Monday, May 30, 2022

Industri Cendawan, antara M'sia & negara China..

 


KL/IH: INDUSTRI cendawan merupakan satu industri yang semakin manarik minat ramai usahawan terutama dikalangan orang muda kita di Malaysia.

Industri Cendawan di negara kita dimulakan sekitar tahun 1960'an dengan skala kecil-kecilan dan masih agak kurang dikomersilkan sehingga tahun 2000. Bagaimana pun selepas tahun 2010, industri cendawan telah pun dimasukkan sebagai salah satu daripada 7 jenis makanan penting didalam Dasar Agro Makanan (DAM). 

Cendawan mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat terutama di negara maju sebagai makanan dise dan juga makanan untuk kesihatan. Laporan daripada FAO menyatakan kadar permintaan cendawan adalah sebanyak 16 - 17 juta metrik tan setahun (Dibaca sebagai 16,000,000 - 17,000,000 kg setahun) dengan negara China menguasa 65% pengeluaran, EU (22%), USA (5%) dan Indonesia (1%). 

Negara utama yang direkodkan sebagai pengguna cendawan didunia adalah seperti USA (30%), German (15%), Perancis (11%), Itali (11%), UK (11%), Kanada (10%) dan lain-lain negara. China kini merupakan negara paling maju dalam industri cendawan sama ada dalam bentuk pengeluaran cendawan segar dan juga cendawan kering (kajian 2016)

Malaysia juga mengimpot banyak cendawan daripada negara China setiap tahun untuk menampong kadar permintaan yang terus tinggi setiap tahun. Sebut sahaja makanan cenawan, kita amat mudah membelinya daripada pasaraya terutamanya cendawan kering daripada negara China. 

Makanan berasaskan bahan cendawan dihidangkan setiap hari oleh mereka yang lebih pentingkan kesihatan dan mempunyai kemampuan membeli.  

Tranformasi industri cendawan ke perkilangan di China.

Baru-baru ini berita dari negara China melaporkan berlakunya tranformasi industri cendawan ke perkilangan di China. 
Industri cendawan yang berdasarkan penanaman tradisional telah mengalami tranformasi yang berjaya ke arah perkilangan dalam kerangka projek pembasmian kemiskinan di kaunti Qingfeng provinsi Henan pada beberapa tahun kebelakangan ini.
Ianya sekali gus menyediakan peluang kerja kepada lebih 15 ribu petani. Sebanyak 12 ribu buah rumah hijau di seluruh kaunti Qingfeng yang berkapasiti menghasilkan cendawan 300 ribu tan setiap tahun telah menjadi penjana utama bagi peningkatan pendapatan petani tempatan.

Semoga petani-petani di Malaysia mampu memanfaatkan perusahaan cendawan samada di kampung-kampung atau di bandar-bandar di Malaysia. 

Demi membangun bersama Islam. Insya Allah! (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails