Wednesday, September 18, 2013

Kaya Di Tengah Papa, Raja Swaziland Kahwin Ke-14?



40,000 Dara Bogel Dada, Calon Isteri Raja Swaziland  


MBABANE - Raja Swaziland, Mswati III (gambar di sebelah) memilih seorang peserta pertandingan ratu cantik berusia 18 tahun sebagai isterinya yang ke-14, kata seorang jurucakap istana semalam.

"Saya boleh mengesahkan raja (Mswati III) memperkenalkan tunang diraja baharu kepada rakyat jelata," kata jurucakap Istana Ludzidzini, Timothy Mtetwa.

Menurutnya, Mswati III yang berusia 45 tahun memperkenalkan bakal isterinya, Sindiswa Dlamini dalam satu acara kebudayaan tempatan dikenali sebagai Tarian Reed hujung minggu lalu. Gadis cantik berkenaan menamatkan pengajian di Sekolah Tinggi St.Francis di ibu negara Swaziland di sini pada tahun lalu.

Dia juga merupakan peserta pertandingan ratu cantik Miss Cultural Heritage. Pemenang pertandingan itu akan diumumkan pada 28 September ini. Pemerintah Swaziland itu dikritik kerana mengamalkan cara hidup mewah, sedangkan penduduk negara itu rata-rata hidup dalam kemiskinan.

Mswati III dilaporkan memiliki kekayaan peribadi mencecah AS$200 juta manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Swaziland hidup di bawah paras kemiskinan. Beliau sebelum ini menolak untuk mengadakan pembaharuan.

Mereka akan berkahwin hanya selepas tunang Mswati III hamil anak pemerintah berkenaan. Ketika itu, barulah Dlamini diisytihar sebagai isteri ke-14 Mswati III. Setakat ini, tiga isterinya telah meninggalkan istana. Terbaharu, Permaisuri LaGija lari dari istana pada 2012 selepas mendakwa beliau menjadi mangsa penderaan fizikal dan mental selama bertahun-tahun. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Mswati III yang terkenal memilih calon isteri mesti telanjang dada, dilaporkan memiliki kekayaan peribadi mencecah AS$200 juta manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan 70 peratus daripada 1.2 juta rakyat Swaziland hidup di bawah paras kemiskinan. Bagaimana begitu kalau dalam agama Islam?

Kata Nabi Muhammad SAW, Nabi orang Islam untuk seluruh manusia..

  • ”Tidak beriman kepadaku orang yang tidur dengan kenyang sementara tetangganya lapar padahal dia mengetahui hal itu.” (HR. Al Bazzaar)
Kata ulama..
  • "Biar aku bersama-sama rakyat ke neraka, daripada seorang diri ke syurga." (Dari kitab Ihya'ulumuddin).
Di Malaysia bagaimana? Lihat..  Rakyat Diutamakan, Jual Pesawat Presiden & Kereta 

Sebelum ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails