Saturday, June 04, 2022

Hantar semula kontena sampah ke negara asal -Tuan Ibahim

 

Terima kasih JAS Pulau Pinang – Tuan Ibrahim

KUALA LUMPUR: Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengucapkan terima kasih Jabatan Alam Sekitar (JAS Pulau Pinang) yang cekap bertindak dan pantas menjalankan pemeriksaan ke atas 14 buah kontena sisa plastik yang dibawa masuk dari Amerika, New Zealand, Great Britain dan Belgium.

Menurutnya, pemeriksaan telah dilakukan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth, Pulau Pinang.

“Syarikat pengimport dari Sungai Petani, Kedah yang dipercayai telah diisytiharkan muflis,” ujarnya menerusi laman Facebook beliau, semalam.

Katanya, semua kontena diperiksa dan 1 kontena membawa buangan plastik tercemar disyaki buangan SW 422 (campuran buangan terjadual dengan buangan bukan terjadual) di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

Tambahnya, notis pemulangan kontena telah dikeluarkan kepada agen untuk tindakan menghantar semula kontena ke negara asal.

Sementara itu, berkata Malaysia menghadapi cabaran untuk mendapat kerjasama daripada negara-negara pengeksport untuk mengambil semula sisa-sisa mereka.

Justeru, katanya, Malaysia menggesa agar kerjasama yang lebih baik dapat dihulurkan negara-negara pengeksport sisa pada Mesyuarat Peringkat Tinggi Persidangan Konvensyen Basel, Rotterdam dan Stockholm yang berlangsung pada 1 dan 2 Jun lalu.

Beliau yang menghadiri mesyuarat itu menambah, Malaysia memohon kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport untuk menangani masalah tersebut.

“Tiada negara yang patut menjadi tempat pembuangan sisa dari negara lain,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tuan Ibrahim menyatakan komitmen dan sokongan Malaysia terhadap inisiatif dan kawalan ke atas pengurusan sisa dan bahan kimia berbahaya yang selamat kepada kesihatan manusia dan alam sekitar di peringkat global. 

Malaysia turut menggesa kerjasama yang lebih baik daripada negara-negara pengeksport berkenaan dengan isu pengurusan sisa berbahaya. – HARAKAHDAILY 4/6/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa komen kerajaan negeri DAP? Waktu kerajaan PH (Pakatan Harapan) yang ghuyup 22 bulan perintah, tak buat apa-apa?

Undi PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

2 comments:

Anonymous said...

Apalah pee hancing. Kotoran sampah pun nak jadikan duit. Kebuloq sangat kah.

Anonymous said...

Singapura, negara yang tanahnya sekangkang kera. Ayam cukup dalam pasaran, harga terkawal, makanan lain mencukupi. Apa mereka buat?
(1) Mereka tubuh badan khas Singapore Food Agency (SFA) khas untuk memantau rantaian makanan dan kecukupan bekalan.
(2) GLC mereka terlibat dalam industri makanan asas dan ada subsidi terus dari Kerajaan, dengan itu mengekalkan harga rendah.
(3) Mereka galakkan peniaga tempatan buka ladang di luar negara dan bantu eksport masuk ke Singapura.
Qatar dan Arab Saudi, negara padang pasir, tanahnya kering kontang. Untuk pastikan rantaian makanan terjaga dan rakyat cukup makan, apa mereka buat?
(1) Kerajaan beli tanah di New Zealand dan USA, usaha kan ladang sendiri untuk bawa masuk makanan.
(2) Pelbagaikan negara pengimport makanan, tidak hanya bergantung kepada 1-2 negara.
Malaysia, negara kaya sumber asli. Tanahnya subur dari Perlis ke Sabah. Tetapi 65% makanan kita diimport dari luar. La ni tak cukup pula.
Di mana silap nya?
Saya percaya kita perlu kembalikan negara sebagai negara pertanian juga. Bukan sahaja negara industri. Ikutlah Jepun dan Thailand, mereka kekalkan industri pertanian sebagai industri induk negara, untuk kawal rantaian makanan. Walau pun ketika ini, mereka sudah menjadi negara industri.
Kita ni, masa zaman Tun kita bertukar dari jadi negara pertanian ke negara perindustrian. Zaman Najib kita tukar pula nak jadi negara perdagangan.
Nak membangun boleh janganlah sampai industri pertanian disisihkan.
La ni, Pak Menteri bagi solusi, kalau harga mahal, tanamlah sayur dan belalah ayam sendiri 😢
Cer bayangkan kalau Menteri PH yang cakap lagu ni. Sudah pasti penuh sarat wall FB kita dengan makian
dan hinaan. Cytro belah sana buat kerja bagi rakyat benci Kerajaan.
La ni harga naik dan ayam tiada pun newsfeed kita senyap sunyi.
Kata mereka kami ok je harga naik, janji bukan DAP 😅
#ohmalaysiaku

LIYANA MARZUKI

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails