Saturday, September 21, 2013

Baju Dalam Di Pagar Asrama. Wajarkah Didik Begini?

Baju dalam di pagar asrama
Sekeping kadbod bertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar.

BAGAN SERAI - Bukan hanya baju dan seluar, malah pakaian dalam pelajar perempuan turut digantung pada pagar asrama sekolah. Itu tindakan dilakukan pengurusan asrama sebuah sekolah agama di Kerian yang mendakwa ia sebagai hukuman dan denda terhadap pelajar yang gagal menuntut pakaian mereka.

Bapa seorang pelajar sekolah itu yang hanya ingin dikenali sebagai Shafie, 49, berkata, dia kesal dengan tindakan tersebut yang disifatkannya tidak wajar. Menurutnya, tindakan keterlaluan dan memalukan pelajar itu diketahuinya ketika menghantar anak perempuannya pulang ke asrama Ahad lalu.

"Tindakan pihak pengurusan asrama sekolah ini sememangnya mengejutkan ibu bapa.
"Pakaian anak-anak kami digantung dan dipamerkan di pagar dan sekeping kadbod tertulis ‘Pakaian Yang Tidak Dituntut Oleh Pelajar’ turut diletakkan pada pagar," katanya kepada Sinar Harian.

Shafie berkata, pihak pengurusan sekolah sepatutnya mempertimbangkan hukuman lain yang lebih wajar.

“Kes ini sebenarnya hukuman terbaru dikenakan pengurusan asrama selepas hukuman denda keterlaluan lain dikenakan sebelum ini terhadap beberapa pelajar perempuan di sini, termasuklah hukuman ketuk ketampi sebanyak 100 kali diselangi berjalan itik sejauh 200 meter pada 26 Jun lalu.
“Persoalannya, mengapa tidak dikenakan hukuman lebih rasional terhadap pelajar yang bersalah?.
"Saya gesa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak menyiasat isu ini supaya kejadian sama tidak berulang," katanya.

Shafie berkata, susulan insiden itu, pihaknya mengemukakan aduan bertulis kepada pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kerian dan JPN Perak. Menurutnya, tujuan aduan dikemukakan bukannya untuk mempertahankan kesalahan dilakukan pelajar tetapi mahu pihak pengurusan asrama sekolah terbabit lebih rasional dalam mengenakan hukuman ke atas mereka.

Katanya, tindakan mengantungkan pakaian dalam bukan hanya memalukan pelajar perempuan sekolah itu malah menjadikan mereka trauma kerana diejek pelajar lelaki yang menetap di blok bertentangan asrama pelajar perempuan. Dia berkata, sebelum ini anaknya dan pelajar perempuan lain pernah dikenakan hukuman lain yang disifatkannya juga tidak wajar.

“Saya mendesak pentadbiran sekolah memberi jaminan kejadian sebegini tidak berulang memandangkan tindakan menjatuhkan hukuman keterlaluan ke atas pelajar seolah-olah sudah menjadi budaya sekolah ini,” katanya.

Sementara itu, pengurusan sekolah itu enggan mengulas isu tersebut kerana Sinar Harian difahamkan, pihak terbabit tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan tanpa kebenaran pihak JPN. (SH)

Ini, Gambar Rumah Maya Karin RM2J Di London?

Gambar Maya Karin


HALAMAN HIBURAN

KEJAYAAN artis Malaysia? Nampaknya dalam diam-diam, artis Malaysia yang seorang ini dikatakan sudah memiliki rumah di kota London. Harga rumah di London milik Maya Karin berharga RM2 juta. Apa RM2 juta?

Ya…Lagipun tidak mustahil dan tidak mengejutkan sebenarnya memandangkan Maya Kari cukup terkenal dengan sifat berjimat-cermatnya. Baik daripada aksesori, baju, kereta semuanya biasa-biasanya. Apatah lagi dengan menjadi duta Vono pun dibayar sekitar sejuta. Tidak seperti tipikal artis Malaysia yang lain :

Bukan sahaja hartanah dan rumah di Kota London, malah Maya Karin dikatakan memiliki rumah & tanah di sekitar Damansara, Penchala dan juga Terengganu. Apapun pelaburan yang baik buat Maya Karin. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Tahniah! (IH)

Pakai Baju Kurung Mudah Dirogol. Pakai Seksi?



Pakaian begini tak mudah dirogol?

PETALING JAYA – Wanita yang memakai baju kurung berisiko menjadi mangsa rogol.

Pegawai Perhubungan Awam AMANITA PDRM, Inspektor Q Sheila berkata, berdasarkan trend kes rogol terkini, kebanyakan mangsa yang memakai baju kurung mudah menjadi mangsa disebabkan pakaian itu.Menurutnya, pakaian itu juga  boleh dijadikan peralatan  untuk memudahkan suspek melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Saya tidak cakap tidak boleh pakai baju kurung, tetapi wanita harus berhati-hati kerana pelaku ini berada di mana sahaja.  Jadi sebagai wanita tidak seharusnya kita memberi peluang kepada mereka,” katanya ketika memberi ceramah pada Kempen Pencegahan Jenayah & Keganasan Terhadap Wanita  dengan kerjasama KRT Taman gasing Indah, di Dewan Sivik MBPJ, semalam.

Menurutnya, aksesori lain yang sering dipakai oleh wanita pada tubuh badan tanpa disedari juga berisiko menjadi senjata kepada penjenayah.

“Klip rambut, beg tangan, kerongsang  boleh digunakan  penjenayah sebagai senjata kerana ada kes barang ini digunakan untuk mencederakan mangsa. Jadi kena kurangkan pemakaian aksesori pada tubuh,” katanya.

Selain itu, wanita juga perlu bijak sekiranya berada berseorangan terutama di dalam lif dan kawasan tempat letak kereta.

“Berdiri dalam posisi yang rapat dengan dinding lif juga membantu agar penjenayah tidak boleh mengambil kesempatan, begitu juga ketika meletakkan kenderaan di parkir yang sunyi, sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling sebelum masuk dan keluar dari kenderaan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut  menyarankan agar wanita mempunyai peralatan bagi menangkis serangan penjenayah.

“Peralatan ini banyak di pasaran, boleh beli mana yang sesuai dan lazimnya pilihlah peralatan yang mudah dibawa dan digunakan,” katanya. (SH)
 Demonstrasi khas bagaimana penjenayah mengambil kesempatan tanpa mangsa menyedarinya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pakai baju kurung mudah dirogol, pakaian seksi dan bertelanjang, bagaimana? Mana lebih mudah dirogol?

Jihad Nikah: Berita AFP Ini, Memfitnah Wahabi..


Wanita Tunisia lancar 'jihad nikah' di Syria
TUNIS - Sekumpulan wanita Tunisia pergi ke Syria untuk melancarkan 'jihad nikah' bagi melegakan pejuang-pejuang yang memerangi tentera Presiden Bashar Al-Assad, kata Menteri Dalam Negeri, Lotfi ben Jeddou kepada Parlimen.

"Mereka tidur dengan 20, 30 atau 100 pejuang Islam," kata menteri berkenaan kepada anggota-anggota Parlimen Tunisia kelmarin.
"Selepas mengadakan hubungan seks menerusi jihad nikah, mereka pulang dalam keadaan hamil," tambahnya.

Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai bilangan wanita Tunisia yang hamil secara demikian. Jihad nikah yang membenarkan hubungan seks dengan berbilang pasangan, dianggap oleh sebahagian ulama Wahabi sebagai antara bentuk jihad di sisi Islam.

Lofti tidak mendedahkan bilangan wanita Tunisia yang memasuki Syria bagi tujuan itu tetapi media tempatan melaporkan angka tersebut mencapai beberapa ratus orang. Selain wanita, beratus-ratus lelaki Tunisia turun memasuki Syria untuk bersama-sama berjihad menumbangkan rejim Bashar.

Bagaimanapun, Lofti turut memberitahu, seramai 6,000 belia negara berkenaan telah dihalang untuk memasuki Syria sejak beliau mula mentadbir negara pada Mac lalu. Dalam pada itu media tempatan melaporkan beribu-ribu warga Tunisia menyertai pejuang-pejuang Islam dalam konflik di seluruh dunia termasuk di Afghanistan, Iraq dan Syria sepanjang 15 tahun lalu. - AFP

Untuk memudahkan memahaminya, sila lihat..

Berbikini Di Sukan Perpaduan Islam, M'sia Tak Bantah?


BENDERA negara-negara yang bertanding dalam Sukan Perpaduan Islam menghiasi perkarangan Kompleks Sukan Palembang di Palembang semalam.- AFP

SUKAN
Isu bikini cetus kontroversi di Sukan Perpaduan Islam

PALEMBANG - Sukan Perpaduan Islam yang akan berlangsung di Indonesia pada hujung minggu ini dihimpit kontroversi isu pemakaian bikini sukan oleh atlet wanita. Sebahagian negara meminta semua wanita menutup aurat untuk acara bola tampar, trek dan padang serta renang tetapi pihak penganjur enggan melarang pemakaian bikini itu.

"Jika sebahagian negara enggan menggunakan bikini, ia baik tetapi jika negara lain mahu menggunakannya, kami akan membenarkan," kata ahli jawatan kuasa penganjur, Djoko Pramono.
"Kami bersetuju mengguna pakai peraturan sukan antarabangsa termasuk etika berpakaian," tambahnya.

Beribu-ribu atlet dari 44 buah negara berpenduduk Islam termasuk Malaysia akan mengambil bahagian dalam temasya sukan tersebut pada hujung minggu ini. Namun, kata Djoko, hanya negara yang diperintah kerajaan Islam menentang pemakaian bikini dengan membuat aduan secara berkumpulan. Beliau bagaimanapun, enggan mendedahkan nama negara yang membuat aduan tersebut.

Tahun ini merupakan kali kedua temasya itu diadakan dengan Sukan Perpaduan Islam pertama berlangsung di Arab Saudi. - AFP
  
 

Lihat sebelum ini..

Nikah Di Selatan Thai, Tak Mudah Sangat. Siapa Yang Susahkan?


ALOR SETAR - Seorang wanita yang bernikah di selatan Thailand pada hujung tahun lalu mengakui pernikahan yang diuruskan sendiri di negara jiran itu tidak semudah yang digembar-gemburkan oleh kebanyakan orang.

Pekerja swasta yang hanya mahu dikenali sebagai Anita, 44, memberitahu, terdapat pelbagai dokumentasi rumit yang perlu disediakan pasangan terutamanya mereka yang pernah bercerai. Katanya, disebabkan itulah kebanyakan pasangan di negara ini lebih senang memilih sindiket mengendalikan pernikahan mereka, sekali gus antara faktor utama berlakunya lambakan ejen yang menguruskan perkhidmatan pernikahan di selatan Thailand.

Anita yang bernikah dengan pasangannya, Zamri, 59, berkata, dia dan suami terpaksa berulang-alik sebanyak tiga kali dari Alor Setar ke pejabat Konsulat Malaysia di Songkhla bagi mendapatkan cop dan tandatangan pengesahan surat nikah mereka.(Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nabi Muhammad SAW kata, permudahkan jangan persusahkan dan gembirakan, jangan takut-takutkan! Ada beberapa perkara yang perlu dipercepatkan, antaranya....berkahwin..

Lihat...

Lagi Skim Pelaburan Palsu RM7.3 J..

SEBAHAGIAN wang tunai yang dirampas dalam serbuan di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth, Pulau Pinang Rabu lalu.

PENGGUNA
GEORGE TOWN - Polis menumpaskan satu sindiket penipuan yang menawarkan skim pelaburan dan perniagaan palsu membabitkan kerugian RM7.3 juta apabila menahan lima individu di sebuah pangsapuri di Kampung Gajah, Butterworth dekat sini pada Rabu lepas.

Sindiket yang beroperasi sejak 2008 itu dikatakan mengumpan mangsa dengan mendakwa mereka mempunyai hubungan rapat dengan Sultan Johor dan menyamar sebagai Datuk Seri dan Datin Seri yang diperoleh dari negeri itu.

"Ahli sindiket juga menyamar sebagai pegawai bank, peguam dan mengaku memiliki pelbagai projek perumahan termasuk dana luar negara bernilai RM6.9 bilion dari Australia," kata Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi pada sidang akhbar di sini semalam. (Kosmo)

Pencabul Menyamar Peminta Sedekah.

Dicabul 'peminta sedekah' 
 Che Suza
KUALA TERENGGANU - Seorang pembantu kedai menjadi mangsa cabul seorang lelaki warga Pakistan yang berpura-pura meminta sedekah dengan menunjukkan tangannya yang luka bagi meraih simpati. Kejadian berlaku di sebuah kedai pengantin di Jalan Kubang Kurus, Chukai, Kemaman, Isnin lalu.

Menurut sumber, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang berusia 18 tahun ketika itu sedang bekerja di kedai terbabit sebelum didatangi suspek yang kononnya ingin meminta sedekah sambil menunjukkan tangannya yang luka.

“Bagaimanapun, mangsa tidak mengendahkan permintaan itu sebelum suspek secara tiba-tiba cuba memeluk mangsa dari arah belakang tetapi berjaya ditepis mangsa.
“Walaupun berjaya ditepis, namun suspek masih tidak mengalah dengan secara tiba-tiba memegang bahu kiri mangsa dan mencabulnya sebelum melarikan diri,” katanya, semalam.

Jelasnya, terkejut dengan perbuatan itu, mangsa segera memaklumkan kepada majikan mengenai kejadian itu sebelum bapa kepada majikannya mengejar dan menangkap suspek, kira-kira jam 5.30 petang.

“Suspek berusia 38 tahun itu kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Che Suza Che Hitam ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek yang kini direman untuk disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul. (SH)

Al Qardhawi Diperintah Tangkap Dituduh Lawan Tentera Mesir.


Syeikh Yusuf Qardhawi tiba di Mesir untuk memimpin solat Jumaat di Dataran Tahrir di Kaherah 18 Februari 2011

Pemerintahan kudeta tentera Mesir melalui peguam agung mengeluarkan surat perintah penangkapan atas Syeikh Yusuf Al Qardhawi. Syeikh Al Qardhawi adalah ulama yang lahir di Mesir yang tinggal dan berkewarganegaraan Qatar. Berdasarkan surat perintah itu, Syeikh Al Qardhawi akan terus ditangkap sebaik sahaja tiba di Mesir.

Surat khabar Al Sharq Al Awsat (20/9) melaporkan, Hisham Barakat, Peguam Agung Mesir mengeluarkan perintah penangkapan Syeikh Yusuf Al Qardhawi dengan tuduhan telah melakukan provokasi untuk berjihad melawan tentera Mesir, permintaan untuk dilakukannya campur tangan asing, merancang penghinaan dan melemparkan tuduhan pembunuhan para penunjuk perasaan kepada tentera Mesir dalam rancangan yang disiarkan stesen televisyen milik Qatar, Aljazeera.

Syeikh yang juga Ketua Persatuan Ulama Muslim Antarabangsa itu telah menetap di Qatar lebih dari 40 tahun dan memperoleh kewarganegaraan dari negara tersebut. Sejak muda beliau pernah dipenjara oleh rejim tentera Mesir sebelum akhirnya mengajar di Arab Saudi dan Qatar.

Selain itu, beliau juga adalah anggota Haiah Kibar Ulama Al Azhar Mesir.
(Sumber : Palestine Reconstruction Team)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)  

Pantai Mauritius, Bagai Air Terjun Bawah Laut.


Image Credit: Flickr
 
Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Mauritius adalah sebuah negera di kepulauan Lautan Hindi sekitar 2.000 kilometer (1.200 mil) di lepas pantai tenggara benua Afrika. Mauritius pertama kali ditemui oleh bangsa Arab sekitar 975 AD, kemudian oleh bangsa Portugis antara tahun 1507 dan 1513. Sejak itu telah ada periode suksesi dan kolonisasi antara Perancis, Belanda dan Inggris. Pulau ini menjadi republik pada tahun 1968.

Terletak di ujung Selatan (Barat Daya) pulau, akan menemui ilusi yang sangat menarik di lepasan pantai syurga tropika ini. Bila dilihat dari atas, sebuah limpasan dari pasir dan endapan lumpur menciptakan kesan “air terjun bawah laut”. Tampilan satelit terlihat dramatis, seperti vortex bawah air tampak muncul. Dan ini bukan Photoshop, tetapi Imagery dari Google Earth.
 
Menjulang tinggi di dekat pantai di namakan Le Morne Brabant adalah semenanjung di ujung ekstrim barat daya dari pulau. Sebuah puncak monolit basaltik dengan ketinggian sekitar 556 meter (1.824 kaki) di atas permukaan laut.

Area Le Morne Brabant meliputi seluas lebih dari 12 hektar. Ada banyak gua dan serambi di lereng curam. Daerah ini sebagian besar dikelilingi oleh laguna dan merupakan objek wisata terkenal. Ini juga merupakan perlindungan bagi beberapa tanaman langka, seperti Mandrinette dan tumbuh hanya pada sisi gunung.
Imagery Date 2013

Sekitar putaran pantai, juga terdapat sebuah kenyamanan dari pantai yang indah dari hotel dan resort tingkat atas, seperti Bel Ombre. Rakyat negara itu terdiri dari beberapa etnik, sebahagian besar orang India, Afrika, Perancis, dan Cina keturunan. Kebanyakan Mauritians menggunakan multi bahasa, iaitu Bahasa Inggeris, Perancis, dan bahasa Cina.

Maka terungkaplah rahsia yang Maha Agung.
(IH/aura-ilmu.com) 

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung

Ujikaji Merpati Pengangkut Bom, Sebagai Senjata Perang Dunia II


JOM KREATIF
Video-vedio di bawah ini menggambarkan projek rahsia BF Skinner. BF Skinner (Burrhusm Frederic Skinner) seorang psikolog Amerika Syarikat (AS), kelahiran Pennsylvania, 20 Mac 1904, yang terkenal dari aliran behaviorisme.
Skinner menempuh pendidikan dalam bidang Bahasa Inggris dari Hamilton College. Beberapa tahun kemudian, Skinner menempuh studi dalam bidang psikologi di Universitas Harvard.[1] Pada tahun 1936, Ia mengajar di Universitas Minnesota, dan pada tahun 1948, ia mengajar di Universitas Harvard sampai akhir hayatnya.
Pada masa perang dunia ke II, skinner membuat terokaan senjata tempur baru yang dinamakan sebagai Project Pigeon (Orcon).


Project Orcon menggunakan merpati sebagai pengangkut bom. Konsepnya memang hampir sama dengan bom kelawar, namun burung merpati boleh dilatih untuk mengingat sasarannya. Projek ini rencananya akan menggantikan penggunaan misil yang seringkali dapat dikecoh oleh musuh.

Sebelum dipasang bom, burung merpati dilatih untuk mengingat sasarannya dengan dihadapkan pada sebuah monitor yang menampilkan gambar dari si target. Sebuah pemicu diletakkan di ujung paruhnya, ketika sampai di target, burung merpati ini akan mulai mematuk - matuk dan bom pun akan meledak. Itulah rencananya.

Namun projek ini gagal dijalankan, kerana pihak militer sendiri akhirnya menilai projek ini tidak masuk akal. Burung merpati perlu dari sekedar latihan untuk mengingat terget. Lagipula, untuk melatih satu ekor burung saja perlukan waktu yang lama.

Jadi projek ini tidak efisien bagi militer. Tetapi, kita boleh ujikaji projek kita sendiri yang sesuai...

Video:
Project Orcon - YouTube 

Pigeon Project - YouTube

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Friday, September 20, 2013

Tentera Mesir Serang Kerdasa, 68 ditangkap


KAHERAH: Pasukan tentera kudeta Mesir terus melakukan serangan ke atas penyokong Morsi dan terbaru semalam di perkampungan Kerdasa di bandar Giza.

Sehari sebelum serangan, penduduk Giza menjadikan Kerdasa sebagai pusat himpunan membantah rampasan kuasa. Mereka keluar beramai-ramai berhimpun di segenap jalan menyatakan sokongan kepada Presiden Sah Dr Mohammad Morsi.

Pihak tentera memberi alasan bahawa serangan di Kerdasa adalah bagi memburu "pengganas yang dikehendaki" yang didakwa terlibat dalam serangan balai polis tempatan sebelum ini. Dalam serangan semalam itu sekurang-kurangnya 68 individu ditangkap. Pihak tentera juga mendakwa menemui bom tangan, mesingan dan peluru.

Sementara itu, Ikhwan dalam satu kenyataan mengutuk tindakan tersebut dan menyifatkan alasan serangan tersebut sebagai satu pembohongan. Serangan semalam ujar mereka lebih kepada mahu menghalang kebangkitan rakyat dan mahu memburu ahli-ahli Ikhwan Muslimin di perkampungan tersebut.(Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

Judi Wang Baitulmal. Maaf, Dia Ikut Kerajaannya Kaki Judi..

Foto 
MESIN judi dirampas dalam serbuan di Wisma Fu Yuen, Jalan Ipoh.

Judi wang Baitulmal
Kuala Lumpur: Dia sepatutnya menggunakan wang bantuan Baitulmal yang diterima untuk meringankan beban keluarga, namun sebaliknya berlaku apabila seorang pemandu teksi sanggup menggunakan wang bantuan itu untuk berjudi kononnya dapat melipatkan gandakan wang diterima itu. 

Perbuatan lelaki berusia 30-an itu terbongkar selepas Bahagian Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur menyerbu sebuah premis judi Internet di Wisma Fu Yuen, Jalan Ipoh, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 9.30 malam itu, tiga premis judi lain di sekitar ibu kota turut diserbu serentak selepas menerima maklumat orang awam.  Pemandu teksi terbabit yang sempat ditemu bual berkata, pada mulanya dia bermain judi hanya sekadar suka-suka dengan modal RM30 namun lama kelamaan mula ketagih.

Menurutnya, kehidupan keluarganya yang susah dan terpaksa membawa teksi untuk menampung keperluan hidup menyebabkan dia layak menerima bantuan Baitulmal sejak beberapa tahun lalu.(myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Dia ikut kerajaannya yang suka berjudi atau kaki judi. 4 nombor ekor, judi bola, judi di Genting Highland dan bermacam lagi. Itulah bentuk tarbiah UMNO/BN.  Guru kencing berdiri, murid, apa lagi...                                                                         

Jom Nikah Di Thailand, RM1,000 Semua Beres! Alhamdulillah!



















AGENSI pernikahan kini menawarkan pakej perkhidmatan secara online. 
  
Agensi tawar pakej pernikahan dalam talian
KUALA LUMPUR – Kewujudan agensi yang menawarkan pakej pernikahan secara terbuka di laman-laman web dipercayai menjadi punca banyak pasangan dari Malaysia bernikah di negara Thailand.
Tinjauan mendapati dengan hanya menaip ‘nikah Thailand’ di enjin carian Google, wartawan Kosmo! mendapati lebih 10 agensi menawarkan perkhidmatan tersebut.

Laman web tersebut turut memberi panduan kepada mereka yang berminat mengenai proses pernikahan, dokumen yang diperlukan serta nombor telefon untuk dihubungi sebelum mereka ke Thailand.
Harga pakej bagi semua proses itu bermula serendah RM1,000. Agensi terbabit turut menguruskan pengangkutan, penginapan, makanan dan urusan surat-menyurat dengan konsulat Malaysia di negara itu. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nikah di Malaysia pun sah dari sudut agama, di Thailand pun sah juga. Mengapa Malaysia tak boleh buat macam tu? Mengapa perlu susahkan orang ramai hingga terpaksa berhijrah tumpang di Thailand?

Lihat...

JAKIM Iktiraf 6 Tempat Perkahwinan di Thailand

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengiktiraf enam Majlis Agama Islam di Selatan Thailand untuk menguruskan perkahwinan di Thailand bagi pasangan dari Malaysia, selepas mendapat kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri (Jain).
Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) Jakim, Saimah Mukhtar berkata, pengiktirafan berkenaan diberikan berdasarkan kesepakatan dan persetujuan bersama yang dimeterai kedua-dua negara dalam satu pertemuan, April lalu.
"Enam Majlis Agama Islam berkenaan adalah di Satun, Songkhla, Pattani, Narathiwat, Yala dan Phatthalung di Selatan Thailand. Persetujuan diberikan hasil pertemuan yang diadakan untuk penyelarasan pengurusan perkahwinan warga Malaysia di Selatan Thailand. "Bagaimanapun, pernikahan itu hanya dibenarkan berlangsung di pejabat Majlis Agama Islam enam wilayah berkenaan saja dan tidak pula membabitkan cawangan lain bagi pejabat berkenaan termasuk di Betong, Thailand," katanya.
(Disiarkan oleh MyMetro pada 30 Jun 2012)

upacara akad nikah orang siam/thailand - YouTube
http://www.youtube.com/watch?v=kGPxIAGs86U

bergambar depan tempat perkahwinan merakamkan akad nikah terima surat nikah selepas perkahwinan
 


Tasha Shilla-Mahali Jasuli.. Khalwat? Hanya 'Kawan-kawan'.

   
Tasha Shilla
HALAMAN HIBURAN

Tasha Shilla Kecewa Terpalit Isu Tangkap Khalwat Pemain Bola
KUALA LUMPUR: Pelakon Tasha Shilla kecewa apabila dituduh sebagai pasangan yang ditangkap khalwat dengan seorang pemain bola sepak baru-baru ini. Tasha, 26, berkata, perkara tersebut adalah tidak benar dan sangat memalukan dirinya dan keluarga.

"Saya sedih dan kecewa bila orang mengaitkan saya dengan isu pemain bola sepak yang ditangkap khalwat hanya kerana saya berkawan dengan Mahali Jasuli.
"Ketika mendengar tentang khabar angin itu saya sangat terkejut dan nasib baik ibu bapa saya tahu saya berada dimana ketika itu dan faham dengan situasi tersebut," katanya kepada mStar Online.
Mahali Jasuli
Tasha ditemui pada majlis peragaan busana ceongsam The Weld Oriental Rhapsody melibatkan pereka fesyen terkenal seperti Bill Keith, Keith See, Shanghai Sin, Ms Chinese Cosmos dan penaja barang kemas Raflessia di The Weld, pada Selasa lalu.bTambah Tasha, dia tidak mahu dikaitkan dengan apa-apa kontroversi termasuk prestasi pemain bola sepak Harimau Malaya itu yang dikatakan semakin merudum sejak bercinta dengannya.

"Dari awal lagi saya dah nyatakan yang saya hanya berkawan dengan Mahali. Saya sokong dia sebagai kawan, bukan teman istimewa.
"Kenapa mahu libatkan saya kalau dia tak beraksi cemerlang? Kenapa bila dia tunjukkan prestasi cemerlang, tidak pula orang sebut nama saya, itu kena tanyalah pada jurulatih dia, Rajagobal," katanya.

Tambah Tasha, dia kini lebih selesa menganggap hubungannya dengan pemain bola sepak itu sebagai kawan dan tidak lebih daripada itu. (mStar)

LAMAN perkongsian Twitter pernah menjadi saksi kemesraan antara Tasha Shilla dan Mahali.(kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Lagi ceita 'kawan-kawan belum kahwin'.
Sila lihat dan baca ini..

Thursday, September 19, 2013

Dunia, Terapkan Prinsip Islam -Pangeran Charles

pangeran prince-charles 

Pangeran Charles Desak Dunia Terapkan Prinsip Islam untuk Lindungi Lingkungan

LONDON: Dalam pidato selama satu jam, pewaris tahta ini berargumen bahawa manusia yang menghancurkan dunia bertentangan dengan kitab suci dari semua agama, tetapi terutama Islam.

Dia mengatakan saat ini pemisahan antara manusia dan alam itu disebabkan bukan hanya oleh industrialisasi, tetapi juga oleh sikap kita terhadap lingkungan, yang bertentangan dengan butir dari “tradisi suci”.

Charles, yang beragam Kristian dan akan menjadi ketua Gereja Inggeris ketika ia berhasil naik tahta, secara mendalam berbicara mengenai Al Qur’an yang ia pelajari sendiri, ia mengatakan bahawa tidak ada pemisahan antara manusia dan alam, dan mengatakan bahawa kita hidup dalam batas lingkungan. 


Pangeran Charles berbicara kepada audiens sarjana di Pusat Studi Islam Oxford yang mencoba untuk mendorong pemahaman yang lebih baik dari budaya dan peradaban agama.
Pidatonya, menggabungkan agama dengan subjek favoritnya, lingkungan, menandai ulang tahun ke-25 dari organisasi tersebut. Dia menambah:

“Kebenaran adalah bahwa kita berbagi planet ini untuk alasan yang baik dan itu adalah kita tidak bisa berada di sini sendiri tanpa adanya keseimbangan lingkungan di sekitar kita.”
“Islam selalu mengajarkan hal ini dan mengabaikan pelajaran itu adalah melalaikan kontrak kita dengan pencipta.”

[IH/arrahmah]

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama 

Kajian UMcedel: Rakyat Mahu Najib Letak Jawatan?


KUALA LUMPUR:
Pembentangan hasil kajian 'Politik Malaysia Pasca PRU13', oleh Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) hari ini menarik perhatian para wartawan terhadap satu slide yang tidak disertakan peratus keputusannya.

Slide yang hanya diletakkan tanda soal itu adalah keputusan survey yang diperolehi terhadap soalan "Adakah Datuk Seri Najib perlu melepaskan jawatan kerana gagal mendapat majoriti 2/3 dalam PRU13?"

Ketika diasak wartawan untuk mendedahkan angka peratusan tersebut, Pengarah UMcedel Prof Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman berkata, sukar baginya untuk mendedahkannya kerana ianya boleh menyebabkan hidup beliau bermasalah.

"Cuma saya mahu kata, result ini tidak mengembirakan dan boleh meletakkan saya dalam masalah kalau saya dedahkan," katanya.

Memberi penjelasan lanjut berhubung slide yang penuh persoalan itu, beliau berkata, harapan rakyat termasuk ahli Umno cukup tinggi terhadap Najib untuk mendapatkan kembali 2/3 penguasaan BN di parlimen selepas jatuh teruk pada 2008.

Rakyat juga katanya yakin bahawa Najib boleh "deliver" dengan baik.

"Sudah ada precedent zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) dulu ya, beliau meletak jawatan (perdana menteri) kerana gagal dapat 2/3 majoriti.

"So you boleh jangka apa rakyat mahu," katanya sambil menunjuk kepada slide tersebut.

Sementara itu, hasil yang dibentang UMcedel hari ini adalah kajian yang dijalankan pada 15 Ogos hingga 10 September lalu iaitu kira-kira tiga bulan selepas PRU13 berlalu. Kajian yang dibuat secara bersemuka itu melibatkan 1546 responden selaku pemilih berdaftar, terdiri daripada Melayu, Cina dan India di seluruh Semenanjung Malaysia. Turut serta mendengar pembentangan UMcedel tersebut adalah bekas Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah. (Hrkh)

5 Besar Finalis World Muslimah Terpilih Di Jakarta. Kerja Giler?


Finalis World Muslimah 2013 (VIVAlife/Stella Maris)

BERITA dari INDONESIA
Lima Besar Finalis World Muslimah Terpilih
Acara ini ditayangkan secara langsung di ANTV malam ini. Finalia Kodrati, Stella Maris. Rabu, 18 September 2013, 22:13 WIB Finalis World Muslimah 2013 (VIVAlife/Stella Maris) 

Jakarta: Penilaian World Muslimah 2013 didasarkan pada paham dan sadar akan kualitas serta kemampuan dan mampu memberdayakan diri sebagai wanita muslim dalam menghadapi budaya modernisasi.

Terkait hal tersebut, malam ini di Balai Sarbini, telah terpilih 10 finalis muslimah. Mereka dibagi menjadi dua kelompok besar. Kelompok pertama Anggi Maisarah, Nurul Husna, Dayangku Rabiatul Adawiyah, Nur Aspasia, dan Evawani. Sementara di kelompok kedua, ada Hidayatur Rahmi, Masoumeh Ibrahemi, Futri Virginia, Obabiyi Aisha Ajibola, dan Febrian Nur Fianti. 

Dalam sesi ini mereka menjawab semua pertanyaan dengan lancar dan mencapai esensi yang ingin disampaikan. Setelah melewati uji wawasan dan pengetahuan seputar dunia Islam, kemudian mereka diseleksi menjadi lima besar. Mereka adalah:
1. Indonesia - Evawani
2. Indonesia - Futri Virginia
3. Iran - Masoumeh Ibrahemi
4. Nigeria - Obabiyi Aisha Ajibola
5. Indoinesia - Nur Aspasia

Mereka akan kembali ditanyakan oleh para juri seputar wawasan dan dunia Islami. Acara World Muslimah 2013 ini dipandu oleh Dewi Sandra dan Ari Untung. Serta akan dimeriahkan oleh penampilan Raisa, Melly Goeslaw, D'Massive, dan Opick. Ingin tahu lebih lanjut? Saksikan siarannya secara langsung hanya di ANTV malam ini, Rabu, 18 September 2013. (Viva News)

Mengintip persiapan kontestan jelang Final World Muslimah 2013 (Merdeka.com)

Seluruh kontestan sibuk menyiapkan busana yang akan dikenakan pada malam final dan melakukan persiapan di atas panggung.
Seluruh kontestan sibuk menyiapkan busana yang akan dikenakan pada malam final dan melakukan persiapan di atas panggung. Seluruh kontestan sibuk menyiapkan busana yang akan dikenakan pada malam final dan melakukan persiapan di atas panggung.
Seluruh kontestan sibuk menyiapkan busana yang akan dikenakan pada malam final dan melakukan persiapan di atas panggung.
 
Obabiyi Aishah Ajibola dari Nigeria dimahkotakan oleh penyandang Muslimah Dunia 2012, Nina Septiani dari Indonesia selepas dinobatkan sebagai Muslimah Dunia 2013 pada Anugerah Muslimah Dunia di Jakarta semalam. 21 wanita Islam menyertai pertandingan itu yang menilai peserta berdasarkan kecantikan dan pengetahuan agama. Gambar oleh Reuters. Obabiyi Aishah Ajibola dari Nigeria dimahkotakan oleh penyandang Muslimah Dunia 2012, Nina Septiani dari Indonesia selepas dinobatkan sebagai Muslimah Dunia 2013 pada Anugerah Muslimah Dunia di Jakarta semalam. 21 wanita Islam menyertai pertandingan itu yang menilai peserta berdasarkan kecantikan dan pengetahuan agama. Gambar oleh Reuters. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bagaimana hukum pertandingan ini dalam Islam? Masih guna nama 'muslimah'. Kerja giler?
(IH/Viva/M.com/dll)

Lihat sebelum ini...

1,000 Nikah Di Thai Sebulan. M'sia Patut Malu....


 MASIH ramai rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di selatan Thailand.

SONGKHLA – Secara purata 1,000 rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 30-an melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan. Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.

“Jumlah yang direkod membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan dan mendapat pengesahan pejabat Konsulat Malaysia di sini.
“Ada dalam kalangan pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan warganegara lain seperti Thailand, India dan Pakistan,” dedah beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Persatuan 12 buah sekolah di Songkhla, Thailand di Kompleks Sukan di sini semalam.

MoU tersebut akan menyaksikan kerjasama KPTM dan 12 buah sekolah di Songkhla dalam menjayakan pusat bahasa yang ditubuhkan KPTM di wilayah itu untuk membantu pelajar-pelajar di negara jiran menguasai bahasa Melayu dan Inggeris. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kenapa di Thailand boleh, di Malaysia tak boleh, menyebabkan penikah-penikah berhijrah berkahwin lari di Thai? Ini perlu diselesaikan, supaya jangan di negara orang Islam sendiri berkahwin jadi susah dari berzina. Sepatutnya perkahwinan itu perlu dipermudahkan. Islam suruh begitu.. Malaysia patut malu kepada Thailand sebuah negara yang bukan Islam.

Artis: Peluk-peluk, Kawan Biasa.Hasil Tarbiah UMNO?


HALAMAN HIBURAN
Diangkat dari DUNIACACAMARBA (DCM)  

Kata Artis, Lelaki yang Memeluknya Hanya Sekadar Rakan Rapat
Seperti biasa, TM tidak mahu menghentam atau memberikan komen panjang-panjang kerana manusia ini jika berusaha untuk berubah dan bernasib baik diberi hidayah akan menjadi manusia yang lebih baik daripada masa silamnya.

Cuma, mungkin banyak juga pihak terfikir, selain dosa, apakah pemberian ekslusif artis ini kepada suaminya andai lelaki yang merangkulnya dengan erat ini ditakdirkan bukan suaminya nanti.
P/s: Jangan tiru!

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
Apakah ini hasil dari tarbiah UMNO yang memerintah Malaysia lebih dari setengah abad ini? Lihat medianya, pendidikannya, matlamat partinya dan segala macam lagi.. 

Beginilah yang terjadi realiti masyarakat kita. Main 'kawan-kawan dulu baru kahwin'.. Sebagai penganut agama Islam, bolehkah begitu? Couple-couple begini, salahkah hukumnya menurut Islam? Kita tidak hina siapa-siapa. Marilah kita renungkan dailog di bawah ini..

Couple: Kami tidak berzina!
Jawab: Maaf, kita tidak menuduh awak berzina, tetapi awak 'menghampiri zina'.

Couple:Kami hanya barbual-bual, berbincang, bertanya khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Jawab: Ya, perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke lembah najis penzinaan.

Couple: Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak berniat ke arah itu.
Jawab: Hari ini ya. Esok mungkin kamu kecundang. Iblis akan memerangkap kamu. Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus. Ia telah menipu moyang kita yang pertama, Adam dan Hawa. Iblis amat licik. Kita lemah menghadapi tipu daya Iblis. Ingat, pesanan Rasulullah :

  •  Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali yang ketiganya, syaitan (Riwayat Al-Tabrani).

Couple: Tidak semestinya semua orang bercinta, menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja. Tidak pernah bersua muka pun!
Jawab: Betul. Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora, lambat laun desakan nafsu dan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Couple: Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?

Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina tangan iaitu berpegang-pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu khayalan berahi dengan kekasih. Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak. Jangan biarkan diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan. Sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah:

  • Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman (Muslim dan Abu Daud). 
Couple: Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja! (bagi kes belajar berdua-duaan.)

Jawab: Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia, akhirat lagi lah. Jangan berselindung di sebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni tidak akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid?

Couple: Sungguh! Bincang pelajaran sahaja. Ni Study Group. (bagi kes berdua-duaan)
Jawab: Study Group...?  Nampak lain macam saja, manja, senyum memanjang, tak macam gaya berdiskusi. Takkan study group berdua sahaja? Kemana-manapun berdua. Kalau ye pun, carilah group study ramai sikit. Kalau duduk berdua-duaan macam ni... betul ke bincang pelajaran?  Jangan-jangan sekejap saja bincang pelajaran, yang lain tu... banyak masa dihabiskan dengan fantasi cinta!

Couple: Tidaklah. Sungguh berbincang pelajaran.
Jawab: Baik sungguh awak berdua. Takkanlah awak berdua tak ada perasaan apa-apa? Awak kurang sihat ke? Ingat, kita bukan malaikat, tak ada nafsu. Kita manusia. Jangan menafikan fitrah manusia. Kita ada nafsu, ada keinginan. Itulah manusia.

Couple: Kami berdua sama-sama belajar, study group, saling memberi semangat dan motivasi.
Jawab:
Tak adakah kaum sejenis yang boleh dijadikan rakan belajar? Habis sudahkah kaum sejenis yang boleh memberikan motivasi? Jangan hina kaum sejenis. Ingat, banyak orang cemerlang yang belajar hanya dengan kaum sejenis. Lebih tenang perasaan, tidak terganggu, dapat berkat dan rahmat pula .

Couple: Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk bercinta?
 
 

Jawab: Adakah Islam membunuh terus naluri cinta? Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki (sense of belonging), adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya. Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak!  Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini. Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu.

Couple: Islam takde ke couple-couple ni?
Jawab: Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta suci dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik. Sabda Rasulullah : 

  • Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah). 
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia. Kalau begitu, cinta remaja semua menghampiri kepada penzinaan? Ya, kalau lelaki dan perempuan bertemu tentu perasaan turut terusik. Kemudian perasaan dilayan. Kemudian teringat, rindu. Kemudian diatur pertemuan. Kemudian duduk berdua-dua. Kemudian mencari tempat sunyi sedikit. Kemudian berbual panjang sehingga malam gelap.  Hubungan makin akrab, dah berani pegang tangan, duduk makin dekat. Kalau tadi macam kawan, sekarang macam pengantin baru semalam. Bukankah mereka semakin hampir dengan penzinaan? Berapa ramai orang yang bercinta telah sampai kepada daerah penzinaan dan kesengsaraan. Kasihanilah diri dan ibu bapa yang melahirkan kita dalam keadaan putih bersih tanpa noda daripada seekor nyamuk sekalipun!



Couple: Masih ramai orang yang bercinta tetapi tetap selamat tidak sampai berzina. Kami tahan diuji.
Jawab: Allah yang menciptakan manusia, Dia tahu kekuatan dan kelemahan manusia. Manusia tidak tahan ujian. Oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara yang ditegah takut manusia akan kecundang. Jadi manusia itu tidak tahan diuji? Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa, sejak dari awal penciptaan manusia. Allah takdirkan satu peristiwa untuk iktibar manusia. Allah tegah Adam dan Hawa supaya tidak memakan buah khuldi dalam syurga. Buah yang lain boleh makan. Allah tahu kelemahan pada ciptaan manusia. Tidak tahan diuji. Oleh itu Allah berpesan kepada Adam dan Hawa, jangan menghampiri pokok khuldi itu.
Firman Allah: Wahai Adam!

  • Tinggallah kamu dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa yang kamu sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini. (jika kamu menghampirinya) maka kamu adalah orang-orang yang zalim. (Al-Araf:19) 
Tegahan yang sebenarnya adalah memakan buah khuldi. Jika menghampiri perkara tegahan, takut nanti mereka akan memakannya. Demikianlah dengan zina. Ditegah berzina. Maka jalan ke arah penzinaan juga dilarang. Takut apabila berhadapan dengan godaan zina, kedua-duanya akan kecundang. Cukuplah kita belajar daripada pengalaman nenek moyang kita Adam dan Hawa.

Couple: Tetapi cinta selepas kahwin banyak masalah.
Jawab: Kita tak kenal pasangan kita secara dekat. Bercinta adalah untuk mengenal hati budi pasangan sebelum buat keputusan berkahwin. Bolehkah percaya dengan perwatakan masa sedang bercinta? Bercinta penuh dengan lakonan yang dibuat-buat dan kepura-puraan. Masing- masing akan berlakon dengan watak terbaik. Penyayang, penyabar, pemurah dan berbagai-bagai lagi. Masa bercinta merajuk ada yang pujuk. Jangan harap lepas kahwin, bila merajuk akan ada yang pujuk.
Banyak orang yang kecewa dan tertipu dengan keperibadian pasangan semasa bercinta. Perangai pasangan jauh berbeza. Macam langit dan bumi. Masa bercinta, dia seorang yang amat penyayang, penyabar, sabar tunggu pasangan terlambat sampai berjam-jam. Tapi bila dah kahwin, lewat lima minit, dah kena tengking. Jadi, perwatakan dalam masa bercinta tidak boleh dipercayai. Percintaan adalah suatu kepuraan atau hipokrit. Percayalah, kami bercinta demi merancang kebahagian hidup nanti. Bagaimana diharap kebahagiaan jika tidak mendapat redha Allah?

Kebahagiaan adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNya yang terpilih. Kebahagiaan bukan ciptaan manusia. Manusia hanya merancang kebahagiaan. Allah yang menganugerahkannya. Bagaimana mendapat anugerah kebahagiaan itu, jika jalan mencapai kebahagiaan itu tidak diredhai Allah. Kebahagiaan hidup berumah tangga mestilah melalui proses yang betul. Sudah tentu prosesnya bukan bercinta begini, Allah tidak meredhai percintaan ini. Cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Bagaimana untuk mendapat keluarga yang bahagia jika langkah mula sudahpun canggung, bagaimana kesudahannya?

Couple: Tanya sikit,.. adik angkat, kakak angkat, abang angkat boleh ke?

Jawab: Ganti bercinta.... Semua itu adalah perangkap iblis dan syaitan. Hakikatnya adalah sama. Cinta yang diberi nafas baru. Kulitnya nampak berlainan, tetapi isinya adalah sama. Adik angkat, kakak angkat, abang angkat adalah suatu bentuk tipu daya iblis dan syaitan. Manusia yang terlibat dengan budaya angkat ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan. Cuma menunggu masa untuk dikorbankan. Namakan apa nama sekalipun, abang angkat ke, motivator ke, semuanya adalah sama. Jalan akhirnya akan bertemu dengan zina.
Jadi seolah-olah orang yang bercinta telah hilang maruah diri? Mengukur maruah diri bukan ditentukan oleh manusia tetapi oleh Pencipta manusia. Orang yang sedang mabuk bercinta akan mengatakan orang yang bercinta tidak menjejaskan maruah dirinya. Manakala, bagi orang yang menjaga diri, tidak mahu terlibat dengan cinta sebelum kahwin, akan mengatakan orang yang bercinta sudah tidak bermaruah lagi. Cintanya ditumpahkan kepada orang yang belum layak menerima cinta suci. Kalau begitu ukuran bermaruah atau tidak adalah ditentukan oleh Allah.

Couple: Adakah orang yang bercinta hilang maruah?

Jawab: Antara kemuliaan manusia adalah maruah dirinya. Orang yang bercinta seolah-olah cuba menggadaikan maruahnya kerana mereka menghampiri perzinaan. Manakala orang yang bercinta dan pernah berzina tidak layak berkahwin kecuali dengan orang yang pernah berzina. Allah berfirman:

  • Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.(Surah An-Nur: 3)
Jadi, orang yang pernah bercinta juga tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta. Tidakkah itu suatu penghinaan dari Tuhan? Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta juga? Itulah pasangan yang layak untuk dirinya. Kerana wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Lelaki yang baik untuk wanita yang baik.

Couple: Kami telah berjanji sehidup semati.....

Jawab: Apa ada pada janji cinta? Berapa banyak sudah janji cinta yang musnah? Lelaki, jangan diharap pada janji lelaki. Mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja. Habis madu, sepah dibuang. Pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang sehingga menjadi pepatah.

Couple: Si dia ini lain dari yang lain. Dia lelaki yang penyayang dan bertanggungjawab.
Jawab: Tahukah hati budi lelaki? Sejahat mana lelaki, apabila ingin mengambil seseorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu untuk anak-anaknya, dia akan memilih wanita yang baik. Tetapi untuk berseronok dan berfoya-foya, lelaki biasanya akan memilih perempuan murahan kerana ia suatu pelaburan yang menguntungkan. Itulah rahsia lelaki.

Couple: Jadi, perempuan yang bercinta, jatuh maruahnya pada pandangan lelaki?
Jawab: Tentu! Mana ada orang lelaki yang normal suka pada barang second hand sedangkan barang yang baru masih ada. Sesetengah mereka menggambarkan perempuan seperti kereta yang diletakkan di bilik pameran sahaja. Tapi ada orang yang boleh test drive. Ada pula yang kata; sekadar sepinggan mee goreng dan segelas sirap bandung, bawalah ke hulu, ke hilir. Sedihkan? Itulah hakikatnya!

Couple: Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Jawab: Ya! Masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya. Firman Allah:

  • Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar. (Surah Al-Ahzab: 35 )
Couple: Bagaimana kami?
Jawab: Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk dan kekuatan untuk mendapat redha-Nya. Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya.Taubat yang memenuhi tiga syarat:

  1.  Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. 
  2. Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan. 
  3. Berazam. Bertekad di dalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

Moga Allah terima taubat mu. Kita berpisah kerana Allah , kalau ada jodoh , tidak ke mana! Ya, Allah! Bantulah mereka. Kini mereka datang ke pintu-Mu mencari redha-Mu. Terimalah taubat mereka.
 
Kesimpulanya:
Couple-couple seperti yang berlaku sekarang ini adalah salah di sisi Islam.

Wallahu 'aklam.. (IH)


Lihat sebelum ini..

Wednesday, September 18, 2013

Motosikal Buat Dari Kulit Udang Karang

Foto 
PENGUNJUNG terpesona dengan motosikal udang karang Huang Mingbo.
JOM KREATIF
Taipei: Seorang tukang masak menghasilkan ciptaan menarik menggunakan kulit udang karang untuk menghasilkan motosikal miniatur sempena pameran seni makanan Fujian.
“Saya tidak mahu kulit udang karang itu dibuang begitu saja selepas memasak dagingnya,” menurut Huang Mingbo.

Dengan kemahiran dan ketelitiannya, Huang mencipta motosikal mini itu lengkap dengan nombor pendaftaran dan cermin pandang sisi. Bagaimanapun, ia tidak dilengkapi dengan enjin. - Agensi

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Dia Ke Mahkamah Kerana Filem Ini.. “No Fire Zone.."


KUALA LUMPUR: Pegawai Program Komas Lena Hendry berdepan pendakwaan berhubung penayangan filem “No Fire Zone" sebuah dokumentari pembunuhan beramai-ramai di Sri Lanka, Julai lalu. Menurut satu kenyataan Komas hari ini, Lena diminta hadir ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada hari esok, 19 September, 2013.

"KDN telah mengeluarkan notis memaklumkan kepada Komas bahawa Lena Hedry akan didakwa dan dia diminta untuk hadir di mahkamah Majistret pada 19 September 2013 untuk didakwa di bawah akta penapisan filem," kata Tan Jo Hann, Pengarah Pusat Komas dalam satu kenyataan.

Pada 3 Julai lalu, Lena bersama Pengarah Eksekutif Komas Arul Prakkash dan seorang Ahli Lembaga Pengarah Komas Anna Har ditahan ketika tayangan filem “No Fire Zone, the Killing Fields of Sri Lanka”. Penanahanan itu dibuat dalam serbuan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), Polis dan Jabatan Imigresen.

Filem “No Fire Zone, Killing Fields Sri Lanka" adalah sebuah filem dokumentari yang memaparkan pencabulan hak asasi manusia di Sri Lanka yang dikenakan oleh kerajaan dan ketenteraan terhadap rakyat. Menurut Komas, ketika serbuan pada hari tayangan tersebut 3 Julai lalu, wakil kedutaan Sri Lanka turut hadir untuk menghentikan penayangan.

"Ini adalah satu bentuk gangguan dan pelanggaran langsung kepada kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan oleh pihak berkuasa Malaysia.
"Adalah menyedihkan bahawa Malaysia yang merupakan anggota Majlis Hak Asasi Manusia sebenarnya harus menjadi pembela bukannya menzalimi aktivis hak asasi manusia," kata Jo Hann. (Hrkh)
  
Video: No Fire Zone: The killing fields of Sri Lanka 

Mursi Sihat: Tidak Mundur, Walau Nyawa Taruhan.

Presiden Mesir yang digulingkan Muhammad Mursi bertekad dengan tegas terhadap rejim baru negara itu dalam merebut kekuasaan. Mursi menyatakan, tidak akan mundur dari peta politik meski nyawa menjadi taruhannya.
"Saya tetap berdiri di tanah ini (Mesir) sampai nafas terakhirku," kata Mursi, baru-baru ini, seperti disiarkan Anadolu Agency, Selasa (17/9). Ungkapan itu diucapkan sewakrtu beliau melakukan komunikasi rahsia bersama sanak keluarganya.

Anadolu Agency melaporkan, Mursi berhasil melakukan sambungan telepon dengan anggota keluarga. Di dalam percakapan tersebut, Mursi mengatakan keadaan dirinya setakat ini baik saja.  Meski pun, katanya, sewaktu berada dalam penjara, tidak satu pun maklumat dari luar luput dari pantauannya. Hanya saja, menurutnya, dirinya tidak tahu beliau berada di penjara mana.

Sambungan melalui seluler itu dikatakan komunikasi pertama Mursi setelah beliau dimasukkan ke penjara oleh pihak tentera.  Pejabat berita di Ankara, Turki itu menyatakan, sejak dikudeta oleh Panglima Tentera Jenderal Abdel Fattah el-Sisi, Mursi dilarang bertemu dan berkomunikasi dengan sanak keluarga serta handai taulan.

Selama percakapan, Mursi pun menceritakan tentang introgasi paksa terhadap dirinya. Bulan lalu, kata di, seorang mengaku pendakwa menemuinya di penjara. Tapi, cerita Mursi, introgasi dilakukan tanpa mengetahui muka.  Itu dikatakan dia, lantaran penjaga penjara memberi kain hitam penutup mata dan wajah terhadap Mursi. Pembicaraan itu pun dikatakan dia tidak berlangsung lama. 
"Saya katakan kepada mereka (pengintrogasi), 'saya presiden yang sah negara ini'," sambung Mursi.

Selanjutnya, kata dia, apapun yang dituduhkan terhadapnya adalah tidak benar. Mursi menegaskan punya kekebalan hukum sebagai presiden yang sah di Negeri Piramid itu.

"Saya menolak untuk mengakui semua itu (tuduhan)," ujar dia.(Hrkh)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails