Monday, September 16, 2013

PAS Adakan Semula Seminar Perlembagaan Parti?


 

KOTA BHARU: Cadangan Multaqa Ulama Se-Malaysia yang mahu tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula disifat sebagai usaha memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR).

Anggota Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, keputusan itu dianggap sebagai satu strategi bagi mewujudkan gabungan yang lebih kuat.

Veteran PAS, Subky Latiff pula menyifatkan tahaluf siyasi PAS bersama parti-parti lain bermula pada 1959, apabila PAS bekerjasama dengan Parti Negara.

“Kemudian pada 1982 PAS bersama Barisan Nasional dalam kerajaan campuran. Oleh itu tahaluf siyasi sebenarnya bukan perkara baru.
“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah memperkukuhkan kepemimpinan ulama,” katanya pada wacana anjuran Ilham Centre di Bazar Tengku Anis malam tadi.

Resolusi Multaqa Ulama di Alor Setar semalam mencadangkan lapan perkara termasuk tahaluf siyasi bersama PKR disemak semula Majlis Syura Ulamak dan Jawatankuasa PAS Pusat bagi menjaga maslahah syariah.

Bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Hussin juga mahu Majlis Syura Ulamak berperanan lebih berkesan bagi membantu presiden membuat sesuatu keputusan. Katanya, Dewan Ulamak perlu meneliti semula perlembagaan parti bagi melihat kembali peranan mereka.

“Wajar sekali PAS mengadakan semula seminar membincangkan perlembagaan parti untuk membolehkan semua pihak berperanan dalam ruang lingkup ditetapkan,” katanya pada wacana tersebut.

Wacana terbabit mengupas isu “PAS Era Ulama: Impian dan Kenyataan” menampilkan bekas Ketua Pemuda Umno Kelantan, Dr Zaiyadi Awang Noh bertindak sebagai moderator. Tajuk tersebut diubahsuai daripada tajuk tesis PhD, Dr Kamarulzaman Yusoff. Hadir sama pelajar PhD di UKM, Mustapha Ahmad dan pengarah program Zahari Sidek.

Resolusi Multaqa Ulamak di Kedah mengundangkan reaksi berbeza terutamanya anak-anak muda yang hadir pada wacana berkenaan. Subky juga berkata, Dewan Ulamak tidak boleh menyalahkan pihak lain sekiranya ada masalah dalam pengurusan dewan berkenaan.

Kata Khalid pula, ulama sudah mendapat kedudukan tinggi dalam parti dengan mendominasi Dewan Ulamak dan Majlis Syura Ulamak. (Hrkh)

2 comments:

Anonymous said...

Semoga PAS lebih didominasi oleh DAP. Halatuju perjuangan bolehlah diperolehi dari MPeguam, Suaram, Ambiga dll.

Petir berdentum said...

UG kembali lagi, nampaknya puak pro UG dalam PAS mula menunjukkan belang sebenar mereka. Pemilihan pucuk pimpinan PAS kali ini akan berlaku pertembungan antara pro UG dan pro PR. Siapa akan menang, delegasi muktamar yang akan menentukannya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails