Tuesday, July 19, 2022

Ini di sebalik sokongan ke atas penghina agama. Esok.

 

Siti Nuramira Abdullah 

1. Di sebalik sokongan wang ke atas penghina agama

TERKINI dilaporkan beliau telah berjaya mengumpul derma hampir RM40,000. Beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh semua umat Islam:

1. Bukan-Islam (yang menentang Islam) bersatu untuk merosakkan dan menjatuhkan imej Islam. 

2. Muslim (yang turut menyumbang) sudah semakin hilang jati diri agama dengan menyokong tindakan pelawak wanita ini.

3. Gerakan Liberal semakin berani untuk bergerak dan menyampaikan dakyah mereka. 

Maka; 

1. Tugasan dakwah semakin besar dan rumit, dan ia adalah tanggungjawab kita semua bersama. Tugasan ini bukan hanya kepada para asatizah sahaja. 

Tidakkah kita bimbang generasi anak cucu kita akan termasuk golongan seperti di atas? Maka segeralah bertindak.

Semua manusia berada dalam kerugian, kecuali mereka yang melakukan 4 perkara, antaranya adalah berpesan-pesan dengan kebenaran (dakwah Islam).

2. Para musuh Islam bergabung untuk menghancurkan Islam, maka adakah kita akan terus berpecah belah?

Para pimpinan politik, utamakanlah Perpaduan Ummah atas landasan agama berbanding hawa nafsu dan gilakan kuasa.

Para agamawan, utamakan perbincangan perkara yang membangkitkan kefahaman umat mengenai Islam berbanding perbalahan berkaita isu khilaf yang tidak berkesudahan. 

Akhirnya makin ramai umat Islam yang tidak faham mengenai Islam mula melakukan perkara-perkara yang merosakkan Islam.

3. Bersama membanteras kefahaman Liberal.

Ia adalah suatu kepercayaan dan cara berfikir yang terbuka menggunakan logik akal semata-mata.

Liberalisme meletakkan kebebasan sebagai prinsip tertinggi dalam membebaskan individu daripada kawalan moral atau peraturan agama sehingga boleh menggantikan peranan agama dalam mengatur kehidupan individu dan masyarakat.

Dengan kelemahan kefahaman Islam maka ramai umat Islam hari ini mudah menerima kefahaman Liberal yang sesat ini:


“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung.”

(Ali-Imran: 104)

MUHAMMAD HANIF – HARAKAHDAILY 19/7/2022

Sumber Asal: https://www.facebook.com/1616385126/posts/pfbid0QjuNEzM9azm8HC1vsz4g7UWde3QmWfjdKJEud7CKiBeYnzJGxYfL8j7wKGSoFstMl/ 

2. Nuramira ditahan JAWI, dijangka didakwa di Mahkamah Tinggi Syariah esok

KUALA LUMPUR: Wanita tular yang didakwa menghina Islam ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi, Siti Nuramira Abdullah ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) selepas dibebaskan hari ini.

Siti Nuramira ditahan penguat kuasa JAWI selepas menandatangani Borang Jamin dengan ditemani peguamnya, Ramesh Chandran di Kaunter Jaminan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 10.30 pagi ini.

Mengikut prosedur, wanita itu akan ditahan oleh JAWI selama 24 jam sebelum dijangka dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok untuk dituduh mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 Bahagian III-Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Kesucian Agama Islam Dan Institusinya.

Seksyen itu membabitkan kesalahan menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina yang mana jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Semalam, Nuramira dan teman lelakinya, V Alexander Navin membayar wang jaminan masing-masing berjumlah RM20,000 melalui hasil kutipan sumbangan orang ramai.

Pada 13 Julai lalu, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menimbulkan rasa tidak harmoni dalam kalangan masyarakat Islam ketika melakukan persembahan di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail pada 4 Jun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen, Siti Aminah Ghazali, yang membenarkan Siti Nuramira, 26, diikat jamin RM20,000 oleh seorang penjamin, memberi amaran kepadanya supaya tidak mengulas mengenai kes itu.

Pada hari sama, Navin, 38, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memuat naik kandungan menghina di media sosial.

Bagi pertuduhan pertama, Navin didakwa berkongsi di akaun Instagramnya pada 5 Jun dengan niat untuk menghina orang lain.

Sementara bagi pertuduhan kedua, dia didakwa berkongsi kandungan melalui akaun YouTubenya pada 16 Jun dengan niat untuk menghina orang lain. (BH)

Hibur Hibur Sikit

H2S Pilihan: 02 -Muslim Rap-Soldier of Allah.

Soldiers Of Allah 1924 Rap, Learn your history

 Undilah PAS dan rakan kumpulannya!

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

Masalahnya bukan menyokong.

Masalahnya cara pemerintahan Islam extreme + penyamun yg berterabur.

Masalahnya cakap x serupa bikin

Hari2 isu kecam maksiat. Sana sini ... nak tegak Islam... semangat Mat Kilau.

Nak kembali ke zaman kegemilangan Islam... tapi bersama2 penyamun perasuah perintah negara.

Hari2 berita... harga barang naik... barang x ada..... siapa naik turun pangkat.... siapa ada perjanjian ....sesama ahli kabinet dapur bergaduh...

Ada berita positif utk rakyat?

Pemimpin naik keta bru gaji buta rakyat merana

Jangan buat lawak.

Anonymous said...

Tentera Malaysia maut di Lahat Datu angkara Sultan Sulu, Nurul boleh bergambar dengan keluarga Sultan Sulu. Brother nyanyi anak perempuan bergambar dng Sultan Kiram. Mme Kurang ajar sungguh punya keluarga..!!

Anwar Ibrahim telah menyanyikan lagu dibawah dengan lirik rekaan nya sendiri yang berbunyi “Tanya sama Najib, mengapa kau goyang? Nanti jawab Najib, Sabah dah HILANG!!!”

Tuntutan itu juga bermula selepas pentadbiran Bossku menghentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu sejak 2013 lagi. Wajarkah teruskan bayaran bila tentera kita maut ditangan Sultan Sulu..!?

Peristiwa Lahad Datu meninggalkan sejarah hitam buat Malaysia apabila ramai perwira negara gugur mempertahankan kedaulatan negara daripada dicerobohi pengganas Sulu pada 2013.

https://youtu.be/TNkgB_ck990 Lagu Gay Boy Brother Anwar Bin Ibrahim "Tanya Sama Najib Sabah nak hilang..!!"

Masih ingat nyanyian Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas sebuah bas bumbung terbuka pada Februari 2013, disaat negara sedang bersiap sedia untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke 13?

Dengan butir-butir lirik, Sabah bakal hilang, ianya pantas menimbulkan polemik politiknya yang tersendiri

Anwar cukup yakin, PKR Sabah bakal menawan negeri ini dan sekaligus membawa kepada kekalahan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke 13. Menariknya, tidak lama selepas itu, pengganas Sulu pula muncul bertujuan untuk menuntut semula Sabah dari Malaysia.

Kehadiran sebahagian pengganas itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu 11 Februari 2013 dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2015/11/21/nurul-izzah-kesal-isu-gambar-puteri-sulu

Pada 14 Februari 2013, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

Ketua Polis Negara ketika itu pula, Tan Sri Ismail Omar menegaskan bahawa polis mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari selatan Filipina.

Ismail berkata, kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal.

Pada 16 Februari 2013, Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kumpulan itu menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana ia diambil British di bawah kerajaan Sulu.

Kerajaan Filipina pada 24 Februari 2013 kemudian menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

Krisis pencerobohan Lahad Datu mula menjadi tumpuan apabila dua orang anggota keselamatan negara ditembak mati pada 1 Mac selepas pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo.

Susulan itu pada 7 Mac 2013, Jamalul Kiram III mengumumkan gencatan senjata pihak Kesultanan Sulu.

Bagaimanapun, Bossku yang melawat Lahad Datu menolak gesaan gencatan senjata dan mahu pengganas itu meletakkan senjata tanpa syarat serta serah diri selain beliau mengumumkan pembentukan sebuah kawasan keselamatan khas yang meliputi wilayah pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau merangkumi Sandakan, Semporna dan Lahad Datu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2015/11/98632/polis-akan-siasat-pertemuan-nurul-izzah-jacel-kiram-zahid

Pencerobohan itu mengakibatkan 12 perwira negara negara terbunuh

Anonymous said...

Sikit pun kamu tak kutuk amy. Ada beri sumbangan kat amy ker.

Anonymous said...

Kata sorang ust. , sesiapa yg menyokong non muslim untuk serang Islam dikategorikan sebagai munafiq.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails