Tuesday, July 19, 2022

Rakyat cari pemimpin bersih-Daim. R'samy dengar A/Hadi.. & Dr K'zaman.

 


1. Ramalan Daim beri isyarat rakyat cari pemimpin bersih

BACHOK: Keupayaan PAS mengekalkan kerajaan negeri yang bersih dan bebas sebarang penyelewengan antara faktor bekas Menteri Kewangan Tun Zaim Zainuddin menjangka parti itu mampu memenangi lebih banyak kerusi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

Selain itu tiada pergolakan dalaman PAS berbanding parti-parti lain.

Ketua Dewan Ulamak PAS Kelantan Dato’ Hassan Mohamood berkata, andaian bekas pemimpin veteran Umno itu tidak pelik apabila dilihat perkembangan politik yang berlaku sekarang.

Katanya, rakyat sememangnya mencari pemimpin dan parti yang bersih dan tidak terlibat sebarang penyelewengan serta skandal.

“Jika ada pihak yang membuat andaian PAS akan memenangi lebih banyak kerusi pada PRU15 dianggap tepat dengan mengambil kira semua parti sekarang dalam suasana pergolakan.

“Situasi yang berlaku itu menyebabkan terhakis kepercayaan rakyat kepada pimpinan mereka,” katanya ketika ditemui selepas penyerahan jersi kejohanan Liga Elit Dun Tawang di sini malam tadi.

Baru-baru ini Daim ketika memberitahu sebuah portal menjangka PAS bakal memperoleh lebih banyak kerusi pada PRU15 susulan perpecahan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Malah katanya parti dalam PH bakal kehilangan sebilangan kerusi yang dimenanginya pada 2018 lalu.

“Pembangkang tidak akan mendapat majoriti kerana DAP akan kehilangan sebilangan kerusi, manakala PKR akan kalah lebih lagi,” katanya.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, pemimpin PAS dilihat tenang ketika parti-parti lain seperti BN dan PH berdepan masalah dalaman sekarang. – HARAKAHDAILY 15/7/2022

2. Ramasamy patut dengar syarahan, baca buku Presiden PAS 

PUAS hati! Sarat dengan ilmu dan melimpah dengan hujahan akademik serta fakta sejarah.

Itu yang paling tepat boleh disimpulkan daripada ucapan penuh bermanfaat pada Syarahan Perdana Ulamak Negarawan oleh Presiden PAS, Tan Sri Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yang juga Wakil Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah di The Everly Hotel, Putrajaya, semalam.

Kupasan ilmiah sebeginilah yang sepatutnya pemimpin DAP, P Ramasamy dengar dan hadam sebelum sewenang-wenangnya mengulas mengenai hal ehwal berkaitan Islam atau Melayu mahupun tokoh berkaitan.

Minda Presiden PAS yang sering menulis pandangan-pandangan antarabangsa serta kaedah pengurusan politik Islam yang tuntas, juga amat perlu dicermati oleh Ramasamy.

Barulah nanti segala percakapan dan buah butir bicara yang keluar di bibir pimpinan DAP akan berpijak di bumi yang nyata, berhati-hati serta mendapat pertimbangan adil.

Kalau segala perkara mengenai Islam dilihat dalam kacamata Cauvinis kepartian, agama atau kebangsaan, maka akan pincanglah setiap pandangan dan pemikiran kalian terhadap Islam.

Tapi pincang sahaja tidak apa lagi, sebaliknya yang selalu terjadi adalah ia akan mengheret pula polemik kebencian, salah faham dan meluaskan jurang perkauman dalam negara.

Islam untuk semua

Islam bukanlah agama kampungan atau ajaran yang baharu wujud kini. Dalam segmen ekonomi misalnya, di saat Barat masih tergapai gapai dan kekaburan menguruskan ekonomi negara mereka, Islam telah terkehadapan.

Sebagaimana isi syarahan tersebut, Tuan Guru Abdul Hadi ana menyentuh mengenai pentadbiran Khalifah Umar al-Khattab RA di mana satu pembaharuan penting telah diadakan antaranya Takhsimul ‘Ata’ iaitu penetapan elaun secara sistematik.

Jelas Tuan Guru, dengan wilayah negara Islam semakin luas ketika itu, perolehan hasil negara juga menjadi sangat banyak. Lalu diwujud sistem kewangan dan tangga gaji di mana sistem ini didaftarkan pendapatan dan perbelanjaannya dipanggil Tadwinud Dawawir.

Jangan kata Barat, bahkan semua negara bangsa akhirnya menerima sistem pengurusan sebegitu. Negeri DAP pun guna. Itulah dia Islam yang diturunkan di negara yang kering-kontang, tetapi akhirnya mampu membina tamadun dunia.

Perjuangan Mat Kilau berteras Islam

Jika Ramasamy fahami hal ini, dia tak akan lihat perjuangan Islam di tanah air, khasnya pejuang Melayu-Islam seperti Mat Kilau dari sudut sempit lagi negatif.

Beliau tidak akan berani menyatakan Mat Kilau sebagai pemimpin petani yang bangkit memberontak atau tak puas hati semata-mata kepada British sebab isu tadbir urus kewangan di zaman itu.

Politik dan pengurusan rakyat serta ekonomi difahami sebaiknya oleh Mat Kilau dan seluruh pemimpin Melayu pada waktu itu. Maka ‘kepahlawanan Mat Kilau’ adalah satu perjuangan mengangkat kembali martabat bangsa, umat, agama dan tanah air.

Bukan sebab soal ‘isi perut’ atau nafsu kebendaan seperti difahami secara dangkal oleh Ramasamy!

Cuba melenyapkan Islam

Sebaliknya British di satu sudut, datang ke negara dan rantau ini dengan cubaan untuk melenyapkan amalan Islami termasuk struktur pemerintahan serta tadbir urus kewangan berasaskan Islam yang telah sedia wujud di masa itu.

Inilah titik punca perpaduan dan kebangkitan pahlawan-pahlawan silam lainnya yang mungkin Ramasamy turut hafal sejarah negara ini sebagai warganegara Malaysia kan?

Ia kebangkitan penuh nilai ketinggian martabatnya kerana memperjuang untuk suatu keadilan yang dirampas oleh penjajahan British yang menakluk dan menzalimi di mana mesti ditegakkan semula walaupun darah dan nyawa menjadi taruhan.

Motif politik DAP

Ia jauh berbeza dengan tanggapan dan persepsi serta emosi demonstrasi jalanan yang sering dilaungkan atau ‘ditaja’ DAP di mana turut dibayangi untuk meraih undi.

Walaupun sudah mendapat titah Baginda Sultan akan tiadanya apa-apa keperluan untuk turun ke jalan raya, tetapi sebahagian mereka sanggup ‘sembah derhaka’.

Mereka turun juga ke jalanan. Ia amat memalukan dan dilihat menyanggah nasihat murni istana.

Atas sebab itulah, kita sarankan pimpinan DAP supaya hadir dan dengar jugalah pandangan serta syarahan ulamak Islam khasnya daripada Presiden PAS sendiri.

Dari situ akan terbitlah perbincangan, wacana, perdebatan bahkan persaingan politik yang adil, matang dan bijaksana.

NAZMAN CHE IBERAHIM
Darulnaim Research Centre – HARAKAHDAILY 18/7/2022

3. Jangan perjudikan kedaulatan negara untuk populariti diri 

12 JULAI lalu sedikit kegemparan berlaku apabila akhbar Financial Times yang berpangkalan di London melaporkan bahawa aset dua anak syarikat PETRONAS di Azerbaijan dirampas oleh waris kesultanan Sulu yang menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia.

Laporan akhbar Financial Times bertajuk ‘PETRONAS subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’ ini dikira menggemparkan bila nilai aset PETRONAS yang didaftarkan di Luxembourg, iaitu PETRONAS Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan PETRONAS South Caucasus S.à r.l., dilaporkan mencecah lebih AS$2 bilion (RM8.8 bilion).

Sejurus itu, beberapa pihak mula mempersoalkan ketegasan kerajaan di dalam mempertahankan kedaulatan negara diiringi desakan mereka supaya kerajaan menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Pada hari yang sama, Ahli Parlimen PAN dari Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub, memaklumkan beliau telah memfailkan usul tergempar untuk Dewan Rakyat membahaskan rampasan aset PETRONAS oleh waris kesultanan Sulu itu.

Usul tergempar bertarikh 12 Julai yang diajukan di bawah Peraturan Mesyuarat 18 (1) (2) berkenaan kepentingan orang ramai yang perlu disegerakan itu meminta Perdana Menteri menjelaskan apakah langkah perundangan yang telah dan sedang diambil oleh Pejabat Peguam Negara Malaysia dan PETRONAS ke atasnya.

Menyusuli beliau ialah Ahli Parlimen WARISAN dari Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis, dan Ahli Parlimen DAP dari Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang mengemukakan usul serupa kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar @ Azizan Harun.

Begitupun, pada hari yang sama, 12 Julai, PETRONAS telah mengeluarkan kenyataan bagi mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai.

PETRONAS bagaimanapun menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikat ini telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil dari pelupusan ini telah pun dipulangkan (‘repatriated’) dengan sewajarnya.

Selain itu PETRONAS juga berpendirian bahawa tindakan yang diambil terhadapnya selaku sebuah syarikat sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan PETRONAS dari segi undang-undang dalam hal ini.

Keesokan harinya pula, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, menjelaskan dengan panjang lebar betapa Kerajaan Malaysia akan terus mengambil semua langkah yang sewajarnya termasuk tindakan perundangan untuk menamatkan segala tuntutan waris kesultanan Sulu tersebut dan mempastikan agar kepentingan, kekebalan kedaulatan dan kedaulatan Malaysia sentiasa dilindungi dan terpelihara. 

Dijelaskan oleh Dr Wan Junaidi betapa Mahkamah Rayuan Paris telah pada 12 Julai membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia untuk menggantung penguatkuasaan Final Award bertarikh 28 Februari yang telah dikeluarkan oleh Dr Gonzalo Stampa berikutan tuntutan oleh waris kesultanan Sulu tersebut melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Oleh itu, kesan daripada Perintah Penggantungan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Rayuan Paris pada 12 Julai 2022 tersebut, Final Award tidak boleh dikuatkuasakan di mana-mana negara sehingga keputusan muktamad oleh Mahkamah Paris berkenaan dengan permohonan pembatalan Final Award yang dibuat oleh Kerajaan Malaysia. 

Berikutan kejayaan Kerajaan Malaysia mendapatkan Perintah Penggantungan Final Award pada 12 Julai 2022, Kerajaan Malaysia sedang membuat persiapan yang rapi untuk pendengaran bagi pembatalan Final Award yang mana tarikh pendengarannya belum ditetapkan. 

Pada 15 Julai pula Dr Wan Junaidi mengeluarkan satu kenyataan bagi mengumumkan bahawa Jemaah Menteri pada 14 Julai telah bersetuju menubuhkan Pasukan Khas bagi meneliti, memantau serta merangka tindakan berlunaskan undang-undang sewajarnya bagi menangani isu tuntutan waris Sultan Sulu terhadap Kerajaan Malaysia.

Pada 14 Julai juga Pejabat Perdana Menteri telah melangsungkan mesyuarat selama hampir tiga jam membabitkan PETRONAS, Jabatan Peguam Negara (AGC), Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN), Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Bahagian Penyelidikan JPM, Kementerian Kewangan, ISIS Malaysia dan Pakar Bebas bagi membincangkan isu ini.

Mesyuarat, dengan input-input terperinci daripada pelbagai pihak, telah membuat beberapa ketetapan untuk memastikan aset dan kedaulatan negara terjamin.

Sebenarnya kerajaan, melalui Wisma Putra dan AGC, telah sejak 2 Mac lagi menyatakan keseriusannya menangani permasalahan yang timbul dengan menyenaraikan semua langkah yang telah diambil olehnya selama ini.

Segera ditegaskan bahawa Kerajaan Malaysia membantah Final Award yang dikeluarkan oleh Dr Stampa pada 28 Februari kerana ia bukan sahaja mencabuli kekebalan kedaulatan Malaysia malahan juga tidak mempedulikan keputusan-keputusan mahkamah di Madrid dan Paris.

Cubaan Isnaraissah Munirah mengemukakan usul tergempar bagi membincangkan Final Award tersebut di Dewan Rakyat pada 10 Mac juga telah ditolak oleh Azhar @ Azizan kerana, antara lainnya, perkara ini sudah diberikan penjelasan oleh kerajaan.

Malah, di dalam Sidang Dewan Rakyat pada 10 Mac itu sendiri, Dr Wan Junaidi, ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Papar dari WARISAN, Ahmad Hassan, turut menjelaskan dengan panjang lebar segala persoalan yang berbangkit daripadanya.  

Walaupun sesuatu isu itu adalah berkepentingan orang ramai, apa-apa perbincangan terbuka mengenainya berpotensi untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang akan memprejudiskan Malaysia dalam mengukuhkan kedudukannya dalam prosiding mahkamah, dan jika didedahkan akan sebaliknya digunakan oleh pihak penuntut untuk mencabar tindakan Malaysia dalam prosiding tersebut.

Sebaliknya, jika kita adalah warganegara yang peka, penelitian ke atas segala penjelasan yang telah diberikan oleh kerajaan mengenai pelbagai langkah konkrit yang telah dan sedang diambil akan memberikan kita kefahaman yang jelas mengenainya. 

Oleh itu, semua pihak seharusnya tidak cuba menjadikan isu ini sebagai satu medan untuk menonjolkan diri dan mencari populariti.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF 
Pegawai Khas Perdana Menteri – HARAKAHDAILY 18/7/2022

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

6 comments:

Anonymous said...

Ucapan Presiden Makmal Sakti RS Thanenthiran seribu kali ganda lebih baik dari Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Bila bohjan tua berucap dan berkata maak aaii melopong walaun dan otai otai.. peerghhhh selagi boleh goreng China Doll teruskan gorengan itu.. Sama macam goreng mamak tekak rakyat kembang nak muntah. Goreng China Doll sama juga rakyat dah naik meluat mendengarnya.!!

“Dengar sini. Nak suruh saya berjaya dengan menjadi penjilat kepada perasuah, pilih presiden lain,” – Anwar Ibrahim

Saya ulanggg... puiiii ...!!

Itu lah bonyi ucapan bohjan tua Malaysia selepas menutuh China Doll oopss eeh silap lepas Kongres PKR. Saya ulanggg..!!

Itu lah gorengang si bohjan Mesia berucap diatas pentas hadapan penyokong Parti Keadilan Rakyat , sekadar retorik dan penyedap ucapan sahaja. Sedangkan retorik ucapan ini rakyat dah lali dan naik kembang tekak mendengarnya. Rasa meluat nak muntah ada lah..!!

Ini pulak ucapan Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia RS Thanenthiran "Kenapa kerajaan senyap bisu berkaitan kes Hakim Nazlan Ghazli Zety dan Taufiq Ayman kes AMLA 700 juta yang sudah pun selesai disiasat oleh kedua PDRM dan SPRM. Apa sudah jadi..!?

Bagi kenyataan konon benci korupsi UMNO, ia juga satu pembohongan besar dari Anwar.
Jika benci korupsi , tentu Anwar akan benci Lim Guan Eng dan DAP. Banglo lajak murah dan kes torwong di ulu ceruk tokong sana.

Lim Guan Eng ada lah perasuah tegar dimana terbabit dengan rasuah banglo Pinhorn dan rasuah Terowong Pulau Pinang.

Selain itu, Presiden Makkal Sakti bertanya Peguam Negara berkaitan kedudukan kes rasuah bekas Gabenor Bank Negara Tan Seri Zeti Akhtar. Apa dah jadi rakyat mahu tahu apa tindakan kerajaan. Pernahkah rakyat dengar Anwar desak kes Zety, Taufiq Ayman Nazlan dijalankan..!?

Siasatan SPRM dan PDRM sudah lama lengkap , dan sudah pun berada di meja Peguam Negara , namun sehingga kini masih belum ada jawapan kepada kedudukan kes itu. Ini salah satu desakan Presiden Makkal Sakti yang diluahkan selama ini.

Parti Makkal Sakti Malaysia telah pun mengutus surat lagi kepada Ketua Hakim Negara dan Peguam Negara berkenaan penglibatan Hakim Nazlan di dalam kes SRC International Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peliknya sehingga kini selepas hampir empat bulan kami masih lagi belum mendapatkan sebarang maklumbalas daripada kedua dua Jabatan perundangan ini

Semenjak kerajaan Pakatan Harapan ambil aliih , banyak harta negara telah beralih tangan kepada pihak luar dan kroni” .

Nampak nya masih belum kemana mana lagi kes berkaitan individu yang rapat dan ada kaitan dengan Tun Mahathir.

Bekas Setiausaha Agung Dap Lim Guan Eng kini sedang sibuk turun naik mahkamah bagi menjawap kes rasuah nya. Ia kes benar dengan saksi mengaku memberi rasuah dan juga LGE sendiri meminta 10% dari jumlah projek. Mana perginya suara Brother Anwar Bin Ibrahim..!?

Maka , kenapa pula Anwar tidak cuba jauhkan diri dari perasuah LGE?

Ucapan Presiden Makkal Sakti lebih baik dari Presiden PKR Anwar Ibrahim. Beza dia dengan Anwar Ibrahim macam langit dengan bomi.

Saya Ulanggggg...!!!

Unknown said...

Negeri miskin. Jalan Kotor. Air kotor. Banjir besar tiap2 tahun.. habis duit rakyat negeri lain kene tampung kerugian banjir berbillion di situ jer.

Rakyat susah kene keja luar negeri

Manfaat mende negeri dibawah pimpinan Islam extreme?

Anonymous said...

Pilih PH yg perjuang rakyat

Anonymous said...

Propesor kangkong jadi penasihat PM???? ..
Ptut la PM malaysia tk nmpak bijak..

Anonymous said...

Jom sokong pas. Insya Allah pimpinan pas bersih dari korup duit dan korup kuasa. Pimpinan pas punya akhlaq yg baik dan boleh dipuji.

AYUH MALAYSIA BERSAMA PAS.

Anonymous said...

Ayuh malaysia tinggalkan parti liberal. Parti songsang yg terus menerus mencaci pimpinan Islam. Parti liberal pun tak sebaik mana. Bersekongkol dengan pimpinan dapig yg kluster mahkamah juga. Hari ni mereka mencaci Islam, hari ini juga mereka sokong nur amirah bini alex dalam senyap senyap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails