Friday, September 20, 2013

Tentera Mesir Serang Kerdasa, 68 ditangkap


KAHERAH: Pasukan tentera kudeta Mesir terus melakukan serangan ke atas penyokong Morsi dan terbaru semalam di perkampungan Kerdasa di bandar Giza.

Sehari sebelum serangan, penduduk Giza menjadikan Kerdasa sebagai pusat himpunan membantah rampasan kuasa. Mereka keluar beramai-ramai berhimpun di segenap jalan menyatakan sokongan kepada Presiden Sah Dr Mohammad Morsi.

Pihak tentera memberi alasan bahawa serangan di Kerdasa adalah bagi memburu "pengganas yang dikehendaki" yang didakwa terlibat dalam serangan balai polis tempatan sebelum ini. Dalam serangan semalam itu sekurang-kurangnya 68 individu ditangkap. Pihak tentera juga mendakwa menemui bom tangan, mesingan dan peluru.

Sementara itu, Ikhwan dalam satu kenyataan mengutuk tindakan tersebut dan menyifatkan alasan serangan tersebut sebagai satu pembohongan. Serangan semalam ujar mereka lebih kepada mahu menghalang kebangkitan rakyat dan mahu memburu ahli-ahli Ikhwan Muslimin di perkampungan tersebut.(Hrkh)

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)
E-Buku IH-78: I Support Dr Mohamed Mursi (2)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails