Saturday, June 25, 2022

Gangguan Seksual: Australia gagal lindungi pekerja wanita..

 

Satu dalam tiga' kakitangan parlimen Australia alami ganggu seksual.
Laporan mengenai gangguan seksual di lombong Australia Barat dikeluarkan hari ini. - Foto AGENSI


Industri perlombongan Australia gagal lindungi pekerja wanita

SYDNEY: Industri perlombongan Australia wajar mempertimbangkan daftar pelaku gangguan seksual dalam usaha mengekang kejadian penderaan yang berleluasa, kata laporan kerajaan negeri hari ini yang memperincikan kes tingkah laku 'mengerikan' itu terhadap wanita.

Siasatan oleh Australia Barat iaitu bahagian yang kaya dengan mineral dan menempatkan sebahagian besar industri bijih besi negara itu turut mengkritik gergasi perlombongan seperti BHP dan Rio Tinto kerana mengabaikan atau terlepas pandang tingkah laku yang menyalahi undang-undang dan jenayah.

Laporan itu dikeluarkan selepas penyiasatan selama setahun dijalankan berhubung kebimbangan mengenai budaya seksisme dan buli yang mencetuskan kemarahan orang ramai mengenai keadaan tempat kerja pada tahun lalu, yang membawa kepada gerakan 'MeToo' di negara berkenaan.

Australia menyumbang kira-kira separuh daripada eksport bijih besi dunia dan golongan wanita telah lama membuat aduan mengenai gangguan seksual di kem perlombongan iaitu tempat tinggal sementara yang disediakan di lombong terpencil bagi menempatkan pekerja.

"Saya terkejut dan perkara ini luar jangkaan, melihat kepada saiz dan betapa meruncingnya masalah ini.

"Kami diberitahu bagaimana gangguan seksual diterima atau diabaikan," kata Pengerusi Jawatankuasa, Libby Mettam dalam ucapan di Parlimen ketika membentangkan laporan itu.

[..seorang wanita dilaporkan memberitahu siasatan itu keadaannya yang tidak sedarkan diri di pondok penginapan dan mendapati seluar jeans dan seluar dalamnya sudah terlucut hingga ke bahagian buku lali..]

Contoh yang disebut dalam laporan itu termasuk mengintai, menghantar mesej lucah, permintaan untuk mendapatkan bantuan seksual sebagai balasan untuk pekerjaan tetap dan serangan seksual.

Salah seorang wanita dilaporkan memberitahu siasatan itu keadaannya yang tidak sedarkan diri di pondok penginapan dan mendapati seluar jeans dan seluar dalamnya sudah terlucut hingga ke bahagian buku lali, menyebabkan dia berasa 'sakit, malu, dianiaya, kotor dan sangat keliru'.

Laporan itu turut memberitahu, individu yang bercakap kepada jawatankuasa itu memaklumkan pelaku gangguan seksual berkenaan hanya ditukarkan ke tapak kerja lain atau berkhidmat dengan syarikat berbeza.

Antara 24 cadangan yang dikemukakan termasuk supaya industri mempertimbangkan daftar pesalah atau pilihan lain 'yang boleh dikuatkuasakan dengan berkesan dan adil untuk menghalang pesalah gangguan seksual yang kerap melakukan perkara itu terus diambil bekerja semula.

"Ia juga mengesyorkan bagi mewujudkan forum untuk mendokumentasikan pengalaman dilalui mangsa dan meneroka peluang untuk mendapatkan ganti rugi seperti permohonan maaf rasmi dan pampasan. - REUTERS


Sila lihat..

Kaitan Industri cendawan 

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails