Thursday, September 19, 2013

1,000 Nikah Di Thai Sebulan. M'sia Patut Malu....


 MASIH ramai rakyat Malaysia memilih untuk bernikah di selatan Thailand.

SONGKHLA – Secara purata 1,000 rakyat Malaysia terutamanya dalam kalangan mereka yang berumur 30-an melangsungkan perkahwinan di selatan Thailand pada setiap bulan. Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Faizal Razali berkata, angka tersebut tidak termasuk pernikahan membabitkan rakyat negara ini melalui orang tengah atau sindiket.

“Jumlah yang direkod membabitkan mereka yang melangsungkan pernikahan melalui saluran sah dan mengikut garis panduan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), Majlis Agama Islam Wilayah berkenaan dan mendapat pengesahan pejabat Konsulat Malaysia di sini.
“Ada dalam kalangan pasangan tersebut berkahwin dengan pasangan warganegara lain seperti Thailand, India dan Pakistan,” dedah beliau selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan Persatuan 12 buah sekolah di Songkhla, Thailand di Kompleks Sukan di sini semalam.

MoU tersebut akan menyaksikan kerjasama KPTM dan 12 buah sekolah di Songkhla dalam menjayakan pusat bahasa yang ditubuhkan KPTM di wilayah itu untuk membantu pelajar-pelajar di negara jiran menguasai bahasa Melayu dan Inggeris. (Kosmo)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kenapa di Thailand boleh, di Malaysia tak boleh, menyebabkan penikah-penikah berhijrah berkahwin lari di Thai? Ini perlu diselesaikan, supaya jangan di negara orang Islam sendiri berkahwin jadi susah dari berzina. Sepatutnya perkahwinan itu perlu dipermudahkan. Islam suruh begitu.. Malaysia patut malu kepada Thailand sebuah negara yang bukan Islam.

2 comments:

Unknown said...

bkn yg kawin kat thailand byk yg kawin lari ke????kes2 parent tak restu & poligami kebanyakan...

Anonymous said...

Nak kahwin kat thai? Mudah dan murah. Whatsapp +60177419397 :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails