serta dalam Jalinan Digital Negara (JENDELA) mungkin dapat dicapai dengan peningkatan keupayaan satelit baharu itu.

“Seperti pembentangan dalam JENDELA Fasa 1, sasaran untuk mencapai 100 peratus liputan populasi 4G menjelang akhir tahun ini boleh dicapai dengan pelancaran satelit baharu ini.

“Satelit baharu itu membolehkan capaian internet berkelajuan tinggi hingga ke kawasan luar bandar yang kurang mendapat liputan, dengan kelajuan sehingga 100Mpbs. Satelit baharu itu boleh membantu mendapatkan kualiti itu,” katanya.

Menurut ketua pegawai operasi MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd (MEASAT), Yau Chyong Lim, pelancaran itu akan membantu mewujudkan masyarakat digital yang inklusif, dan menyokong aplikasi jalur lebar berkelajuan tinggi seperti Revolusi Perindustrian Keempat (IR4.0), Internet benda (IoT) dan teleperubatan.

Internet berkelajuan tinggi akan dipertingkatkan daripada kelajuan muat turun semasa sekitar 30 megabit sesaat (Mbps) kepada 100 Mbps, membenarkan pengguna menstrim kandungan data tinggi seperti video 4K atau 8K, tambahnya.

MEASAT telah mengendalikan teknologi satelit selama lebih 25 tahun bermula dengan pelancaran MEASAT-1 dan MEASAT-2 pada 1996.

Ia diikuti MEASAT-3 pada 2006, MEASAT-3a pada 2009 dan MEASAT-3b pada 2014. – BERNAMA


2. MyCAC bincang pengurusan banjir, impak perubahan iklim 

KUALA LUMPUR: Hala tuju pengurusan banjir bagi meningkatkan daya tahan iklim dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Tindakan Perubahan Iklim Malaysia atau Malaysia Climate Change Action Council (MyCAC).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, antara perkara yang dibincangkan juga pada mesyuarat yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob itu ialah kesediaan negara menghadapi impak perubahan.

Justeru, katanya tindakan yang akan dilaksanakan ialah membangunkan Pelan Adaptasi Kebangsaan (MyNAP) merangkumi pelan tindakan dan strategi jangka panjang dan strategi pembangunan kebangsaan untuk sektor kesihatan awam infrastruktur, keselamatan dan sumber air, pertanian serta perhutanan dan biodiversiti.

Di samping itu, ujarnya menggalakkan kerajaan negeri untuk mengguna pakai Indeks Adaptasi Perubahan Iklim Malaysia bagi meningkatkan respons kepada impak perubahan iklim.

Tambahnya, selain itu mengintegrasi faktor perubahan iklim dalam peringkat perancangan, reka bentuk serta pelaksanaan projek-projek sektor air dan infrastruktur bagi mengurangkan risiko bencana banjir.

Menurutnya lagi, mesyuarat juga bersetuju dengan kerangka dasar pasaran karbon yang menyediakan panduan asas bagi urus niaga kredit karbon di Malaysia.

“Insya-Allah, Perdana Menteri akan mengetuai delegasi negara ke Persidangan Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) ke-27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada November 2022 bagi membincangkan isu perubahan iklim global,” ujarnya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan bersama-sama kerajaan negeri dan pihak-pihak berkepentingan lain akan terus memastikan keupayaan negara dalam menangani isu perubahan iklim demi kesejahteraan Keluarga Malaysia pada masa kini dan akan datang. -HARAKAHDAILY 22/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: MEASAT-3d liputi jejak 42 peratus penduduk bumi, dan MyCAC bincang pengurusan banjir, impak perubahan iklim.. Semuanya termasuk dalam tugas kerja-kerja kebajikan yang prihatin rakyat, dikira sebagai amal kebajikan di akhirat.

Bertuahnya manusia Muslim yang beriman kepada Hari Akhirat. Di dunia manusia bercucuk tanam dan musim gembiranya menuai di akhirat. Tidak beruntung orang tidak percaya hari akhirat, bahkan terserkup di bawah tempurung lapuk faham sekularisme yang memisahkan dunia-akhirat.

Haram mengikut parti politik yang mengajarkan sekularisme menyesatkan begitu.

Sekian.

Di Malaysia, undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015 

Penjawat awam diugut ketua jabatan.. -Presiden CUEPACS.

 

CUEPACS terima aduan penjawat awam diugut ketua jabatan

KANGAR: Ketua-ketua jabatan perkhidmatan awam dinasihatkan sentiasa menjaga integriti semasa menjalankan tugas.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Dato’ Adnan Mat berkata, pihaknya menerima aduan terdapat penjawat awam diugut ditukar atau diberi petunjuk prestasi utama (KPI) rendah selepas memberi teguran ketua jabatan mereka.

“Justeru kami memohon ketua-ketua jabatan supaya dapat membetulkan kembali sistem perkhidmatan memandangkan sektor ini merupakan tunjang kerajaan,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Penjawat Awam Negeri Perlis bersama Presiden Cuepacs di Hotel Regency, di sini semalam.

Adnan juga berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut jika masalah itu masih berterusan.

“Jika berlaku lagi keadaan seperti ini, Cuepacs tidak teragak-agak untuk ambil tindakan dan membuat laporan lebih terperinci,” ujarnya.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian mengenai cadangan empat hari bekerja dalam seminggu memandangkan terdapat negara yang melaksanakan dasar tersebut.

Menurut beliau pihak mengambil maklum mengenai perkara ini dan akan membuat kajian secara serius sebelum memberi sebarang cadangan berhubung pelaksanaan empat hari bekerja dalam seminggu.

“Kita juga sedang meneliti sektor-sektor yang bersesuaian untuk melaksanakan dasar demikian,” katanya. – HARAKAHDAILY 24/6/2022

Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Gangguan Seksual: Australia gagal lindungi pekerja wanita..

 

Satu dalam tiga' kakitangan parlimen Australia alami ganggu seksual.
Laporan mengenai gangguan seksual di lombong Australia Barat dikeluarkan hari ini. - Foto AGENSI


Industri perlombongan Australia gagal lindungi pekerja wanita

SYDNEY: Industri perlombongan Australia wajar mempertimbangkan daftar pelaku gangguan seksual dalam usaha mengekang kejadian penderaan yang berleluasa, kata laporan kerajaan negeri hari ini yang memperincikan kes tingkah laku 'mengerikan' itu terhadap wanita.

Siasatan oleh Australia Barat iaitu bahagian yang kaya dengan mineral dan menempatkan sebahagian besar industri bijih besi negara itu turut mengkritik gergasi perlombongan seperti BHP dan Rio Tinto kerana mengabaikan atau terlepas pandang tingkah laku yang menyalahi undang-undang dan jenayah.

Laporan itu dikeluarkan selepas penyiasatan selama setahun dijalankan berhubung kebimbangan mengenai budaya seksisme dan buli yang mencetuskan kemarahan orang ramai mengenai keadaan tempat kerja pada tahun lalu, yang membawa kepada gerakan 'MeToo' di negara berkenaan.

Australia menyumbang kira-kira separuh daripada eksport bijih besi dunia dan golongan wanita telah lama membuat aduan mengenai gangguan seksual di kem perlombongan iaitu tempat tinggal sementara yang disediakan di lombong terpencil bagi menempatkan pekerja.

"Saya terkejut dan perkara ini luar jangkaan, melihat kepada saiz dan betapa meruncingnya masalah ini.

"Kami diberitahu bagaimana gangguan seksual diterima atau diabaikan," kata Pengerusi Jawatankuasa, Libby Mettam dalam ucapan di Parlimen ketika membentangkan laporan itu.

[..seorang wanita dilaporkan memberitahu siasatan itu keadaannya yang tidak sedarkan diri di pondok penginapan dan mendapati seluar jeans dan seluar dalamnya sudah terlucut hingga ke bahagian buku lali..]

Contoh yang disebut dalam laporan itu termasuk mengintai, menghantar mesej lucah, permintaan untuk mendapatkan bantuan seksual sebagai balasan untuk pekerjaan tetap dan serangan seksual.

Salah seorang wanita dilaporkan memberitahu siasatan itu keadaannya yang tidak sedarkan diri di pondok penginapan dan mendapati seluar jeans dan seluar dalamnya sudah terlucut hingga ke bahagian buku lali, menyebabkan dia berasa 'sakit, malu, dianiaya, kotor dan sangat keliru'.

Laporan itu turut memberitahu, individu yang bercakap kepada jawatankuasa itu memaklumkan pelaku gangguan seksual berkenaan hanya ditukarkan ke tapak kerja lain atau berkhidmat dengan syarikat berbeza.

Antara 24 cadangan yang dikemukakan termasuk supaya industri mempertimbangkan daftar pesalah atau pilihan lain 'yang boleh dikuatkuasakan dengan berkesan dan adil untuk menghalang pesalah gangguan seksual yang kerap melakukan perkara itu terus diambil bekerja semula.

"Ia juga mengesyorkan bagi mewujudkan forum untuk mendokumentasikan pengalaman dilalui mangsa dan meneroka peluang untuk mendapatkan ganti rugi seperti permohonan maaf rasmi dan pampasan. - REUTERS


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Arak percuma untuk pelanggan bernama Muhammad. 'Islam konservatif'? Biadap!

 

Gambar hiasan. - Foto AGENSI

Bar di Indonesia dikecam kerana hina agama

JAKARTA: Rangkaian bar popular Indonesia sedang disiasat kerana menghina agama berhubung promosi minuman keras percuma untuk pelanggan bernama Muhammad.

Pihak polis hari ini berkata isu berkenaan mencetuskan kekecohan di negara yang dihuni penduduk Islam terbesar di dunia itu.

Alkohol diharamkan di bawah undang-undang Islam dan walaupun meminum minuman keras tidak dilarang untuk mana-mana agama di bar negara sekular itu, walaupun tidak disenangi oleh umat Islam konservatif. (Sebenarnya tiada 'Islam konservatif', yang ada, Islam dan bukan Islam. IH).

Dalam satu hantaran yang kini dipadamkan, bar Holywings menawarkan sebotol gin percuma pada setiap Khamis untuk lelaki bernama Muhammad dan wanita bernama Maria iaitu antara karektor penting dalam kitab Injil, jika mereka mengemukakan kad pengenalan masing-masing.

Menurut polis Jakarta, sekurang-kurangnya dua pertubuhan belia membuat laporan terhadap rantaian bar itu kerana menggunakan kata-kata sensitif mengenai agama, jenayah yang membawa hukuman maksimum lima tahun penjara di bawah undang-undang Indonesia,

Pihak berkuasa melancarkan siasatan berhubung promosi diadakan bar itu dan memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyerbu mana-mana premis rantaian itu, kata jurucakap polis, Endra Zulpan, pada sidang media hari ini.

Premis itu terpaksa mengeluarkan permohonan maaf dan mendakwa pihak pengurusan tidak mengetahui berkenaan promosi itu.

"Kami tidak berniat untuk mengaitkan agama dengan promosi ini dan oleh itu kami memohon maaf kepada orang ramai," kata pemilik bar itu dalam satu kenyataan yang disiarkan di media sosial semalam.

Selain siasatan polis, hantaran itu turut mencetuskan tindak balas menerusi pentas dalam talian dan kumpulan Islam konservatif, dengan rakyat Indonesia menuduh pihak pengurusan bar itu tidak menghormati Nabi Muhammad SAW.

Pegawai kanan kumpulan Islam Muhammadiyah, Dadang Kahmad menyelar promosi yang 'tidak beretika' itu.

"Amat dikesali apabila simbol agama dipermain-mainkan, bukan saja simbol agama Islam tetapi agama lain.

"Kenapa guna Muhammad? Mengapa tidak menggunakan nama lain yang tidak dikaitkan dengan mana-mana agama?," katanya.

Selain itu, ada pihak lain yang menggesa pemilik bar dihukum, walaupun mereka tidak tahu mengenai tawaran promosi minuman keras berkenaan. - AFP

Komen Weblog Ibnu HasyimArak percuma untuk pelanggan bernama Muhammad. Hina Nabi Muhammad SAW, terlalu biadap! Berlaku di negara umat Islam terbesar di dunia.

Konon disebut pula 'Islam konservatif'? Mana ada 'Islam konservatif'? Yang ada, ialah Islam dan bukan Islam. Kurang ajar sungguh!


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails