Tuesday, July 19, 2022

Sekuriti makanan.. Timbang rasa & mansuh cukai -Prsiden PAS

 

Mengimbangi kenaikan harga makanan domestik akan membabitkan kos untuk kerajaan -NSTP/Aizuddin Saad

1. Isu sekuriti makanan cetus kebimbangan

KUALA LUMPUR: Sekuriti makanan menjadi kebimbangan utama bagi kerajaan di Asia Pasifik (APAC) berikutan konflik ketenteraan Russia-Ukraine yang terus mengganggu bekalan dan meningkatkan kos produk pertanian, menurut laporan baharu oleh Moody's Investors Service.

Menurut laporan itu, kejutan makanan boleh meningkatkan ketidakpuasan sosial dan dasar perlindungan perdagangan, manakala tindak balas dasar terhadap kejutan baru-baru ini akan memberi implikasi kredit jangka panjang kepada kerajaan dan beberapa syarikat korporat.

Kerajaan, termasuk India, Indonesia, Malaysia dan Thailand, menggunakan harga yang ditadbir untuk makanan, bahan api dan komoditi asas yang lain.

"Mengimbangi kenaikan harga makanan domestik akan membabitkan kos fiskal untuk kerajaan atau syarikat komoditi milik kerajaan. Kadar penyatuan fiskal di beberapa negara ini dijangka perlahan berikutan tekanan perbelanjaan yang berterusan," katanya.

Moody's berkata, kelembapan ekonomi serta kehilangan pekerjaan dan pendapatan sejak dua tahun lalu turut menjejaskan negara dan komuniti secara tidak seimbang, menyebabkan mereka lebih mudah terdedah kepada harga komoditi yang lebih tinggi.

"Di sebalik pertumbuhan ekonomi yang pesat, Asia kekal sebagai tempat kepada kebanyakan penduduk dunia yang kekurangan nutrisi," katanya.

Konflik ketenteraan Russia-Ukraine juga berlaku dengan penyelarasan dasar antarabangsa yang goyah.

Risiko dan tekanan sosial yang tinggi untuk melaksanakan pendirian dasar perlindungan dijangka meningkat, dengan beberapa pengeluar di APAC mengenakan sekatan eksport.

Misalnya, India terus mengenakan sekatan terhadap eksport gandum dan gula, Malaysia hanya melonggarkan sebahagian larangan eksport ayam dan Indonesia mengenakan larangan sementara ke atas eksport minyak sawit.

Menurut Moody's, sekatan eksport akan memburukkan lagi cabaran sekuriti makanan yang sedia ada dan akan menjadi kredit negatif bukan sahaja untuk pengimport makanan tetapi juga pengeksport makanan yang terjejas di negara-negara yang mengenakan sekatan berkenaan.

"Akan ada kesan negatif terhadap logistik dan kemudahan pelabuhan jika pengendalian di pelabuhan merosot berikutan sekatan eksport. Kekurangan bekalan akan memberi impak negatif kepada syarikat pembungkusan makanan dan pengedar.

"Bagaimanapun, kami menjangka syarikat yang diberi penarafan dalam sektor infrastruktur dan produk pengguna makanan yang terjejas, yang sebahagian besarnya adalah entiti gred pelaburan, dapat mengekalkan akses kepada pembiayaan," katanya.

Bagi kerajaan, katanya kebanyakan daripadanya mempunyai ruang fiskal yang berkurangan selepas pandemik, mengimbangi kenaikan harga makanan domestik akan membabitkan kos fiskal dan kadar penyatuan fiskal dijangka perlahan berikutan tekanan perbelanjaan yang berterusan.

Dalam persekitaran tekanan sosial yang meningkat, subsidi makanan dan pertanian akan menjadi tumpuan.

"Subsidi bersasar kepada pengguna boleh menjadi berkesan dalam mencapai matlamat pertumbuhan dan ekuiti, manakala subsidi pertanian kepada pengeluar akan memainkan peranan penting dalam sekuriti makanan dan kestabilan politik dalam pekerjaan pertanian," menurut Moody's.

-BERNAMA


2. Timbang rasa, mansuh cukai: Tangani kenaikan harga barang 

PUTRAJAYA: Masalah kenaikan harga barang memerlukan timbang rasa antara pihak peniaga dan pembeli, manakala kerajaan perlu mengambil langkah-langkah menangani situasi yang menekan masyarakat.

Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perbahasan isu ini turut tercatat dalam kitab Bulughul Maram karangan Ibnu Hajar yang bermazhab Syafie di mana ia disyarah oleh kitab Subulus Salam karangan dari mazhab Syiah Zaidiah.

“Allah Taala beri rahmat seseorang yang pemudah, pemurah, pemaaf bila dia jual, bila dia beli, bila dia minta hutang. Timbang rasa, semua timbang rasa. Itu dalam suasana orang bertimbang rasa antara satu sama lain. 

“(Tetapi) Kita menghadapi zaman orang tak ada timbang rasa. Peniaga nak untung sampai 50 peratus, melampau sangat. Tak patutlah, sorok barang-barang berlaku. Dalam hal ni terdapat kalangan ulamak, kerajaan boleh menentukan harga barang-barang penting.

Tasi’ir dibenarkan. Setengah ulamak membenarkan bila berlaku suasana yang menekan masyarakat. Boleh diambil langkah-langkah itu. Zaman Saidina Umar Khattab R.A bila berlaku kenaikan harga barangan khususnya gandum di masa itu.

“Sayidina Umar telah membebaskan ‘usyur. ‘Usyur ialah cukai perniagaan dikenakan kepada peniaga-peniaga bukan Islam, ‘usyur. Orang Islam dikenakan zakat perniagaan, bukan Islam dikenakan ‘usyur. Zakat ni ibadat, ‘usyur bukan ibadat,” jelasnya.

Penerangan tersebut dinyatakan beliau pada sesi dialog sempena Syarahan Perdana Ulamak Negarawan dan Pelancaran Yayasan Permata Ummah di The Everly Hotel, di sini kelmarin.

Menurut beliau, zakat sama sekali tidak boleh dimansuhkan, namun ‘usyur boleh dihapuskan di mana membolehkan peniaga mendapat untung daripada tindakan kerajaan membatalkan cukai seperti itu.

Kesannya cerita beliau, tindakan Umar itu menyebabkan berlaku lambakan gandum di Madinah dan harganya dapat diturunkan sesuai kemampuan rakyat untuk membeli keperluan tersebut.

“Subsidi ini pula dilaksanakan dalam suasana darurat. Kalau tak ada darurat tak perlu subsidi. Subsidi ini kita tak mahu ajar rakyat bermudah-mudah. Apa lagi subsidi dibahagi berlaku salah laku. Tak kena sasaran dia, macam berlaku dulu-dulu. Menjadikan orang itu malas, orang itu tak bekerja. 

“Ni kita kena sedar sehingga nak buat, nak derma masjid pun malas. Kerana apa? Orang dah bayar duit nak buat masjid. Sedangkan buat masjid ni, sedekah jariah. Orang berebut. Bila dah ada penyumbang-penyumbang itu orang tak buat dah. Sedekah jariah ini dimatikan. Itu tak boleh. 

“Sepatutnya, amal-amal jariah ni kita kena galakkan untuk mengatasi masalah-masalah subsidi,” terang beliau yang juga Wakil Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah.

Tuan Guru turut menyentuh mengenai kebebasan bersuara di mana tegasnya wujud batas yang mesti disedari, namun sebaiknya kebebasan diberi dan dihujahkan, serta menjawab soalan hingga tidak terjadi fitnah.

“Hujah ni mestilah orang yang ahli untuk berhujah. Jangan berhujah menambah menambahkan kekusutan lagi, itu salah. Kita kena sedar. Memang berhujah ini sangat penting.

“Terutamanya zaman media sosial yang ada pada hari ini tak terlawan, tak terurus, tak ada siapa nak jawab. Dan banyak anak-anak muda pula, baca media sosial ini, tak ada ilmu langsung, tak mengaji langsung. Ini bahaya.

“Ini saddu liz zari’ah, untuk elak daripada fitnah mesti satu tindakan yang tegas perlu diambil. Ini kena sedar,” ujar beliau. – HARAKAHDAILY 19/7/2022

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

4 comments:

Anonymous said...

Isu Sultan Sulu : Rafizi buat lapuran polis seluruh negara terhadap Bossku, yang teruk kena belasah ialah Brother Anwar Bin Ibrahim.

Lagi teruk Brother Anwar Bin Ibrahim kena main dengan Rafizi.

Bossku boleh jawab dengan selumber dan penuh berfakta tuduhan dan fitnah jijik Rafizi. Brother Anwar Bin Ibrahim lari masuk gua tangan tangan kotor berlumur berdarah angkara keluarganya tentera kita terbunuh peristiwa Lahat Datu.

Nurul Izzah boleh posting bergambar di istana Sultan Kiram di Sulu sedangkan tentera Malaysia ada yang dibunuh kejam.
Bukan kah anak gay boy tua Malaysia penah bergambar dengan Setan Sulu dolu..!?

http://malayohmalay.blogspot.com/2017/10/khalid-anggap-pertemuan-nurul-izzah.html?m=1

Media Filipina dan antarabangsa telah ‘memainkan’ secara besar-besaran bagaimana beberapa pemimpin pembangkang Malaysia mengadakan pertemuan dengan pemberontak Mindanao.

Penglibatan ‘orang dalam’ yang menyalurkan maklumat kepada waris Sultan Sulu dan pasukan guamannya untuk mencari jalan merampas hak pemilikan Malaysia di luar negara.

Parlimen Pekan itu berkata, walaupun beliau perdana menteri pada 2017, tuntutan waris sultan Sulu tidak sampai ke timbang tara.

“Pada masa itu, mereka hanya berhajat untuk memfailkan timbang tara. Notis timbang tara itu dihantar selepas Mei 2018 apabila PH mengambil alih tampuk pemerintahan Putrajaya.

“Kenapa mantan Peguam Negara semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Tan Sri Tommy Thomas tidak menghantar wakil Malaysia ketika proses timbangtara dibuat.

Kerajaan perlu segera menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi meleraikan isu tuntutan waris Sultan Sultan yang didakwa merampas aset PETRONAS di Azerbaijan daripada pelbagai sudut.

“Ini kerana adalah amat malang jika kecuaian berlaku di pihak kerajaan yang diketahui Tun Mahathir semasa PH memerintah ada niat sabotaj terhadap kepentingan negara dari dalam.

“Tetapi sebaliknya menghantar surat permohonan maaf dan bersetuju untuk membayar semula (reimbuse). Tidakkah ia seolah-olah mengiktiraf tuntutan tersebut?

mengapa Kabinet PH tidak membincangkan isu penting yang menjejaskan kedaulatan kita? Adakah mereka tidak nampak atau mereka tidak peduli? Itulah sebabnya bekas menteri PH perlu mengesahkan mereka tidak membincangkan atau bertindak mengenai perkara itu.”

Pada otai otai Brother Anwar Bin Ibrahim saudara kamu bernama Rafizi itu adalah jelmaan dan klon Tun Mahathir dalam PKR. Parti PKR sekarang sedang ternak ular sawa dalam reban ayam PKR. Tak serik serik Brother otai ini kena main...

Dey tamby brapa banyak kena main haah..!!

KHALAS

Anonymous said...

Gaytua ni pandai bergaya. Biar papa asal bergaya. Bukan pasai tiada duit tapi bergaya. Ini pasai tiada isu tapi sembangnya macam dia paling hebat. Tong kosong sasterawan politik.

Timbalan pulak lebih sudu dari kuah. Report seluruh negara. Macam motto baru Ayuh Malaysia. Kaki persepsi. Persepsi berjaya tapi objektif gagal. Sebab pespektif tak sama dengan dunia sebenar. Maksudnya macam tong kosong jugak.

Jom sokong pas. Walaupun nampak macam merangkak, tapi berjaya dalam tugasan. Sikit sikit nanti jadi bukit. Sebab apa? Kerana tuntutan amanah. No to rasuah no to salah guna kuasa.

avanza5990 said...

Tapi sejak bila pulak naik harga pendaftaran SSM dari RM60 setahun ke RM150 setahun.

Read more: http://cipantapirtenuk.blogspot.com/2022/07/bukan-minyak-masak-je-naik-harga-tetapi.html#ixzz7ZUvQvadJ

ni contoh menteri partai lebai ada dlm kabinet usang buruk.

Anonymous said...

Walau pun dipandang usang tapi punya idea yg bernas. Walau pun kelihatan slow tapi hak rakyat dikembali. Jangan bersastera sembang kosong seperti gaytua. Menyala merah mata, macam dia mr perfect. Tapi penuh dusta dan janji pelesu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails