Saturday, July 23, 2022

Terjun wanita digugurkan, siasatlah. Tapi bukan kerana 'patuh syariah'.

 

Acara terjun wanita digugurkan pada Sukma berikutan kurang penyertaan. - Foto hiasan

SUKAN

1. Terjun wanita digugurkan kerana tidak cukup penyertaan

KUALA LUMPUR: Ketiadaan acara terjun wanita pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-20 yang dijadualkan bermula dari 16 hingga 24 Sept depan di Lembah Klang adalah kerana tidak menepati syarat minimum peraturan teknikal penyertaan temasya sukan berkenaan.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ti Lian Ker berkata mana-mana acara dipertandingkan pada Sukma, ia perlu mendapat penyertaan daripada sekurang-kurangnya lapan kontinjen negeri.

Beliau berkata berdasarkan senarai panjang kontinjen pada 20 Mei lepas, lima acara terjun wanita dan lelaki telah digugurkan kerana tidak mempunyai penyertaan yang secukupnya.

"Bagaimanapun, Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukma pada 9 Jun berpendapat bahawa, disebabkan Sukma 2022 adalah edisi khas, penyertaan minimum dikurangkan daripada lapan ke enam negeri, serta melanjutkan tarikh tutup pendaftaran sehingga 30 Jun.

"Namun, setelah tarikh tutup, beberapa acara masih tidak layak dipertandingkan kerana penyertaan kurang daripada enam kontinjen. Ia termasuk acara terjun 1 meter (m) papan anjal wanita, 3m papan anjal wanita, 10m platform wanita, 3m papan anjal seirama wanita dan 10m platform seirama wanita," katanya.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai dakwaan ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong bahawa tiada acara terjun wanita pada Sukma kali ini kerana "sebab politik".

Menurut Ti, hanya lima negeri – Perak, Wilayah Persekutuan, Pahang, Sarawak dan Sabah menghantar penyertaan bagi acara 1m papan anjal dan 3m papan anjal, manakala 10m platform disertai oleh Perak, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.

Acara 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama pula sekadar mendapat penyertaan daripada Wilayah Persekutuan dan Sarawak, katanya.

Ti berkata bukan sahaja acara terjun wanita, malah beberapa acara melibatkan karate wanita, olahraga 10,000m jalan kaki wanita, angkat berat wanita, kanu dan tinju lelaki turut tidak dapat diadakan kerana tidak melepasi syarat penyertaan minimum.

"Namun kita meneruskan semua acara terjun lelaki kerana memenuhi syarat (penyertaan minimum selepas syarat dilonggarkan). Bagaimanapun, keputusan (sukar menggugurkan acara terjun wanita) terpaksa dibuat," katanya.

Pandelela menerusi Twitter semalam, meluahkan kekecewaannya kerana tiada acara terjun melibatkan wanita dianjurkan pada Sukma kali ini, hampir sebulan selepas Sarawak membuat rayuan untuk menyenaraikan semula acara berkenaan. - BERNAMA


2. Siasat krisis acara terjun wanita di SUKMA 

Sebanyak 12 acara digugurkan daripada SUKMA kerana penyertaan negeri tidak menggalakkan dengan sukan terjun dilaporkan antara paling terjejas. - BERNAMA

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong menggesa kerajaan memandang serius kenyataan ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong Pamg mengenai ketiadaan acara membabitkan penerjun wanita dalam Sukan Malaysia (SUKMA), September ini.

Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu perlu mengambil serius mengenai sektor sukan yang baginya berada dalam 'krisis' sejak penularan COVID-19.

"Amat tidak masuk akal kita kekurangan penyertaan terutama dalam sukan terjun kategori wanita, sedangkan negara kita pernah menjadi juara dunia.

"Ratu terjun negara Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong pernah memenangi pingat perak dalam Sukan Olimpik, dan atlet terjun wanita kita seperti Datuk Leong Mun Yee dan Nur Dhabitah Sabri turut pernah memenangi pingat dalam Kejohanan Dunia. 

''Menteri Belia dan Sukan harus memberikan penjelasan terhadap kenyataan Pandelela Rinong dan tidak boleh memandang ringan kenyataan seorang atlet kebangsaan yang mempunyai banyak pengalaman dalam sukan sepertinya," kata Sim dalam kenyataan semalam.

Dalam ciapan di Twitter baru-baru ini, Pandelela berkata, beliau kecewa apabila mendapat tahu tiada acara terjun dalam acara wanita dipertandingkan di SUKMA tahun ini kerana alasan politik namun selepas itu memberitahu sudah mendapatkan penjelasan daripada Menteri Belia dan Sukan dan juga Persatuan Renang Malaysia (MS).  

"Saya sudah bercakap dengan Menteri Sukan dan Persatuan Renang Malaysia, dan mereka sedar dengan kekurangan penyertaan daripada negeri pada SUKMA akan datang sejak sebulan yang lalu.

"Jadi Mereka sudah mencari jalan penyelesaian terbaik. Mari berusaha dan saling menyokong antara satu sama lain untuk masa depan sukan terjun Malaysia," tulis Pandelela dalam ciapannya dua hari lalu.

Dua minggu lau, dalam satu laporan media, 12 acara digugurkan daripada SUKMA kerana penyertaan negeri tidak menggalakkan dengan sukan terjun dilaporkan antara paling terjejas.

Lima acara digugurkan dan semuanya membabitkan acara wanita iaitu 1 meter (m) papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal seirama dan 10m platform seirama.

Temasya yang dijadual berlangsung di Lembah Klang dari 16 hingga 24 September itu mensyaratkan sekurang-kurangnya enam kontinjen negeri mengambil bahagian bagi membolehkan ia dipertandingkan.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setakat ini, negara umat Islam Malaysia masih belum melaksanakan peraturan 'patuh syariah' dalam sukan di seluruh negara. Kecuali di negeri Kelantan dan Terengganu, kerana negeri tersebut diperintah oleh parti Islam (PAS). 

Apakah orang Islam di negeri lain itu masih tidak diiktiraf Islamnya? Tidak, cuma kalau nak Islam juga seperti di Kelantan/Terngganu, dalam PRU 15 akan datang ini, undilah PAS dan kumpulannya. Jangan undi parti bukan Islam, kerana mereka mengheret rakyat ke neraka!


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 3


Dikir Marilah Undi Bule


Undilah PAS dan rakan kumpulannya!


PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails