Saturday, July 23, 2022

Terjun wanita digugurkan, siasatlah. Tapi bukan kerana 'patuh syariah'.

 

Acara terjun wanita digugurkan pada Sukma berikutan kurang penyertaan. - Foto hiasan

SUKAN

1. Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan

KUALA LUMPUR: Ketiadaan acara terjun wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dijadualkan bermula dari 16 hingga 24 Sept depan di Lembah Klang adalah kerana tidak menepati syarat minimum peraturan teknikal penyertaan temasya sukan berkenaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata mana-mana acara dipertandingkan pada Sukma, ia perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.

Beliau berkata berdasarkan senarai panjang kontinjen pada 20 Mei lepas, lima acara terjun wanita dan lelaki telah digugurkan kerana tidak mempunyai penyertaan yang secukupnya.

"Bagaimanapun, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada 9 Jun berpendapat bahawa, disebabkan Sukma 2022 adalah edisi khas, penyertaan minimum dikurangkan daripada lapan ke enam negeri, serta melanjutkan tarikh tutup pendaftaran sehingga 30 Jun.

"Namun, setelah tarikh tutup, beberapa acara masih tidak layak dipertandingkan kerana penyertaan kurang daripada enam kontinjen. Ia termasuk acara terjun 1 meter (m) papan anjal wanita, 3m papan anjal wanita, 10m platform wanita, 3m papan anjal seirama wanita dan 10m platform seirama wanita," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong bahawa tiada acara terjun wanita pada Sukma kali ini kerana "sebab politik".

Menurut Ti, hanya lima negeri – Perak, Wilayah Persekutuan, Pahang, Sarawak dan Sabah menghantar penyertaan bagi acara 1m papan anjal dan 3m papan anjal, manakala 10m platform disertai oleh Perak, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama pula sekadar mendapat penyertaan daripada Wilayah Persekutuan dan Sarawak, katanya.

Ti berkata bukan sahaja acara terjun wanita, malah beberapa acara melibatkan karate wanita, olahraga 10,000m jalan kaki wanita, angkat berat wanita, kanu dan tinju lelaki turut tidak dapat diadakan kerana tidak melepasi syarat penyertaan minimum.

"Namun kita meneruskan semua acara terjun lelaki kerana memenuhi syarat (penyertaan minimum selepas syarat dilonggarkan). Bagaimanapun, keputusan (sukar menggugurkan acara terjun wanita) terpaksa dibuat," katanya.

Pandelela menerusi Twitter semalam, meluahkan kekecewaannya kerana tiada acara terjun melibatkan wanita dianjurkan pada Sukma kali ini, hampir sebulan selepas Sarawak membuat rayuan untuk menyenaraikan semula acara berkenaan. - BERNAMA


2. Siasat krisis acara terjun wanita di SUKMA 

Sebanyak 12 acara digugurkan daripada SUKMA kerana penyertaan negeri tidak menggalakkan dengan sukan terjun dilaporkan antara paling terjejas. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menggesa kerajaan memandang serius kenyataan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg mengenai ketiadaan acara membabitkan penerjun wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA), September ini.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu mengambil serius mengenai sektor sukan yang baginya berada dalam 'krisis' sejak penularan COVID-19.

"Amat tidak masuk akal kita kekurangan penyertaan terutama dalam sukan terjun kategori wanita, sedangkan negara kita pernah menjadi juara dunia.

"Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong pernah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik, dan atlet terjun wanita kita seperti Datuk Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut pernah memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia. 

''Menteri Belia dan Sukan harus memberikan penjelasan terhadap kenyataan Pandelela Rinong dan tidak boleh memandang ringan kenyataan seorang atlet kebangsaan yang mempunyai banyak pengalaman dalam sukan sepertinya," kata Sim dalam kenyataan semalam.

Dalam ciapan di Twitter baru-baru ini, Pandelela berkata, beliau kecewa apabila mendapat tahu tiada acara terjun dalam acara wanita dipertandingkan di SUKMA tahun ini kerana alasan politik namun selepas itu memberitahu sudah mendapatkan penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan dan juga Persatuan Renang Malaysia (MS).  

"Saya sudah bercakap dengan Menteri Sukan dan Persatuan Renang Malaysia, dan mereka sedar dengan kekurangan penyertaan daripada negeri pada SUKMA akan datang sejak sebulan yang lalu.

"Jadi Mereka sudah mencari jalan penyelesaian terbaik. Mari berusaha dan saling menyokong antara satu sama lain untuk masa depan sukan terjun Malaysia," tulis Pandelela dalam ciapannya dua hari lalu.

Dua minggu lau, dalam satu laporan media, 12 acara digugurkan daripada SUKMA kerana penyertaan negeri tidak menggalakkan dengan sukan terjun dilaporkan antara paling terjejas.

Lima acara digugurkan dan semuanya membabitkan acara wanita iaitu 1 meter (m) papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama.

Temasya yang dijadual berlangsung di Lembah Klang dari 16 hingga 24 September itu mensyaratkan sekurang-kurangnya enam kontinjen negeri mengambil bahagian bagi membolehkan ia dipertandingkan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setakat ini, negara umat Islam Malaysia masih belum melaksanakan peraturan 'patuh syariah' dalam sukan di seluruh negara. Kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu, kerana negeri tersebut diperintah oleh parti Islam (PAS). 

Apakah orang Islam di negeri lain itu masih tidak diiktiraf Islamnya? Tidak, cuma kalau nak Islam juga seperti di Kelantan/Terngganu, dalam PRU 15 akan datang ini, undilah PAS dan kumpulannya. Jangan undi parti bukan Islam, kerana mereka mengheret rakyat ke neraka!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

Calon gabenor N/York ditikam. M'sia, martabatkan syariah.

 

Anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), Lee Zeldin, yang sedang menyampaikan ucapan di Fairport sempena pemilihan gabenor New York, sejurus sebelum diserang lelaki bersenjatakan pisau. - Foto REUTERS

1. Lelaki cuba tikam calon gabenor New York ketika berucap

NEW YORK: Seorang lelaki bertindak nekad bergerak ke atas pentas dan cuba menikam anggota Kongres Amerika Syarikat (AS), Lee Zeldin, yang sedang menyampaikan ucapan sempena pemilihan gabenor New York, semalam.

Bagaimanapun, Zeldin tidak cedera dalam serangan itu dan penyerangnya berjaya ditahan.

Zeldin memaklumkan, ketika kejadian berkenaan, beliau sempat memegang pergelangan tangan suspek, sebelum beberapa individu lain menahannya.

"Ketika dia cuba menikam saya beberapa jam lalu, dia menyebut 'habislah kamu'. 

"Saya OK… mujurlah saya sempat memegang pergelangan tangan dan menghentikannya sebelum pihak lain menangkapnya," kata ahli politik Republikan itu menerusi Twitter.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada hadirin serta ahli politik, Alison Esposito, kerana membantunya.

Saksi kejadian memuat naik video rakaman serangan itu di media sosial, yang menunjukkan seorang lelaki memakai topi besbol berwarna hitam menghampiri Zeldin dengan pantas dari arah tepi pentas di utara New York.

Zeldin kemudian dilihat menolak suspek sebelum kedua-dua lelaki itu terjatuh, mendorong beberapa individu lain cuba menahan suspek.

Sementara itu, Pejabat Sherif Daerah Monroe menamakan suspek sebagai David Jakubonis, 43, dari Fairport. Motif serangan itu masih tidak diketahui buat masa ini.

Pejabat itu dalam satu kenyataan memaklumkan, Jakubonis yang dikenakan pertuduhan cubaan melakukan serangan, memiliki senjata di tangannya dan mengacukannya ke arah leher Zeldin.

Katanya, hadirin dan pasukan kempen Zeldin menangkap Jakubonis sehingga anggota polis tiba serta menahannya. - REUTERS


2. Dibiar semakin menjadi-jadi 

BANYAK pihak marah. Mengapa tidaknya, adegan menghina Islam semakin menjadi-jadi sekarang. Kali ini melibatkan orang Melayu sendiri. MasyaAllah apa nak jadi.

Ia seperti disengajakan. Ia berlaku bukan kerana kebetulan. Tindakan tanduk seorang wanita yang bernama seperti Melayu bukan sahaja memalukan keluarga, sebaliknya seluruh umat Islam.

Bukan sahaja orang Islam di Malaysia, malah di seluruh dunia. Kita masih ingat ada pihak menawarkan hadiah lumayan kepada mereka yang berjaya menahan individu menghina Islam.

Dunia pernah digemparkan Salman Rushdie yang menghasilkan novel ‘The Satanic Verses’ (1988) yang menghina Islam.

Tindakan penulis terbabit mengundang kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Ayatollah Ruhollah Khomeini dari Iran pernah mengeluarkan fatwa terhadap penulis terbabit.

Itu berlaku di luar negara. Negara kita ada undang-undang. Ada undang-undang sivil dan perundangan Syariah. Ia bertujuan menjaga kesucian agama.

Individu yang menghina Islam boleh didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum lima tahun. Kesalahan itu kerana menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap mana-mana agama.

Di bawah perundangan syariah kesalahan menghina Islam boleh dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam dan Institusinya.

Baru-baru ini Hakim Mahkamah Sesyen Siti Aminah Ghazali membenarkan individu terbabit yang bernama Siti Nuramira diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin.

Individu berkenaan dilapor mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan ketidaktenteraman dalam kalangan masyarakat Islam.

Isu itu bermula apabila wanita terbabit ketika membuah persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail 4 Jun lalu mengeluarkan kenyataan yang menghina Islam.

Malah tindak tanduknya menanggal baju kurung dan tudung di khalayak ramai menimbulkan kemarahan umat Islam. Hakim menetapkan 1 September hadapan untuk sebutan semula kes tersebut.

Pada Jumaat lepas kumpulan hak asasi Lawyers for Liberty (LFL) mengumumkan membantu Siti Nuramira bagi mengumpul dana untuk menjaminnya.
Persoalannya mengapa isu menghina agama semakin menjadi-jadi. Bukan lagi orang bukan Islam yang menghina agama Islam.

Pada era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) muncul individu bernama Sarkas Tanesan, Henry Hiung dan Sally Yen yang menghina Islam di media sosial.

Kata Henry ‘orang Islam maha super sensitive, syurga pun kamu tidak pernah nampak’. Itu gambaran yang diberi mereka yang berpangkal nama bukan Islam.

Sekarang menjalar pula kepada nama seperti orang Melayu. Kerajaan perlu bertindak tegas. Kata Ketua Pemuda PAS Malaysia Ahmad Fadhli Shaari jangan beri muka.

Tiba masanya kerajaan kena serius untuk memartabatkan semula perundangan Syariah. Pindaan Akta 355 untuk memberi kuasa lebih luas kepada Mahkamah Syariah perlu disegerakan.

Bukan lagi sekadar denda RM5,000. Akta Mahkamah Syariah Bidang kuasa Jenayah 1965 (Pindaan 1984) sehingga sekarang memperuntukkan Mahkamah Syariah boleh menjatuhkan hukuman maksimum denda RM5,000, atau penjara maksimum 3 tahun atau sebatan 6 kali ataupun gabungan antara hukuman-hukuman berkenaan.

Seperti kata bekas Ketua Hakim Negara. Tun Abdul Hamid, “Saya tahu sekarang pun usaha sedang dibuat untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh mahkamah syariah, dalam linkungan undang-undang yang berkuatkuasa sekarang, khususnya Perlembagaan Persekutuan……. Masalah-masalah itu hanya boleh diatasi dengan perubahan struktur yang menyeluruh, termasuk meminda peruntukan Perlembagaan Persekutuan. – HARAKAHDAILY 217/2022

Hibur Hibur Sikit

Traveling Kashmir a Paradise Neelum Valley Road Trip Pakistan



JAZIRAH ISLAM | MENGENAL MUSLIM KASHMIR (12/06/18






urdu tarana urdu tarana mp3 free download urdu tarana lyrics urdu tarana ringtone urdu tarana download urdu tarana dj song ...



Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails